Tuesday, October 25, 2011

Rindu Blog Ini!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Ohhh.. Rindunya.. Kasihan blog aku, ditinggalkan kesepian selama beberapa bulan. Hahaha.. Kebelakangan ini, aku 'sangat' sibuk. Sibuk dengan marathon drama Korea. Sibuk dengan projek semester akhir. Sibuk dengan kerja-kerja suri rumah. Sibuk dengan melayan konflik dalam diri. Sibuk dating. :-P Haihhh... Banyak nau sibuknya kan. ;-) 

Actually, semua di atas tu alasan belaka. Ekau dah memang malas, mengaku je la. :-P Macam mana ye sahabat-sahabat, penyakit 'M' dah kronik ni. Sila la bagi nasihat untuk aZu yang malas ini. ;-)

Ingat lagi entri butang-butang comel dan felt kraf yang lepas? Hehe, dengan segala hormatnya aku nak jemput sahabat-sahabat untuk melawat ke blog kraf aku - aZu's Lovely Craft World. (",) Blog kraft tu sebenarnya dah establish April lepas, tapi disebabkan kekangan masa aku tak mampu nak touch up & update lagi. Dalam masa yang sama, kumpul semangat, kewangan & market survey sebelum nak ceburi bidang kraft online ni. Alhamdulillah, berkat minat walaupun malas menjengah pasaran awal aku di UPM Bintulu diterima. Terima kasih untuk adik aku, Fadhli - tukang promote kat kawan-kawan. Mantap promotion plan dia kat sana. :-P Sahabat-sahabat, support aku eh! Hehe... TQ! Lap u olsss la... :-* ;-)       


Sayang sokmo,

0 comments: