Saturday, December 24, 2011

Hanya Peminjam :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Kita,
berkongsi sekeping hamparan langit yang biru bersama.
berkongsi sejalur sinar mentari yang keemasan bersama.
berkongsi sekedap udara yang memenuhi segenap unit bersama.
berkongsi sebutir bumi yang ibarat bola bersama.
 
Kita...
berkongsi segalanya bersama...
 
Mengapa? 
perlu kau bongkak.
perlu kau mendabik dada.
perlu kau meninggi diri.

Mengapa mesti kau meninggikan hidung yang azalinya telah mancung?
Mengapa mesti kau memperlekehkan yang lain sedangkan diri kau juga selekeh? 
Mari...
Ke mari kamu, wahai insan...
Kita bercermin bersama.
Melihat pantulan yang terpapar.
Imej yang kita lihat bersama itu hanya pinjaman kan?!
Adat meminjam, mesti pulangkan kan?! 
Tiba waktunya, ia bakal dipulangkan kepada Penciptanya kan?!
Kita tiada hak untuk menidakkan ini kan?!

Maka...
Wahai insan,
Usah bongkak. 
Usah mendabik dada. 
Usah tinggi diri. 
Usah hidung tinggi. 
Usah lekehkan.

Kita semua sama saja.
Hanya PEMINJAM di bumi ini.
Hanya sementara yang tak mungkin kekal.

 Gambar ihsan: Google Image
** Peringatan bersama buat diri sendiri terutamanya. Dan insan lain umumnya. (",)

Sayang sokmo,

Sunday, December 18, 2011

Si Biru (",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt 

Dia, si biru yang unik.




Kekurangan itu akan dilengkapi dengan kelebihan antara satu sama lain.





Wahai sang hati yang terguris,
sila sembuh cepat. 
:)


Sayang sokmo,

Saturday, November 5, 2011

Bicara 2 Makhluk Mulut Bau Longkang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Makhluk mulut bau longkang I: "yang jaoh2 tak terlibat tapi buat onar sehingga menyusahkan orang -__-"

Makhluk mulut bau longkang II: "tu lgy betul , pstu org yg dekat dekat ni yg susah"

Ok, anda telah baca petikan dialog di atas? Ianya memang berkenaan dengan yang hidup semata-mata tanpa ada kaitan dengan yang telah mati. Huh! Geram! Susahkan orang?! Ohhh, sangat SHIT butir perkataan yang anda telah taip di ruang FB itu! 

Ok, biar aku ulas serba sedikit antara dialog 'makhluk mulut bau longkang' ini:

'Yang jauh tak terlibat'? Ya, secara direct memang mereka tak terlibat. Namun, untuk pengetahuan kalian yang memiliki mulut & hati yang sangat BUSUK, mereka terlibat secara indirect melalui zuriat mereka. Kalian ada?! Hanya mampu mengolah ceritera dongeng & menjaja di tepian kain dalam sahaja! Ohhh!!! Berdekatan pun bukanlah jaminan penglibatan diri, kan?! 

'Menyusahkan orang'?! Ohhhhh... Helloooo... Tumpang tanya eh, kalian yang melontarkan kata-kata di atas ini ke yang disusahkan? Pelik bin ajaib. Sibuk mengomel dan menjaja cerita, tapi HAPRAK sumbangan pun tak ada. Huh!    

'Orang yang dekat ni susah'?! What The Fish! Ohhh... (Ampunkan aku, sangat geram!) 1 soalan aku nak tujukan: "Orang dekat ni susah demi siapa?" Sendiri mau fikir. Pada hemah aku, jika 'orang yang dekat' ini lakukan segalanya dengan penuh keikhlasan, insyaAllah ganjaran-Nya menanti kerana kau berbakti kepada orang yang telah banyak berbakti selama ini pada kau. Jika ini yang kau berkira susah, insyaAllah berlipat kali ganda susah yang kau akan dapat kelak.   

Aku tahu entri kali ini berbau sensitiviti kaum kerabat dan mengguris hati. Namun, suhu yang dingin kala malam yang kelam ini masih tak mampu untuk menstabilkan haba yang membara dari dalam diri tatkala baca statement kalian yang 'sangat best' itu. Aku mohon maaf buat sesiapa yang tak terlibat dan telah membaca nukilan sastera aku di malam hari ini. Aku pun manusia biasa, yang selalu reti marah. Keh Keh Keh! ;-) Fuhhh!  


Sayang sokmo,

Tuesday, October 25, 2011

Rindu Blog Ini!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Ohhh.. Rindunya.. Kasihan blog aku, ditinggalkan kesepian selama beberapa bulan. Hahaha.. Kebelakangan ini, aku 'sangat' sibuk. Sibuk dengan marathon drama Korea. Sibuk dengan projek semester akhir. Sibuk dengan kerja-kerja suri rumah. Sibuk dengan melayan konflik dalam diri. Sibuk dating. :-P Haihhh... Banyak nau sibuknya kan. ;-) 

Actually, semua di atas tu alasan belaka. Ekau dah memang malas, mengaku je la. :-P Macam mana ye sahabat-sahabat, penyakit 'M' dah kronik ni. Sila la bagi nasihat untuk aZu yang malas ini. ;-)

Ingat lagi entri butang-butang comel dan felt kraf yang lepas? Hehe, dengan segala hormatnya aku nak jemput sahabat-sahabat untuk melawat ke blog kraf aku - aZu's Lovely Craft World. (",) Blog kraft tu sebenarnya dah establish April lepas, tapi disebabkan kekangan masa aku tak mampu nak touch up & update lagi. Dalam masa yang sama, kumpul semangat, kewangan & market survey sebelum nak ceburi bidang kraft online ni. Alhamdulillah, berkat minat walaupun malas menjengah pasaran awal aku di UPM Bintulu diterima. Terima kasih untuk adik aku, Fadhli - tukang promote kat kawan-kawan. Mantap promotion plan dia kat sana. :-P Sahabat-sahabat, support aku eh! Hehe... TQ! Lap u olsss la... :-* ;-)       


Sayang sokmo,

Wednesday, July 13, 2011

Menyayangi Tak Semestinya Memiliki (",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 







Andai itu jalan kebahagiaan dan kegembiraan pilihanmu, kejarlah. 
Genggam kukuh agar tidak terlepas lagi. 
Demi kamu-kamu yang disayangi.
Menyayangi tak semestinya memiliki.


Sayang sokmo,

Saturday, July 9, 2011

Tanggal 9 Julai 2011 - BERSIH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

"Ya Allah, dengan rendah diri aku memohon kepada-Mu, peliharalah keamanan negaraku, kekalkanlah perpaduan kaum yang terpelihara baik selama ini, sesungguhnya kami manusia yang mudah leka, lupa asal usul, ingatkanlah kami tika kami lalai dan terleka. Lindungilah negara ini daripada anasir-anasir yang tak baik." 

Cuaca muram sejak dari pagi lagi seakan mengerti kisah suram yang bakal berlaku hari ini. Sudah semestinya peristiwa hari ini bakal menjadi sejarah buat tatapan anak-anak pada masa hadapan. Samada apa yang diperjuangkan oleh pihak tertentu ini bakal berjaya atau tidak, yang pasti 1 imej yang kurang baik telah ditonjolkan kepada kaca mata dunia pada hari ini. Aku berada di rumah sambil mengikuti setiap perkembangan perhimpunan haram pada hari bersejarah ini. Melihat foto-foto yang disiarkan di Malaysiakini, tiba-tiba meremang bulu roma. Jalan-jalan yang mereka lalui ini merupakan jalan-jalan yang biasa aku 'ukur' saban minggu. :D Situasi sebegini buat aku terkenang kembali kisah yang hampir sama berlaku di Mesir awal tahun ini (perhimpunan jalanan). Semoga negara ini terus dilindungi dan dilimpahi rahmat daripada-Nya. 


Sayang sokmo,

Monday, May 23, 2011

7 tahun lalu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

7 tahun yang lepas, pada hari ini aku berada di Miri. Pada hari yang sama juga, kemalangan yang melibatkan sebuah bas catar dari Sek. Men. Sains Miri menuju ke Sibu dan sebuah treler yang mengangkut kenderaan baru menghala ke Miri. Syukur kerna aku masih diberi peluang untuk bernafas lagi sehingga hari ini. Takziah buat pemandu bus, pemandu treler dan kelindan. Kemalangan, kematian, hiruk pikuk, tangisan, kelam kabut pada saat itu masih segar dalam ingatan. 'Hadiah' daripada kemalangan ini pun masih setia menemani aku. :) Walau bagaimanapun, aku bersyukur!  


 Sayang sokmo,

Thursday, April 21, 2011

Selamat Datang Sayang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Selamat datang Sayang. 
Semoga kedatanganmu mengembalikan seri yang kian sirna.
(",)

Nazurah: Ya, along dukung baby Acu tadi.
Najihah: Comel tak?
Nazurah: Mestilah comel. Macam Along (Perasan-tan terlebih). :P
Najihah: Eleh... Bila Along nak ada baby?
Nazurah: Erkkk... Ya carikan la boyfriend dulu untuk Along. Nanti kahwin leh dapat baby.
Najihah: Ustaz Ya ada. (OMG!)
Nazurah: Handsome tak?
Najihah: Handsome la.
Nazurah: Kaya tak?
Najihah: Kayaaa... Ustaz Ya ada 3 kereta, pergi sekolah tukar-tukar. 
Nazurah: .... (Speechless)

Hehehe... Perbualan di atas bukan merupakan tujuan utama aku tulis entri ini. Tujuan utama aku adalah untuk menghebahkan kepada seluruh pelosok penduduk kampung bahawasanya aku telah dapat seorang lagi adik sepupu perempuan. :) Baru hari ke-2 kelahiran masa gambar di atas diambil dan semestinya ianya petang tadi. :D Sejak dua menjak ini aku sangat excited dengan baby. Ohhh... Sungguh excited! :)) (Erkkk... Motif??) :P


Sayang sokmo,

Wednesday, March 30, 2011

:-|

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Cinta mengatasi segalanya, termasuklah persahabatan." -Gemilang-

Tiba-tiba teringat dialog dalam cerita Gemilang. How stupid she/he by let go their friendship just because of love! Cinta yang belum pasti. Kadang-kadang kau tak perasan tingkah-laku kau melukakan hati sahabat. Menyulam cinta tak ingat dunia! Percayalah, sayang sahabat kau hinggakan mereka sanggup berkorban demi kebahagiaan kau. Mungkin kau lupa, aku cuma ingatkan kembali bak kata lagu Ana Raffali "Tolong ingatkan aku" (eh, ada kaitan x?!). Sekian. :P


Sayang sokmo,

Tuesday, March 29, 2011

Felt Crafting :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Remember my previous entry?! Showing off a little tiny cute buttons. Lol~ I am working on a part time project currently. :) Sewing and crafting. One of my hobby too! I am a newbie in felt craft. It's really enjoy sewing a cute little things. My 1st, 2nd and 3rd project were based on Do It Yourself (DIY) pack. So, everything was there including felt, paper pattern, threads, needle and etc. All I need to do is just sew the craft as the picture given along with this pack. ;) But now I am trying to do it without the DIY pack which I need to design the craft based on my idea. ;) 4th project was my craft without the help of DIY pack! :D


My 1st Project
DOB: 30 Jun 2010
Gift to SuNa

Combination of 1st Project
It's a collaboration project between me, Nad and SuNa
The grey Ninja, I sew it for SuNa; the blue Ninja, Nad sew it for me; and the green Ninja, SuNa sew for Nad.

My 2nd Project
DOB: 01 July 2010
This green Gaban, I sew for Abg. Nizam
He is now working in Oman. :(

My 3rd Project
DOB: Not yet finish ;)
Actually this project was retarded for a quit a long time due to my laziness. :D
The pink Kitty is ready but the black Kitty still in process.
Both Kitty will be give to my lovely Ibu & Ayah as their wedding gift. :)
A lovely couple right?! ;)

My 4th Project
DOB: 29 Mac 2011
This is my 1st time doing the project without any reference picture given.
Please! Don't laugh, I know it's a bit childish right?! ;)
This my 1st time too sewing the beads.
I had to admit, it's really hard on sewing it! :S
I sew this for my friend's birthday gift.
I want her always smile as the flower since she had a hard time on her job. :)

My Tool Box with Threads, Buttons, Beads and etc.
I don't know why, but I think I like my tool box so much! Crazy! :P

Sewing Materials
Felt materials, PVC sheet, threads, buttons, fiber, beads and etc. :)


Sayang sokmo,