Monday, June 4, 2012

Entri Pekasam :) Pengembaraan Bus Sekolah (2 - 4 Feb 12)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Memori tercipta lagi! Momen berharga kali ini adalah hasil daripada gabungan kuasa-kuasa veto sahabat UM. :-P Pada awal perancangan, sekumpulan 5 orang akan bergabung tenaga menjayakan misi kali ini. Namun, siapalah kita untuk menidakkan ketentuan-Nya, kita hanya merancang, namun Dia menentukan segalanya. Pada saat-saat terakhir sebelum berangkat ke medan juang, hanya 4 orang sahaja yang mampu meneruskan misi. ;-) Walau bagaimana pun, mereka yang gugur sebelum juang akan tetap dalam ingatan sentiasa. :-P (Poyo je ayat!)

Perjalanan kali ini berlangsung selama 3 hari 2 malam, mengambil ilham program 3H2M yang disiarkan di TV3. Dengan matlamat sampingan untuk mencabar kewibawaan program tersebut dalam konteks perbelanjaan. :D Alhamdulillah, pengembaraan kami kali ini hanya menggunakan RM230 termasuk penginapan, makanan, tiket masuk, minyak dan tol. Ekonomi kan? :D Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan selesa. :)

Hari Pertama (02-02-2012)

Janji telah disepakati, kami berkumpul di KL Sentral. Lebih kurang jam 8 pagi, perjalanan meninggalkan  sementara kota KL yang penuh dengan asap kenderaan ini bermula. Destinasi pertama kami adalah Kellie's Castle yang berada dalam pertengahan perjalanan kami menghala ke Taiping. 

1. Kellie's Castle, Batu Gajah

Cantik! Walaupun hanya bangunan terbengkalai yang terhenti pembinaannya, namun struktur dan seni binaan bangunan ini sangat unik. Kellie's Castle antara tempat photoshoot yang cantik tau! :) 

Atas: Pandangan hadapan Kellie's Castle
Tengah: Pandangan sisi Kellie's Castle. Hanya 4 tingkat yang sempat dinaikkan. (Plannya 6 tingkat.)
Bawah: Antara bangunan yang terbengkalai di bahagian belakang istana.

Menapak di anak tangga yang dibina pada tahun 1905.

Atas: Pose warming up setibanya di Kellie's Castle. :-P
Tengah: Suka binaan bangunan ini, walaupun tak sempurna tapi nampak cantik.
Bawah: Antara koridor yang berhantu cantik untuk shoot. ;-)

Atas: Kami duduk di tempat yang sepatutnya dijadikan gelanggang bola pingpong.
Tengah: Poyo jek! Bajet tuan estet tengah meninjau anak-anak buah tengah bekerja. :-P
 Bawah: Next pendakian adalah bangunan belakang itu. ;-) Ini baru tingkat 3, ketaq dah kaki! 

Habis berfoya-foya selama sejam setengah di Kellie's Castle, perjalanan diteruskan menuju ke Taiping Bandar Warisan. Check-in homestay lebih kurang jam 2 petang, berehat sebentar sebelum meneruskan misi petang pula. Hujan lebat mengalukan kedatangan kami petang itu. Jam 3 petang, memandangkan perut masing-masing rancak berdangdut maka kami singgah di kedai makan pertama yang terlihat dek mata. :) Kedai mamak!

2. Muzium Perak, Taiping

Muzium antara tempat yang wajib dilawati setiap kali kami berada di tempat orang, Antara sebabnya adalah masuk PERCUMA! (Tak macam Muzium Negara, berbayar!) ;-) Baru tahu, rupanya Muzium Perak adalah muzium pertama di Malaysia. :)

Atas: Pandangan hadapan (sedikit sisi) Muzium Perak. :-P
Bawah: Muzium pertama di Malaysia beb!

Atas: Galeri Orang Asli & Tembikar
Bawah: Masing-masing mengambil tempat di tanah tumpah darah. ;-)

3. Taman Tasik Taiping, Taiping

Setelah sejam lebih dalam muzium menimba dan mencedok kisah silam, wajiblah beriadah bila hari beransur petang! Destinasi seterusnya adalah Taman Tasik Taiping! Kami memilih untuk beriadah senaman kaki sambil membakar lemak tepu di peha dengan Swan Boat. ;-)

Atas: 'Lamborghini' Swan Ayin & Nad
Tengah: Taman Tasik Taiping
Bawah: Sebelum memulakan sessi pembakaran lemak

Atas: Treler Nad & Ayin bergambar dekat dengan papan tanda.
Tengah: Pantulan bangunan dari permukaan tasik.
Bawah: Mini Cooper S Zihah & aZu. :)

4. Night Safari, Taiping

Pada sebelah malam, kami ke Night Safari. Jujur aku katakan, rugi bayar RM16 untuk masuk. Baik masuk zoo waktu siang, murah pun murah. Semua terang benderang, haiwan pun nampak, jalan pun nampak, takut pun tak ada, seram pun tak ada. :D Pengalaman 'best' yang dapat dari Night Safari cuma boleh tengok haiwan yang biasanya kurang aktif siang hari, sangat agresif pada waktu malam contohnya harimau & singa. (Agresifnya pun takat pak belang jalan mundar mandir jek. :D) Lagi pengalaman 'best' adalah perasaan takut + seram dengar ngauman singa atau pak belang yang bergema di malam hari.

Kebetulan kami pergi hari bekerja, maka wajiblah kurang pengunjung. Mula-mula memang kami dibawa jalan dengan trem dan pada akhir perjalanan kami diminta turun untuk menikmati 'keindahan' Night Safari dengan berjalan kaki jika berkeinginan. Namun, dalam kelam malam yang hanya berbekalkan lampu malap sudah semestinya buat aku kecut perut. Walaupun keinginan nak berjalan merentas Night Safari itu ada, namun aku dah berjaya dimomokkan denga perasaan sendiri. :D Takut buaya terlepas la, takut harimau kejar la, takut singa terkam la. Karton sangat! :D

Satu-satunya gambar yang cun di Night Safari. (Sebab lighting cukup. :P)

Planning nak ke Kuala Sepetang layan mee udang Mak Jah yang femes tu lepas balik dari Night Safari. Namun terpaksa dibatalkan sebab perut masih kenyang. Puas hati jugak dinner petang tadi. Kedai makan di simpang jalan berhadapan dengan kubur Islam Taman Sg. Mas Taiping memang the best!! Tomyam kaw! Neslo kaw! Superb! :D 

Dinner kami! :)

Hari Kedua (03-02-2012)

5. Lost World of Tambun, Tambun

Excitednya kami untuk ke sini, sebelum gate buka lagi kami dah tercongok depan kaunter tiket. Tak sabar nak redeem tiket yang dah dibeli secara online. Utuk pengetahuan, entrance ticket sekiranya beli secara online adalah lebih murah berbanding beli di kaunter. Di kaunter, harga tiket adalah RM45 berbanding jika beli secara online, hanya RM40.50. Walaupun hanya RM4.50 jimatnya, duit beb! :-)
 
Atas: Wajib bergambar sejurus sampai sebab... pintu Lost World belum buka lagi. Excited! 
Tengah: Gandingan tangan-tangan poyo bersama wristband Lost World. 
Bawah: Wajib juga bergambar tatkala nak beredar dari Lost World sebab... tak tahu bila lagi akan sampai ke sini.

6. Gerbang Malam, Ipoh
Hidangan malam ini! Nyum Nyum.. 
Pertama kali rasa kerabu epal, sedap!
Tom Yam malam ini tak mampu tandingi Tom Yam semalam. :)

Badan yang seram sejuk tak menghalang keterujaan sekali lagi untuk mengembara melihat tempat orang. Destinasi malam ini adalah Gerbang Malam yang terletak di bandar Ipoh. Usai menikmati makan malam di kedai makan berhampiran Homestay kami di Tambun, kami terus gerak ke sana. Perjalanan lebih kurang 20 minit (termasuk sesat + salah jalan) :P Akhirnya kami sampai ke destinasi. Gerbang malam lebih kurang uptown/downtown di KL. :) Bezanya, di KL ianya terletak di tempat yang memang khas untuk berniaga; manakala di Ipoh ini ianya dijalankan di atas jalan raya. 

Atas: Papan tanda 'gedabak' Gerbang Malam
Bawah: 3 orang aweks pelancong asing ;-)
Hari Ketiga (04-02-2012)

Destinasi terakhir kami sebelum mengakhiri misi kali ini adalah Bukit Tinggi. Kali ini terpesong sedikit laluannya ke arah pantai timur. :D Laluan sedikit sesak memandangkan warga KL masing-masing pakat nak balik ke arah pantai timur sempena cuti panjang Maulidur Rasul & Thaipusam.

7. Bukit Tinggi, Bentong

Perjalanan yang berliku-liku mengingatkan aku kepada memori bukit putus yang dah lama tak dilalui. Dulu masa tinggal di asrama, tu laluan wajib untuk balik rumah. Setiap kali, setiap kali itulah kepala pusing-pusing, perut berkelodak, tekak loya-loya. :-P Pening beb!

Suka Bukit Tinggi. Sejuk! (Dah nama pun tempat tinggi, mestilah sejuk! Haiahhh... ;-)) Awan mendung menyambut kedatangan kami, dengan doa agar hujan tidak menyusulinya. Antara flora yang terdapat di Bukit Tinggi yang sempat dirakamkan oleh lensa photographer belum tauliah. :-P (Sejak bila tah minat shoot bunga ni.) Tapi kan, dalam banyak-banyak bunga kat bawah ni aku cuma kenal bunga ungu yang pertama tu je - Morning Glory (Apetah nama dalam Melayu nye.) Yang lain semuanya aku buta bunga. :D





Satu nasihat untuk korang-korang yang bakal ke Bukit Tinggi, silalah penuhkan perut anda sebelum ke sini. Makanan sangatlah mahal dan di setiap restoran tak akan terkecuali daripada jual bir dan wain. (Abaikan nasihat ini jika anda bergaji ribu riban. :P) Dan sila bawa bekalan air untuk hilangkan dahaga dan sumber glukose untuk tenaga segera kerana kita akan banyak berjalan di sana. Dan seperkara lagi, buat cik adik yang gemar memakai heel, silalah lupakan niat anda jika tak mahu kaki comel lagi mulus anda melecet. ;-)

Sekian sahaja laporan pengembaraan geng Bus Sekolah kami. :-) Gambar di Bukit Tinggi masih banyak belum upload. Nanti la ek. :) Tapi serius, pemandangannya sangat cantik! Ok, next trip? :D Ingin berpesan-pesan, rancanglah perjalanan sebaiknya agar dapat mengurangkan kos yang yang diperlukan. Akan datang boleh teruskan misi ke tempat lain pula. :)


Sayang sokmo,