Friday, July 30, 2010

Baik-baik Sayang - Wali Band

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu

Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Chorus

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku


Sayang sokmo,

Tuesday, July 27, 2010

aZu & Angan-angannya =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Dulu, waktu aku masih kanak-kanak ribena; aku pernah berkeinginan untuk memiliki seorang abang. Aku pun tak tahu mengapa aku beria sangat nak ada seorang abang. Mungkin aku iri tengok kawan-kawan aku ada abang. Lagipun dulu kan selalu tengok tv, dalam cerita tv mesti abang teramat baik dengan adik perempuan dia. Aku anak sulung, memang mustahillah akan ada abang bukan?! Hahaha... Aku pernah cakap dengan kawan karib masa sekolah rendah dahulu, "Manalah tahu sebenarnya aku ini ada abang. Tup... Tup... 1 hari nanti dia akan muncul." Aku tak berapa ingat apa respon kawan aku. Tapi kalau tak silap, dia pun bantai gelak dengan fantasi aku ini. Hahahaha... Karton sangat. Berangan memang lebih aku ini. Sekarang bila fikir-fikirkan balik, rasa nak tergelak.

Namun, aku tetap bersyukur. Sekarang aku ada 3 orang adik lelaki dan 1 orang adik perempuan yang membesar bersama aku. Dan... Kini, aku juga ada seorang abang. Walaupun kami tak dihubungkan oleh darah dan keturunan, dia tetap abang aku yang banyak berkongsi pengalaman hidup dan pemberi nasihat yang setia.


And...
Today, it's his great big day
Just wanna wish him:
Have a fantastic great birthday
Smile always
Success in everything
Live life well
Stay healthy

Haha... Hari tu aku janji dgn Abg. Nizam nak cari kan kenderaan Gaban dia. Terlupa... Ini hadiah 'special' utk kamu. Teruskan misi menyelamatkan bumi dari raksasa tau. =P


Sayang sokmo,

Tuesday, July 20, 2010

Flora vs aZu?! Huh!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Lokasi penjelajahan kali ini - Floria 2010, Putrajaya Presint 2

Aku bukan minah bunga. Tapi layan la ye. Yang penting boleh layan ambil gambar. Layan~~

Align Right

















Aku bukannya tahu semua nama-nama bunga di atas ini. So, jangan tanya. Aku tahu tengok saja. Hehehe...

Ok, bahagian ini pula mereka hias manusia dan haiwan menggunakan flora.



Rugi aku tak kiss putera katak ni.
Mana tahu untung sabut nanti, bertukar jadi putera raja kan.
Hihihi...


Penyu solo akibat kepupusan. Kesepian.

Santainya. Alangkah indahnya jika setiap hari mampu begini.

Ada teman komen, gambar ini sensor kena bagi edit sikit.
Tapi aku rasa, inilah aset. Hahaha... Mahal tau!


Spongebob ini buat aku teringat pada seseorang. ;-)





Dalam rimbunan dan kuntuman bunga-bunga di Floria 2010, 2 kuntum bunga ini saja yang paling istimewa. Hehehe... ;-)


** Aku bukan minah bunga. Tapi konvo nanti aku nak bunga. Banyak-banyak. Hahaha... Hipokrit x?!


Sayang sokmo,

Friday, July 16, 2010

Air Mata Itu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Ya, aku terlihat lagi. Air mata pelarut duka si gadis itu mengalir turun lagi. Kali ini kian lebat. Esakan cuba disembunyikan dek kesunyian malam. Gadis, kenapa kamu menangis? Aku tertanya. Ku merenungnya dari jauh, ku meneliti setiap gerak-gerinya. Si gadis kelihatan emosi. Air mata tak berhenti menghujani pipi cekungnya. Sabarlah wahai gadis.

Ku melihat si gadis mencapai telefon bimbitnya, mungkin cuba menghubungi insan yang mampu mengurangkan kesedihan hati. Namun nampaknya seperti hampa. Si gadis pasrah. Titisan itu terus mengalir tanpa surut. Tiba-tiba lampu telefon bimbitnya berkelip-kelip bercahaya, tergaris sebuah senyuman di sebalik kesayuan wajahnya. Si gadis menyambut panggilan itu dengan sayunya yang disembunyikan. Ceria nadanya walau sedikit sengau kerna tangisan tadi. Namun si gadis mampu melebarkan senyumannya.

Mereka berbual lama. Namun gadis itu lebih banyak mendengar daripada berbicara. Itu bukan persoalannya. Yang pasti, si gadis kembali tersenyum. Mungkin sedikit lega mendengar bicara dan nasihat daripada insan yang dipercayainya. Aku tahu si gadis tak meluahkan punca kesedihannya. Ya, aku yakin. Si gadis yang aku kenal adalah seorang pemendam. Aku tahu si gadis hanya perlukan kata-kata semangat daripada insan yang dipercayainya. Ya, aku faham kini. Meskipun aku jua tak mengetahui punca kesedihannya, namun aku doakan semoga kamu tabah. Benar, berkat sabar dan tabah itu sangat tinggi. Semoga kamu terus teguh ya. (^^,)


Sayang sokmo,

Resipi 'Kerang Meletup' Daripada Chef Aiman (^^,)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Credit to Mr. Aiman! (^^,) Chef import dari Slim River. Resipi 'kerang meletup' tengahari ini. Tapi aku rasa macam tak meletup pun. Macam sambal kerang biasa saja. Hehehe... Sepatutnya sambal tu lagi kering, tapi entah. Mungkin aku tak pro. Niway, thanks!

Recipe credit to Mr. Aiman!


Sayang sokmo,

Thursday, July 15, 2010

Kari Ikan Kerisi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Percubaan kali pertama masak kari. Hehehe... Agak kelakar. Telefon Ibu bertanyakan cara memasak hari Selasa lepas lagi. Memandangkan tiba-tiba bapa saudara datang membawa kari ikan sembilang yang dah siap dimasak, maka percubaan aku tak menjadi pada hari itu. Hari ini dengan semangat yang berkobar-kobar aku meneruskan misi tergendala.

Aku tahu masak kari sebenarnya sebab dah selalu tengok Ibu masak. Ingat cara-cara tapi disebabkan tak pernah masak sendiri maka boleh dikira tak tahu la. Hehehe... Senang saja. Tumis bawang kecil dan bawang putih. Dah garing sedikit, masukkan bancuhan 3 sudu serbuk kari bersama 1 sudu susu tepung (Baik untuk kesihatan.). Tumiskan sehingga bancuhan tadi agak kering kemudian masuk air asam. Jangan banyak sangat asamnya, pesan Ibu bertalu-talu; nanti masam kuah kari Along. Disebabkan aku guna ikan kerisi untuk kari ini maka tak boleh letak lama takut nanti isinya hancur. Aku masuk ikan sekali dengan bendi dan cili hijau.

Part yang aku tak boleh blah masa masak tadi, aku dah masukkan ikan, bendi dan cili hijau. Lepas itu aku rasa kuahnya sedikit. Rasa kari! Pekat sangat. Aku dah cuak. Ingatkan bancuhan kari tadi tak masak betul. Aku pun keluarkanlah balik ikan, bendi dan cili hijau, letak dalam bekas lain. Aku tambahkan sedikit air lagi dan renehkan kuah dalam 5 minit lagi. Lepas 5 minit, aku rasa. Sama saja, cuma kurang sedikit pekatnya. Terus aku masukkan ikan, bendi dan cili hijau tadi kembali. Dalam 4 minit saja, aku terus tutup api. Puas hati! Hehehe... Ohh, sebelum terlupa nak bagitahu, aku letakkan daun pandan sedikit bagi wangi kari aku; resipi Ibu ok.

Maka, siaplah kari ikan kerisi aku. Telefon Ibu nak show off. Ibu gelak dengar cerita aku keluarkan ikan sebab kari rasa kari. Hehehe... Biasalah Ibu kata, masak sendiri memang ada perasaan macam itu. Selama ini kan dok makan yang dah siap masak. Opsss... Kena sekali.

Tadaaa... Inilah kari aku. (^^,)

Percubaan kali pertama
Kari Ikan Kerisi



Sayang sokmo,

Wednesday, July 14, 2010

Amaran! Dilarang Soal!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Tak cari kerja ke?"
"Dah dapat kerja ke?"
"Kerja di mana sekarang?"
"Tak minta mana-mana ke?"
"Dapat biasiswa apa?"
"Mohon biasiswa apa?"

Ok, soalan-soalan di atas dan seangkatan dengannya adalah sangat annoying buat masa ini. Sila jangan soal berkali-kali mahupun sekali dengan aku. Meluat nak jawab. Dan menyampah. Aku faham kamu semua sangat prihatin dan sangat mengambil berat, namun soalan-soalan tersebut buat aku stress buat masa ini. Ada banyak masalah lain yang perlu aku uruskan. Dan aku harap aku tak akan stress. Hahaha... Poyo! Sungguh! Sila jangan soal ok. Aku lebih sayang kamu semua kalau tak menyoal buat masa ini. Lain masa baru soal ok. Bukan sekarang. (^^,)


Sayang sokmo,

Tuesday, July 13, 2010

Give Up vs Hold On

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place."


Stress! Thinking of giving up everything. Trying to motivate herself.
"Bertahan!"

Current mode: Motivating herself. (*~*)


Sayang sokmo,

Monday, July 5, 2010

'Adik-adik' Dah Siap!!! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Taraaaa...!!! 'Adik-adik' comel ini telah dihasilkan minggu lepas. Bertambahlah populasi di muka bumi ini. =P Yang pasti, sangat berpuas hati setelah melihatkan hasilnya. Cuma Green Gaban agak kurang comel sedikit. Almaklumlah percubaan pertama aku, jahitan kurang kemas. Walau bagaimanapun, Green Gaban dan Grey Devil itu aku jahit dan hasilkan dengan penuh kasih sayang dari aku tau. Hahaha... Poyos! Serius, tak tipu ini. =P

Seronok bukan?! 'Adik-adik' yang dah siap ini telah ku serahkan kepada pemiliknya. Seronok bila berpeluang menyerahkan barang yang telah kita isikan 'full tank' kasih sayang & kesabaran kepada mereka. (^^,) Hehe...

DOB: 30 June 2010
POB: Room 4, KKC 69, Kg. Wai

The Making of Green Gaban

DOB: 01 July 2010
POB: Seat 4B, Coach R4, Train Express Langkawi

Ada lagi sepasang yang belum aku siapkan. Nantilah. Mood menjahit belum datang lagi. 'Adik-adik' yang bakal dihasilkan ini sangat istimewa khas buat insan yang paling istimewa dalam hidup aku. Insan yang telah banyak berkorban untuk aku. Rindu sangat! Hehehe... Mood sentimental sudah datang pagi-pagi ini. Berhenti dahulu sebelum takungan melimpah. Take care semua!


Sayang sokmo,

Saturday, July 3, 2010

Tak Mengapa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Sabar dan terus bersabar
Walau hati terluka
Tak mengapa
Yang penting mereka bahagia


Susah bukan untuk memperolehi kefahaman daripada mereka yang tak faham...?! Kadangkala mula berfikir, sampai bila semuanya bakal berakhir? Hati dah mulai tenat. Fikiran mulai karat. Mata mulai berat. Terasa ingin pergi jauh meninggalkan segalanya. Jangan... Ikutkan hati, mati nanti aZu. Kuatlah wahai hati. Teguhlah sang hati. Suatu hari berkat itu pasti akan terserlah. Semoga mereka jua belajar memahami.


Sayang sokmo,