Thursday, October 28, 2010

Ada Unsur Riak Di Situ... ;-) Lalala~~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Ok, entri ini ada unsur riak yang tidak keterlaluan. Sila jangan muntah setelah membacanya. :-P Hahahaha... Kawan sekelas aku dari Iran (mungkin) buat lawatan mengejut ke kondo mewah aku ini a.k.a blog aku. Hehehe... Dan mesej di bawah ini aku terima daripadanya melalui laman sosial FB. :) Kembang kepis hidung baca mesej tadi (biarpun hidung dah sememangnya kembang). Saja nak tayang ok. :-P Kalian jangan marah tau, nanti kena lelong. Lalala~~


Thanks for the visit and compliment Dr. Yassir. :-P
Lalalala~~As you know, our lecture class is the B.E.S.T photography class. ;-)
You must agree with me, right?! Hehehe...



Sayang sokmo,

Friday, October 15, 2010

Sony Ericsson W205 (^_^)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt




Sayang sokmo,

Wednesday, October 6, 2010

Kekasih ("*(",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Gambar hiasan.
Sumber: Google image

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Gambar hiasan.
Sumber: Google image

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku …
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Gambar hiasan.
Sumber: Google image

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Gambar hiasan.
Sumber: Google image

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku …
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Gambar hiasan.
Sumber: Google image

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Gambar hiasan.
Sumber: Google image

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…
Ya rabbal ‘aalamin.

Gambar hiasan.
Sumber: Google image


Sayang sokmo,