Saturday, December 31, 2011

Kita Ditakdirkan Berpisah - Screen

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Lagu ini ditujukan daripada seorang sahabat maya.
Katanya, sebagai persediaan perpisahan.


Kita bersahabat bukan untuk berpisah.
Kita bersahabat bukan untuk seketika.
Kita bersahabat untuk selamanya.


Sayang sokmo,

Saturday, December 24, 2011

Hanya Peminjam :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Kita,
berkongsi sekeping hamparan langit yang biru bersama.
berkongsi sejalur sinar mentari yang keemasan bersama.
berkongsi sekedap udara yang memenuhi segenap unit bersama.
berkongsi sebutir bumi yang ibarat bola bersama.
 
Kita...
berkongsi segalanya bersama...
 
Mengapa? 
perlu kau bongkak.
perlu kau mendabik dada.
perlu kau meninggi diri.

Mengapa mesti kau meninggikan hidung yang azalinya telah mancung?
Mengapa mesti kau memperlekehkan yang lain sedangkan diri kau juga selekeh? 
Mari...
Ke mari kamu, wahai insan...
Kita bercermin bersama.
Melihat pantulan yang terpapar.
Imej yang kita lihat bersama itu hanya pinjaman kan?!
Adat meminjam, mesti pulangkan kan?! 
Tiba waktunya, ia bakal dipulangkan kepada Penciptanya kan?!
Kita tiada hak untuk menidakkan ini kan?!

Maka...
Wahai insan,
Usah bongkak. 
Usah mendabik dada. 
Usah tinggi diri. 
Usah hidung tinggi. 
Usah lekehkan.

Kita semua sama saja.
Hanya PEMINJAM di bumi ini.
Hanya sementara yang tak mungkin kekal.

 Gambar ihsan: Google Image
** Peringatan bersama buat diri sendiri terutamanya. Dan insan lain umumnya. (",)

Sayang sokmo,

Sunday, December 18, 2011

Si Biru (",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt 

Dia, si biru yang unik.




Kekurangan itu akan dilengkapi dengan kelebihan antara satu sama lain.





Wahai sang hati yang terguris,
sila sembuh cepat. 
:)


Sayang sokmo,