Friday, August 27, 2010

Suatu Ketika Dahulu & Kini

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Suatu ketika dahulu...
kita ibarat belangkas
ke sana ke sini bersama

Suatu ketika dahulu...
kita punyai fikiran dan minat yang sama
melakukan variasi riadah bersama

Suatu ketika dahulu...
kita memahami antara satu sama lain walau tanpa luahan
berkongsi rasa bersama

Suatu ketika dahulu...
kita sangat erat
segala susah senang dilalui bersama

Suatu ketika dahulu...
kita bagai isi dan kuku
ramai yang cemburu dengan keserasian kita bersama


Kini...
kita semakin jauh
mungkin tak akan lagi bersama

Kini...
kita membawa haluan sendiri
ke arah jalan yang berbeda daripada bersama

Kini...
dia adalah segalanya buat kamu
di mata dan hati kamu hanya ada dia
mungkin tiada lagi ruang untuk dihuni walau secebis


Kini...
hanya mampu menitip doa dari jauh
semoga kamu menemui bahagia yang dicari selama ini
melihat kamu gembira hati menjadi riang

Kamu...
terima kasih untuk suatu ketika dahulu
memoir indah kita akan tersimpan kemas



Sayang sokmo,

Wednesday, August 25, 2010

(+_+)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku terkesan ada secalit riak hampa di wajah jejaka itu. Mengapa ya wahai jejaka...? Mungkinkah segalanya tak seperti yang kau harapkan. Tak seindah seperti yang kau impikan. Tak se'roman' seperti yang kau rancangkan. Di sudut ini aku duduk memerhatikanmu tanpa jemu. (+_+) Arghhh... Hati ini disayat pilu.


Sayang sokmo,

Tuesday, August 24, 2010

Macam-macam Laaaaa... =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Datang mood nak update blog setelah sekian lama bertapa. Dah banyak draft blog, tapi tak publish. Setiap kali mula menulis macam banyak sangat idea, pertengahan jalan stuck tak tahu nak meng'ayat' apa lagi. Otak dah nak mula berkarat rasanya. Hehehe... Ok, setelah puas memerah otak, keringat dan menggodak hp maka aku nekad untuk memperdagangkan koleksi gambar dalam hp aku yang tak berapa nak canggih ini. Termasuk juga gambar-gambar yang telah aku culik daripada kawan-kawan sebelum ini. Hehehe... Yang baik dijadikan tauladan. Yang kurang baik jadikan sempadan ok. =)

Restoran 'Toilet Bowl'
Unik bukan?! =P
Kat Sg. Wang Plaza kalau tak silap.
Dah setahun lebih gambar ini jadi pekasam dalam hp.

Photo credit to Su Natasha.
Ini masa study group semester 8 ok, bukan semester 9.
Hehehe...
Nampak tak antara peneman setia study kami - Minyak Cap Kapak.

Sila jangan tiru aksi ini.
Berbuih mulut pensyarah membebel kat depan, yang di belakang sedap-sedap gelak tengok cerita kartun.
Hahaha... Aku la photographer, aku la tukang gelak juga.

Ok, isu lagi satu ini selalu bikin aku 'hot'. Aku kurang faham, dah sah-sah terpampang 'KOC WANITA SAHAJA' tapi masih ada yang buta huruf rupanya rakyat Malaysia ini. Nak kata tak faham Bahasa Melayu, fine. Bahasa Inggeris, Bahasa India, Bahasa Cina dan Bahasa Arab juga ada. Kadangkala pelancong lagi faham bahasa daripada rakyat negara sendiri. Haiiiihhhhh...

Jika anda rasa anda perempuan sahaja, barulah tunggu di sini ok.
Kaum Adam atau setengah sila jangan nak mengada-ngada berada di sini juga.

Sila lihat simbol di atas dan sila lihat pasangan yang khusyuk bermadu kasih.
Manusia iniiiii laaaa...
Maaf, bukan berniat untuk menjatuhkan imej mana-mana pihak tapi kalian perlu sedar.
Kita rakyat celik ilmu bukan?! Harap faham.

Hahahahaha... (Gelak jahat.) =P
Gambar ini disnap masa tengah tunggu buat souvenir untuk Dinner BME.
Lama sangat, bosan-bosan cari bahan untuk gelak.
Sekali ternampak poster ini tertampal di dinding bangunan.
Apa lagi, tunjuk kat Mar pastu masing-masing buat muka jahat la. ;-)

Hobi yang dirindui.
Dah lama tak buat 'coloring'.
Dulu rajin sebab Ghah dekat.
Mewarna bersama. Uwaaaaaa... :'(

Rindu dengan Perlis.
Sila perhatikan betul-betul.
Perlis pun ada musim luruh tau.
Berguguran bunga kuning itu menutupi jalan.
=P

TomYam Bangkok.
Nyum... Nyum... Nyum...
=)

Photo credit to Mar.
Sepagi di Kuala Perlis mengejar ikan belacak.

Photo credit to Ain.
Kenduri Meggi secara jemaah pukul 2 pagi selepas separuh jiwa buat Bode Plot.

Pemandangan senja Jambatan Putrajaya.
=)


Sayang sokmo,

Friday, August 6, 2010

Tahniah & Terima Kasih (^^,)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

::T.A.H.N.I.A.H::
::S.E.L.A.M.A.T
B.E.R.G.R.A.D.U.A.S.I::

Ucapan istimewa khas buat sahabat-sahabat BME 06-10 dan amnya buat pelajar UniMAP. Kita mendaftar masuk dengan nama KUKUM pada tanggal 2 Julai 2006 dan kita bergraduasi dengan nama UniMAP pada tanggal 7 Ogos 2010. Apa-apa pun, semoga berjaya walau apa pun alam yang bakal diceburi di kemudian hari. (^^,)


T.E.R.I.M.A.K.A.S.I.H

Khas buat Ibu dan Ayah yang telah terbang jauh dari Sabah untuk meraikan majlis ini bersama. Berhutang budi juga kepada Su Natasha yang menumpangkan penginapan dan layanan eksklusif 10 bintang. Penghargaan juga buat Mar yang sudi mewakilkan untuk ambil jubah konvo. Sangat gembira dengan kehadiran Angah dan Jihah, walaupun terpaksa berada di skrin luar sahaja. Ucapan tahniah daripada Abg Nizam dan sahabat-sahabat yang lain juga. Terima kasih atas segalanya.


Sayang Sokmo,

Thursday, August 5, 2010

|...|

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Berkata-kata... Menasihati... Memang senang... Hanya perlu susun kata-kata agar indah kedengaran dan mampu diterima oleh pihak bertentangan. Tapi, percayalah. Hanya yang mengalaminya sahaja yang mampu memahaminya dan mengetahui. Sabar. Mudah diungkap namun berat bagi yang menanggungnya."

Hahaha... Apa aku merepek tengahmalam buta ini. Ok, esok pagi dah nak gerak ke Perlis. Tolong doakan keselamatan perjalanan aku ye. Sayang kalian semua. (^^,)


Sayang sokmo,