Tuesday, January 6, 2015

Wahai Lelaki...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Wahai lelaki...
Apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila kamu ‘memancing’ wanita
Kamu menyentuh hati wanita
Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian

Wahai lelaki...
Pasti kamu salahkan wanita
Mengapa mengharap kepadamu
Tapi kamu perlu tahu
Wanita hatinya cukup lembut
Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai
Pasti kamu pertikaikan
Siapa suruh berharap?
Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu
Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?
Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan
Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?

Wahai lelaki...
Kami akui wanita sangat mudah perasan
Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita
Kami redha dengan kelemahan itu

Tapi wahai lelaki...
Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini
Bukanlah untuk mengambil kesempatan
Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami
Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu
Membimbing wanita yang lemah ini
Maka kamu perlu tahu
Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas

Wahai lelaki...
Apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia
Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan
Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan
Tapi pernahkah kamu fikir
Kedudukan kamu disisi Allah?
Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain

Wahai lelaki...
Jika kamu seorang yang taat,
Jika kamu sangat menjaga solat kamu
Mengapa lakukan ini pada wanita
Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran
Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?
Wahai lelaki, kecoh sekali kamu hebahkan
Bahawa kamu mahu isteri yang solehah
Tapi dalam masa yang sama
Kamu tidak putus-putus memancing wanita
Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki
Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya


“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)


Wanita yang baik untuk lelaki yang baik
Adakah layak kamu peroleh wanita solehah
Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu
Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh
Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu
Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita


Sumber: Are-u

Monday, June 4, 2012

Entri Pekasam :) Pengembaraan Bus Sekolah (2 - 4 Feb 12)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Memori tercipta lagi! Momen berharga kali ini adalah hasil daripada gabungan kuasa-kuasa veto sahabat UM. :-P Pada awal perancangan, sekumpulan 5 orang akan bergabung tenaga menjayakan misi kali ini. Namun, siapalah kita untuk menidakkan ketentuan-Nya, kita hanya merancang, namun Dia menentukan segalanya. Pada saat-saat terakhir sebelum berangkat ke medan juang, hanya 4 orang sahaja yang mampu meneruskan misi. ;-) Walau bagaimana pun, mereka yang gugur sebelum juang akan tetap dalam ingatan sentiasa. :-P (Poyo je ayat!)

Perjalanan kali ini berlangsung selama 3 hari 2 malam, mengambil ilham program 3H2M yang disiarkan di TV3. Dengan matlamat sampingan untuk mencabar kewibawaan program tersebut dalam konteks perbelanjaan. :D Alhamdulillah, pengembaraan kami kali ini hanya menggunakan RM230 termasuk penginapan, makanan, tiket masuk, minyak dan tol. Ekonomi kan? :D Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan selesa. :)

Hari Pertama (02-02-2012)

Janji telah disepakati, kami berkumpul di KL Sentral. Lebih kurang jam 8 pagi, perjalanan meninggalkan  sementara kota KL yang penuh dengan asap kenderaan ini bermula. Destinasi pertama kami adalah Kellie's Castle yang berada dalam pertengahan perjalanan kami menghala ke Taiping. 

1. Kellie's Castle, Batu Gajah

Cantik! Walaupun hanya bangunan terbengkalai yang terhenti pembinaannya, namun struktur dan seni binaan bangunan ini sangat unik. Kellie's Castle antara tempat photoshoot yang cantik tau! :) 

Atas: Pandangan hadapan Kellie's Castle
Tengah: Pandangan sisi Kellie's Castle. Hanya 4 tingkat yang sempat dinaikkan. (Plannya 6 tingkat.)
Bawah: Antara bangunan yang terbengkalai di bahagian belakang istana.

Menapak di anak tangga yang dibina pada tahun 1905.

Atas: Pose warming up setibanya di Kellie's Castle. :-P
Tengah: Suka binaan bangunan ini, walaupun tak sempurna tapi nampak cantik.
Bawah: Antara koridor yang berhantu cantik untuk shoot. ;-)

Atas: Kami duduk di tempat yang sepatutnya dijadikan gelanggang bola pingpong.
Tengah: Poyo jek! Bajet tuan estet tengah meninjau anak-anak buah tengah bekerja. :-P
 Bawah: Next pendakian adalah bangunan belakang itu. ;-) Ini baru tingkat 3, ketaq dah kaki! 

Habis berfoya-foya selama sejam setengah di Kellie's Castle, perjalanan diteruskan menuju ke Taiping Bandar Warisan. Check-in homestay lebih kurang jam 2 petang, berehat sebentar sebelum meneruskan misi petang pula. Hujan lebat mengalukan kedatangan kami petang itu. Jam 3 petang, memandangkan perut masing-masing rancak berdangdut maka kami singgah di kedai makan pertama yang terlihat dek mata. :) Kedai mamak!

2. Muzium Perak, Taiping

Muzium antara tempat yang wajib dilawati setiap kali kami berada di tempat orang, Antara sebabnya adalah masuk PERCUMA! (Tak macam Muzium Negara, berbayar!) ;-) Baru tahu, rupanya Muzium Perak adalah muzium pertama di Malaysia. :)

Atas: Pandangan hadapan (sedikit sisi) Muzium Perak. :-P
Bawah: Muzium pertama di Malaysia beb!

Atas: Galeri Orang Asli & Tembikar
Bawah: Masing-masing mengambil tempat di tanah tumpah darah. ;-)

3. Taman Tasik Taiping, Taiping

Setelah sejam lebih dalam muzium menimba dan mencedok kisah silam, wajiblah beriadah bila hari beransur petang! Destinasi seterusnya adalah Taman Tasik Taiping! Kami memilih untuk beriadah senaman kaki sambil membakar lemak tepu di peha dengan Swan Boat. ;-)

Atas: 'Lamborghini' Swan Ayin & Nad
Tengah: Taman Tasik Taiping
Bawah: Sebelum memulakan sessi pembakaran lemak

Atas: Treler Nad & Ayin bergambar dekat dengan papan tanda.
Tengah: Pantulan bangunan dari permukaan tasik.
Bawah: Mini Cooper S Zihah & aZu. :)

4. Night Safari, Taiping

Pada sebelah malam, kami ke Night Safari. Jujur aku katakan, rugi bayar RM16 untuk masuk. Baik masuk zoo waktu siang, murah pun murah. Semua terang benderang, haiwan pun nampak, jalan pun nampak, takut pun tak ada, seram pun tak ada. :D Pengalaman 'best' yang dapat dari Night Safari cuma boleh tengok haiwan yang biasanya kurang aktif siang hari, sangat agresif pada waktu malam contohnya harimau & singa. (Agresifnya pun takat pak belang jalan mundar mandir jek. :D) Lagi pengalaman 'best' adalah perasaan takut + seram dengar ngauman singa atau pak belang yang bergema di malam hari.

Kebetulan kami pergi hari bekerja, maka wajiblah kurang pengunjung. Mula-mula memang kami dibawa jalan dengan trem dan pada akhir perjalanan kami diminta turun untuk menikmati 'keindahan' Night Safari dengan berjalan kaki jika berkeinginan. Namun, dalam kelam malam yang hanya berbekalkan lampu malap sudah semestinya buat aku kecut perut. Walaupun keinginan nak berjalan merentas Night Safari itu ada, namun aku dah berjaya dimomokkan denga perasaan sendiri. :D Takut buaya terlepas la, takut harimau kejar la, takut singa terkam la. Karton sangat! :D

Satu-satunya gambar yang cun di Night Safari. (Sebab lighting cukup. :P)

Planning nak ke Kuala Sepetang layan mee udang Mak Jah yang femes tu lepas balik dari Night Safari. Namun terpaksa dibatalkan sebab perut masih kenyang. Puas hati jugak dinner petang tadi. Kedai makan di simpang jalan berhadapan dengan kubur Islam Taman Sg. Mas Taiping memang the best!! Tomyam kaw! Neslo kaw! Superb! :D 

Dinner kami! :)

Hari Kedua (03-02-2012)

5. Lost World of Tambun, Tambun

Excitednya kami untuk ke sini, sebelum gate buka lagi kami dah tercongok depan kaunter tiket. Tak sabar nak redeem tiket yang dah dibeli secara online. Utuk pengetahuan, entrance ticket sekiranya beli secara online adalah lebih murah berbanding beli di kaunter. Di kaunter, harga tiket adalah RM45 berbanding jika beli secara online, hanya RM40.50. Walaupun hanya RM4.50 jimatnya, duit beb! :-)
 
Atas: Wajib bergambar sejurus sampai sebab... pintu Lost World belum buka lagi. Excited! 
Tengah: Gandingan tangan-tangan poyo bersama wristband Lost World. 
Bawah: Wajib juga bergambar tatkala nak beredar dari Lost World sebab... tak tahu bila lagi akan sampai ke sini.

6. Gerbang Malam, Ipoh
Hidangan malam ini! Nyum Nyum.. 
Pertama kali rasa kerabu epal, sedap!
Tom Yam malam ini tak mampu tandingi Tom Yam semalam. :)

Badan yang seram sejuk tak menghalang keterujaan sekali lagi untuk mengembara melihat tempat orang. Destinasi malam ini adalah Gerbang Malam yang terletak di bandar Ipoh. Usai menikmati makan malam di kedai makan berhampiran Homestay kami di Tambun, kami terus gerak ke sana. Perjalanan lebih kurang 20 minit (termasuk sesat + salah jalan) :P Akhirnya kami sampai ke destinasi. Gerbang malam lebih kurang uptown/downtown di KL. :) Bezanya, di KL ianya terletak di tempat yang memang khas untuk berniaga; manakala di Ipoh ini ianya dijalankan di atas jalan raya. 

Atas: Papan tanda 'gedabak' Gerbang Malam
Bawah: 3 orang aweks pelancong asing ;-)
Hari Ketiga (04-02-2012)

Destinasi terakhir kami sebelum mengakhiri misi kali ini adalah Bukit Tinggi. Kali ini terpesong sedikit laluannya ke arah pantai timur. :D Laluan sedikit sesak memandangkan warga KL masing-masing pakat nak balik ke arah pantai timur sempena cuti panjang Maulidur Rasul & Thaipusam.

7. Bukit Tinggi, Bentong

Perjalanan yang berliku-liku mengingatkan aku kepada memori bukit putus yang dah lama tak dilalui. Dulu masa tinggal di asrama, tu laluan wajib untuk balik rumah. Setiap kali, setiap kali itulah kepala pusing-pusing, perut berkelodak, tekak loya-loya. :-P Pening beb!

Suka Bukit Tinggi. Sejuk! (Dah nama pun tempat tinggi, mestilah sejuk! Haiahhh... ;-)) Awan mendung menyambut kedatangan kami, dengan doa agar hujan tidak menyusulinya. Antara flora yang terdapat di Bukit Tinggi yang sempat dirakamkan oleh lensa photographer belum tauliah. :-P (Sejak bila tah minat shoot bunga ni.) Tapi kan, dalam banyak-banyak bunga kat bawah ni aku cuma kenal bunga ungu yang pertama tu je - Morning Glory (Apetah nama dalam Melayu nye.) Yang lain semuanya aku buta bunga. :D





Satu nasihat untuk korang-korang yang bakal ke Bukit Tinggi, silalah penuhkan perut anda sebelum ke sini. Makanan sangatlah mahal dan di setiap restoran tak akan terkecuali daripada jual bir dan wain. (Abaikan nasihat ini jika anda bergaji ribu riban. :P) Dan sila bawa bekalan air untuk hilangkan dahaga dan sumber glukose untuk tenaga segera kerana kita akan banyak berjalan di sana. Dan seperkara lagi, buat cik adik yang gemar memakai heel, silalah lupakan niat anda jika tak mahu kaki comel lagi mulus anda melecet. ;-)

Sekian sahaja laporan pengembaraan geng Bus Sekolah kami. :-) Gambar di Bukit Tinggi masih banyak belum upload. Nanti la ek. :) Tapi serius, pemandangannya sangat cantik! Ok, next trip? :D Ingin berpesan-pesan, rancanglah perjalanan sebaiknya agar dapat mengurangkan kos yang yang diperlukan. Akan datang boleh teruskan misi ke tempat lain pula. :)


Sayang sokmo,

Friday, May 25, 2012

Diam :D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Diam bukan bererti marah atau merajuk.
Kadangkala,
diam bermaksud, menangis secara senyap buat hati yang terluka."

Tak tahu sebab apa yang nak terluka tak semena-mena. Poyo jek! :P Terbalik je ayat di atas dengan aku. Kalau diam, aku merajuk atau marah. Kalau dah sampai menangis, tu dah tahap 'tekanan perasaan' yang tak mampu ditanggung lagi. :P Hehehe. Tapi kan, perasaan selepas menangis sangat indah. Puas! :D Jangan terlalu kerap, itu cengeng! :P

Ohhhh... Sejak setahun dua ini jejari dan otak tak mampu men'synchronize' idea untuk dicurahkan di laman blog. Masa tengah kejar bus, masa tengah kocoh-kocoh jalan menuju LRT, masa tengah kayuh basikal, banyak pula perkara yang nak dikarang. Tapi bila duduk depan laptop, 'kuyup' segalanya. Mata layu, otak lemau, lepas itu... Zzz.. lah jawabnya. :D Aku bukanlah kerja buruh binaan yang perlukan kerahan tenaga yang banyak. Tapi kalau dah hobinya memang tidur, memang nampak gayanya makin tumpul la kemahiran karangan BM aku dalam blog ni. :P

Ok la, 'terpaksa' berundur diri dahulu. Dah melebihi batas waktu rehat. :P Kang ada yang report dengan bos pula. :D :D Chiowww... Take care semua! :-*

Sayang sokmo,

Sunday, April 1, 2012

Nikmat Kerja. :D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
 Assalamualaikum wbt 

Kerja penat, tapi aku enjoy. Biarlah orang nak keji ke nak maki ke nk kutuk ke. Ada aku kisah?! Aku bukan minta duit angpa pun. :P Banyak rupanya dugaan kerja. Nak hadap rakan sekerja yang suka buat muka 'taik' bila tak puas hati. Nak layan perangai patient yang pelbagai. Dipandang rendah. Huhh! Patient yang berlagak, tak usah cerita la. Paling tak boleh lupa, bila sorang mamat India ni datang kat kaunter minta MC. Mula-mula elok je cakap Melayu. Bila dah tak bagi ambil MC kat kaunter, tiba-tiba je  'speakong' bagai. Lagak  dia cakap memang tak boleh blah. Fikir orang tak faham bahasa dia ckp gamaknya, sekali ko, hambik! Kena sembur ngan aku. Ingat ko sorang je leh speakong. :P Mencik!

Tapi rezeki di tangan Tuhan, bukan manusia. Andai ditakdirkan rezeki aku bersama mereka, aku terus di sini. Walaupun bukan bidang aku, namun aku seronok. Banyak pelajaran baru yang aku dapat setiap hari. Bukan saja dari segi ubat-ubatan, malahan cara berkomunikasi. Ada rezeki, aku berminat nak belajar dengan lebih detail prosedur patient. Aku pun teringin nak lakukan seperti mana yang mereka selalu lakukan. Cemburu sebab mereka pandai! :D

28 Mac 2012 --> Gaji pertama! :D Nilai bukan ukuran tapi kepuasan dan usaha ke arah nilai itu yang aku sangat hargai. :)


Sayang sokmo,

Thursday, March 22, 2012

Menjelang Jubli Perak. :D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Meniti minit-minit terakhir sebelum menjangkau usia Jubli Perak. 
:D :D :D 


Tak larat nak countdown dah, tidoZzZzZzZz... Sok kije beb!



Sayang sokmo,

Thursday, March 8, 2012

Eh, Hari Wanita? :D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

 I
Selamat Hari Wanita
(Ada jugak eh, tak pernah ambil tahu pun sebelum ini. ;)) 


II
Jerih, inspirasi untuk terus bertahan.
Gambatte! (",) 

III
Ohhh, Oktober
Kehadiranmu kunanti. 
Chewahhh. :P 
(Kali ini, nak photoshoot dgn jubah konvo sampai 'lebam'! :D)


** 2 minggu lagi. :D


Sayang sokmo,

Monday, February 20, 2012

Terlanjur menonton, semuanya salah printer! :-P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Tak pernah dalam sejarah aku, 8 jam masa habis untk print report saja. Mula print pukul 10 malam, selesai print pukul 6 lebih. Ganjarannya, berpinar mata pagi ini! Padan muka diri sendiri! :P Suka lagi buat kerja last minit. Itu pun nasib baiklah printer dengar kata dan bagi kerjasama. Cuma perlu refill ink sekali saja. :D Nasiblah badan...

Ganjaran buat kerja last minute. :-P
Tak pernah serik!

Sambil printing, aku layan drama. 'Ter'download cerita Bicara Hati. :D Tergerak hati nak tengok sebab teringatkan novel Damya Hanna tu sangat best, masa sekolah menengah dulu aku pernah baca. Tapi, hampas! Drama serius tak best. Baik layan Vanila Coklat lagi berbaloi. :P Nasiblah hero cerita tu hensem, sebab tu aku boleh bertahan tengok hingga ke episod 7. ;-) Entah, rasa macam kebanyakan pelakon cerita tu sangat kaku dan kekok. Mungkin tak biasa berlakon gamaknya. (Memandai je aku buat assumption! Cer aku cuba try test yang berlakon, mesti tahap batang pokok kayu juga!) :P 

Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu. 
Jiwa sangat! :-P

Musykil sikit, kalau kita langgar kereta orang lain, perlu ke IC kita orang yang kena langgar tu pegang sebagai jaminan untuk bayaran ganti rugi?! Kan salah kalau seseorang tu simpan IC orang lain. Sedangkan polis sendiri pun tak simpan IC pesalah lalu lintas kan. Tak logik! Haiahhh.. Sumpah membazir download capacity aku 'ter'download cerita ini! :D Hahaha, cukup! Tak reti nak review lebih-lebih, aku bukannya kaki tengok drama melayu. :D

21.02.2012 - Alhamdulillah. Report hardcover dah submit. Result dah keluar. Alhamdulillah. :-) Boleh request hadiah konvo tak? :-P Nak teddy bear! :D Dah lama tak tambah koleksi teddy bear. (Apa khabar 'Usop' di rumah Mar agaknya.)


Sayang sokmo,

Friday, February 10, 2012

Diam itu Tanda Marah bukan Setuju! ;-)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 


Bila anda sedang marah,
.
.
.
.
.
.
maka berusahalah untuk diam atau tidak banyak bersuara.
.
.
.
.
.
.


Diam.
...
...
Diam.
...
...
Diam.
...
...

Badan panas lagi, kerapnya rasa nak demam. :-(
Sayang sokmo,

Api & Ego

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 
 
Apabila maraknya api bertemu dengan api yang marak.
Apabila tingginya ego bertemu dengan ego yang tinggi.


Lerai segalanya!









If only the time can be reverse back... :-(
My bad!


Sayang sokmo,

Glad that we are friend! (",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 
 
A hug is worth a thousand words.
A friend is worth more...

The only picture 6 of us. (",)

 Though miles may lie between us
we are never far apart,
for friendship doesn't count miles
its measured by the heart.


Sayang sokmo,