Showing posts with label ~Motivasi Diri~. Show all posts
Showing posts with label ~Motivasi Diri~. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Panic! :P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt 
 

 26 January 2012 --> 'Keramat' date! :P
Wish me all the best. (",)

Sayang sokmo,

Saturday, December 24, 2011

Hanya Peminjam :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Kita,
berkongsi sekeping hamparan langit yang biru bersama.
berkongsi sejalur sinar mentari yang keemasan bersama.
berkongsi sekedap udara yang memenuhi segenap unit bersama.
berkongsi sebutir bumi yang ibarat bola bersama.
 
Kita...
berkongsi segalanya bersama...
 
Mengapa? 
perlu kau bongkak.
perlu kau mendabik dada.
perlu kau meninggi diri.

Mengapa mesti kau meninggikan hidung yang azalinya telah mancung?
Mengapa mesti kau memperlekehkan yang lain sedangkan diri kau juga selekeh? 
Mari...
Ke mari kamu, wahai insan...
Kita bercermin bersama.
Melihat pantulan yang terpapar.
Imej yang kita lihat bersama itu hanya pinjaman kan?!
Adat meminjam, mesti pulangkan kan?! 
Tiba waktunya, ia bakal dipulangkan kepada Penciptanya kan?!
Kita tiada hak untuk menidakkan ini kan?!

Maka...
Wahai insan,
Usah bongkak. 
Usah mendabik dada. 
Usah tinggi diri. 
Usah hidung tinggi. 
Usah lekehkan.

Kita semua sama saja.
Hanya PEMINJAM di bumi ini.
Hanya sementara yang tak mungkin kekal.

 Gambar ihsan: Google Image
** Peringatan bersama buat diri sendiri terutamanya. Dan insan lain umumnya. (",)

Sayang sokmo,

Friday, December 17, 2010

Ibu Bapa & Tanggungjawab

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Ibu ayah boleh menjaga banyak orang anak, namun belum tentu seorang anak pun boleh jaga ibu ayah."

Tepat kan kata-kata di atas itu. Dulu-dulu masa kecil ibu selalu ingatkan aku tentang ini. Tapi apa aku faham masa dulu, sekadar dengar dan angguk saja. Hari bertambah hari, umur pun semakin meningkat, belajar daripada pengalaman orang dijadikan panduan buat diri sendiri.

Manusia ini hipokrit. Pentingkan diri. Termasuklah aku. Sangat tipulah pada aku jika seseorang itu mengaku dia tak pernah hipokrit dan pentingkan diri. Manusia mana ada yang sempurna bukan?! Mengaku je la yop oiii...

Gambar hiasan
Sumber: Google image

Bila usia semakin lanjut, badan juga dimamah usia, kesihatan diri merosot. Anak-anak, sedarlah tanggungjawabmu terhadap kedua orang tuamu. Insan yang membesar dan mengasuhmu sejak kamu dilahirkan. Bukan mereka pinta, bukan mereka tagih, balasan daripadamu. Tapi tegarkah kamu mengabaikan mereka tika sakit menjelma, tika lenguh tak berubat?!

Anak-anak, jangan keluh kesah. Berkira antara satu sama lain. Berpakatlah. Tak susah. Bekerjasama demi orang tuamu, bukan untuk orang lain pun. Ingatlah, suatu hari nanti kamu jua akan tua dan mungkin sakit seperti mereka. Jika ini yang kamu beri pada hari ni, insyaAllah ini juga yang akan kamu terima di hari tuamu. Tak dinafikan jaga orang sakit ini memang bukan perkara yang senang, namun ini bukanlah alasan untuk kau melepaskan diri.

Lelah itu mungkin boleh bawa kepada keluhan. Nauzubillah. Mohon dijauhkan, ikhlaskan hati dalam segala urusan. Beringat yang hari kita jua akan tiba. Nasib kita belum tentu. Peringatan buat semua, khusus buat diri sendiri.


** Tadi waktu aku google gambar untuk masukkan dalam entri ini, aku terbaca antara entri yang bagus berkaitan ibu bapa. Di sini aku kongsikan untuk bacaan dan amalan kita bersama. Semoga bermanfaat. Sila klik: Hafizatul Qiram


Sayang sokmo,

Thursday, October 29, 2009

Motivation II for aZu =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Exam Final

Aku doakan semoga semua pelajar dapat menjawab dengan tenang sewaktu musim peperiksaan ini. Jaga kesihatan. Ada seminggu lagi, kiranya bolehlah kalau nak pulun masa ni. Good luck....

Sumber : Blog En. Yusof

** Ada sahabat komen, "Blog aZu penuh dengan kata-kata En. Yusof."
Di sini aZu pula berkata, "Saya suka." ;-)
Jangan marah... =)


Sayang sokmo,

Tuesday, October 27, 2009

Motivation I for aZu =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

" NOTHING IS IMPOSSIBLE AS LONG AS YOU GO FOR IT "

Isn't it right?!


" WHAT YOU GIVE, YOU'LL GET BACK "

Remember,

" ALLAH WITH US.
WE ARE ON THE ROAD OF JIHAD.
LET'S STRIVE TOGETHER! "

=)


Sayang sokmo,

Wednesday, December 24, 2008

Alhamdulillah... =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

...ALHAMDULILLAH...

...TAHNIAH...

...TERIMA KASIH...


Sayang sokmo,

Friday, November 7, 2008

Kisah Kucing Lagi =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Pagi tadi semasa aku nak turun ke bilik study, aku terserempak dengan kucing yg selalu aku kendong ini. Aku bawa cekodok turun, mungkin dia terbau dan ikut aku. Tiba-tiba ada seekor rama-rama tengah terbang rendah.

Rama-rama ini menarik perhatian kucing tadi, kucing itu x jadi ikut aku terus terkam ke arah rama-rama. Dengan sekali terjahan saja, dia dapat menangkap rama-rama tersebut. Aku nampak dia gigit rama-rama tersebut sekali, lepas itu dia main-main dengan rama-rama itu. Rama-rama itu pun mestilah dengan susah payahnya berusaha untuk terbang selamatkan diri daripada kucing.

Percubaan pertama gagal. Kucing dapat tangkap rama-rama kembali. Lepas itu, dia main-main cekau balik dengan rama-rama. Peluang rama-rama untuk melepaskan diri datang sekali lagi. Kali ini rama-rama terbang tinggi sehinggakan kucing tidak mampu lagi menangkap rama-rama tersebut. Habis melepaslah kucing itu, dahlah tidak dapat main-main cekau dengan rama-rama lagi malahan nak makan rama-rama tersebut pun tidak berkesempatan. Akhirnya melepas jua kedua-duanya.

Dalam hidup kita jua begitu. Allah telah membuka jalan kepada kita dengan memberikan pelbagai peluang dalam hidup kita. Tiada siapa yang tahu samada peluang ini akan berulang lagi jika kita melepaskannya pada waktu kita mendapatnya.

Samalah macam kucing itu tadi, dah dapat peluang untuk makan tapi main-main. Akhirnya melepas kesemuanya. Kucing itu ibarat kita manusia. Si rama-rama pula adalah peluang yang hadir dalam hidup kita.

Sekali peluang hadir, genggam dan tunaikanlah ia dengan sepenuh hati. Mungkin ini peluang kita yang terakhir, siapa tahu kan?! Jika kita main-main, leka dan tidak ambil kisah dengan peluang yang hadir, jangan menyesal di kemudian hari kelak. Kerana orang yang tidak menghargai peluang yang telah diberikan memang layak untuk itu. ”What u give, u’ll get back”

Pesanan ini dititip khas buat diriku dan sahabat-sahabat sekalian. Hargailah peluang yang datang dalam hidup kita. Buat sehabis baik! =) All d best for d next 2 paper.


Sayang sokmo,

Tuesday, November 4, 2008

Motivation III

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

What u give, u get back... Ehemmm...
~all d best~


Sayang sokmo,

Thursday, October 30, 2008

Motivation II

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

** Hehehe... 2nd motivation of mine. ;) Peace!

"All d best in final exam"
Suke... Suke... Suke... (Ala-ala Upin Ipin)


Sayang sokmo,

Wednesday, October 29, 2008

Motivation I =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Winner's Blueprint for Achievement :

BELIEVE while others are doubting.
PLAN while others are playing.
STUDY while others are sleeping.
DECIDE while others are delaying.
PREPARE while others are daydreaming.
BEGIN while others are procrastinating.
WORK while others are wishing.
SAVE while others are wasting.
LISTEN while others are talking.
SMILE while others are frowning.
COMMEND while others are criticizing.
PERSIST while others are quitting.

It's already late in the midnight. I'm still searching a motivation to continue my revision. And I've found one. Here I shared my motivation words for today. =) Actually I'm a person who always need a motivation in doing things. Especially from my love one. My parents, my siblings, my best friends, my friends and you! =) I'm not so good in study, but still I will give my very best to achieve best result. For those who read my blog, do motivate me k. I'm really looking forward it. =)


Sayang sokmo,

Saturday, April 26, 2008

Ukhuwah (",)

UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN....BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR...TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA....
-IMAM GHAZALI-

UKHUWAH ITU INDAH JIKA PERTEMUAN DAN PERPISAHANNYA DIPENUHI DENGAN BUNGA-BUNGA KEIMANAN

Ukhuwah. Sejauh mana diriku memahami erti sebuah ukhuwah? "aZu, saya sayangkan ukhuwah yg telah saya jalinkan." someone said that to me in this morning. Yes, I knew it. I love that too. But, that is only my mouth said that. The real meaning of UKHUWAH actually I'm not really know. Sincerely to say that, I'm still too weak in Islam. Many things that I should learn more. If we ask others, what ukhuwah is? Probably the answer is just a relationship. Or more specifically they might said that relationship between muslim. If I'm not mistaken, 'ukhuwah' word is actually from arabic which mean relationship. Correct me if I'm wrong. Huwaaa... I should learn this deeply. I should really understand the meaning of this before I can really apply it into day life. It is because of ukhuwah, we build a relation. From a person becomes many persons. And from many persons, we have our life. Allah did give us this ukhuwah to let us know that inside of this world, we are not alone. We still have an others who to convince us, to advice us, to taught us and etc. Someone save me!!! I still have many things to learn. Waaa... Daifnya diriku... :(

Wahai Hati... :-)

Hati... Bersabarlah engkau. Janganlah dek kerana hal yg sebesar kuman ini akan menjejaskan pehubungan yg telah terbina selama ini goyah. Jangan dek ikutkan perasaan amarah ini, kau kehilangan sesuatu yg amat berharga dalam hidup. Sesungguhnya bersabar itu adalah sebahagian daripada iman. Bersabarlah hati.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kesabaran yg tinggi. Janganlah biarkan aku, insan yg lemah ini bertindak mengikut hawa nafsu. Sesungguhnya hanya Kau yg Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Bantulah hambaMu yg lemah ini. Hamba yg selalu tewas dgn perasaan dan sifat duniawi. Berilah aku kekuatan rohani dan fizikal untuk aku terus mengharungi segala badai dan dugaan sepanjang hayat dikandung badan.

Mulakan hari anda dengan hati yg bersih. Tapi pagi ini hatiku demam. Terkena virus yg tidak disangka-sangka. Huwaaa... Rasa macam nak marah je tadi, tapi nasiblah akal pagi ini mendahului perasaan. Bukan salah dirinya. Allah yg dah tentukan janji kita tidak dapat dipenuhi. Bukan salah dirimu. Dan bukan jua salah diriku. Tiada siapa pun yg bersalah kerana segalanya telah ditentukan olehNya.

Berfikir kembali secara matang dan kritis, kejadian pagi ini adalah untuk menduga kita sebagai hambaNya yg lemah terhadap level kesabaran kita. Andai kata perasaan aku mendahului akal pd pagi ini, besar kemungkinan satu perselisihan telah berlaku. Dan mungkin jua ukhuwah yg telah terbina selama hampir 3 tahun ini akan roboh dalam masa beberapa minit sahaja. Namun segalanya berkat KESABARAN. Terima kasih kepadaNya kerana telah memberi peringatan yg berguna kepada diriku yg leka ini.

Bersabarlah hati. Beristiqamahlah dalam melakukan pekerjaan. Niatkanlah segalanya kerana Allah. Sesuatu pekerjaan yg kecil itu boleh menjadi besar hanya kerana niat dan sesuatu perkara yg besar itu boleh menjadi kecil jua kerana niat. Oleh itu, teruskanlah berusaha. Lagi 4 paper untuk terus berjuang. Jangan lagi kalah pada diri sendiri. Biarkanlah bayang-bayang masa silam pergi, dan usah diratapi. Buktikan kemampuan diri. Segalanya kerana Allah. Bantulah agama Islam, umat Islam, negara Islam dan sewaktu dengannya. "Apa2x yg kamu lakukan, ingatlah pd ibu dan ayah kamu" pesanan Cik Aisyah sewaktu last lecture EM. Apa2x pun, thanks buat semua lecturer yg telah bertungkus-lumus mengajar kami. Berkati dan izinkanlah ilmu yg telah kalian curahkan kepada kami. Semoga doa para pensyarah akan mengiringi kejayaan kami. At last, terima kasih buat lecturer semester ini: En. Yusof yg besh, En. Nasrul yg rock, Cik Aisyah yg comey,En. Faizal yg tegas,En. Megat yg rajin,Dr. Rizon yg sempoi,En. Madi yg baik,En. Shahir yg sweet,Cik Ooi yg terer & Cik Asliza yg understanding. Thanks to all of u... Doakan kejayaan kami!!

Monday, March 31, 2008

1 Week After My Bday... (",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Lalala~
Dah seminggu bday aZu berlalu. Apa yg dah berlaku eh sepanjang tempoh berusia 21 tahun seminggu ni eh...?! Apa upgrading dah dah dilakukan...? Huhuhu... Letihnya... Minggu ini kena settlekan lagi pasal kad undangan mlm anugerah yg tertunda. Nampak mcm simple je. Tapi, hanya Allah je tahu betapa lecehnya proses utk menyiapkan 1 kad tu. Drpd design kad, phostostat, potong, tulis nama, hias reben & edarkan. Itu belum termasuk lagi yg silap tulis la, reben tercabut la, gunting reben la. Wahh... Remehnya proses semua ini. At last, hasil daripada kesabaran & ketekunan ini sgt berbaloi. Hasilnya sgt puas hati. Even dah hbskan masa & kudrat utk kad ini shj, aku sgt berpuas hati. Inilah yg dinamakan kepuasan berusaha. Hehehe...

Hidup ini pun mcm tu la gak. Bila kita berusaha dgn gigih, kita akan berpuas hati dgn hasilnya. InsyaAllah Allah x akan menghampakan kita. Tapi kalau hasil yg kita dapat tidak memenuhi kehendak kita, itulah adalah dugaan daripada Allah. Dan dugaan itu adalah bersesuaian dgn kemampuan kita. Oleh itu, kita x perlulah risau atau sedih dgn dugaan itu sebab kita memang layak utk menerimanya. Hanya Allah je yg tahu apa yg terbaik utk diri kita. So, teruskan berusaha.

Kenikmatan selepas berusaha itu sgt indah.
Mungkin kita semua pernah merasainya. Aku pernah gak merasainya. Usaha yg perlu aku tingkatkan skrg ni adalah utk final yg bakal menjelang dlm kurang drpd 1 bulan. Aku teringin nak merasai kenikmatan usaha utk berjaya ke
arah itu.
Semoga aku mempunyai kekuatan semangat & motivasi secara konsisten.
Usaha? Kadangkala kita sekeras-kerasnya menegakkan yg kita dah usaha. Tapi sejauh manakah usaha kita yg dikatakan USAHA...? Oleh itu, tepuk dada tanya selera. Hanya diri kita sendiri yg tahu jwpnnya. Sejauh mana usaha yg benar2x kita lakukan. Bersamalah kita bermuhasabah diri... aZu, ganbatte!!!



Sayang sokmo,

Saturday, March 22, 2008

Pre-Birthday ;-)

Wohohohoo... Agik brape jam je umurku akan meningkat setahun lagi. Apa yg dah aku lakukan setahun yg lepas dgn usiaku?! Adakah penambahbaikan? Atau adakah x ada apa-apa yg aku lakukan? Atau semakin teruk? Huhuhu... Apa-apa pun yg telah aku lakukan, life must be go on. Yang penting skrg ini adalah semangat aku sendiri. Diri aku sendiri. Kalau hendak, seribu daya. Kalau x nak, seribu dalih. Boleh je evolusi utk diri aku. Sebab semuanya terletak dalam genggaman aku sendiri. Dengan keizinan Allah, dengan keazaman yg kuat dalam diriku, aku sebenarnya mampu utk mengubah nasib aku. Allah x pernah hampakan harapan hambaNya. Aku tahu dan sedar perkara ini, tapi aku masih x merebut peluang ini. Mungkin inilah namanya manusia yang mudah leka dan lalai. Bila dah tersengguk baru nak terngadah. Bila dah hilang baru nak menyesali. Macam itulah diriku sekarang ini. Hah...! Ada apa dengan dirinya yang membezakan aku dengannya? Jawapannya hanya satu---KESUNGGUHAN. Sesuatu perkara even yg kecil, kalau dilakukan dengan kesungguhan yg tinggi, hasil kpd kejayaan itu adalah sangat besar. Bilamana kita meletakkan sepenuh usaha kita ke arah sesuatu pekerjaan. InsyaAllah pulangannya tidak akan menghampakan. Samalah juga dengan kejayaan dalam pembelajaran. So, aZu... Pull up all ur effort towards ur bright future. U are the only one that can colour ur path of life. Semoga dgn bertambahnya usia setahun lagi dalam masa beberapa ini akan menambahkan semangat dan kesungguhan aku dalam mengharungi masa depan yg bakal menjelang. Hehehe... Aku nak pergi jauh. Aku teringin nak lawat negara orang. Huhuhu... Cukuplah kesilapan yg pernah aku lakukan dahulu. Semoga hari-hari mendatang akan membawa seribu satu makna dalam hidupku. Ganbatte aZu!! :p