Tuesday, September 23, 2008

Aku Sedang Berpuasa... =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

aZu...
Jgn suka mengadu domba...
DIA x suka hamba-Nya bersikap begitu...

Bersabarlah hati...
Maafkanlah mereka...
Sesungguhnya DIA pemegang hatiku...

Aku insan lemah...
Sering alpa & leka...
Maafkanku jua...

Sesungguhnya aku sedang berpuasa...


Sayang sokmo,

Monday, September 22, 2008

Duit vs Ilmu =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

RM 44.00?!
Huhuhu...
Pokai lagi...

Ceti yang dah jatuh bankrap tapi masih mampu tersenyum!!! =P

X apalah...
Keluar lebih sedikit untuk ilmu...
Semoga diberkati ilmu yang dipelajari...
Semoga murah rezeki juga buatku...
Hehehe...
A utk Control!!!
Yesss!!!
A utk Safety!!!
Yesss!!!
A utk Organ!!!
Yesss!!!
A utk Biomaterial!!!
Yesss!!!
Semua A!!!
Hehehe...
Time ini aZu tengah mempunyai motivasi yg 'super' tinggi...
=)


Sayang sokmo,

Kaktus Yang Sakit =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt


Wahai kaktus, kamu sakit juga ke?!
Shaking?!

Palm always 'berpeluh'?!

Lack of glucose?!

Tiroid problem?!

Huh!

I'm really afraid of it.

Am I really sick?! =(


Sayang sokmo,

Sunday, September 21, 2008

aZu's Assignment Day =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Hari Assignment sedunia untuk aZu!!! Huwaaa...!!! Malasnya... 2 assignment lagi kena buat before cuti Raya. Dah bagi lama, tapi minggu last baru nak pulun. Isk3x... Kerja last minute lagi la aZu ni. X serik2x betul. Isi & bahan dah ada, tinggal nak olah ayat bagi bunga-bunga sikit. Waduh3x... Malasnya... Eh, silap... Tadi baru terbaca pasal kuasa minda. Tukar ayat lak, "Huwaaa... Senangnya... Rajinnya aZu nak buat assignment." Hehehe...

Apa2x pun mind set kan. The power of mind. Jadual study hari ini terpaksa tundalah nampaknya. Sebab hari ini hari assignment sedunia aZu, kena bagi laluan untuk assignment. Ngeh3x... Pulun hari ini, insyaAllah selebihnya tinggal nak edit & combine dgn yg lain punya. Rajin sikit je lagi, siaplah assignment ni kan. Bukanlah susah mana pun, sebab x concentrate tu yg jadi lama nak siap. Huh! Gambatte aZu!


Sayang sokmo,

Saturday, September 20, 2008

Macam-macam aZu =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

I

Yes! Balik awal. Hehehe… Aku tukar date balik rumah. Sepatutnya tiket aku Sabtu 26hb, tapi aku yg dah x sabar2x nak balik ni dah meng’awal’kan date balik. Jgn jeles k. 24hb aku balik. Aku dah siap tanya dengan papa Yusof pagi itu ada lab atau x. Tapi papa Yusof nak habiskan lab before cuti. X apalah, sebab tiket aku petang pukul 6.30. Just tanya kot2x la kalau papa Yusof x nak buat lab, aku boleh chow lagi awal. Hehehe… Aku tuang kelas Control & Organ sahaja la nanti. Ngeh3x… Jahatnya aZu…Ponteng kelas… ;P

II

Akhirnya sijil Kursus Pra-Perkahwinan dah dapat hari ini. Lama menunggu sijil ini siap. Alhamdulillah… Dapat sahaja sijil2x itu, terus edarkan untuk member2x yg kenal dulu. Selebihnya edar kemudian sebab senarai nama & kolej kediaman ada pada Kak Dayah. X apalah, yg penting sijil itu dah ada pada tangan aku. Lega sedikit. Peserta pun dah banyak kali dok tanya sijil sebelum ini. Aku pun dah rasa bersalah sgt2x. Sijil sangkut dekat Jabatan Agama sebab tandatangan. Tapi, x apalah, sekarang semuanya telah settle.

III

Majlis berbuka puasa Biomedic telah selesai. Agak kelam kabut dan berterabur. Secara jujur yg boleh kukatakan, majlis ini gagal disebabkan perancangan yg kurang teliti tanpa backup plan serta kurang kerjasama daripada semua AJK. Kelemahan yg paling ketara adalah tiadanya system musyawarah untuk majlis kali ini. Aku mengaku yg aku sendiri pun kurang memberi kerjasama dan sokongan untuk majlis ini. Namun, sekalung tahniah dan syabas kutitipkan khas buat Kak Az & Kak Nadia. Kalian adalah tulang belakang majlis kali ini. Terima kasih tidak terhingga buat semua pensyarah & staf yg sudi meluangkan masa menghadiri majlis yg tidak seberapa ini. Tidak lupa juga buat AJK majlis ini, terima kasih dan tahniah buat kalian semua. Semoga majlis akan datang akan lebih teratur dan meriah.

IV

Akhirnya, aku dah mula belajar kereta. Banyak sangat halangan sebelum ini. Ditambahkan lagi dengan rasa malas aku ini, tertangguhlah lesen aku lebih setengah tahun. Isk3x… Hari ini pergi belajar kembali, rasa sangat janggal. Banyak kali kena tegur dengan Cikgu Rahimi. Hehehe… Ampun na Cikgu. Anak muridmu sangat slow. Diana gelakkan aku, masih belajar dlm track. Hahaha, aku pun tergelak dgn diri aku sendiri. Cikgu dah offer nak masuk jalanraya, tapi aku x confident lagi. Cuak sgt. Ini baru sejam aku belajar kereta. Lagi 9 jam untuk complete. Motor belum start lagi. Waduh3x… Banyak seyh... Suatu perasaan yg aku ingin kongsikan bersama tatkala lesen L bertukar tangan dari Cikgu kepadaku. Perasaan indah & happy sgt2x. Tak terluah kata time itu. Walaupun hanya lesen L, tapi bagi seseorang yg macam aku ini, lesen L adalah sgt bererti. Iyeke ni?! Hahaha… Apa2x pun, aku dah ada lesen L sekarang ini!!! Yahooo!!! Hahaha...


Sayang sokmo,

Tuesday, September 16, 2008

Bukan Milikku?! ;P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku dapat sijil hari ini. Papa Yusof yg bagi. Actually bukan sijil drpd dia, tolong sampaikan je. Terkezut cek oi...

Adalah dengan ini diperakui bahawa
Nozurah Bt. Ahmad Tarmimi
telah menyertai dengan jayanya dalam
Program Remaja 'No Apologies' pada 21 Julai 2007
Anjuran
Unit Kaunseling Universiti Malaysia Perlis

Huhuhu... Unit kaunseling?! No Apologies?! Wah3x... 1st thing comes into my mind is : am I that bad?! Huh! Biasalah kan, selalunya kaunseling ini dikaitkan dgn org yg ada masalah. X kisah la masalah peribadi ke, masalah apa ke atau pun org yg perlukan khidmat nasihat drpd kaunselor. Aku tak bermaksud kaunseling ini x elok, tapi sepanjang hidup aku x pernah lagi pergi kaunseling. Entahlah... Kalau dulu time kat Sheikh Ahmad, aku selalu tengok kwn2x aku pergi jumpa kaunselor. Pasal nak minta pendapat sambung belajar la, jurusan apa yg sesuai la, pasal peribadi la dan macam2x lagi la.

X nak cerita lagi pasal kaunseling tu. Yg pasti sijil tu bukan milik aku. Tapi papa Yusof suruh ambil sahaja. Gawat betul la... Xpe la, aku terpaksa la berkorban jadi stor sementara sijil tu kan. Dapat pahala juga. Hehehe... ;)


Sayang sokmo,

Sunday, September 14, 2008

Coretan Ringkas =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

--> =) semoga Allah pertautkan lagi hati kita dalam jalanNya
--> ops nak bitau sumting
--> saya sahabat awak
--> skang
--> alangkah indahnya jugak
--> if saya sahabat awak dijalan yg saya tempuh nieh----boleh share fikrah yg sama
--> =)

Happynya aku mlm ini. Baru shj lepas chat dgn selasihputih. Thanks selasihputih!!! InsyaAllah kita akan menuju jalan yg sama. Bukan kita shj, malahan sahabat2x kita yg lain. InsyaAllah... BERMUJAHADAH... I've learns something new for this ramadhan. =) TQ my beloved friend!

Saturday, September 13, 2008

Confirm! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Confirm! Alhamdulillah... Aku telah secara rasminya diterima utk menjalani Latihan Industri selama 6 bulan di HUKM. Alhamdulillah... Lega rasa hati. Jumaat lepas dah tahu yg aku dapat HUKM drpd Nad. Tapi macam x sure sgt sebab surat x sampai lagi kat Serdang. Hari ini, Angah balik Serdang tgk surat aku. Ada pun.

Hari ini dalam sejarah meeting AJK Kelab PPK Mekatronik dijalankan selama 4 jam. Huhuhu... Semuanya berkisar tentang malam anugerah kecemerlangan dan sambutan hari raya yg bakal diadakan. Ini adalah acara terakhir kami sebelum meletakkan jawatan yg telah disandang selama lebih kurang 1 tahun. Alhamdulillah segalanya menghampiri ke garisan akhir. Petang tadi aku sepatutnya ada kelas memandu, tapi terpaksa batal sebab meeting x habis lagi. Aku dah booking siap2x untuk belajar Jumaat & Sabtu minggu depan. Harap2x tiada aral melintang.

Hari ini hati tak sihat lagi. Terkilan sikit. 6th senses aku dapat rasakan ketidaksenangan dia untuk membiarkan aku terlibat. Entahlah, kehadiran aku seolah-olah mengganggu-gugat kedudukan dia. Beginilah manusia, kadang-kala perasaan ini pun akan hadir dalam diri aku sendiri. Tapi, entahlah. Inilah agaknya keunikan kewujudan makhluk ciptaan Allah kan. Hati jahat aku berbisik "lebih baik x payah amik penolong kalau nak pulun buat semua" Hehehe... Jahatnya aku. Nasiblah, emo sikit ni almaklumlah 'offline'.


Sayang sokmo,

Friday, September 12, 2008

Antara Harimau, 2 Ekor Buaya, Tali, Tikus Putih & Hitam & Madu =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Kisah ini kuperolehi drpd emel yg telah dikirimkan oleh kawanku. Sebelum ini pernah membaca kisah ini, namun dah lupa. Mungkin sekadar membaca tanpa memahami sebelum ini, itu yg cepat lupa. Aku ingin berkongsi bersama sahabat2x sekalian kisah ini. Semoga kita bersama dapat mengambil pengajaran daripada kisah ini.

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup
udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....
Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...

SI HAMBA ALLAH itu adalah KITA. HARIMAU yg mengejar tu adalah MAUT kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 EKOR BUAYA itu adalah MALAIKAT MUNKAR & NANGKIR yg menanti kita di alam kubur nanti. TALI yg tempat di hamba bergayut tadi adalah JANGKA HAYAT kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. TIKUS PUTIH dan TIKUS HITAM tu adalah dunia kita SIANG dan juga MALAM yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. MADU... Madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah NIKMAT DUNIA. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...


Sayang sokmo,

Emo Seorang Sahabat =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Dengan siapa kita bersahabat, insyaAllah akan melambangkan peribadi kita...

Huh!!! Bersabarlah wahai hati. Dia manusia biasa. Aku pun manusia biasa. Sering melakukan kesalahan dan kekasaran. Memang benar aku tidak berada di posisi kau. Memang benar aku tidak merasai apa yg kau lalui. Memang benar hanya kau yg mengetahuinya kerana hanya kau sahaja yg melaluinya. Memang benar segalanya. Namun, aku tetap marah. Marah dengan sikap biadapmu sebagai seorang kawan. Kebiadapanmu terhadap pandangan dan kata nasihat dr seorang teman kepada temannya. Memang sungguh biadap. Ini pertama kali aku melihat kebiadapan seorang sahabat terhadap sahabatnya. Entahlah, mungkin inilah yg dinamakan manusia. Pelbagai ragam dan aksi yg unik. Yang kadang kala boleh membuatkan kita rasa macam nak termuntah dan kadang-kadang tersenyum. Jauh di sudut hati, aku berharap semoga kau sedar. Dalam dunia ini, bukan kau seorang sahaja yg wujud di bumi ini. Masih ada makhluk lain yg berada bersama. Bukan kau seorang sahaja yg mempunyai perasaan, makhluk lain jua mempunyai perasaan. Bukan kau sahaja yg tahu tension, makhluk lain pun tahu tension. Bukan kau sahaja yg boleh marah, makhluk lain pun boleh marah. Jangan sampai suatu tahap nanti, sahabat-sahabatmu sendiri benar2x merasa putus asa dengan kau. Pada tahap ini, janganlah kau sesali lagi kerana pada saat ini sahabatmu telah benar2x kecewa denganmu. Berubahlah wahai sahabatku. Aku jua bukanlah sempurna mana. Namun, kita masih ada masa untuk berubah sebelum ianya terlambat.

* Entri ini telah ditulis pada tengahmalam 11 September. Tapi disebabkan internet connection yg tergendala selama 2 hari di Wang Ulu, baru hari ini dapat diupload.


Sayang sokmo,

Tuesday, September 9, 2008

Alhamdulillah... =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

2, 3 hari ini terlebih rajin utk mengupdate blog setelah sekian lama meninggalkan aktiviti penulisan dek sibuk dgn program kelab. Alhamdulillah... Segalanya telah selesai. Sekarang dah tiba waktu untuk concentrate dlm study pula.

Alhamdulillah... Murah sungguh rezeki Allah di bumi ini. Musim mid term test telah lama berlalu. Resultnya pun telah keluar. Aku dapat 1 A, 2 A- dan 1 B. Control 83, Material 73, Organ 60++ (Saja buat2x x ingat... Sebab markah rendah. He3x) & alhamdulillah juga Safety aku highest. (Papa Yusof yg inform time aku tanya soalan tadi... Hehehe...)

Segala hal keduniaan hampir settle. Tapi hatiku kosong. Vitamin hati sudah semakin berkurangan. Ya Allah... Kuatkanlah hati hambu-Mu ini. Semoga dlm kesibukan dunia aku x melupai yg abadi menanti. =)


Sayang sokmo,

Sunday, September 7, 2008

Hari Kedua Kursus Pra-Perkahwinan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Gambar kenangan peserta kursus

Alhamdulillah... Kupanjatkan kesyukuran yg x terhingga buat-Mu atas segala nikmat melimpah-ruah yg telah Kau berikan buatku. Alhamdulillah... Akhirnya Kursus Pra-Perkahwinan anjuran bersama Kelab PPK Mekatronik dan Jabatan Agama Islam Perlis telah melabuhkan tirainya dengan rasmi pada petang ini. Terasa ringan sebelah bahuku. Sebelah lagi masih senget ke bawah kerana sijil dan perbelanjaan program belum habis dibuat. Masih tinggal saki-baki kerja yg perlu dilaksanakan setelah kursus selesai. Namun apa pun, aku bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit cacat cela.

Buat AJK Kursus Pra-Perkahwinan pada kali ini, aku amat menghargai segala komitmen dan kerjasama yg telah diberikan. Mar, Zaki, Eee, Kak Dayah, Ain, Diana, Sabri, Nabih, Amin, Fitri, Nazli, Ann & Leman. Tq geng!!! Tanpa korang semua, program ini x akan dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih. Ada rezeki, insyaAllah kita join utk program yg lain pula.


Sayang sokmo,

Saturday, September 6, 2008

Hari Pertama Kursus Pra-Perkahwinan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

1st day Kursus Pra-Perkahwinan telah berlalu. Alhamdulillah. Walaupun terdapat sedikit kelam kabut pd waktu pendaftaran pagi tadi, namun segalanya telah berjalan dengan lancar. Pagi tadi seawal jam 6.30 aku telah berjaya mencelikkan mata setelah tidur pukul 3.40 pagi. Agak berat nak buka mata. Tapi apabila teringatkan kursus pada pagi ini, kugagahi jua. Bayangkanlah, aku iron baju dgn mata separuh terbuka. Serious... Mengantuk sgt2x pagi td. Tidur x cukup sejak minggu ini. Itu yg letih sgt.

Pukul 7.30 gerak dr Wang Ulu. Tapi hujan lebat sgt2x, kami naik motor. Terpaksalah singgah di gerai utk berteduh. Dalam hati sgt risau, sebab peserta dah ada yg sampai awal tapi tiada seorang AJK pun ada di sana utk guide. Alhamdulillah, walaupun agak lewat sedikit tapi kami berjaya menyelesaikan pendaftaran dgn lancar.

5 jam ceramah hari ini sgt meletihkan. Hehehe... Mungkin aku sendiri yg letih bukan disebabkan ceramah. Macam-macam yg berlaku hari ini, laptop xdpt connect dgn projector la, peserta dtg lambat, masalah semasa sessi bergambar dan hal remeh-temeh yg lain. Tapi, alhamdulillah. Akhirnya berakhir sudah 1st day kursus. Moga esok akan berjalan dgn lancar jua.


Sayang sokmo,

Wednesday, September 3, 2008

Alhamdulillah... =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... Sambutan bg program Kursus Pra-Perkahwinan sangat menggalakkan. Teringat ptg semalam aku dan Diana bertenggek di khemah bus Wang Ulu utk pendaftaran. Macam x mendapat sambutan. Tapi, rupa-rupanya sgt laris. Kalahlah hot dog panas yg selalu dijual di tepi. Begitu larisnya program ini sampaikan masing-masing x sedar yg pendaftaran telah melebihi kuota. Terpaksalah memikirkan cara utk mengurangkan peserta pula. Kami membuat keputusan, bg yg blm membuat pembayaran pada malam ini juga, dengan automatiknya pendaftaran terbatal. Ini pun utk kebaikan bersama juga. Kalau terlalu ramai yg masuk dalam 1 kelas, kuranglah konsentrasi utk mendengar ceramah nanti. Biarlah kursus ini berkualiti bt semua dan bukan hanya gah dgn kuantiti.

Seronaklah hari ini, alhamdulillah segalanya berjalan dengan sangat lancar. Lepas kelas Safety tadi, jumpa my Papa. Ada sedikit kekeliruan tentang leakage current. Yg happynya, my Papa said that I got the highest mark in the mid term test Safety. Syukur sgt. Actually I like this subject. Control too. Material & Organ so so la. Tapi, still ok. Semester ini aku akan cuba naikkan pointer. Markah mid-term kali ini pun boleh tahan gak. 1A, 2A- dan 1B. Aku perlu tingkat usaha dalam subjek Artificial Organ lagi. Markah subjek itu paling rendah. Subjek yg lain harap dapat terus meningkat jua.


Sayang sokmo,

Monday, September 1, 2008

Saje2x Je... =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Hati aZu x sihat. =( Macam mana ni?! Demam kot. Dah masuk bulan Ramadhan. Dah 1 Ramadhan pun. Semoga aZu diberi kekuatan untuk teruskan perjuangan di bulan Ramadhan ini.

Sekarang ini busy dgn Program Kursus Kahwin. Risaunya... Study agak terabai. Malam ini nak try cover control. Esok nak study dgn Nad. Kalau boleh, x nak lagi ada penyesalan. Sebab terlalu banyak sangat penyesalan akan men'down'kan motivasi aZu. He3x... Semoga berjaya aZu!!

Sekarang ini dah 1.09 a.m. Mata celik lagi sebab minum nescafe. (Ambil dadah untuk stay up. =P) Terlebih rajin lak sekarang ini nak update blog. Nak share 1 berita yg happy dgn kwn2x yg baca blog ini. Happy sangat sebab kursus kahwin ini dah diluluskan. Ini baru 1/10 daripada program. Masih ada 9/10 yg belum selesai. Semoga Allah permudahkanlah segala urusan kami. Semoga kursus ini berjalan dengan lancar.


Sayang sokmo,