Monday, February 22, 2010

=(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Hari ini tidak diceriakan dengan perkara-perkara yang menggembirakan. Dari sebelum menjelang permulaan hari ini, malang menghimpit bertimpa-timpa. Hah! Dah lama air mata pelarut duka sang puteri tak mengalir. Hari ini tanpa segan tanpa silu ianya jatuh jua. Agak kecundang dalam mempertahankannya. Puas!

Maaf! Buat insan yang teramat aku sayangi dan sanjungi... Andai kataku menyinggungmu andai tingkahku melukaimu. Maafkan daku! Ketahuilah, bahawasanya aku amat menyayangimu! Terlalu sayang!

Aku tekad! Biarlah sesusah mana di kemudian hari, hanya aku seorang yang akan tanggung sengsara. Wahai insan yang amat aku sayangi, aku dah buat sedaya mampu yang boleh aku lakukan. Aku cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa kerna aku tahu kewujudan aku selama ini memang telah banyak menyusahkan pihak lain. Aku cuba berusaha sendiri. Tolong beri peluang kepadaku. Maafkan aku sekali lagi. =(


Sayang sokmo,


Saturday, February 13, 2010

Terdampar di Wang Ulu nan Permai ;-)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Aku masih tersadai di Wang Ulu. Tak sabar menanti petang esok menjelang. Ingin pergi jauh dari sini. Bahang ke'tension'an FYP makin terasa. Hanya tinggal 29 hari sahaja lagi untuk hantar 1st draft Final Report FYP. Nampak macam dah banyak yang buat tapi sebenarnya masih terlalu banyak yang tak buat. Hah! Malas cerita lagi! Bikin serabut saja. Tukar topik.

Petang semalam aku ponteng kelas JDM. Bukan niat asal aku untuk ponteng, kalau boleh nak jadi budak baik walaupun sahabat ramai yang dah beransur pulang sejak kelmarin. =P Namun ada komitmen lain yang lebih penting perlu dibereskan dengan segera. Apa itu?! Haaa... Aku ke Jabatan Pendaftar untuk memungut semua Transkrip Akademik Sementara aku untuk permohonan Master. Dah sampai sana, hanya Transkrip untuk 6 semester sahaja yang dapat. Lagi 1 semester, aku dah ambil sebelum ini jadi x boleh bagi lagi sekali. Cis! Ingatkan boleh ambil 2x. Hah! Terpaksalah aku patah balik ke Wang Ulu untuk ambil sehelai lagi Transkrip. Buat salinan dan bersedia gerak ke Jejawi.

1st time aku bawa motor ke Jejawi lepas dapat Lesen. Mula-mula cuak juga tapi bila fikir kembali kalau nak ikutkan sahaja rasa takut, sampai Grad nanti pun aku tak akan berani nak bawa motor. Hmmm... Redah sahajalah. Alhamdulillah. Selamat! Singgah di Jejawi sebentar untuk hantar Pair Assignment Keusahawanan Kejuruteraan. Selepas itu terus memecut ke Dragon untuk pengesahan sijil-sijil oleh Bro aku. Hahahaha... (Gelak jahat!) Aku sampai Dragon, ngam-ngam bertembung dengan sahabat-sahabat yang baru sahaja habis kelas petang itu. ;-)

Sambil sain dokumen aku, sempat Bro komen result aku Semester lepas. Nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Biarkanlah ia berlalu. Hehehe... Banyak suggestion yg dia bagi, bertambahlah motivasi untuk teruskan usaha sambung Master & cari kerja. Sebenarnya aku berada dalam dilema samada mahu sambung atau bekerja dahulu. Hinggakan pada suatu tahap aku mengeluh kerna kepenatan berfikir. Sekarang aku usaha juga minta kedua-duanya dan selebihnya berserah pada-Nya. Redha. Sahabat-sahabat, aku doakan kalian juga diberikan petunjuk oleh-Nya. =) Selamat ber'FYP' semua! ;-)


Sayang sokmo,

Friday, February 12, 2010

'Stim'Boat TomYam =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Tarikh : 11022010 (Khamis)
Aktiviti : 'Stim'Boat TomYam


'Stim'Boat TomYam kami! Yummy! ;-)

Antara bahan yang digunakan.

Masa ini, masing-masing dah terliur kelaparan.
Duduk mengelilingi periuk sambil mata tak lepas daripada periuk sementara menunggu foto makanan diambil.
=)

Sangat seronok! Hahaha... Harap-harap dapat buat lagi pada masa akan datang. Nak ukir memori sebanyak mungkin sementara masa yang semakin berkurang ini. Semoga semua gembira-gembira saja!

Buat sahabat-sahabat berketurunan Cina:

SELAMAT TAHUN BARU CINA
GONG XI FA CAI
ENJOY YOUR BIG DAY
=)



Sayang sokmo,

Thursday, February 11, 2010

Buat Kamu...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt


Jika dahulu...
Aku mampu bergelak ketawa denganmu...
Aku mampu baring sebantal bersamamu sambil bercerita tentang cita-cita...
Aku mampu berkongsi segala rahsia dan masalah hidup...
Aku mampu bergurau senda denganmu...
Aku mampu membaca mindamu...
Aku mampu menjadi antara yang terpenting dalam hidupmu...











Namun kini...
Seperti jarak perenggan dalam entri ini...
Kita semakin jauh...
Aku tak memahamimu, dan kau jua tak memahamiku...



Aku terluka malam ini.
Mungkin kesefahaman antara kita semakin menipis.
Maafkan aku sahabat.
Aku tewas.
Aku hampir gagal menyelamatkan persahabatan kita.


Ketahuilah kamu wahai sahabatku...
Aku sangat menyayangimu.
Aku cuba.
Walau hatiku terluka.
Memberi peluang dan terus menjaga persahabatan ini.
Kerana sahabat, kamu teramat bererti dalam hidupku.


Sayang sokmo,

Sunday, February 7, 2010

Tidur Lama Cepat Mati

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Memang tak dinafikan tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dikatakan tempoh masa tidur yang sesuai dan ideal bagi orang dewasa adalah selama 7 jam sehari. Sekiranya anda banyak tidur atau tidur anda sering kali melebihi 7 jam sehari mengikut kajian Prof. Daniel F. Kripke seorang pakar tidur daripada American Cancer Society yang dijalankan ke atas 1000 orang sukarelawan di barat. Beliau telah merumuskan bahawa…

- Tidur melebihi 8 jam sehari, risiko 12% untuk mati lebih cepat.
- Tidur melebihi 9 jam sehari, risiko 17% untuk mati lebih cepat.
- Tidur melebihi sehingga 10 jam sehari, risiko sehingga 34% untuk mati lebih cepat.

Ini bermaksud lebih lama anda tidur, maka lebih cepatlah anda pergi menghadapi risiko kematian. Hal yang sama juga akan berlaku sekiranya anda kurang tidur. Anda turut dikatakan berisiko tinggi untuk menghadapi masalah kesihatan sekiranya amalan kurang tidur ini dibiarkan berpanjangan.

Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan karbohidrat di dalam badan, dan mewujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’)

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilaporkan dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Oleh yang demikian, tidurlah mengikut tempoh yang disarankan. Tidur yang berkualiti akan memberi kesan yang positif terhadap diri anda.

Sumber : MohdHafez.net

** Ini adalah fakta kajian Sains yang telah dilakukan. Sebagai seorang Muslim kita memang yakin bahawa ajal di tangan-Nya. Namun kajian ilmu Sains juga jangan diabaikan kerna sesungguhnya ilmu ini juga milik dan datangnya dari Allah yang Maha Besar. Semoga mendapat ikhtibar. Renung-renungkan. =)

** Pesanan utama buat diriku - kurangkanlah tidur! Kena mula buat jadual tidur berkualiti ini. Hihihi...


Sayang sokmo,

Friday, February 5, 2010

Ekspedisi Gua Wang Burma I & II

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Tarikh : 02 Februari 2010 (Selasa)
Tempat : Taman Negeri Perlis, Wang Kelian
Aktiviti : Ekspedisi Menawan Gua Wang Burma I &II

A journey begin!
Sediakan payung sebelum hujan.
Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
=)

Sessi 'briefing' sebelum masuk gua daripada Tour guide kami - Che Li & Abg Bad.

Pokok Tongkat Ali.
Rupanya tips nak tahu pokok ini adalah semua dahan, ranting & segala yang ada pada pokok ini mengarah ke atas.
Lihat daun Tongkat Ali, setelah dilunyai-lunyaikan masih tidak koyak.
Tour guide suruh kami kunyah daun itu, aku cuba.
Hasilnya, uwekkkk... Pahit!
Tak apa, sekurang-kurangnya pernah merasa bukan?!
Lebih baik daripada yg tak pernah merasa.

Antara tumbuhan yang dijumpai.

We are heading to Gua Wang Burma.
Suku perjalanan dalam hutan baru nak boleh masuk gua.
Agak keletihan, tapi ke'excited'an itu telah mengatasi kelelahan yg melanda.

Sessi belajar menganyam ketupat daun palas dalam Taman Negeri Perlis.
Tour guide pun belajar bersama.
=)

Lihat, rumah riang-riang. Binatang ini memerlukan 16 tahun untuk kelahiran namun hanya 1 minggu sahaja nyawa setelah ianya keluar daripada rumah ini.
Pokok ketum. Pertama kali tengok dan berkesempatan merasa sedikit air daun ketum. Pahit!
Mengerumut semut hutan ini. Geli-gelaman.

Port wajib bergambar di Gua Wang Burma I.

Subhanallah.
Sila lihat betul-betul, tertera kalimah nama Allah terbentuk pada dinding gua.

1. Batman tersidai selesa di syiling gua.
2. Cantik! Kilauan kristal.
3. 2 ekor anak Batman yang disorokkan dalam lubang-lubang kecil dinding gua.
4. Stalagtid & stalagmid yg hampir bercantum.
5. Seakan-akan bentuk kepala gajah.
6. Antara guni tinggalan zaman 1960-an, orang kampung masuk gua untuk ambil baja tahi kelawar.
7. Besar. Boleh buat tiang rumah. =)

Antara laluan mencabar di Gua Wang Buma I.
Sangat sempit.
Sesiapa yg bersaiz XXXXL, sila pastikan anda turun sehingga saiz XXL untuk lepas halangan ini.
Jika tidak, anda akan tersangkut di situ dan terus menjadi sebahagian daripada gua.

;-)

1. Percaya tak?! Pasir pantai. Sangat halus.
2. Gua Wang Burma II lebih mencabar. Bagi yang mempunyai ketinggian melampau-lampau, maka anda perlu sentiasa tunduk dan membongkok hampir sepanjang dalam gua.
3. Lagi kilauan batu kristal.
4. Gua Wang Burma II adalah gua basah. Maka jangan beranganlah untuk keluar dari gua ini dengan keadaan yang kering dan bersih seperti mula-mula masuk tadi.


Yang pasti, Gua Wang Burma II lagi adventure! Best!

Lengkap sudah pengembaraan kami menawan Gua Wang Burma I & II!

1. Bergambar betul-betul di penghujung muka Gua Wang Burma II.
2. Kanak-kanak riang sangat ceria bermain air.
3. Hujung gua.
4. Air terjun yang sangat cantik.
5. Duduk memerhatikan kanak-kanak riang tadi bermain air.

Gambar kenangan setelah selesai ekspedisi.

1. Di sini lagi?!
2. Keluar negara buat kali ke-2. =P
3. Selamat tinggal Thailand!
4. Pesan air kosong, tuang dalam gelas air laici.
5. Kelaparan + Kepanasan
6. Sama situasi di atas.
7. Lepak di selekoh untuk mengambil gambar pemandangan.
8. Pemandangan dari atas.
9. Tak faham aku, kenapalah mamat ini sangat excited. Gaya nak terjun turun terus pun ada. Isk3x...

Sebelah malam pula dapat makan free - Ain & Su belanja. Thanks!

** Terima kasih buat sahabat-sahabat yang men'credit'kan photo dr camera aku. Bagi yang belum, silalah ye. Hak cipta terpelihara. Hehehe... aZu's collection.


Sayang sokmo,

Thursday, February 4, 2010

Mid Term Test

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku baru sahaja habis print out semua lecture note yang ada. Dah minggu ke-6 baru nak print notes...?! Gila pemalas sungguh aZu ini...! Haihhh...!!! Hahaha... Entahlah, semakin banyak masa free semakin malas aku ini. Sepatutnya makin banyak masa, makin concentrate pada subjek yang hanya seciput semester ini tapi sebaliknya pula yang terjadi. Isk3x...

Niat di hati ingin study Enzymes Part A malam ini, esok kena bentang. Doakan aku dapat berjaya teruskan perjuangan malam ini. ;-) Usahawan belum sentuh lagi, harap-harap sempat cover esok. Hujung minggu ini hingga awal minggu depan musim Mid Term Test, maka dan sesungguhnya seperti selalu aku akan memulakan tabiat lama yang tak pernah berubah - study last minute (Isk3x... Tak insaf2x lagi, apa nak jadi ni?!).

Mid Term Test
06 Februari 2010 - Keusahawanan Kejuruteraan
08 Februari 2010 - Jurutera Dalam Masyarakat
09 Februari 2010 - Biokimia

Semoga berjaya sahabat-sahabat. Belajar rajin-rajin yee... Jangan jadi macam aZu yang selalu study last minute ini. =P

** Makan dulu sebelum mula study, kelaparan di tengahmalam buta. Bubur + Sosej. Nyum3x... =)


Sayang sokmo,