Sunday, May 31, 2009

Selamat Pengantin Baru Buat En. Megat & Pn. Aisyah =)

Dengan nama Alah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Tarikh 30 & 31 Mei menjadi sejarah dalam hidup kedua-dua pensyarah aku - En. Megat & Pn. Aisyah. Semoga kalian berbahagia selalu. Pandai ye simpan rahsia. =P Tup tup jemputan kahwin. Terkezut kami. Walau apa pun, kalian memang pensyarah kami yang best!

Aku & Nad berharap semoga kami tidak salah rumah. =) Hehehe...

Juadah masakan kampung. Cukup membuat aku kecur liur. =)

Bergambar kenangan bersama sempena hari bahagia pasangan lecturer kami. =)
Sama ayu, sama kacak. Sangat sepadan. =) Suka sangat!
Mahal beb gambar ini. Puas aku minta izin utk upload dlm blog, so korang beruntung sebab dah dapat tengok. =)

** En. Hanafi, bila lagi...?! Nanti jgn lupa jemput sudah... =)
** Aku cakap pada Nad sebelum ambil gambar bersama pengantin : "Nad, bertambahlah motivasi saya untuk kahwin cepat ni.Hehehe..." =)


Sayang sokmo,

Saturday, May 30, 2009

Marathon Movies =)

Dengan nama Allah yang Maha Pmurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Semalam aku marathon 2 movie sekaligus. Hahaha... Mulanya plan dengan Wawa & Kim nak tgk Terminator sahaja. Tapi ptg semalam tiba-tiba Kak Ida ajak tgk Syurga Cinta. Pantang diajak, ok saja. Hehehe...

Pukul 5 lebih gerak dari PPUKM naik kereta En. Aedy sekali dengan Kak Ida, Kak Ina & En. Zam. Sampai sana terus beli tiket & aku terus beli tiket utk Terminator malam nanti. Terminator cuma aku, Kak Ida, Wawa & Yana sahaja yang tengok. Yang lain dah gerak balik.

Syurga Cinta
Boleh laaa... Lebih dihidupkan dengan lawak watak adik Ikhmal. Terselit banyak pengajaran Islamic dari segi pergaulan & berpasangan.

Terminator Salvation
BEST!!! Hahahaha... Antara mesin & manusia. X reti nak describe macam mana. Yang penting, x rugi tengok.


Sayang sokmo,

Mdm Lim Restaurant =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

I forgot the name of this dish. Got 6 pieces actually but we already ate the other 4 pieces. Hehehe... We eat this while waiting for the heavy dishes. Very hungry looo... =)

Here are our dishes :
Kak Ida's Choice -

Char Key Teow

Lychee

aZu's Choice -

Melaka Fried Char Mee

Assam Boi Lime Juice

TQ to Kak Ida for this treat! Actually we were going to Jusco Maluri yesterday and having a lunch at Mdm Lim Restaurant if I'm not mistaken. =)


Sayang sokmo,

Friday, May 29, 2009

Aku Yang Gembira =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt


Ini sepatutnya entri semalam. Tapi memandangkan mood yang kurang baik & aku yang berada dalam ke'blur'an maka sesi penulisan terpaksa ditangguhkan sehari. Hehehe... Kenapa mood aku kurang baik semalam?! Hmmm... Banyak sebab sebenarnya, antaranya perut yang teramatlah lapar. Dan sebab yang lain-lain...?! Biarlah rahsia... Hehehe... Yang penting, aku tengah bahagia & gembira sekarang ini. =)


Sayang sokmo,

Wednesday, May 27, 2009

Laksa Penang =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Percubaan pertama masak Laksa Penang akhirnya berjaya. Dah berbulan-bulan aku teringin nak makan Laksa air tangan ibu. Tapi, almaklum sahajalah... Dah jauh-jauh macam ini, entah bila agaknya kesampaian hajat aku. =( Last-last ambil inisiatif masak sendiri lagi bagus. Hehehe...

2 minggu lepas, aku pergi makan Laksa di Laksa Shack. Bunyi macam sedap kan?! Tapi bagi aku, sangat tidak berbaloi makan di situ. Dahlah mahal, tidak sedap pula (Nasib bukan aku yang bayar. =) TQ gewe Kak Ida!). Aku paling pantang kalau kuah Laksa guna ikan selain daripada ikan kembung segar. Dari kecil lagi dah biasa Tok Leha & Ibu masak guna ikan kembung. Paling tidak pun guna ikan sardin segar. Yang pasti bukan guna mana-mana ikan dlm tin. =P Biarlah... Apa-apa pun, percubaan aku kali pertama telah berjaya. =)

Kuah Laksa.
Aku guna 4 ekor ikan kembung yg dibeli time nak balik rumah ptg smlm. =)

Laksa
Proses merebus laksa setelah direndam hampir 5 jam. Laksa jenama ini agak liat sedikit, so kena rendam lama. Aku tambahkan sedikit minyak untuk mengelakkan Laksa daripada melekat.

Panaskan kuah dan celur Laksa untuk persediaan sessi santapan tengahari. =)

Last proses - MAKAN!!!

Shikin & Yana cakap kuah Laksa aku sedikit masam. Tapi still ummppphhh... Hehehe... Lain kali aku kena perbaiki lagi tahap masakan aku. =) Terima kasih untuk Ibu juga! Ibu yang ajar aku pagi tadi time dalam telefon.


Sayang sokmo,

Tuesday, May 26, 2009

Teh 'O' Limau =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Teh 'O' Limau

Segelas air untuk merehatkn minda yg tengah sesak dgn Final Report LI. =)
Siapa mahu?! Angkat kening... =P


Sayang sokmo,

Friday, May 22, 2009

... =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

".........t ptg ni eh sy blanja azu mkn sbB bnyk tlg sy mse msk kJE lu..k..dtg la lepk bengkel.."

Huwaaa!!! Tolong!!! Msg yg aku terima pg td selepas sarapan bersama. Ptg nanti aku nak lari balik Serdang. Bukan tidak sudi. Tapi aku rasa sedih. Rasa macam farewell party pula. Tak apalah, aku terpaksa kecilkan hati orang kali ini. Entah, sentimental pula kali ini untuk berpisah. Masing-masing masih terlalu baik padaku. Pelawaan Kak Jun untuk pergi menonton wayang bersama pun terpaksa aku tolak. Begitulah... Bukan x sudi, tapi...

Jika umurku masih panjang, jika rezekiku murah, jika aku telah mula bekerja, jika aku telah bergaji, aku akan kembali ke sini lagi. Di sini tempat yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupku. Di sini tempat aku belajar pelbagai perkara dari yang baik hinggalah yang kurang baik untuk dijadikan teladan hidup.


Sayang sokmo,

Thursday, May 21, 2009

Selamat Bertunang Syidah =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Malam tadi Ahsiah call aku 2x, tapi aku dah tidur. Tengahari ini call lagi sekali tapi line tiada pula. Aku cuak. Mungkinkah ada something bad yang berlaku. Nauzubillah... Terus aku call Ahsiah sebaik sahaja dapat sms missed call.

Hohoho... Rupanya saja nak berborak. Isk3x... Ahsiah bikin aku gelabah saja. =) Banyak yang dibualkan. Almaklumlah sudah 7 tahun masing-masing menghilangkan diri. Banyak cerita yang keluar. Gosip juga tidak kurang hebatnya. Hehehe...

Sungguh... Terasa sekejap sahaja masa berlalu. 7 tahun berlalu dengan cepat sekali. Kawan-kawan aku dah ada yang hampir mendirikan masjid. Nombor phone Syidah baru saja aku dapat daripada Ahsiah. Terus aku hubungi member kamceng time form 3 dahulu ini. Tahu-tahu Syidah jemput aku ke majlis pertunangan dia lepas solat Jumaat esok. Haaaaa???!!!

Aku teringin nak pergi. Nak meraikan hari bahagia sahabat aku bersama. Nak berjumpa setelah sekian lama berjauhan. Banyak cerita yang hendak dikongsi. Tapi, aku masih ada tanggungjawab di sini. Walau apa pun, aku tetap mendoakan semoga majlis esok berjalan dengan lancar. Semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke akhir hayat. Semoga berbahagia. Aku hanya mampu mendoakan dari jauh sahaja ye Syidah. =)


Sayang sokmo,

Friday, May 15, 2009

Habis Sudah =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Alhamdulilah. Akhirnya selesai pun 24 minggu praktikal aku di Justify FullPPUKM. Aku terlepas presentation hari ini memandangkan semua staf busy terutamanya bos aku - En. Shazuan. Hehehe... Lega aku. =)

SPECIAL THANKS TO :

:En.Nahrowi:En.Hassannuddin:En.Zulkifli:En.Hamid:En.Shamsul:En.Long:
En.Fahmeey:En.Azizi:En.Zulfadly:En.Shazuan:En.Khairul:En.Irwan:En.Azreen:
En.Shahrul:KakIda:En.Zaiedi:En.Syukur:En.Azizuddin:En.Earid:En.Kamarul:
En.Yusuf:En.Fairul:En.Jasmi:En.Rahman:En.Ismail:En.Zuhairi:En.Dzulfikri:
En.Adi:En.Ashraf:En.Hambali:En.Amin:En.Zaini:En.Arizam:En.Azahari:En.Zamri:
En.Farihan:En.Shahzam:En.Irzam:En.Shafry:En.Hasyidan:En.Junaidi:KakJun:
KakFani:KakAs:KakIna:En.Aidil:En.Muhsin:En.Azizi(I):En.Abu:En.Tarmizi:

Segala memori yang tercipta akan diabadikan selamanya.
Terima kasih di atas segala tunjuk ajar.
Terima kasih kerana tidak pernah lokek dengan aku.
Terima kasih untuk segalanya. =)
Aku akan merindui kalian semua.


Sayang sokmo,

Sunday, May 10, 2009

Aku Yang Masih Menghitung Hari =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Hari ini berlalu lagi. Sehari demi sehari berlalu. Aku masih tetap seperti dahulu menghitung hari. Jika dahulu aku menghitung hari kerana tidak sabar untuk menghabiskan hari-hari praktikal di PPUKM. Namun kini aku menghitung hari lagi kerana rasa sayu untuk meninggalkan PPUKM.
Pelikkan?! Ingat lagi minggu pertama aku berada di PPUKM, baru hari ke-5 sahaja aku sangat berharap agar masa berlalu dengan sangat cepat. Namun kini segalanya berubah. Alangkah aku berharap agar masa berlalu dengan sangat perlahan sekarang. Hahaha... Kedengaran seperti kebudak-budakan bukan?! Hakikatnya itulah yang aku alami kini. =(


Sayang sokmo,

Monday, May 4, 2009

Berkelah di Sungai Congkak 01 Mei 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

1 Mei - Hari Buruh. Aku, Mar, Ann & Nad berkelah sambil menyelam di Sg. Congkak. Perjalanan pagi itu kurang lancar berikutan dengan insiden malang yang berlaku di rumah sewa Mar. Tapi alhamdulillah, walaupun aku & Mar lambat gerak dari Serdang namun plan masih tetap berjalan seperti yang dirancang. =)

Sampai-sampai sahaja terus isi perut dengan bekalan. Lapar sangat...!!!

Ann & Mar pun x mahu kalah posing time makan. =)

Sempoi je bekalan kami utk perkelahan ini. Sandwich + Bihun goreng Gambar bekalan ini diambil time nak start 2nd round. =P

Cayalah! Atas kepala aku keluar asap. =P Inilah team mandi Sg. Congkak.

Bodyguard aku. Hehehe... Amacam?! Ada berani?!

Cantikkan?! Aku suka air Sg. Congkak. Port kitaorang berendam ini mmg masyuk la.

Orang buta sesat di Hutan Sg. Congkak. =) Hahaha...

Nad tengah pulun drive, aku & Mar sibuk posing lak kat belakang. =P

Nak juga ambil gambar dengan pemandu berhemah ini. =P

** Atas sebab-sebab 'keselamatan' aku terpaksa utk tidak meng'upload' gambar-gambar aksi 18SG semasa berada dalam air utk menjamin kesejahteraan semua pihak. Hehehe... =)



Sayang sokmo,