Showing posts with label ~Emotional~. Show all posts
Showing posts with label ~Emotional~. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Diam itu Tanda Marah bukan Setuju! ;-)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 


Bila anda sedang marah,
.
.
.
.
.
.
maka berusahalah untuk diam atau tidak banyak bersuara.
.
.
.
.
.
.


Diam.
...
...
Diam.
...
...
Diam.
...
...

Badan panas lagi, kerapnya rasa nak demam. :-(
Sayang sokmo,

Api & Ego

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 
 
Apabila maraknya api bertemu dengan api yang marak.
Apabila tingginya ego bertemu dengan ego yang tinggi.


Lerai segalanya!









If only the time can be reverse back... :-(
My bad!


Sayang sokmo,

Wednesday, February 8, 2012

Setia Menanti :-P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Saat entri ini mula ditaip, aku berada di Farmasi Daycare, Hospital Serdang. Setia menanti ubat-ubatan. Kesabaran yang lagi nipis daripada kulit bawang dah semakin berlubang dengan besarnya. :D Arghhhhhh!!! Ramainya orang yang tunggu giliran nak ambil ubat ni. :-( Letih + lapar. ;-(

Nak share antara gambar yang sempat aku snap semasa pengembaraan minggu lepas. Dengan harapan kesabaran akan kembali menebal. ;-)

 Fakta: Telapak tangan rubah sangat licin dan halus. 
Oleh itu, ianya sangat sesuai untuk dijadikan rubah sebagai model losyen pelembut tangan. ;-)

 Di mana ada si bunga, di situ ada sang kumbang. 
(Eh, tapi tu bukan kumbang.) :-P

Sengih-sengih keldai. :D
Final shoot di Bukit Tinggi.

* Nantikan entri pengembaraan yang lepas, masih dalam draf. ;-)
** Camera credit: Nad; Photographer belum bertauliah: aZu (Mr. Sony merajuk, tak dapat shoot banyak.)


Sayang sokmo,

Saturday, November 5, 2011

Bicara 2 Makhluk Mulut Bau Longkang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Makhluk mulut bau longkang I: "yang jaoh2 tak terlibat tapi buat onar sehingga menyusahkan orang -__-"

Makhluk mulut bau longkang II: "tu lgy betul , pstu org yg dekat dekat ni yg susah"

Ok, anda telah baca petikan dialog di atas? Ianya memang berkenaan dengan yang hidup semata-mata tanpa ada kaitan dengan yang telah mati. Huh! Geram! Susahkan orang?! Ohhh, sangat SHIT butir perkataan yang anda telah taip di ruang FB itu! 

Ok, biar aku ulas serba sedikit antara dialog 'makhluk mulut bau longkang' ini:

'Yang jauh tak terlibat'? Ya, secara direct memang mereka tak terlibat. Namun, untuk pengetahuan kalian yang memiliki mulut & hati yang sangat BUSUK, mereka terlibat secara indirect melalui zuriat mereka. Kalian ada?! Hanya mampu mengolah ceritera dongeng & menjaja di tepian kain dalam sahaja! Ohhh!!! Berdekatan pun bukanlah jaminan penglibatan diri, kan?! 

'Menyusahkan orang'?! Ohhhhh... Helloooo... Tumpang tanya eh, kalian yang melontarkan kata-kata di atas ini ke yang disusahkan? Pelik bin ajaib. Sibuk mengomel dan menjaja cerita, tapi HAPRAK sumbangan pun tak ada. Huh!    

'Orang yang dekat ni susah'?! What The Fish! Ohhh... (Ampunkan aku, sangat geram!) 1 soalan aku nak tujukan: "Orang dekat ni susah demi siapa?" Sendiri mau fikir. Pada hemah aku, jika 'orang yang dekat' ini lakukan segalanya dengan penuh keikhlasan, insyaAllah ganjaran-Nya menanti kerana kau berbakti kepada orang yang telah banyak berbakti selama ini pada kau. Jika ini yang kau berkira susah, insyaAllah berlipat kali ganda susah yang kau akan dapat kelak.   

Aku tahu entri kali ini berbau sensitiviti kaum kerabat dan mengguris hati. Namun, suhu yang dingin kala malam yang kelam ini masih tak mampu untuk menstabilkan haba yang membara dari dalam diri tatkala baca statement kalian yang 'sangat best' itu. Aku mohon maaf buat sesiapa yang tak terlibat dan telah membaca nukilan sastera aku di malam hari ini. Aku pun manusia biasa, yang selalu reti marah. Keh Keh Keh! ;-) Fuhhh!  


Sayang sokmo,

Wednesday, July 13, 2011

Menyayangi Tak Semestinya Memiliki (",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 







Andai itu jalan kebahagiaan dan kegembiraan pilihanmu, kejarlah. 
Genggam kukuh agar tidak terlepas lagi. 
Demi kamu-kamu yang disayangi.
Menyayangi tak semestinya memiliki.


Sayang sokmo,

Monday, March 14, 2011

Ikhlas & Hargai

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Perumpamaan ikhlas itu bagaikan seekor semut hitam yang bertenggek di atas batu yang hitam pada malam yang kelam. Kehadirannya wujud namun tak dapat dilihat. Tak perlu dihebah, tak perlu mengeluh, tak perlu mengungkit, tak perlu mengadu-domba andai kau lakukannya dengan ikhlas. Tak perlu menyanggupi andai sedari awal lagi kau mengeluh.

_._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._

Hargai. Ungkapan 'TERIMA KASIH' tak susah pun untuk dilafaz. Mungkin berat mulut nak dibuka, almaklumlah banyak emas tersimpan dalam mulut. Takut bila buka mulut untuk lafazkan, nanti emas itu tercicir. Kan dah rugi. Hmmm... Belajarlah hargai susah payah orang terhadap kita, mungkin hanya dengan ungkapan ini mampu buatkan hati mereka bunga-bunga riang. Orang bahagiakan kita, kita bahagiakan mereka juga. Tak salah kan?! :)


Sayang sokmo,

Thursday, February 17, 2011

:.-.:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt



Sayang sokmo,

Friday, December 17, 2010

Ibu Bapa & Tanggungjawab

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Ibu ayah boleh menjaga banyak orang anak, namun belum tentu seorang anak pun boleh jaga ibu ayah."

Tepat kan kata-kata di atas itu. Dulu-dulu masa kecil ibu selalu ingatkan aku tentang ini. Tapi apa aku faham masa dulu, sekadar dengar dan angguk saja. Hari bertambah hari, umur pun semakin meningkat, belajar daripada pengalaman orang dijadikan panduan buat diri sendiri.

Manusia ini hipokrit. Pentingkan diri. Termasuklah aku. Sangat tipulah pada aku jika seseorang itu mengaku dia tak pernah hipokrit dan pentingkan diri. Manusia mana ada yang sempurna bukan?! Mengaku je la yop oiii...

Gambar hiasan
Sumber: Google image

Bila usia semakin lanjut, badan juga dimamah usia, kesihatan diri merosot. Anak-anak, sedarlah tanggungjawabmu terhadap kedua orang tuamu. Insan yang membesar dan mengasuhmu sejak kamu dilahirkan. Bukan mereka pinta, bukan mereka tagih, balasan daripadamu. Tapi tegarkah kamu mengabaikan mereka tika sakit menjelma, tika lenguh tak berubat?!

Anak-anak, jangan keluh kesah. Berkira antara satu sama lain. Berpakatlah. Tak susah. Bekerjasama demi orang tuamu, bukan untuk orang lain pun. Ingatlah, suatu hari nanti kamu jua akan tua dan mungkin sakit seperti mereka. Jika ini yang kamu beri pada hari ni, insyaAllah ini juga yang akan kamu terima di hari tuamu. Tak dinafikan jaga orang sakit ini memang bukan perkara yang senang, namun ini bukanlah alasan untuk kau melepaskan diri.

Lelah itu mungkin boleh bawa kepada keluhan. Nauzubillah. Mohon dijauhkan, ikhlaskan hati dalam segala urusan. Beringat yang hari kita jua akan tiba. Nasib kita belum tentu. Peringatan buat semua, khusus buat diri sendiri.


** Tadi waktu aku google gambar untuk masukkan dalam entri ini, aku terbaca antara entri yang bagus berkaitan ibu bapa. Di sini aku kongsikan untuk bacaan dan amalan kita bersama. Semoga bermanfaat. Sila klik: Hafizatul Qiram


Sayang sokmo,

Sunday, November 7, 2010

Maaf...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Pengajaran hari ini: Jangan cakap kasar

Maaf. Tabiat buruk ini perlu diubah. Tak semua orang mampu menelan kekurangan kita. Tak rela hanya kerna tabiat buruk ini, maka hilang seorang sahabat. Walaupun hanya sahabat maya setakat ini, namun bukan senang nak bina perhubungan sahabat. Maaf sahabat. Teguranmu buatku terjaga dan mula berfikiran mengenangkan kelemahan yang perlu diperbaiki. Terima kasih. Maaf atas khilaf diri.

Naze, sorry!


Sayang sokmo,

Thursday, August 5, 2010

|...|

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Berkata-kata... Menasihati... Memang senang... Hanya perlu susun kata-kata agar indah kedengaran dan mampu diterima oleh pihak bertentangan. Tapi, percayalah. Hanya yang mengalaminya sahaja yang mampu memahaminya dan mengetahui. Sabar. Mudah diungkap namun berat bagi yang menanggungnya."

Hahaha... Apa aku merepek tengahmalam buta ini. Ok, esok pagi dah nak gerak ke Perlis. Tolong doakan keselamatan perjalanan aku ye. Sayang kalian semua. (^^,)


Sayang sokmo,

Wednesday, July 14, 2010

Amaran! Dilarang Soal!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Tak cari kerja ke?"
"Dah dapat kerja ke?"
"Kerja di mana sekarang?"
"Tak minta mana-mana ke?"
"Dapat biasiswa apa?"
"Mohon biasiswa apa?"

Ok, soalan-soalan di atas dan seangkatan dengannya adalah sangat annoying buat masa ini. Sila jangan soal berkali-kali mahupun sekali dengan aku. Meluat nak jawab. Dan menyampah. Aku faham kamu semua sangat prihatin dan sangat mengambil berat, namun soalan-soalan tersebut buat aku stress buat masa ini. Ada banyak masalah lain yang perlu aku uruskan. Dan aku harap aku tak akan stress. Hahaha... Poyo! Sungguh! Sila jangan soal ok. Aku lebih sayang kamu semua kalau tak menyoal buat masa ini. Lain masa baru soal ok. Bukan sekarang. (^^,)


Sayang sokmo,

Tuesday, July 13, 2010

Give Up vs Hold On

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place."


Stress! Thinking of giving up everything. Trying to motivate herself.
"Bertahan!"

Current mode: Motivating herself. (*~*)


Sayang sokmo,

Saturday, July 3, 2010

Tak Mengapa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Sabar dan terus bersabar
Walau hati terluka
Tak mengapa
Yang penting mereka bahagia


Susah bukan untuk memperolehi kefahaman daripada mereka yang tak faham...?! Kadangkala mula berfikir, sampai bila semuanya bakal berakhir? Hati dah mulai tenat. Fikiran mulai karat. Mata mulai berat. Terasa ingin pergi jauh meninggalkan segalanya. Jangan... Ikutkan hati, mati nanti aZu. Kuatlah wahai hati. Teguhlah sang hati. Suatu hari berkat itu pasti akan terserlah. Semoga mereka jua belajar memahami.


Sayang sokmo,

Friday, June 25, 2010

= (

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

.J.A.U.H. .H.A.T.I.

Ingin 'meninggalkan' lagi sebelum diri 'ditinggalkan'.

Ingin pergi lagi jauh, sejauh yang boleh.



Sayang sokmo,

Tuesday, June 1, 2010

M.A.A.F

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Tak mengerti.
Untuk apa hindarkan diri??
Sepi tanpa khabar.
Jauh meninggalkan.

Kamu...
Andai ada kata-kataku mengguris hatimu...
Andai ada tingkahku menjelekkanmu...
Andai ada sikapku mengganggumu...
Ampun darimu kupohon...
Maafkan segala kekhilafan diri ini...

Andai ini yang dipinta...
Aku akur...
Terima kasih untuk segalanya...


Sayang sokmo,

Friday, May 28, 2010

Kuyup

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

.K.U.Y.U.P.

Sejam lebih aku kehujanan petang tadi. Lepas Zuhur tadi aku ke Bukit Jalil sebentar, beli tiket balik ke Perlis Isnin ini. Sesak. Naik 3 public transport - bus Rapid, komuter & LRT baru sampai Bukit Jalil. Sempat lensa kamera aku diklik untuk beberapa foto. Aku ter'miss' satu scene yang aku rasa sangat cantik kalau diambil gambar. Gambar LRT yang baru tiba di Stesen Bukit Jalil. Nantilah, pagi Isnin ini aku gerak awal sikit. Kalau sempat boleh tunggu LRT dan gambarnya. =) Mula-mula tadi ingat nak stay saja tunggu next LRT sebab nak ambil gambar tu. Tapi, tiba-tiba terfikir nanti nak balik orang ramai balik kerja terpaksa berebut-rebut. Sekali orang tak ramai daaa... Hari ini kan cuti Wesak. Waduhhh!!! Macam mana aku boleh terlupa ni.?? It's ok la. Sekurang-kurangnya gambar yang sempat klik tadi dah mengubati hati yang tengah lara ini. ;-)


Sejam lebih tersadai di Komuter Serdang tadi buat hati tiba-tiba dipagut sayu. Dalam kehujanan merenung kembali perjalanan diri. Mampu berdiri teguh sehingga hari ini, sangat bersyukur. Masih larat untuk menapak mengharungi hari-hari, kupanjatkan syukur. Hiba tatkala cuba membandingkan diri dengan insan lain. Tiba -tiba terasa diri keseorangan dan sangat kerdil di muka bumi ini. Cepat-cepat kembali daripada pemikiran itu. Bersyukurlah. Sekurang-kurangnya aku masih ada orang yang boleh disayangi. Itu sudah memadai bukan?! Jauh lebih baik nasibnya daripada mereka yang tak punyai siapa-siapa lagi. Ok, stop. Mata dah berair, masuk habuk (Cover baik punye...=P).

Tatkala aku kuyup disimbah air dari langit, sayu menular. Entah, cuba untuk dibendung perasaan itu namun aku tak mampu. Mula berfikiran, sampai kapankah semuanya bakal berakhir?...



Sayang sokmo,

Thursday, May 27, 2010

Kembali vs Pergi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Satu telah kembali, satu pula pergi.
Mengapa perlu begini??

Jerih sangat ke untuk kita berpakat??
Masing-masing miliki tanggungjawab bersama.
Tak salah bukan jika kita pikul bersama?!

Tak perlu ada sengketa.
Tak perlu ada hasad.
Tak perlu ada iri.
Tak perlu ada dendam.

Saling menuding bukan penyelesaian.
Kalian telah jauh dewasa.
Fikirkanlah.
Mengapa pengakhirannya mesti jadi sebegini?!


Sayang sokmo,

Wednesday, May 26, 2010

Tamak =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Ya, aku akui.
Aku tamak.
Aku tamak untuk memiliki sepenuh kasih sayangnya.
Namun siapalah aku yang ingin meminta-minta bukan?!
Perlu sedar diri, berpijak di bumi yang nyata.
Aku tak layak untuk begitu.

Mahu pergi jauh.
Sejauh yang mampu.
Sebelum perasaan tamak itu menguasai diri sepenuhnya.



Sayang sokmo,


Tuesday, March 16, 2010

Akuarium Aku! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Anda tahu bagaimana perasaan rindu berpanjangan yang terlerai...?! Hah! Aku dah merasainya. Baru saja ini. Lebih kurang hampir 3 minggu kami berselisihan pendapat. Dan selama itu juga masing-masing menyepi. Ego! Iya, masing-masing mempertahankan ego sendiri. Tapi bak kata pepatah "air yang dicincang tak akan putus". Bak kata aku pula "jarak yang semakin jauh buatkan kita belajar menghargai". Ok lah, yang penting segalanya telah kembali normal. Suka! =)

Akuarium aku!

Credit to Mr. Adam for anti-chlorine solution, bubble machine & aquarium decoration!

Thanks!

Sayang sokmo,

Monday, March 15, 2010

R.I.N.D.U. + S.T.R.E.S.S.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

R.I.N.D.U yang M.E.N.G.G.I.L.A kepada keluargaku nun jauh di sana~~
A.K.U.S.T.R.E.S.S

** Kalau dekat, dah cabut balik rumah. Nasiblah badan. Tabahlah wahai hati~~


Sayang sokmo,