Monday, April 27, 2009

Hari Keluarga Unit Awam di Port Dickson 25 April 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku berpeluang join Hari Keluarga Unit Awam yang dianjurkan di Port Dickson. Terima kasih buat semua staf Unit Awam & Kak Ida serta Kak Fani. 1 lagi memori sewaktu praktikal telah tercipta. =)

Wah3x... Terornya En. Ashraf! Dalam pejam mata pun boleh bakar udang. =P

Dari kanan : Kak Fani, Kak As, Kak Ida & aku
Inilah antara wajah-wajah pem'bbq'. =)

Kenapa yee... Qistina pandang aku macam itu sekali?!

Qistina

Alamak... Terpejam la pulak mata time ambil gambar ini. Pejam dalam senyum pulak tu. Isk3x...

Happy family of En. Izam

** Gambar selebihnya akan di'upload' kemudian. Sedikit sahaja gambar dari kamera aku. =)


Sayang sokmo,

Saturday, April 25, 2009

Cardiac Bypass Live Surgery 23 April 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... Setelah 5 bulan lebih aku berada di PPUKM, akhirnya dapat juga aku tengok live surgery. Terima kasih istimewa buat En. Mawi - Medical Technician . Terima kasih juga buat En. Khairul - bawa aku join T & C, KJ Shida - izinkan aku masuk OT, PM Dr. Mirzan (kalau tidak silap) - surgeon yg baik hati, En. Perfusionist Heart Lung Machine (aku lupa tanya nama) - terangkan berkaitan heart lung machine, Cik Shida - Cardiac Perfusionist, staf-staf OT & lain-lain yg terlibat.

Bukan senang rupanya nak tengok live surgery. Jijah, Wawa & student nurse yang dah lama study di sini pun masih tidak berpeluang untuk masuk tengok. Alhamdulillah, rezeki aku even 6 bulan sahaja aku berada di sini, aku dapat peluang keemasan ini. Bersyukur sangat! Puncanya hari Isnin lepas aku join T & C Flowmeter & Cerebral Oxymeter. Aku berminat sangat dengan 2 alat ini disebabkan wakil dr company yang jual barang ini sangat best penerangannya. Tip Top beb! Even tidak semua yg aku faham tentang apa yang diterangkan (banyak sangat medical term) tapi i still get the idea of what actually that machine for.

Aku perasan time wakil syarikat tengah terangkan, ada mamat seorang ini berdiri juga tepi mesin itu. Aku ingatkan doktor. Buat dek sahaja la. Tiba-tiba dia mencelah bg penerangan juga. Makinlah aku tambah berminat sebab semakin ramai dengan rela hati mengajar aku yg tidak tahu apa-apa ini. =) Selesai sahaja penerangan, bro itu tanya aku faham ke tidak. Aku jawablah, aku tidak faham semuanya tapi get the idea la. Tergerak hati utk tanya samada dia doktor ke tidak. Rupa-rupanya En. Mawi Medical Technician. Sama field la ni. Ini yang lebih excitedkan aku. Ringan sahaja mulut aku tanya boleh tidak kalau aku nak masuk tengok surgery yang menggunakan alat tersebut. Tanpa ragu-ragu dia terus cakap boleh. Aku lagilah excited. Pucuk dicita ulam mendatang. =)

Seawal pagi Khamis lagi aku dah sms En. Mawi. En. Mawi suruh aku masuk awal dalam pukul 9.30 pagi, boleh tengok prosedur sekali. Aku masuk OT dalam pukul 10.15 selepas minum pagi. Masa aku masuk, dada patient dah buka. Aku sempat tengok dari jantung yang berdenyut hinggalah ke jantung yang tidak berdenyut dan seterusnya berdenyut kembali. Semasa jantung tidak berdenyut, fungsi heart fully take over by heart-lung machine. Wahhh!!! Betapa kagumnya aku melihat wayar-wayar darah yang berselirat di mesin itu. Kagum juga melihat betapa expertnya En. Perfusionist mengendalikan heart-lung machine. Peranannya sangat penting di saat ini di mana beliau me'maintain'kan keadaan patient sepanjang jantung tidak berdegup untuk memastikan darah supply to other parts of body is continuous.

Sungguh! Aku sangat kagum tatkala berada di dalam dewan bedah ini. Pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan. Terima kasih buat semua! 1 lagi memori telah tercipta di Dewan Bedah PPUKM. =)

Heart-lung machine which fully take over heart function during bypass procedure. Hebat kan?!

Flowmeter which show the flow of fluid in vessel. Pulse index which below than 5 and more than 1 show that the flow is smooth & good so the surgeon don't need to redo the bypass.

Cerebral oximeter which measure the oxygen saturation in brain. Diffeence between pulse oxymeter and cerebral oximeter is cerebral oxymeter can still measure the saturation when no heart beat while pulse oxymeter can't.

*Aku tidak upload gambar surgery tengah dilakukan. Aku risau masalah ethic. So, biarlah gambar itu menjadi koleksi peribadi aku sahaja. =)



Sayang sokmo,

Sunday, April 19, 2009

Ice Skating Sunway Pyramid 19 April 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Ahad lepas aku, Mar, Kak Farah & Tok blind date di Sunway Pyramid. Ini perjumpaan kali pertama sejak dah LI 5 bulan lebih. Baru ada kesempatan untuk kumpul bersama. =) Idea ice skate ini Tok yang bg. Aku yg lebih-lebih excited melobi untuk main. Hehehe... Nak merasa pengalaman baru.

Aku gerak dari Cheras pukul 8.15 pagi. Dalam pukul 9.30 dah sampai KL Sentral. Tiba-tiba tergerak hati nak call Mar. Rupa-rupanya Cik Kak baru bangun. Gawat... Gawat... Dah janji dengan Kak Farah mesti sampai di stesen komuter Subang Jaya by 10 am. Apa nak buat, aku tunggu Mar di KL Sentral sementara dia gerak dari Serdang. Sementara melilau-lilau di KL Sentral, perut aku meronta-ronta minta diisi. Aku pergilah melantak bakso di Medan Selera semangkuk.

Mar sampai sahaja di KL Sentral, kitaorang terus kelam kabut turun ke platform Pelabuhan Klang. Kasihan Mar. Tidak pasal-pasal kena beli tiket lagi sekali sebab dah termasukkan dalam mesin. Hehehe... Salah aku juga sebab tidak bagitahu Mar. Sori!

Pukul 11 lebih baru sampai di Stesen Subang Jaya. Kak Farah & Tok pun dah penat menunggu. So, terus gerak ke Sunway Pyramid. Ok, sekarang biarlah gambar berbicara pula. =)

Kecuakan melanda kami. Hanya mampu meng'usha' dahulu keadaan sambil mengumpul semangat. Dalam masa yg sama juga, mencari geng-geng yg expert meniti dinding kaca kerana kami juga bakal meniti bersama. =P

Apa-apa pun, perut mesti mahu isi dahulu sebelum turun meneruskan perjuangan. Aku makan set A di Wendy's. 1st time makan di Wendy's. Beef burger 1 biji + nugget 3 biji + air berkarbonat Cukuplah untuk supply energy before skating (Aku dah melantak semangkuk bakso di KL Setral tadi).

Cehhh... X ada la tajam mana blade kasut skate ini. Masih tidak mampu la aku untuk menggegarkan dan membelah ais-ais dalam sana nanti. =P

Inilah muka-muka skaters pro (Pro la sangat... Hehehe...). =)

Berjaya gak aku berdiri & jalan tanpa meniti dinding kaca. Setelah beberapa round meniti, akhirnya aku mampu mengimbangkan diri. Itupun bawah tunjuk ajar seorang adik yg baik hati - Yen Yen. TQ Yen Yen!

Awal-awal tadi nak lepaskan tangan dari dinding pun cuak. Sekarang dah boleh bagi 'peace', kalau tadi jangan haraplah aku nak buat macam itu. Nanti tidak pasal-pasal tersungkur macam nangka busuk. =)




Aku, Kak Farah & Mar before my last round.

Puas hati aku! Lebih 10x aku tawaf. 5x tergolek mcm nangka busuk. Belum terror lagi. Tapi pengalaman itu sangat seronok. Excited sgt2x! Terima kasih khas buat Yen Yen & adiknya. Adik comel inilah yang ajar & bagi kekuatan untuk aku bermula ice skate tadi. Tidak sempat ambil gambar & ucap thanks buat kali terakhir before balik. But i'm really appreciated of what she has thought me. =) Mana tidaknya, dalam ke'lost'an aku mula ice skate tiba-tiba ada tangan halus yang disua. Aku tersenyum & sambut tangan kecil itu. Siapa sangka a stranger akan giving a help dalam keadaan aku yg tengah lost masa itu. =) Ada masa & duit lagi, aku mesti main lagi. Sangat best!


Sayang sokmo,

Sunday, April 12, 2009

Logbook & Aku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Kepala aku sakit. Dah berlarutan 2 minggu lebih. Adakah ini simptom-simptom stress? Aku pun x sure. Aku masih bertungkus-lumus dengan logbook. Selasa depan En. Megat dah nak visit. Makin sakit kepala aku. Aku di library PPUKM ini. X pernah aku menghabiskan masa hujung minggu aku di library. Selalunya aku balik Serdang. Minggu ini terpaksa stay sebab salah aku juga ada hobi kumpulkan kerja & suka buat kerja last minute. Rasakanlah sekarang penangan logbook. =)


Sayang sokmo,