Saturday, January 30, 2010

Entah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Entah...
Aku pun tak mengerti...
Kenapa perlu kita taut kembali...
Hmmm...
Mungkin kerna sayang kot...
Mungkin...


Sayang sokmo,

Friday, January 29, 2010

Alhamdulillah... Syukur... =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

...ALHAMDULILLAH...
...Penantian selama 2 tahun akhirnya berbaloi juga...
...=)...
...Sangat GEMBIRA...
...Rasa nak loncat-loncat pun ada juga...
...Hehehe...
...Syukur...


Sayang sokmo,

Thursday, January 28, 2010

Relationship! =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

~RELATIONSHIP~

It's really COMPLICATED!!!
Huh!

** Sorry friends, I'm not in a good mood today. Maaf terkasar bahasa. =(

Sayang sokmo,

Tuesday, January 19, 2010

Ketika Cinta Bertasbih =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslow ft Amee

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

** Thanks kamu!


Sayang sokmo,

Monday, January 18, 2010

Pengembaraan Hujung Minggu!!! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Tarikh : 15 Januari 2010
Tempat : Restoran depan ILP Perlis

Nasi Goreng Pattani
Nama sahaja berbeza tapi rasa semuanya sama.

Masing-masing dok sengih-sengih, kelaparan kot time ni.

K.A.M.I

Masing-masing kelaparan sewaktu kelas JDM tadi. Sampaikan soalan akaun tadi pun tak ada idea utk diselesaikan (alasan... alasan...). Habis sahaja kelas, terus meluru mencari kedai makan setelah solat. Destinasi bertuah yang dituju petang ini adalah restoran depan ILP Perlis. Kedai yang nampak 'gah'. Benarlah pepatah mengatakan "Don't judge the book by its cover" Hahaha... Makanan yang terhidang di depan mata semuanya mempunyai rasa yang sama walaupun menu kami berbeza. Mungkin senang untuk chef di restoran tersebut untuk masak sekaligus semua order yang telah dibuat (sekadar menyedapkan hati). Walau macam mana pun mulut mengomel, pinggan tetap licin akhirnya. Bila perut dah lapar, beginilah...

Tarikh : 16 Januari 2010
Tempat : Seriab

Sessi pagi bermula.
Kita tengok siapa yang bakal memecahkan rekod dapat ikan dahulu.


Santapan khas buat mangsa hari ini. ;-)
Enak sungguh!


Masing-masing menayang kemahiran 'mensula' cacing ke mata kail.

Dah lewat petang tapi masih menemani seseorang yang masih belum berjaya menaikkan seekor ikan pun. Hehehe... Akhirnya hasil masih tetap sama.

Agak lewat gerak keluar dari Wang Ulu. Sebelum memancing, kami pergi mengisi perut di Bintong. Bak kata sahabat, petua untuk memancing: pemancing mestilah tidak berada dalam keadaan perut kosong semasa aktiviti dijalankan. Maka, kami pun makan sekadar 'alas perut'. ;-)

Sangat teruja! Sessi pertama bermula di lokasi sungai bawah jambatan. Kamu semua mesti familiar dengan tempat itu. =) Port kami di bawah jambatan simpang ke Kuala Perlis dari Kangar. Rekod tangkapan pertama dipecahkan oleh Mar dengan ikan saiz S. Jadilah. Diikuti dengan Mira dan Diana. Haihh... Aku dah mula kurang sabar dengan ikan yang tidak makan umpan aku dari tadi.

Akhirnya penantian berbaloi. Mula-mula seekor yang sangkut, lepas itu berderet-deret pakat berebut nak makan hidangan yang diumpan. Ikan aku semuanya saiz XS. Pengakhiran sessi pagi dengan hasil tangkapan Mar 1 ekor, Diana 2 ekor, Mira 3 ekor dan aku 5 ekor. Hehehe... 5 ekor ikan XS aku kalau digabung boleh jadi ikan saiz M kot. Hahaha...

Berehat sebentar (tidaklah sebentar sangat, lama juga) di rumah Atok Mar sementara menunggu sessi petang pula bermula. Agak hambar pada sessi petang. Mungkin dek angin yang bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa pada petang itu telah menyebabkan ikan-ikan semua takut untuk keluar rumah makan umpan yang disediakan. Hanya Mira dan Mar sahaja yang berjaya memujuk ikan-ikan untuk makan umpan pada petang ini. Ann? Dapat berapa? Sila jawab. Hehehe... Kejamnya. Sebelum Maghrib menjelma, kami beransur pulang. Kami dibekalkan dengan bubur Assyura oleh famili Atok Mar. Terima kasih! Sangat banyak... Singgah sebentar di Hafifah untuk membeli bekalan makanan untuk pengembaraan esok. =)

Tarikh : 17 Januari 2010
Tempat : Wang Kelian & Gua Kelam

Sessi fotografi sebelum memulakan pengembaraan.

Ke luar negara!
Yeahhhh...!!!

Pasar Ahad Wang Kelian

Sessi menangguk ikan Guppy dalam besen.
=)

Delegasi bergambar kenangan setelah penat membeli-belah.

Meninggalkan jejak di Sempadan Malaysia-Thailand.
Mungkinkah ini kali pertama dan terakhir sampai ke sini?!

Nyum... Nyum... Nyum...
Santapan kami! =)
Kebuluran sejak pagi belum mengisi perut.

Cover album.
Model 'batu' Gua Kelam.

Arah yang perlu dituju.

Sila perhatikan jelas-jelas waktu lawatan untuk menaiki keretapi di Gua Kelam.
Jangan jadi seperti kami, leka bersantap sehingga terlepas waktu lawatan.

("*(",)

Tak larat nak mengarang panjang-panjang lagi. Biarlah gambar-gambar sahaja yang berbicara. ;-) Yang penting, sangat GEMBIRA!!! Terima kasih sahabat-sahabat. =) Sementara waktu masih bersisa, ayuhlah kita mengukir sebanyak mungkin memori terindah bersama. =)


Sayang sokmo,

Tuesday, January 12, 2010

Gembira! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Seronok. Lega. Syukur. Hahaha... Terlepas sekepuk beban di kepala sebentar. Petang tadi pergi jumpa Papa Yusof utk FYP. Kecut perut, progress tak ada mana pun, dalam hati, "habislah aku kena sembur lagi ptg ni". Hahaha... Kesudahan hari ini, sangat seronok! Walaupun terpaksa mendengar kutukan yang ikhlas drpd Papa, tapi itu lebih rela diterima drpd menadah telinga kena marah & tgk mood dia spoil.

Lagi 1 perkara yg gembira ptg tadi, aku dah dapat duit claim RAM!!! Hahaha... Suka lagi! RM90, banyak tu beb! TQ Papa! Nasib ada research grantt, bolehlah 'pau' juga. Hehehe... Singgah di pasar malam tadi, terserempak dengan budak yg belajar motor besar di IKMP Selasa lepas. Hahaha... Sengal budak tu. Cuma sempat angkat kening je tadi sebab dah lambat & tangan pun dah sakit angkut plastik. Lupa nak wish All The Best pada dia. Mungkin dia nak test JPJ Jumaat ini. Semoga berjaya ya! Ada rezeki jumpa lagi. ;-)


Sayang sokmo,

Monday, January 11, 2010

...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

I'm confusing...
Should I accept it or not...?!

Really afraid to face the facts...
Afraid to accept the responsibility...
Afraid to be hurt...
Afraid to belonging...

Be careful!
Every action taken have their risk.
So, ALL THE BEST to you...
=)


Sayang sokmo,