Showing posts with label ~Perihal Hidup~. Show all posts
Showing posts with label ~Perihal Hidup~. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Bicara 2 Makhluk Mulut Bau Longkang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Makhluk mulut bau longkang I: "yang jaoh2 tak terlibat tapi buat onar sehingga menyusahkan orang -__-"

Makhluk mulut bau longkang II: "tu lgy betul , pstu org yg dekat dekat ni yg susah"

Ok, anda telah baca petikan dialog di atas? Ianya memang berkenaan dengan yang hidup semata-mata tanpa ada kaitan dengan yang telah mati. Huh! Geram! Susahkan orang?! Ohhh, sangat SHIT butir perkataan yang anda telah taip di ruang FB itu! 

Ok, biar aku ulas serba sedikit antara dialog 'makhluk mulut bau longkang' ini:

'Yang jauh tak terlibat'? Ya, secara direct memang mereka tak terlibat. Namun, untuk pengetahuan kalian yang memiliki mulut & hati yang sangat BUSUK, mereka terlibat secara indirect melalui zuriat mereka. Kalian ada?! Hanya mampu mengolah ceritera dongeng & menjaja di tepian kain dalam sahaja! Ohhh!!! Berdekatan pun bukanlah jaminan penglibatan diri, kan?! 

'Menyusahkan orang'?! Ohhhhh... Helloooo... Tumpang tanya eh, kalian yang melontarkan kata-kata di atas ini ke yang disusahkan? Pelik bin ajaib. Sibuk mengomel dan menjaja cerita, tapi HAPRAK sumbangan pun tak ada. Huh!    

'Orang yang dekat ni susah'?! What The Fish! Ohhh... (Ampunkan aku, sangat geram!) 1 soalan aku nak tujukan: "Orang dekat ni susah demi siapa?" Sendiri mau fikir. Pada hemah aku, jika 'orang yang dekat' ini lakukan segalanya dengan penuh keikhlasan, insyaAllah ganjaran-Nya menanti kerana kau berbakti kepada orang yang telah banyak berbakti selama ini pada kau. Jika ini yang kau berkira susah, insyaAllah berlipat kali ganda susah yang kau akan dapat kelak.   

Aku tahu entri kali ini berbau sensitiviti kaum kerabat dan mengguris hati. Namun, suhu yang dingin kala malam yang kelam ini masih tak mampu untuk menstabilkan haba yang membara dari dalam diri tatkala baca statement kalian yang 'sangat best' itu. Aku mohon maaf buat sesiapa yang tak terlibat dan telah membaca nukilan sastera aku di malam hari ini. Aku pun manusia biasa, yang selalu reti marah. Keh Keh Keh! ;-) Fuhhh!  


Sayang sokmo,

Tuesday, March 16, 2010

Akuarium Aku! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Anda tahu bagaimana perasaan rindu berpanjangan yang terlerai...?! Hah! Aku dah merasainya. Baru saja ini. Lebih kurang hampir 3 minggu kami berselisihan pendapat. Dan selama itu juga masing-masing menyepi. Ego! Iya, masing-masing mempertahankan ego sendiri. Tapi bak kata pepatah "air yang dicincang tak akan putus". Bak kata aku pula "jarak yang semakin jauh buatkan kita belajar menghargai". Ok lah, yang penting segalanya telah kembali normal. Suka! =)

Akuarium aku!

Credit to Mr. Adam for anti-chlorine solution, bubble machine & aquarium decoration!

Thanks!

Sayang sokmo,

Tuesday, January 20, 2009

Berhijrah Lagi!!! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Famili aku berhijrah lagi. Kali ini ke Kuala Penyu pula. Dah seminggu lebih pindah sana. Tinggal aku & Angah je kat Semenanjung ini. X sabar nak pergi sana. Walaupun ibu cakap tempatnya tidak semaju & secantik Sibu. Tapi, Kuala Penyu Sabah dah dekat dengan Pulau Tiga & Labuan. =) Aku suka!!! Boleh pergi jalan-jalan. Yahoo!!!

Alhamdulillah... Semua negeri di Malaysia telah aku jejak kecuali Sabah. Dengan perpindahan ini, maka akan lengkaplah koleksi lawatan negeri-negeri di Malaysia aku ini! Berpindah & berjauhan bukan lagi perkara asing dalam hidup aku. Dari Form 1 lagi aku dah biasa berjauhan. Famili aku di Air Hitam, aku di Seremban. Tinggal lagi 5 bulan aku nak PMR, famili aku pindah ke Sibu pula. Tinggal aku sebatang kara kat Semenanjung (Hehehe... Tipu je nih. Aku still ada Atok di Serdang = P. X la sebatang kara sgt...)

Kenangan berjauhan yang x pernah aku lupakan, bila aku sambut Hari Raya Aidilfitri tanpa ibu ayah & adik-adik. Masa itu akhir tahun Form 3. Famili kat Sibu x da bajet nak balik Raya. Aku lak kena tunggu result PMR keluar baru boleh pergi Sibu. Aku raya bersama Atok & famili saudara yang lain. Mula-mula, keraskan hati cakap kat diri sendiri jangan menanngis. Tapi, bila tengok famili saudara masing-masing ada ibu ayah semua, aku jadi sebak. Merah gak la mata pagi Raya itu. Hehehe...

Bila aku fly ke Sibu, aku ada problem untuk pertukaran sekolah. Sebulan lebih juga la aku tersadai kat rumah x dapat sekolah. Alhamdulillah, murah rezeki aku dapat tawaran ke Sek Men Sains Miri. Sekali lagi berjauhan dengan famili. Jarak dari Sibu ke Miri 600++ KM kalau aku x silap. Perjalanan dengan bas ambil masa 8 jam. Lebih kurang dari Perlis ke Negeri Sembilan.

2 tahun di Miri. Selepas itu, aku sempat menjalani Latihan Khidmat Negara di Kem Junaco Park Sibu. Kenangan yang amat indah sepanjang latihan itu. Selepas itu, aku dapat tawaran ke Matrikulasi Kedah di Changlun. Nun jauh di Utara. Ayah hantar aku untuk hari pendaftaran. Masa itu beg boleh tahan sikit lagi. Time habis Matrikulasi, aku kena balik sendiri. Bertimbun-timbun beg & kotak. Itu pun setelah ditapis & dibuang separuh note & tutorial aku. Terkedek-kedek aku seret naik bus semua barang. Sampai di Pudu, Pak Long datang ambil aku.

Selesai setahun Matrikulasi, aku dapat tawaran sambung Degree di Universiti Malaysia Perlis pula. Opss... Masa itu Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM). 1st day daftar, aku x ditemani sesiapa. Solo maa... Datang Perlis pun tumpang Mak Mak Su yang nak hantar Ima ke UUM. Alang-alang sekali jalan katanya. Kalau ikutkan aku, naik bus je pun boleh. Malas nak susahkan orang lain. Tapi, dah semua dok suruh aku ikut sekali, aku pun on je.

15 hari aku di Perlis, famili aku di Sibu telah pindah balik ke Perak. So, sempatlah aku hidup sebentar di Perak. Tapi, x lama. 2 tahun 5 bulan sahaja famili aku di sana. Aku pula baru beberapa kali balik saja. Almaklumlah, cuti sem bukannya lama sangat.

Sebulan sebelum famili aku pindah ke Sabah, aku dah tinggal di Cheras untuk latihan industri di PPUKM. Waduh3x... Memang membawa diri betul la aku ni. So, untuk saat dan masa ini, aku berada di Cheras.

Soalan yang aku x suka bila orang soal kat aku : asal mana? orang mana? Kebiasaannya, jawapan yang diberikan mestilah tempat rumah kita kan. Aku ni serba salah untuk jawab. Kalau macam sekarang, kalau aku cakap rumah kat Sabah. Mesti orang akan tanya balik. Orang Sabah ke? Tensi aku. So, jawapan paling selamat, saya lahir di Kajang Selangor. Hahaha... Walaupun agak menyimpang sedikit jawapan daripada soalan yang ditanya, at least fakta ini tidak akan pernah berubah sampai bila-bila. =)


Sayang sokmo,

Friday, November 7, 2008

Pemergian Lagi... Salam Takziah Buat Gorry... =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Yang pergi tetap pergi, yang masih ada teruskan perjuangan. Salam takziah buat sahabatku, Sahrizan yang telah kehilangan bapanya pagi semalam. Aku turut berasa sedih atas kehilangan itu. Semoga diberi keteguhan hati dan iman untuk bertahan. Dan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang mukmin yang soleh dan taqwa. Amiin...

Benar kata Kamalia, sekali berita kematian, akan ada berita kematian lagi seterusnya menyusul pada waktu terdekat. Ya, Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui segala sesuatu. Bulan lepas sahaja, kehilangan arwah Pak Cik Saad, sahabat baik ayahku dan arwah isteri Dr. Badlishah. Awal bulan ini pula, pemergian arwah Prof. Nazri, arwah ibu kpd salah seorang student Computer dan arwah bapa Sahrizan. Semoga semua mereka diampunkan dosa dan dicucuri rahmat.

Kembali ke soal kematian, dulu aku pernah berbicara dengan Wawa sewaktu Tingkatan 5. Hanya kami. Kurang lebih seperti luahan hati kiranya. Dulu, hatiku kuat sangat menyatakan bahawa aku akan pergi dengan kemalangan. Memang benar, aku sangat fobia dengan kemalangan. Semenjak peristiwa Tingkatan 4 dahulu. Mungkin pada waktu itu aku membiarkan hanya perasaan yang berbicara walhal aku mengetahui bahawa nyawa ini milik-Nya. Aku bersalah. Tatkala melihat sendiri kematian di hadapan mataku, aku insaf. Tidak lama setelah perbicaraan kami, arwah Tok kpd Wawa pergi. Aku turut pergi bersama Wawa menziarahi arwah. Sedih, berguguran air mata tatkala membaca Yaasin di sebelah arwah. Biarpun aku tidak pernah mengenali arwah namun ikatan saudara Islam mendekatkan kami. Sesungguhnya masa mereka telah tiba, hanya kita yang tinggal sahaja belum tahu kapan akan bertemu dengan-Nya. Wallahualam...


Sayang sokmo,

Wednesday, November 5, 2008

Kucing Mengorat ("*(",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Hari ini dari pagi sampai petang, aku asyik terserempak dengan kucing jantan yang tengah berusaha mengorat kucing betina. Mungkin pasangan ideal gamaknya. Kucing betina warna putih & sedikit oren yang jantan pula warna oren. Oren sama oren. Mungkin inilah namanya jodoh. Hehe...

Awal-awal pagi lagi aku dah nampak pasangan ini di bawah blok 5. Lepas itu, time nak naik bilik waktu lunch, nampak pasangan romantik ini di aras 2 blok aku. Lepas makan, turun nak pergi bilik study, nampak pasangan bahagia ini di aras 1 pula. Waktu Maghrib ini pula, nampak lagi couple ini tengah berdating dekat tepi tangki air bawah blok aku. Isk... Dating je kerja seharian ini eh. Study lagi weyh... (Hehehe... Tekanan perasaan betul la)

Sengaja berkongsi cerita merepek aku untuk hari ini. Nak lepaskan ke'tension'an. (Hahaha... Tau tension ke aku ini?!) Aku pernah terfikir, bagaimanalah agaknya kalau alam ini wujud dengan kehadiran dunia makhluk-makhluknya tersendiri. Misalnya haiwan juga mempunyai organisasi pemerintahan sendiri, ada Perdana Menteri, ada Kabinet, ada pendidikan sendiri, ada universiti, ada balai polis, ada supermarket dan macam-macam lagi. Wah3x... Sesaknya jalan raya dengan kenderaan manusia dan kenderaan haiwan lain. Cuba bayangkan... Bagaimanakah agaknya rupa kenderaan mereka ek?! Mungkinkah lebih canggih daripada kita atau sebaliknya. Isk3x... Khayalan yang merepek lagi. Tapi benar, aku pernah bertanya persoalan ini dengan kawan-kawanku, mereka gelakkan aku. "aZu... aZu... Kelakarlah soalan itu." "X pe... X pe..." bisikku dalam hati sendiri. Hanya aku sahaja yang ada khayalan begini. Hahaha... =)


Sayang sokmo,

Tuesday, October 28, 2008

Cantiknya ciptaan-Mu =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Ya ALLAH, betapa cantiknya ciptaan-MU...
Pada sebahagiannya KAU jadikan kekurangan...
Dan pada sebahagiannya KAU jadikan kelebihan...
Indahnya alam ini diserikan dengan pelbagai ragam makhluk...
Manusia dengan rencah hidupnya...
Manakala haiwan dengan rencah hidup masing-masing...
Lengkapnya dunia ini dengan kehadiran yang baik dan yang buruk...
Yang baik membetulkan yang buruk...
Yang buruk dijadikan untuk diperbetulkan...
Cantiknya kitaran hidup manusia ini...
Pelbagai cara mengundang pelbagai pemikiran...
Melihat kerenah dan telatah manusia yang tidak akan pernah habis...
Dengan mengadunkan kesemuanya...
Maka terhasillah alam yang sedia ada ini...

** Ketika kata-kata ini ditulis, aku berada di Terminal Bus Butterworth. Dalam perjalanan pulang ke Kangar setelah bercuti selama seminggu sempena Cuti Pertengahan Semester. Dah lebih 2 bulan masa berlalu. 23082008 sejak aku berada di sana. Sementara menunggu bus ke Kangar yang sangat lama, aku duduk di kerusi sambil melihat gelagat manusia yang tidak pernah habis. Unik & menyeronokkan.


Sayang sokmo,

Thursday, October 9, 2008

Yang Hidup & Yang Mati

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Dah lama rasa x meng'update' blog. Banyak yg nak diluahkan sampaikan dah x terluah lagi. Hari ini dah 9 Syawal. Sekejap sahaja masa berlalu pergi. Puasa 6 belum mula lagi. Kwn2x ramai yg dah mula. Minggu lepas Raya ini sangat busy. Berderet lab report, assignment & presentation menanti. Jadual final exam pun dah keluar. Huhu... Aku kekurangan motivasi la sejak balik dari rumah hari itu. Hati & fikiran masih tertinggal kat rumah. Ini yg kena suruh ibu poskan semangat aku ke Perlis balik ini. Hahaha...

Masih terkenang arwah Pak Cik Saad yg telah jauh meninggal kita semua. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang muslim yg soleh. Ajal maut di tangan DIA. Macam baru semalam arwah menyambut aku di airport Kuching. 1st time aku bertemu dgn arwah sewaktu menghadiri temuduga Petronas. Arwah sahabat baik ayah sejak aku belum wujud lagi. Arwah memang seorang yg komited dalam kerja. Mungkin sebab ini juga, ayah & arwah sangat kamceng dari dulu hingga ke saat akhir nafas arwah. Aku sempat ziarah arwah ptg sekembalinya aku dari Serdang. Time itu arwah dah nazak. Simpati aku tengok anak arwah yg bongsu. Duduk mengaji di kepala ayahnya. Betapa anak ini menghadapi dugaan yg besar dikala umur yg masih muda. Baru berusia 12 tahun telah kehilangan bapa yg selalunya memanjakan dirinya. Sedih rasa hati. Tapi inilah ketentuan yg telah dibuat oleh-Nya. Aku membisikkan kepada anak bongsu arwah agar menyebutkan kalimah 'tiada Tuhan melainkan Allah' ke telinga arwah sebagai peringatan untuk arwah. Kerana setahu aku, waktu nazak ini syaitan2x akan menghasut anak Adam untuk mengikuti mereka. Just sebagai peringatan kita bersama. Ajal arwah telah ditentukan untuk kembali menghadap Penciptanya pada 4 Syawal 1429 @ 3 Oktober 08 jam 9.40 malam. Semoga arwah tenang berada di sana. Al-Fatihah...


Sayang sokmo,