Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
Assalamualaikum wbt
Lalala~ Dah seminggu bday aZu berlalu. Apa yg dah berlaku eh sepanjang tempoh berusia 21 tahun seminggu ni eh...?! Apa upgrading dah dah dilakukan...? Huhuhu... Letihnya... Minggu ini kena settlekan lagi pasal kad undangan mlm anugerah yg tertunda. Nampak mcm simple je. Tapi, hanya Allah je tahu betapa lecehnya proses utk menyiapkan 1 kad tu. Drpd design kad, phostostat, potong, tulis nama, hias reben & edarkan. Itu belum termasuk lagi yg silap tulis la, reben tercabut la, gunting reben la. Wahh... Remehnya proses semua ini. At last, hasil daripada kesabaran & ketekunan ini sgt berbaloi. Hasilnya sgt puas hati. Even dah hbskan masa & kudrat utk kad ini shj, aku sgt berpuas hati. Inilah yg dinamakan kepuasan berusaha. Hehehe...
Hidup ini pun mcm tu la gak. Bila kita berusaha dgn gigih, kita akan berpuas hati dgn hasilnya. InsyaAllah Allah x akan menghampakan kita. Tapi kalau hasil yg kita dapat tidak memenuhi kehendak kita, itulah adalah dugaan daripada Allah. Dan dugaan itu adalah bersesuaian dgn kemampuan kita. Oleh itu, kita x perlulah risau atau sedih dgn dugaan itu sebab kita memang layak utk menerimanya. Hanya Allah je yg tahu apa yg terbaik utk diri kita. So, teruskan berusaha.
Kenikmatan selepas berusaha itu sgt indah. Mungkin kita semua pernah merasainya. Aku pernah gak merasainya. Usaha yg perlu aku tingkatkan skrg ni adalah utk final yg bakal menjelang dlm kurang drpd 1 bulan. Aku teringin nak merasai kenikmatan usaha utk berjaya ke
arah itu. Semoga aku mempunyai kekuatan semangat & motivasi secara konsisten.
Usaha? Kadangkala kita sekeras-kerasnya menegakkan yg kita dah usaha. Tapi sejauh manakah usaha kita yg dikatakan USAHA...? Oleh itu, tepuk dada tanya selera. Hanya diri kita sendiri yg tahu jwpnnya. Sejauh mana usaha yg benar2x kita lakukan. Bersamalah kita bermuhasabah diri... aZu, ganbatte!!!





