Muka-muka budak yang sesat sampai ke JB. ;-)(Maaflah, gambar gelap sedikit. Aku malas nak edit. Masa ambil gambar ini, aku lupa tukar Auto Mode)
Nasi Ayam PenyetNampak indah dan menyelera bukan?!Jangan tertipu dengan luaran!!!Sangat masin.
Inilah Restoran yang ada Nasi Ayam Penyet masin itu.Hati-hati ya!=p 14 Disember 2009Masing-masing agak lewat bangun. Sepatutnya kami ada free breakfast tapi disebabkan teramatlah awal kami bangun, maka burn begitu sahajalah. Berkemas-kemas dan bersedia untuk check out. Sebelum keluar, kami sempat lagi berposing bergambar dalam bilik. =) Setelah check out, kami mencari kedai nasi campur untuk lunch. Berdasarkan maklumat daripada akak hotel tadi, kami telah memilih Restoran Pak Ali untuk menjamu selera. Makanan selera selatan semuanya. Sangat berbaloi. Harga pun sangat murah. Masakan pun sedap.
Habis makan, kami gerak kembali ke depan hotel kerna telah janji dengan teksi jam 1 untuk ke UTM. Driver teksi terkezut kami 5 orang nak naik 1 teksi. Mula-mula macam tak nak bagi tapi akhirnya bagi juga. Banyak mulut uncle teksi itu. Dah la sesat dalam UTM. Boleh pula dia bagi alasan sebelum ini x pernah sesat dalam UTM, hari itu sahaja cari tak jumpa bangunan P23. Isk3x... Pusing punya pusing meter tetap berjalan. Akhirnya sampai juga kami di P23 MediTeg.
Ingatkan sampai sahaja di sana kami nak terus ke Surau dahulu memandangkan appointment yang dibuat adalah pada pukul 2 petang tapi terserempak pula dengan warga MediTeg yang kebetulan baru sahaja keluar dari makmal. Sekilas pandang mereka telah tahu kami adalah delegasi dari UniMAP. Lantas mereka terus menjemput kami masuk ke makmal dan sessi bermula. Kami agak terpinga-pinga kerna tidak menyangka akan ada begitu ramai makhluk yang akan menyambut dan membantu kami. Serius. Aku ingatkan hanya dengan En.Ardi.
Selesai sessi ta'ruf ringkas, kami bergegas menunaikan solat. Selepas solat, Dr. Rafiq nak jumpa kami. Eh? Cakap 'he is not available' hari ini masa dalam emel. Isk3x... Kecut juga perut masa nak jumpa. Bila dah jumpa memang kecut pun. Soalan dia bagi kedengaran simple, tapi kami x boleh jawab. Gaya dia bertanya soalan memang ada iras gaya En. Yusof bertanyakan soalan. Isk3x... Sama tapi tak serupa. =)
Kami ditinggal bersama dengan En. Ardi dan staf-staf yang lain. Sessi perbincangan tergendala sebentar bagi memberi laluan untuk perut diisi. Selambak Pizza Hut di atas meja. Isk3x... Kami dah kenyang. Masing-masing makan sekeping sahaja. Kalau x, dah 'selamat'lah Pizza tu kalau kami belum makan tengahari tadi. Setelah menjamu selera, kami dibawa melawat ke Experimental Lab. Tak adalah banyak mesin-mesin besar dan canggih seperti dalam bayangan aku tapi cukup untuk buat aku kagum dengan kelebihan yang ada di UTM ini. =)
Ohh, lupa nak cakap kami hanya datang untuk sehari sahaja. Aku pun tidaklah sangka sebegini mesra dan keterbukaan mereka untuk membantu kami untuk FYP ini. Siap tanya softcopy dan design yang dah dibuat serta problem yang dihadapi. Huhuhu.. Macam supervisor kami pula. Mereka suggest kami supaya stay lama lagi di sana memandangkan kami belum start kuliah tapi memandangkan ada yang dah beli tiket dan plan lain maka kami berjanji akan datang lagi ke sini. Serius. Sangat baik hati kakak-kakak & abang-abang di sana. =) Terima kasih. Siap ajarkan kami SolidWork lagi. Hehehe...
Lebih kurang jam 4.45 petang, kami menamatkan sessi bersama mereka kerna teksi telah menunggu kawan-kawanku. Agak keberatan untuk berpisah kerna banyak ilmu yang ditimba. At least sinar-sinar FYP dah nampak sedikit. Hehehe... Kami berpisah dengan janji akan kembali lagi dan sentiasa keep in touch. =)
Aku ke asrama Syidah manakala rakan-rakanku gerak balik ke destinasi masing-masing. Sengaja aku tak balik petang itu kerna ingin berjumpa sahabat lama aku. Malam itu selepas Maghrib Syidah belanja aku makan nasi ayam penyet. Kali ini sangat best! Thanks Syidah! Setelah kenyang perut, Syidah bawa aku ke Danga Bay. Kecut perut aku naik motor dengan Syidah. Tidaklah laju mana, cuma 90 km/j sahaja tapi disebabkan memandu di jalanraya yang sangat sibuk maka aku dengan automatiknya menjadi cuak. Bayangan lama kembali menjelma. Ohhh... Tidak! Alhamdulillah semuanya selamat. Setelah penat berjalan-jalan menikmati pemandangan malam yang indah, kami singgah sebentar di kedai-kedai yang ada.
Letih. Seharian tidak berehat. Memandangkan dah terlalu lama tidak bertemu, maka bermacam-macam cerita yang hendak dikongsi. Entah jam berapa kami baru terlelap. Bercerita tentang kisah zaman sekolah dahulu, cerita tentang kisah cinta Syidah & tunangnya dan bercerita tentang aku. Ehemm... Pandai Syidah mengorek rahsia hati aku yang selama ini tersimpan kemas. Ecehhh... Hahaha... Siap bagi nasihat dan tips lagi. Hehehe... Akhirnya kami terlelap. =)