Showing posts with label ~Family~. Show all posts
Showing posts with label ~Family~. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Selamat Datang Sayang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Selamat datang Sayang. 
Semoga kedatanganmu mengembalikan seri yang kian sirna.
(",)

Nazurah: Ya, along dukung baby Acu tadi.
Najihah: Comel tak?
Nazurah: Mestilah comel. Macam Along (Perasan-tan terlebih). :P
Najihah: Eleh... Bila Along nak ada baby?
Nazurah: Erkkk... Ya carikan la boyfriend dulu untuk Along. Nanti kahwin leh dapat baby.
Najihah: Ustaz Ya ada. (OMG!)
Nazurah: Handsome tak?
Najihah: Handsome la.
Nazurah: Kaya tak?
Najihah: Kayaaa... Ustaz Ya ada 3 kereta, pergi sekolah tukar-tukar. 
Nazurah: .... (Speechless)

Hehehe... Perbualan di atas bukan merupakan tujuan utama aku tulis entri ini. Tujuan utama aku adalah untuk menghebahkan kepada seluruh pelosok penduduk kampung bahawasanya aku telah dapat seorang lagi adik sepupu perempuan. :) Baru hari ke-2 kelahiran masa gambar di atas diambil dan semestinya ianya petang tadi. :D Sejak dua menjak ini aku sangat excited dengan baby. Ohhh... Sungguh excited! :)) (Erkkk... Motif??) :P


Sayang sokmo,

Tuesday, July 27, 2010

aZu & Angan-angannya =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Dulu, waktu aku masih kanak-kanak ribena; aku pernah berkeinginan untuk memiliki seorang abang. Aku pun tak tahu mengapa aku beria sangat nak ada seorang abang. Mungkin aku iri tengok kawan-kawan aku ada abang. Lagipun dulu kan selalu tengok tv, dalam cerita tv mesti abang teramat baik dengan adik perempuan dia. Aku anak sulung, memang mustahillah akan ada abang bukan?! Hahaha... Aku pernah cakap dengan kawan karib masa sekolah rendah dahulu, "Manalah tahu sebenarnya aku ini ada abang. Tup... Tup... 1 hari nanti dia akan muncul." Aku tak berapa ingat apa respon kawan aku. Tapi kalau tak silap, dia pun bantai gelak dengan fantasi aku ini. Hahahaha... Karton sangat. Berangan memang lebih aku ini. Sekarang bila fikir-fikirkan balik, rasa nak tergelak.

Namun, aku tetap bersyukur. Sekarang aku ada 3 orang adik lelaki dan 1 orang adik perempuan yang membesar bersama aku. Dan... Kini, aku juga ada seorang abang. Walaupun kami tak dihubungkan oleh darah dan keturunan, dia tetap abang aku yang banyak berkongsi pengalaman hidup dan pemberi nasihat yang setia.


And...
Today, it's his great big day
Just wanna wish him:
Have a fantastic great birthday
Smile always
Success in everything
Live life well
Stay healthy

Haha... Hari tu aku janji dgn Abg. Nizam nak cari kan kenderaan Gaban dia. Terlupa... Ini hadiah 'special' utk kamu. Teruskan misi menyelamatkan bumi dari raksasa tau. =P


Sayang sokmo,

Wednesday, June 23, 2010

Hati Girang (^^,)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"GOOD NIGHT KAKAK SAYA YANG TERSAYANG"


Boleh agak tak siapa yang hantar sms ini pada aku? Hehehe... So sweet! Girangnya hati bila sejak dua menjak ini kerap dapat sms yang sangat sweet daripada mereka-mereka yang aku sayang. Ke'stress'an berada di Perlis ini agak berkurangan dengan kehadiran mereka. (^^,) Terima kasih! Hati tengah berbunga-bunga riang. Bergembiralah sementara tengah ceria ini bukan?!


Sayang sokmo,

Saturday, June 19, 2010

Mereka yang Dirindui Selalu =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Mereka yang aku rindui selalu. (^^,) Sejak kebelakangan ini aku kerap buka FB adik-adik & fail gambar dalam HD. Kangen weyh... Pagi tadi sempat ber'sms' dengan Angah. Di penghujung sms sebelum Angah pergi kerja, sempat berpesan kat aku "jaga diri". Tiba-tiba rasa terharu. Pejam celik sahaja bukan, kita semua dah besar. Begitu pantas masa berlalu. Terasa seperti baru semalam kita bermain Lego bersama, main Teng Teng, main bola sepak, main congkak dan ber'wresting' antara kita... Dan hari ini masing-masing telah mula 'bertaburan'. Menjana dan membina masa hadapan masing-masing. Seorang di Perlis. Seorang di KL. Seorang di Beaufort. Seorang di KK. Yang seorang lagi masih setia berada di Menumbuk. ;-) Biarlah, walau di mana kita berada semoga hubungan kita akan senantiasa erat. Bak pepatah, 'air yang dicincang tak akan putus'. =) Along sayang kamu semua! ("*(",)

Keluarga aZu
(^_^)

Hero & Heroin Ibu Ayah


Sayang sokmo,


Monday, April 26, 2010

Mata Tergedik-gedik Berkelip (^_^)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Kelopak mata kiri aku asyik tergedik-gedik berkelip sejak 2 hari lepas lagi.
Apakah petanda itu...???
Ada sesiapa boleh bagitahu?!
Hmmm...

Esok paper kedua aku - Keusahawanan Kejuruteraan.
Semoga dipermudahkan & dilapangkan fikiran untuk menjawab.
Tolong doakan aku juga yee.
=)

Buat adik aku, Fadhli.
Jangan pernah putus asa, ok.
I'll be always by your side to support you.
Along akan tolong sebanyak mana yang mampu.
Yang penting kamu jangan putus harapan & sentiasa berdoa.
Semoga yang terbaik juga buat adik-adikku semua.
Miss & Love all of you!!!
("*(",)


Sayang sokmo,

Tuesday, March 16, 2010

Akuarium Aku! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Anda tahu bagaimana perasaan rindu berpanjangan yang terlerai...?! Hah! Aku dah merasainya. Baru saja ini. Lebih kurang hampir 3 minggu kami berselisihan pendapat. Dan selama itu juga masing-masing menyepi. Ego! Iya, masing-masing mempertahankan ego sendiri. Tapi bak kata pepatah "air yang dicincang tak akan putus". Bak kata aku pula "jarak yang semakin jauh buatkan kita belajar menghargai". Ok lah, yang penting segalanya telah kembali normal. Suka! =)

Akuarium aku!

Credit to Mr. Adam for anti-chlorine solution, bubble machine & aquarium decoration!

Thanks!

Sayang sokmo,

Monday, March 15, 2010

R.I.N.D.U. + S.T.R.E.S.S.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

R.I.N.D.U yang M.E.N.G.G.I.L.A kepada keluargaku nun jauh di sana~~
A.K.U.S.T.R.E.S.S

** Kalau dekat, dah cabut balik rumah. Nasiblah badan. Tabahlah wahai hati~~


Sayang sokmo,

Wednesday, March 3, 2010

Selamat Hari Lahir =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Musim hari lahir telah kembali lagi! Berderet-deret macam gerabak keretapi pula hari lahir dalam keluarga aku untuk bulan Februari dan Mac ini. Di sini aku ingin berkongsi bersama kalian kegembiraan kelahiran dalam keluarga aku. =)

HAPPY BELATED BIRTHDAY

27 Februari

2 Mac

HAPPY BECOMING BIRTHDAY

16 Mac

21 Mac


Sayang sokmo,

Friday, November 27, 2009

A Nice Journey =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

25 November 2009
Seawal 7.55 malam aku telah gerak keluar dari rumah Wang Ulu. Buat kali terakhir memandang sayu rumah yang penuh dengan kenangan untuk Semester 7. =) Selamat tinggal rumah! Hehehe... Lebih kurang pukul 8.30 malam baru sampai Kangar. Atas bas tadi, kelihatan ramai muka-muka baru pelajar antarabangsa. Turun sahaja dari bas, 'terborak' sebentar dengan Sultan - pelajar antarabangsa Yemen. Perbualan berkisar tentang pekembangan pelajar Yemen dan percutian. Melalui Sultan, baru aku tahu yang pelajar-pelajar baru tadi dari Somalia. Ramai sungguh!

Setelah lenguh berdiri sambil berborak, aku ke kedai berhampiran untuk reload dan beli sticker P kereta. Hahaha...Tempoh lesen L motor dah nak tamat, tapi aku masih belum habis belajar. Macam mana nih?! Perut berdangdut dari petang tadi minta diisi. Singgah makan di Kedai Abdul Alim. Masuk saja kedai, terus mulut-mulut ramah dalam kedai itu menegur aku. 4 tahun beb aku jadi pelanggan setia nasi kandar Abdul Alim + lauk daging dan sayur kobis. Terangkat wa cakap sama lu! Favourite aku. Tapi malam itu aku pesan mi goreng mamak dan 100 Plus sahaja. Konon nak jaga perut sebab nak jalan jauh tapi aku order mi goreng mamak kasi pedas satu! Apa daaa...

Selesai isi perut, aku terus gerak ke stesen bas. Masih awal. Mulanya aku bercadang untuk lepak di Library sementara menunggu pukul 11 namun aku batalkan niat. Terus menghala ke kerusi di stesen bas sambil meneruskan hobi aku - usha orang. Macam-macam ragam. Stesen bas agak sesak malam ini. Almaklumlah, ramai yang hendak pulang ke kampung halaman untuk Aidiladha. Ada yang baru hendak menaiki bas pulang ke kampung dan tidak kurang juga yang baru sampai dari perantauan ke kampung halaman - Perlis.

Tepat pukul 11 malam, bus Transnasional gerak meninggalkan Bandaraya Perlis yang permai ini. Will miss my Perlis for a month! Yang bernasib baik duduk di sebelah aku adalah seorang perempuan (Agak frust di sini. Mengharapkan jejaka tampan di sebelah. =P) Akak ini lecturer di UITM. Setiap kali HP berbunyi menandakan sms baru masuk, mesti dia baca sambil tergelak kuat-kuat kat sebelah aku sampai mengomel kecil. Kalau sekali sahaja boleh tahan lagi. Ini berkali-kali. Aku naik psycho gamaknya. Haihhh... Tercabar kewibawaan HP aku tanpa sms. Mata tak mengantuk lagi, layan mata menikmati panorama sepanjang perjalanan.

26 November 2009
Entah pukul berapa aku terlelap. Tapi yang pasti bas telah berhenti untuk berehat. Sempat aku mengusha penumpang bas walaupun mamai sebelum sambung tidur kembali. Lebih kurang pukul 6 pagi, aku telah selamat sampai di Pudu. Alhamdulillah. Terus mencari kaunter Star Shuttle. Mengikut emel yang dikirim tempoh hari, kaunternya bernombor 23. Tak jumpa kaunter. Aku terus call kaunter Star Shuttle. Rupanya kaunter di bahagian bawah dekat laluan bas. Berat beb aku kendong beg. Tapi demi makanan, aku rela. Hahaha...

Bus ke KLIA jam 6.45 pagi. Lebih kurang jam 8 pagi aku dah ada di KLIA. Masih awal. Tiada hala tuju. Aku bergerak mengikut langkah kaki. Berehat sebentar di kerusi sambil termenung menghabiskan masa. Konsentrasi diganggu dengan kehadiran aunty cleaner. Aku terus tolak troli cari port lain. Singgah di kerusi di seberang sana. Terdapat 2 warga asing lagi berborak dalam bahasa yang tidak aku fahami. Buat muka selamba sahaja, terus duduk. Dalam enak-enak mengelamun, idea mencurah-curah untuk menulis. Terus capai buku nota dan mula menulis sambil menikmati roti Gardenia bilis pedas sebagai sarapan.

Masa aku mendekati beg untuk minum air, aku perasan warga asing tadi memandang ke arahku. Macam biasa - SENYUM. Dia menegur aku. Perbualan kami pun bermula. Orang Pakistan. Berada 15 hari di Manila sebelum transit di KLIA bagi meneruskan perjalanan balik ke Pakistan. Ramah orangnya. Sangat suka bercerita. Dia membuka cerita tentang dirinya, tentang kerjayanya, tentang isterinya, tentang pengalaman kerjanya dan tentang rakan sekerjanya yang travel bersama. Rupa-rupanya rakan sekerjanya itu sepupu arwah Benazir Bhutto. Mula-mula aku buat muka tidak mempercayai kata-katanya. Tapi dengan segera dia mengeluarkan kad nama syarikat rakannya itu. Nama dia Khalid Bhutto. Dia tidak seramah rakannya yang berborak dengan aku ini. Tak mengapalah. Kami berpisah dengan bertukar senyuman. Aku pun lupa nak bertanyakan nama dia.

KLIA buat sistem baru la pula. Perlu dapatkan boarding pas melalui mesin dahulu sebelum boleh gerak ke kaunter untuk bagasi. Haihhh... Melihatkan aku yang mungkin sedikit teragak-agak, staf-staf di mesin itu menghulurkan bantuan. 3 orang pemuda membantu aku, mungkin semuanya pangkat adik-adik barangkali. Tiket faks aku sedikit bermasalah. Tulisan kurang jelas. Banyak kali key in pun masih salah. Even dah tukar orang yang tilik dan key in data still salah. Last-last mereka dengan baik hatinya membawa tiket aku ke kaunter. Akhirnya berjaya key in juga. =) Terima kasih. Agak lawak mereka ini. Macam-macam soalan ditanya kepada aku. Yang aku nak tergelaknya, bila display sahaja nama aku terus salah seorang daripada mereka berkata : "Eh, nama ayah macam pelakon la. Ayah pelakon tu ke?" Aku gelak saja. Jawapan aku seperti biasa : "Pelakon tu tiada kaitan ye dengan ayah saya."

Di atas flight, aku duduk bersama dengan pasangan Cina. Mula-mula agak diam. Tapi kemudian entah bagaimana mulanya, kami berborak. Macam-macam yang ditanya kepadaku. Dari topik ambil kursus apa hinggalah ke soal famili. Dan akhir sekali menyentuh isu sensitif - BF? "Travel alone? Where is your boyfriend?" Aku dengan cepat menghadiahkan senyuman yang indah kepadanya (konon...). "Is he waiting for you there?" Senyum lagi. Tidak menyangkalkan apa-apa telahan yang telah dibuat. Bro Cina itu bersandar kembali (letih agaknya tengok aku dok senyum). Tapi belum sampai 2 minit, dia duduk tegak kembali bertanyakan aku soalan yang sama lagi. Mungkin tidak puas hati gamaknya. Kali ini aku tersenyum dan menggeleng. Hahaha... Mungkin telah berpuas hati dengan jawapan aku, dia bersandar kembali. =)

Alhamdulillah. Cuaca indah sepanjang penerbangan. 2.35 petang aku telah selamat sampai di Kota Kinabalu. Ayah telah menunggu aku di airport. Lepas ambil bagasi terus keluar. Agak lewat tiba di rumah. Dari KK ke rumah aku sepatutnya mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Tapi disebabkan Ayah menuju ke Sipitang maka perjalanan menjadi semakin lama. Hampir 7.30 baru selamat sampai di muka pintu rumah. Seharian perjalanan! Semalam aku keluar rumah hari dah gelap, hari ini sampai rumah pun hari dah gelap. Syukur, sampai juga di rumah. =)


** Ada hikmah rupanya aku tak dapat tukar masa tiket aku. Aku dah beli tiket 25hb jam 11 malam, ingatkan nak tukar ke jam 10 malam tapi dah penuh. Redha. Rupa-rupanya... Ehemmm... Dekat saja... =)


Sayang sokmo,

Thursday, November 26, 2009

I'm Happy Because I'm Home!!! (^_^)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

I'm home!!!
Yeayyy!!!
Really happy to be in home!!!
Happy Eids to all Muslims!!!
Happy holiday too!!!
=)

** I have a story to tell. A lot. It is all about my journey back to hometown. Wait ok? Wait for my new entry k... Hehehe...


Sayang sokmo,

Tuesday, November 17, 2009

Kisah (I), (II), (III), (IV) & (V) =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Kisah (I)

All the best...!!! Semoga dipermudahkan untuk menjawab soalan dan diberi ketenangan sepanjang peperiksaan. Dan semoga cemerlang dengan mengaut semua A dalam SPM. =) We pray for you k! Ini adik aku yang ke-3 - Fadhli. Gambar ini masa atas feri balik dari Labuan yang ter'amat'lah lama. Kematu duduk atas feri sementara nak tunggu sampai sana. 2 jam beb!

Kisah (II)

Yeayyy...!!! Tiket balik rumah dah dapat. Seronoknya...!!! =) Aku bangun pagi tadi dengan semangat yang berkobar-kobar untuk beli tiket balik KL sahaja sebenarnya, tiba-tiba Ayah call cakap tiket balik Sabah dah dapat dan suruh aku tunggu faks. Double semangat aku pagi ini. =) Excited sangat pagi tadi sampai nak lintas jalan depan stesen bas pun terlupa nak tengok kanan. Mata aku dok meng'usha' kereta sebelah kiri jalan sahaja. Aku terlupa yang kanan pun ada jalan. Hahaha... Sengal tak. Serius. Dah ditakdirkan Allah nak selamatkan aku. Tayar motor tadi betul-betul hujung kaki aku. Aku pun agak terkezut juga. Apek tu siap 'hoi' kat aku. Aku tergamam juga. Tapi sempat sengih-sengih sambil minta maaf. Serius. Bukan aku sengaja. Aku terlupa sangat. Mungkin juga terover excited. Isk3x... Alhamdulillah selamat. Kalau tak, 'selamat' dah aku.

Kisah (III)

Ke'poyos'an. Aku pergi study jurnal FYP di bilik diskusi perpustakaan tadi (alang-alang dah datang Kangar beli tiket pagi ini) . Duduk solo di ceruk sudut bilik itu membuatkan aku rasa kesepian. Hahaha... Selalunya bilik itu sangat meriah dengan suara manusia-manusia. Tapi hari ini macam hari berkabung di sana. Sepi. Mungkin ramai yang dah habis exam dan pulang ke kampung. Maka populasi manusia dalam bilik itu semakin berkurang (boleh ke kalau aku nak 'relate'kan situasi ini dengan 'carrying capacity' eh...?!) Huhuhu... Cepat sungguh masa berlalu.

Kisah (IV)

Cantik bukan...?! Padi-padi di Perlis tengah menghijau sekarang ini. Sangat cantik permandangannya. Terutama sekali di kawasan sawah berdekatan Wang Ulu dan Taman Aman. Tak lama lagi musim menuai. =) Aku ambil gambar ini dari dalam bus Shuttle ketika perjalanan pulang ke Wang Ulu tengahari tadi.

Kisah (V)

Air sungai di Kangar naik tinggi. Sungai di Bintong juga begitu. Sama juga dengan sungai di Taman Aman. Ringkas kata, paras air di semua sungai seluruh negeri Perlis naik tinggi memandangkan setiap hari hujan agak lebat pada sebelah petang. Maka, kawan-kawan hati-hati. Jangan mandi sungai ye. Bahaya sekarang ini. 2-3 hari lepas ada kes budak perempuan mati lemas hanyut sampai ke Sungai Santan. Al-Fatihah buat arwah. =(


Sayang sokmo,

Monday, February 16, 2009

Iffah =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Adik sepupu aku - Nur Iffah Qasrina

Muka tepung koma'

Zoom in hantu tepung =P

Entri kali ini adalah entri kerinduan untuk mengepos blog. Saja nak melepaskan gian untuk menulis. =) Macam-macam yang nak diceritakan sampaikan aku sendiri pun blurr nak mulakan dari mana. Yang penting sekarang, aku menghadapi masalah. Masalah hati & perasaan. Hahaha... (Tolonglah jangan percaya... =P)


Sayang sokmo,

Wednesday, October 29, 2008

Tok Sin & Tok Leha yg Kusayang =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Alng tuk sin msk hosp serdang,kurang gula&gout"

Ya Allah... Betapa cuak & risaunya hatiku tatkala dapat sms ini daripada ibu. Terus aku call ibu utk mengetahui perkembangan Tok Sin. Alhamdulillah Tok Sin tiada apa-apa, tapi masih ditahan wad. Sedihnya aku. Rasa nak terbang balik Serdang sekarang juga. Tok Leha dah terlantar nak dekat 2 tahun, Tok Sin tiba-tiba ditahan wad. Dugaan... Dugaan... Dugaan...

Aku rapat dengan Tok Leha & Tok Sin. Dulu, aku duduk dengan Atok. Masa ibu & ayah dah pindah Sibu, aku stay dengan Atok. Ingat lagi time bacaan Yaasin untuk PMR, aku dah tahu tiada siapa yang akan datang sebab ibu ayah aku dah jauh. Nak harapkan bapa atau mak saudara, masing-masing sibuk dengan keluarga. Aku pun x kisah sebab aku dah mula memahami. Tapi, alhamdulillah... Tok Sin dengan tenaga yang ada, sanggup datang ke Seremban untuk majlis itu bersama Pak Long & Mak Long. Aku agak terharu dengan kehadiran mereka. Kalau tidak, malam itu sebenarnya aku seorang sahaja tiada family yang hadir bersama.

Tok Leha dah terlantar di rumah. Sedih. Dah hampir setengah tahun Tok Leha bergantung pada susu yang disalurkan terus dari hidung ke perut. X mampu bercakap, hanya memandang & bahasa isyarat yang menghubungkan kami. Sayu hatiku. Kalau dulu aku mampu merasai kehangatan pelukan Tok Leha tatkala pulang ke Serdang, namun kini hanya aku yang peluk & cium tanpa balasan. Sedihnya. Air mata menitis lagi. Dahulu, setiap aku balik dari asrama Tok Leha akan masakkan lauk-lauk favouriteku. Masak lemak tempoyak ikan patin, gulai cili api siput sedut, masak lada telur & macam-macam lagi. Kari Tok Leha yang paling x boleh tahan. Meleleh air liur beb! Boleh sampai menjilat periuk tau. Sekarang hanya kenangan.

Sakit itu boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. Aku ingat kata-kata ustazah ketika form 5 dulu. Semoga dugaan yang menimpa Tok Leha & Tok Sin ada hikmah di sebaliknya. Semoga diampunkan segala dosa-dosa. Dan aku amat berharap semoga Tok Leha & Tok Sin akan cepat sembuh. Aku yakin 1 hari nanti senyuman akan kembali menyinari. Sayang Atok!!! ("*(",)


Sayang sokmo,

Tuesday, March 11, 2008

Itu... Ini... Begitu... Begini... :P

Alhamdulillah.... Syukur ke hadrat ilahi. Angah berjaya dgn cemerlangnya dalam STPM yg lepas. Not bad result angah kali ini. I think this is the best result that he has ever achieved. Congrats to him. Hope that he will get the course that he really dreamed to study. Walaupun angah bkn straight A's tapi aku tetap berbangga dgn pencapaian angah skrg. If we really put effort on something, we will not regret about it. And foresure Allah also will not dissapointed us. InsyaAllah. That's the 'pengajaran' that i've got from this achievement. So aZu, work for it! You will not regret about it later...


Hehehe... Kalau la angah terbaca entri ini, mesti dia bangga gila. Hahaha... X pernah2x aku ni sbg kakak nk puji lebih2x kat adik-adik. Bukan x nak puji, tapi takut depa riak. (Eceh... Sebenarnya ego je.) Seriously i'm proud with my younger bro n sis. Even though bagi org lain depa ni bukanlah seberapa, tapi bg aku, adik-adik den la yg terbaik. Alamak, terharu la kalau adik-adik den baca ni nanti. Hahahaha...

Bila dekat selalu gaduh. Bila dah jauh, rindu pulak. Aiyo, cam gini la pulak. Tu la, org kata hargailah org yg ada di depan mata kita sebelum terlewat. Eceh... Melalut pulak ni. Waduh... Period pain sebenarnya ni. X blh nak pape skrg ni. (Alasan malas nak buat keje.) Waa... Berlambaknya kerja den yg bertangguh. Nak stay up pun ada je halangan setiap hari. Halangan mata la. Semangat x membara lagi ni. Isk3x...

Air yg dicincang x akan putus. Untuk mengakhiri entri kali ini, kata-kata ini ditujukan khas buat Muhamad Asyraf, Muhamad Fadhli, Muhamad Syafiq dan Najihah. "Sayang Sokmo!!"