Saturday, July 9, 2011

Tanggal 9 Julai 2011 - BERSIH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

"Ya Allah, dengan rendah diri aku memohon kepada-Mu, peliharalah keamanan negaraku, kekalkanlah perpaduan kaum yang terpelihara baik selama ini, sesungguhnya kami manusia yang mudah leka, lupa asal usul, ingatkanlah kami tika kami lalai dan terleka. Lindungilah negara ini daripada anasir-anasir yang tak baik." 

Cuaca muram sejak dari pagi lagi seakan mengerti kisah suram yang bakal berlaku hari ini. Sudah semestinya peristiwa hari ini bakal menjadi sejarah buat tatapan anak-anak pada masa hadapan. Samada apa yang diperjuangkan oleh pihak tertentu ini bakal berjaya atau tidak, yang pasti 1 imej yang kurang baik telah ditonjolkan kepada kaca mata dunia pada hari ini. Aku berada di rumah sambil mengikuti setiap perkembangan perhimpunan haram pada hari bersejarah ini. Melihat foto-foto yang disiarkan di Malaysiakini, tiba-tiba meremang bulu roma. Jalan-jalan yang mereka lalui ini merupakan jalan-jalan yang biasa aku 'ukur' saban minggu. :D Situasi sebegini buat aku terkenang kembali kisah yang hampir sama berlaku di Mesir awal tahun ini (perhimpunan jalanan). Semoga negara ini terus dilindungi dan dilimpahi rahmat daripada-Nya. 


Sayang sokmo,

0 comments: