Showing posts with label ~Nostalgia~. Show all posts
Showing posts with label ~Nostalgia~. Show all posts

Monday, May 23, 2011

7 tahun lalu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

7 tahun yang lepas, pada hari ini aku berada di Miri. Pada hari yang sama juga, kemalangan yang melibatkan sebuah bas catar dari Sek. Men. Sains Miri menuju ke Sibu dan sebuah treler yang mengangkut kenderaan baru menghala ke Miri. Syukur kerna aku masih diberi peluang untuk bernafas lagi sehingga hari ini. Takziah buat pemandu bus, pemandu treler dan kelindan. Kemalangan, kematian, hiruk pikuk, tangisan, kelam kabut pada saat itu masih segar dalam ingatan. 'Hadiah' daripada kemalangan ini pun masih setia menemani aku. :) Walau bagaimanapun, aku bersyukur!  


 Sayang sokmo,

Friday, January 28, 2011

Nostalgia itu Indah :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Bila keseorangan, selalu terimbau kisah silam. Tak kisahlah yang manis, pahit, masam, masin, kelat waima payau. Walau apa pun rasa yang pernah dilalui, ianya tetap kenangan yang terindah. Mengenang sejarah sungguh indah, tapi mungkin tak ramai yang suka. Bagi aku, tanpa kisah silam siapalah aku pada hari ini. :) Indah, sungguh aku tak berdusta. Biarpun kenangan itu pernah melukai suatu ketika dahulu, namun percayalah ianya sangat indah bila dikenang. Kamu patut bersyukur kerana sekurang-kurangnya kamu terpilih dan beruntung merasai perasaan dan pengalaman tersebut. :)

Ohh, mengapa entri aku masih dalam mood touching ni?! Serius. Sangat merindui saat bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda. Menyelak kembali kenangan yang tersimpan di dalam external HD, menonton kembali video-video aksi dan menatap gambar-gambar suatu masa dulu; ohhh... pantas masa yang berlalu, kini hanya tinggal kenangan untuk diingati. :)

23 Januari 2010 (Setahun telah masa berlalu.)
Sambutan hari lahir terakhir sebelum masing-masing melakar masa depan tersendiri.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sahabat diingati. ;-)

Bersahabat itu indah. Melalui persahabatan, kita belajar menghargai suatu perhubungan. Semoga hubungan kita sentiasa dipelihara dan semakin kukuh walau terpisah jauh. :)


Sayang sokmo,

Tuesday, August 24, 2010

Macam-macam Laaaaa... =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Datang mood nak update blog setelah sekian lama bertapa. Dah banyak draft blog, tapi tak publish. Setiap kali mula menulis macam banyak sangat idea, pertengahan jalan stuck tak tahu nak meng'ayat' apa lagi. Otak dah nak mula berkarat rasanya. Hehehe... Ok, setelah puas memerah otak, keringat dan menggodak hp maka aku nekad untuk memperdagangkan koleksi gambar dalam hp aku yang tak berapa nak canggih ini. Termasuk juga gambar-gambar yang telah aku culik daripada kawan-kawan sebelum ini. Hehehe... Yang baik dijadikan tauladan. Yang kurang baik jadikan sempadan ok. =)

Restoran 'Toilet Bowl'
Unik bukan?! =P
Kat Sg. Wang Plaza kalau tak silap.
Dah setahun lebih gambar ini jadi pekasam dalam hp.

Photo credit to Su Natasha.
Ini masa study group semester 8 ok, bukan semester 9.
Hehehe...
Nampak tak antara peneman setia study kami - Minyak Cap Kapak.

Sila jangan tiru aksi ini.
Berbuih mulut pensyarah membebel kat depan, yang di belakang sedap-sedap gelak tengok cerita kartun.
Hahaha... Aku la photographer, aku la tukang gelak juga.

Ok, isu lagi satu ini selalu bikin aku 'hot'. Aku kurang faham, dah sah-sah terpampang 'KOC WANITA SAHAJA' tapi masih ada yang buta huruf rupanya rakyat Malaysia ini. Nak kata tak faham Bahasa Melayu, fine. Bahasa Inggeris, Bahasa India, Bahasa Cina dan Bahasa Arab juga ada. Kadangkala pelancong lagi faham bahasa daripada rakyat negara sendiri. Haiiiihhhhh...

Jika anda rasa anda perempuan sahaja, barulah tunggu di sini ok.
Kaum Adam atau setengah sila jangan nak mengada-ngada berada di sini juga.

Sila lihat simbol di atas dan sila lihat pasangan yang khusyuk bermadu kasih.
Manusia iniiiii laaaa...
Maaf, bukan berniat untuk menjatuhkan imej mana-mana pihak tapi kalian perlu sedar.
Kita rakyat celik ilmu bukan?! Harap faham.

Hahahahaha... (Gelak jahat.) =P
Gambar ini disnap masa tengah tunggu buat souvenir untuk Dinner BME.
Lama sangat, bosan-bosan cari bahan untuk gelak.
Sekali ternampak poster ini tertampal di dinding bangunan.
Apa lagi, tunjuk kat Mar pastu masing-masing buat muka jahat la. ;-)

Hobi yang dirindui.
Dah lama tak buat 'coloring'.
Dulu rajin sebab Ghah dekat.
Mewarna bersama. Uwaaaaaa... :'(

Rindu dengan Perlis.
Sila perhatikan betul-betul.
Perlis pun ada musim luruh tau.
Berguguran bunga kuning itu menutupi jalan.
=P

TomYam Bangkok.
Nyum... Nyum... Nyum...
=)

Photo credit to Mar.
Sepagi di Kuala Perlis mengejar ikan belacak.

Photo credit to Ain.
Kenduri Meggi secara jemaah pukul 2 pagi selepas separuh jiwa buat Bode Plot.

Pemandangan senja Jambatan Putrajaya.
=)


Sayang sokmo,

Tuesday, July 27, 2010

aZu & Angan-angannya =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Dulu, waktu aku masih kanak-kanak ribena; aku pernah berkeinginan untuk memiliki seorang abang. Aku pun tak tahu mengapa aku beria sangat nak ada seorang abang. Mungkin aku iri tengok kawan-kawan aku ada abang. Lagipun dulu kan selalu tengok tv, dalam cerita tv mesti abang teramat baik dengan adik perempuan dia. Aku anak sulung, memang mustahillah akan ada abang bukan?! Hahaha... Aku pernah cakap dengan kawan karib masa sekolah rendah dahulu, "Manalah tahu sebenarnya aku ini ada abang. Tup... Tup... 1 hari nanti dia akan muncul." Aku tak berapa ingat apa respon kawan aku. Tapi kalau tak silap, dia pun bantai gelak dengan fantasi aku ini. Hahahaha... Karton sangat. Berangan memang lebih aku ini. Sekarang bila fikir-fikirkan balik, rasa nak tergelak.

Namun, aku tetap bersyukur. Sekarang aku ada 3 orang adik lelaki dan 1 orang adik perempuan yang membesar bersama aku. Dan... Kini, aku juga ada seorang abang. Walaupun kami tak dihubungkan oleh darah dan keturunan, dia tetap abang aku yang banyak berkongsi pengalaman hidup dan pemberi nasihat yang setia.


And...
Today, it's his great big day
Just wanna wish him:
Have a fantastic great birthday
Smile always
Success in everything
Live life well
Stay healthy

Haha... Hari tu aku janji dgn Abg. Nizam nak cari kan kenderaan Gaban dia. Terlupa... Ini hadiah 'special' utk kamu. Teruskan misi menyelamatkan bumi dari raksasa tau. =P


Sayang sokmo,

Thursday, November 19, 2009

Kisah Aku & 'Binatang' Itu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Maaf...
Aku terpaksa...
Terpaksa...
Aku terpaksa buat pengakuan berani mati di sini.

AKU TAKUT TIKUS!!!


Dan kini aku telah duduk di depan laptop menghilangkan saki baki kegementaran aku tadi. Ceritanya begini. Aku dah terlena tadi. Dah sedap pun berselubung dengan selimut. Kedengaran bunyi kecil barang jatuh dari atas meja yang terletak periuk nasi dan stok mi ruski aku tatkala aku masih lagi dalam stage tidur-tidur ayam. Tapi aku abaikan sahaja. Tiba-tiba kedengaran lagi. Tak boleh jadi. Aku buka mata. Dalam kesamaran lampu yang ada, aku nampak benda kecil bergerak. Hatiku dah cuak. Terus aku bangun buka lampu dan ambil 'pedang' di dapur.

Aku selak-selak beg di kerusi sebab tadi aku nampak benda bergerak itu lompat atas kerusi yang berhampiran. Angkat tudung, tiada. Angkat beg pertama, tiada. Mula nak selak beg yang kedua, binatang itu terus lompat menyelinap lari masuk bilik. Aku yang terkezut gorilla masa itu, terus saja menjerit. Kuat beb! Dahlah tengah-tengah malam buta, nanti ada pula yang ingatkan histeria. Binatang tadi lari masuk bilik aku pula tu. Memang menguji kesabaran sungguh. Macam tahu-tahu sahaja aku takut dengan dia. Hishhh...

Aku masuk dalam bilik dengan teragak-agak. Sekali binatang itu berdecit lari lintang pukang. Aku pun terperanjat sekali lagi (berapa banyak kali terperanjat daaa...). Binatang itu berselindung di sebalik pintu bilik aku. Aku jengahkan kepala dari jauh sambil berdiri di atas kerusi sebagai persediaan awal kalau tikus itu lari lintang pukang lagi. Tengah memikirkan apa yang perlu dibuat untuk keluarkannya dari bilik ini. Aku beranikan diri selak pintu perlahan-lahan. Binatang itu lari, menyorok pula di tepi almari. Arghhhh... Kalaulah aku mempunyai keberanian tahap dewa waktu itu, ingin sahaja aku penyek-penyekkan sahaja binatang itu. Geram!

Aku agahkan 'pedang' ke tepi almari. Sebenarnya aku tak tahu pun binatang itu menyorok sebelah mana. Aku berharap di belakang almari sebab hati jahat aku masa itu suruh tolak sahaja alamari itu rapat ke dinding, biar terhimpit saja binatang itu. Tapi sebelum sempat aku meneruskan niat jahat tersebut, binatang itu lari keluar. Macam tahu-tahu saja rancangan pembunuhan yang telah aku aturkan untuk dia. Sekali lagi aku terlompat kegelian tapi kali ini tiada diiringi dengan suara lagi. Binatang tadi laju sahaja lari masuk ke bilik pertama.

Aku tengah mempertimbangkan samada aku perlu teruskan usaha menghalau atau tidak memandangkan binatang itu telah masuk ke dalam bilik pertama iaitu bilik kosong dalam rumah aku. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menutup sahaja pintu bilik itu. Aku cari kertas dan sumbat di bawah celah pintu. Aku nak tunggu esok dengan kehadiran sahabat-sahabat yang baik hati untuk mengeluarkan binatang itu. Aku tak terdaya lagi. Sungguh. Jantungku telah hampir jatuh ke hujung jari kaki tadi, nasib sempat selamatkan. Hehehe...

Fuhhh... Lega. Aku dah kurung binatang itu. Padan muka. Siapa suruh takutkan aku malam-malam buta macam ini. Nasiblah labu... Memalukan sungguh. Bulan ini sahaja dah 2 kali aku dimalukan oleh binatang ini. Drop my water face sungguh. Sila baca entri ini. Pengalaman pertama yang meng'kantoi'kan aku ini sebenarnya takut tikus. Ok, perlu sambung agenda yang tertangguh tadi sebab nak bangun awal nak meng'edit' sedikit slide FYP.

Hati tikus = penakut
Aku tak mahu ada kaitan langsung dengan binatang ini lagi...!!!
Arghhh...!!!


Sayang sokmo,


Monday, November 16, 2009

Sheikh Ahmad & aZu =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku baru lepas merayau-rayau di blog sahabat-sahabat. Tiba-tiba aku terhenti lama di blog sahabat lama aku di Sheikh Ahmad dulu - Shekyn. Dalam entri terbarunya, shekyn gelar aku "azu"?! Kih3x... Nak tergelak sebenarnya. Dah tergelak pun. Hahaha... Bukannya apa, macam tak percaya pula.

Sahabat yang start panggil aku "azu" adalah sejak aku naik Form 4 di Sains Miri. Pertama kali memperkenalkan diri, aku meminta sahabat-sahabat baru memanggil nama penuhku. Aku dah terbiasa selama 3 tahun. Tapi sahabat baru tidak puas hati, mereka meminta juga aku sebut nama yang lebih ringkas. Aku senyap. Almaklumlah pelajar baru, masih segan (Konon...). Tiba-tiba ada suara yang mencadangkan nama "azu". Menurut kisah daripada sahabat baruku, sebelum aku masuk sekolah itu ada seorang pelajar Semenanjung juga yang mereka panggil "azu". So, dari situlah terlekatnya nama "azu" itu pada aku. Dan seterusnya, nama itu terus kekal sampailah sekarang. =)

Whatever laaa... Panggil je sesuka hati kome... As long as kome tak panggil mika dengan nama "ZURA", aku dah memadai. Aku x gemar. Kalau famili aku, dimaafkan. Hehehe...

~NaZuRaH~


Sayang sokmo,