Sunday, November 29, 2009

Someone =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

That day...
I saw him...

That Mister...

Sometimes,
His face full of ignorance look...

Sometimes,
He has a serious face...

Sometimes,
Arrogance face suit him more...

But...

Whatever it is,
The most important facts are :

That Mister,

Has a very kind heart...
Really helpful person...
Had make big sacrifices for other's happiness...
A good motivator and listener...

=)

** Wrote when I was in KLIA on 26th Nov 09 while waiting for the 12 pm flight to KK. =)


Sayang sokmo,

Friday, November 27, 2009

A Nice Journey =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

25 November 2009
Seawal 7.55 malam aku telah gerak keluar dari rumah Wang Ulu. Buat kali terakhir memandang sayu rumah yang penuh dengan kenangan untuk Semester 7. =) Selamat tinggal rumah! Hehehe... Lebih kurang pukul 8.30 malam baru sampai Kangar. Atas bas tadi, kelihatan ramai muka-muka baru pelajar antarabangsa. Turun sahaja dari bas, 'terborak' sebentar dengan Sultan - pelajar antarabangsa Yemen. Perbualan berkisar tentang pekembangan pelajar Yemen dan percutian. Melalui Sultan, baru aku tahu yang pelajar-pelajar baru tadi dari Somalia. Ramai sungguh!

Setelah lenguh berdiri sambil berborak, aku ke kedai berhampiran untuk reload dan beli sticker P kereta. Hahaha...Tempoh lesen L motor dah nak tamat, tapi aku masih belum habis belajar. Macam mana nih?! Perut berdangdut dari petang tadi minta diisi. Singgah makan di Kedai Abdul Alim. Masuk saja kedai, terus mulut-mulut ramah dalam kedai itu menegur aku. 4 tahun beb aku jadi pelanggan setia nasi kandar Abdul Alim + lauk daging dan sayur kobis. Terangkat wa cakap sama lu! Favourite aku. Tapi malam itu aku pesan mi goreng mamak dan 100 Plus sahaja. Konon nak jaga perut sebab nak jalan jauh tapi aku order mi goreng mamak kasi pedas satu! Apa daaa...

Selesai isi perut, aku terus gerak ke stesen bas. Masih awal. Mulanya aku bercadang untuk lepak di Library sementara menunggu pukul 11 namun aku batalkan niat. Terus menghala ke kerusi di stesen bas sambil meneruskan hobi aku - usha orang. Macam-macam ragam. Stesen bas agak sesak malam ini. Almaklumlah, ramai yang hendak pulang ke kampung halaman untuk Aidiladha. Ada yang baru hendak menaiki bas pulang ke kampung dan tidak kurang juga yang baru sampai dari perantauan ke kampung halaman - Perlis.

Tepat pukul 11 malam, bus Transnasional gerak meninggalkan Bandaraya Perlis yang permai ini. Will miss my Perlis for a month! Yang bernasib baik duduk di sebelah aku adalah seorang perempuan (Agak frust di sini. Mengharapkan jejaka tampan di sebelah. =P) Akak ini lecturer di UITM. Setiap kali HP berbunyi menandakan sms baru masuk, mesti dia baca sambil tergelak kuat-kuat kat sebelah aku sampai mengomel kecil. Kalau sekali sahaja boleh tahan lagi. Ini berkali-kali. Aku naik psycho gamaknya. Haihhh... Tercabar kewibawaan HP aku tanpa sms. Mata tak mengantuk lagi, layan mata menikmati panorama sepanjang perjalanan.

26 November 2009
Entah pukul berapa aku terlelap. Tapi yang pasti bas telah berhenti untuk berehat. Sempat aku mengusha penumpang bas walaupun mamai sebelum sambung tidur kembali. Lebih kurang pukul 6 pagi, aku telah selamat sampai di Pudu. Alhamdulillah. Terus mencari kaunter Star Shuttle. Mengikut emel yang dikirim tempoh hari, kaunternya bernombor 23. Tak jumpa kaunter. Aku terus call kaunter Star Shuttle. Rupanya kaunter di bahagian bawah dekat laluan bas. Berat beb aku kendong beg. Tapi demi makanan, aku rela. Hahaha...

Bus ke KLIA jam 6.45 pagi. Lebih kurang jam 8 pagi aku dah ada di KLIA. Masih awal. Tiada hala tuju. Aku bergerak mengikut langkah kaki. Berehat sebentar di kerusi sambil termenung menghabiskan masa. Konsentrasi diganggu dengan kehadiran aunty cleaner. Aku terus tolak troli cari port lain. Singgah di kerusi di seberang sana. Terdapat 2 warga asing lagi berborak dalam bahasa yang tidak aku fahami. Buat muka selamba sahaja, terus duduk. Dalam enak-enak mengelamun, idea mencurah-curah untuk menulis. Terus capai buku nota dan mula menulis sambil menikmati roti Gardenia bilis pedas sebagai sarapan.

Masa aku mendekati beg untuk minum air, aku perasan warga asing tadi memandang ke arahku. Macam biasa - SENYUM. Dia menegur aku. Perbualan kami pun bermula. Orang Pakistan. Berada 15 hari di Manila sebelum transit di KLIA bagi meneruskan perjalanan balik ke Pakistan. Ramah orangnya. Sangat suka bercerita. Dia membuka cerita tentang dirinya, tentang kerjayanya, tentang isterinya, tentang pengalaman kerjanya dan tentang rakan sekerjanya yang travel bersama. Rupa-rupanya rakan sekerjanya itu sepupu arwah Benazir Bhutto. Mula-mula aku buat muka tidak mempercayai kata-katanya. Tapi dengan segera dia mengeluarkan kad nama syarikat rakannya itu. Nama dia Khalid Bhutto. Dia tidak seramah rakannya yang berborak dengan aku ini. Tak mengapalah. Kami berpisah dengan bertukar senyuman. Aku pun lupa nak bertanyakan nama dia.

KLIA buat sistem baru la pula. Perlu dapatkan boarding pas melalui mesin dahulu sebelum boleh gerak ke kaunter untuk bagasi. Haihhh... Melihatkan aku yang mungkin sedikit teragak-agak, staf-staf di mesin itu menghulurkan bantuan. 3 orang pemuda membantu aku, mungkin semuanya pangkat adik-adik barangkali. Tiket faks aku sedikit bermasalah. Tulisan kurang jelas. Banyak kali key in pun masih salah. Even dah tukar orang yang tilik dan key in data still salah. Last-last mereka dengan baik hatinya membawa tiket aku ke kaunter. Akhirnya berjaya key in juga. =) Terima kasih. Agak lawak mereka ini. Macam-macam soalan ditanya kepada aku. Yang aku nak tergelaknya, bila display sahaja nama aku terus salah seorang daripada mereka berkata : "Eh, nama ayah macam pelakon la. Ayah pelakon tu ke?" Aku gelak saja. Jawapan aku seperti biasa : "Pelakon tu tiada kaitan ye dengan ayah saya."

Di atas flight, aku duduk bersama dengan pasangan Cina. Mula-mula agak diam. Tapi kemudian entah bagaimana mulanya, kami berborak. Macam-macam yang ditanya kepadaku. Dari topik ambil kursus apa hinggalah ke soal famili. Dan akhir sekali menyentuh isu sensitif - BF? "Travel alone? Where is your boyfriend?" Aku dengan cepat menghadiahkan senyuman yang indah kepadanya (konon...). "Is he waiting for you there?" Senyum lagi. Tidak menyangkalkan apa-apa telahan yang telah dibuat. Bro Cina itu bersandar kembali (letih agaknya tengok aku dok senyum). Tapi belum sampai 2 minit, dia duduk tegak kembali bertanyakan aku soalan yang sama lagi. Mungkin tidak puas hati gamaknya. Kali ini aku tersenyum dan menggeleng. Hahaha... Mungkin telah berpuas hati dengan jawapan aku, dia bersandar kembali. =)

Alhamdulillah. Cuaca indah sepanjang penerbangan. 2.35 petang aku telah selamat sampai di Kota Kinabalu. Ayah telah menunggu aku di airport. Lepas ambil bagasi terus keluar. Agak lewat tiba di rumah. Dari KK ke rumah aku sepatutnya mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Tapi disebabkan Ayah menuju ke Sipitang maka perjalanan menjadi semakin lama. Hampir 7.30 baru selamat sampai di muka pintu rumah. Seharian perjalanan! Semalam aku keluar rumah hari dah gelap, hari ini sampai rumah pun hari dah gelap. Syukur, sampai juga di rumah. =)


** Ada hikmah rupanya aku tak dapat tukar masa tiket aku. Aku dah beli tiket 25hb jam 11 malam, ingatkan nak tukar ke jam 10 malam tapi dah penuh. Redha. Rupa-rupanya... Ehemmm... Dekat saja... =)


Sayang sokmo,

Thursday, November 26, 2009

I'm Happy Because I'm Home!!! (^_^)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

I'm home!!!
Yeayyy!!!
Really happy to be in home!!!
Happy Eids to all Muslims!!!
Happy holiday too!!!
=)

** I have a story to tell. A lot. It is all about my journey back to hometown. Wait ok? Wait for my new entry k... Hehehe...


Sayang sokmo,

Tuesday, November 24, 2009

Salam

Testing from Yahoo Mail! =)

Monday, November 23, 2009

Alhamdulillah... Viva Mid FYP =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Sekali lagi suatu nikmat dapat kurasai. Nikmat kebebasan setelah Viva Mid FYP. Syukur. Aku tengok kembali video yang dirakamkan oleh Nad sebentar tadi. Ada banyak kelemahan presentation yang perlu aku perbaiki. Walaupun English aku kurang bagus tapi sekurang-kurangnya aku telah mulai yakin diri untuk bertutur dalam bahasa itu. Ini semua berkat join RPA. Tak rugi. At least ada something yang aku belajar dari program yang telah aku sertai walaupun dapat kritikan 'hebat' daripada orang-orang tertentu. Biarlah. Asalkan aku bahagia. Ada aku kisah...?!

Lagi, banyak "aaa..." "aaa..." "aaa..." yang perlu aku baiki. Aku yakin aku boleh bertutur dengan baik tapi kadangkala ke'nervous'an itu melangkaui segalanya. Untuk elakkan aku kelihatan nervous yang teramat, aku memegang kertas kecil dan sebatang pen tadi. Itu habit aku. Lagi satu yang perlu diperbaiki adalah postur badan. Agaknya aku ini tak boleh berdiri diam agaknya. Banyak sangat pergerakan bila aku tengok kembali video tadi. Apa-apa pun, aku sangat puas hati. Tak kisahlah Prof Naga 'tembak' aku masa slide pertama lagi, yang penting aku jawab semua soalan dan puaskan hati mereka. Alhamdulillah. Semoga markah juga cemerlang. =)

Panel aku : Prof. Naga & Mr. Nasrul

Muka cuak masing-masing sebelum Viva tadi telah bertukar sepenuhnya menjadi muka paling ceria dan penuh kelegaan.

Sahabat-sahabat mulai beransur pulang. Aku masih setia menanti di Wang Ulu. Ada sedikit kesalan menular di hati kerana menukar tarikh Flight hari itu. Hal dah lepas, usah dikenang. Buat sakit hati. Bak kata Mira :" Nabi tak suka umatnya menyesal". Hehehe... Yang penting, aku dah lepas seksaan Viva Mid FYP!!! Terima kasih buat En. Nasrul & Prof. Naga. Even banyak sangat soalan, tapi at least aku tak kantoi masa menjawab. Tiada soalan yang susah tahap dewa. Alhamdulillah. Dan terima kasih juga khas buat Supervisor aku - Papa Jambu yang terpaksa sabar dengan aku yang pemalas ini selama 1 semester. Jangan lupa, ada lagi satu semester perlu bertahan. ;-) Nasiblah labu...


Sayang sokmo,

Mid FYP Viva & Selamat Hari Raya Iduladha =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

23 NOVEMBER 2009

Tarikh paling keramat buat aku bagi semester 7. Dan mungkin juga sahabat-sahabatku yang lain. Semoga berjaya sahabat-sahabat. Aku dalam stage ke'cuak'an sekarang ini. Semoga segalanya berjalan lancar.

Tinggal 3 hari sahaja lagi untuk menyambut Aidiladha. Seronok! Aku bakal pulang berhari raya dengan ibu & ayah serta adik-adik. (Tak lupa juga kucing.) Malam 25hb aku akan gerak balik KL. Sesampai saja di Pudu pagi 26hb, aku terus ambil bus ke KLIA dan flight aku pukul 12 tengahari. Tolong doakan kelancaran perjalanan aku ye. =)

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDULADHA buat seluruh makhluk Allah yang mengenali diri ini. Dengan tulus dari hati ini, ingin memohon ampun dan maaf jika ada kata atau perbuatan samada sedar atau tidak telah melukai hati mana-mana pihak. Aku mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafanku. Maafkan aku! Selamat bercuti sahabat-sahabat. Semoga selamat semuanya. =)


Sayang sokmo,

Sunday, November 22, 2009

Happy Belated Birthday Amir & Amirah! Happy Becoming Birthday Nadhirah! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Date : 22 November 2009
Venue : KFC beside Muamalat Bank

Welcome to the Club of 22nd this year! ;-)

Mira & Nad
Lihat pada cara mereka pegang pisau potong kek.
Macam reherseal pengantin potong kek pula.

Anda pernah tonton iklan Potong P1W1 Max?
Potong... Potong... Potong...

Licin.
2 bucket ayam.
Gergasi-gergasi yang makan.

Tamat sudah Semester 7. Tinggal 1 semester sahaja lagi untuk bersuka-ria menikmati zaman degree. Dan ini acara penutup kami untuk semester 7. Berkumpul bersama makan KFC & sambut Birthday sahabat-sahabat. Walaupun pada awalnya terasa feeling tidak seperti masa-masa lalu, namun Alhamdulillah...

Dalam perjalanan pulang, Amir bertanyakan azam semester depan @ semester terakhir. Masing-masing menyuarakan azam terpendam masing-masing. Dan mungkin ini juga kali terakhir kami akan berkongsi cerita azam semester baru. Mungkin! Cepat bukan masa berlalu?! Lagi lebih kurang 4 bulan saja kita akan ke haluan masing-masing. Ok, stop! Tak nak cerita perpisahan bakal terjadi ini terlalu awal. Kasi feeling banyak-banyak dulu, baru masyuk nak cerita nanti...! =)


Sayang sokmo,

Thursday, November 19, 2009

Kisah Aku & 'Binatang' Itu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Maaf...
Aku terpaksa...
Terpaksa...
Aku terpaksa buat pengakuan berani mati di sini.

AKU TAKUT TIKUS!!!


Dan kini aku telah duduk di depan laptop menghilangkan saki baki kegementaran aku tadi. Ceritanya begini. Aku dah terlena tadi. Dah sedap pun berselubung dengan selimut. Kedengaran bunyi kecil barang jatuh dari atas meja yang terletak periuk nasi dan stok mi ruski aku tatkala aku masih lagi dalam stage tidur-tidur ayam. Tapi aku abaikan sahaja. Tiba-tiba kedengaran lagi. Tak boleh jadi. Aku buka mata. Dalam kesamaran lampu yang ada, aku nampak benda kecil bergerak. Hatiku dah cuak. Terus aku bangun buka lampu dan ambil 'pedang' di dapur.

Aku selak-selak beg di kerusi sebab tadi aku nampak benda bergerak itu lompat atas kerusi yang berhampiran. Angkat tudung, tiada. Angkat beg pertama, tiada. Mula nak selak beg yang kedua, binatang itu terus lompat menyelinap lari masuk bilik. Aku yang terkezut gorilla masa itu, terus saja menjerit. Kuat beb! Dahlah tengah-tengah malam buta, nanti ada pula yang ingatkan histeria. Binatang tadi lari masuk bilik aku pula tu. Memang menguji kesabaran sungguh. Macam tahu-tahu sahaja aku takut dengan dia. Hishhh...

Aku masuk dalam bilik dengan teragak-agak. Sekali binatang itu berdecit lari lintang pukang. Aku pun terperanjat sekali lagi (berapa banyak kali terperanjat daaa...). Binatang itu berselindung di sebalik pintu bilik aku. Aku jengahkan kepala dari jauh sambil berdiri di atas kerusi sebagai persediaan awal kalau tikus itu lari lintang pukang lagi. Tengah memikirkan apa yang perlu dibuat untuk keluarkannya dari bilik ini. Aku beranikan diri selak pintu perlahan-lahan. Binatang itu lari, menyorok pula di tepi almari. Arghhhh... Kalaulah aku mempunyai keberanian tahap dewa waktu itu, ingin sahaja aku penyek-penyekkan sahaja binatang itu. Geram!

Aku agahkan 'pedang' ke tepi almari. Sebenarnya aku tak tahu pun binatang itu menyorok sebelah mana. Aku berharap di belakang almari sebab hati jahat aku masa itu suruh tolak sahaja alamari itu rapat ke dinding, biar terhimpit saja binatang itu. Tapi sebelum sempat aku meneruskan niat jahat tersebut, binatang itu lari keluar. Macam tahu-tahu saja rancangan pembunuhan yang telah aku aturkan untuk dia. Sekali lagi aku terlompat kegelian tapi kali ini tiada diiringi dengan suara lagi. Binatang tadi laju sahaja lari masuk ke bilik pertama.

Aku tengah mempertimbangkan samada aku perlu teruskan usaha menghalau atau tidak memandangkan binatang itu telah masuk ke dalam bilik pertama iaitu bilik kosong dalam rumah aku. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menutup sahaja pintu bilik itu. Aku cari kertas dan sumbat di bawah celah pintu. Aku nak tunggu esok dengan kehadiran sahabat-sahabat yang baik hati untuk mengeluarkan binatang itu. Aku tak terdaya lagi. Sungguh. Jantungku telah hampir jatuh ke hujung jari kaki tadi, nasib sempat selamatkan. Hehehe...

Fuhhh... Lega. Aku dah kurung binatang itu. Padan muka. Siapa suruh takutkan aku malam-malam buta macam ini. Nasiblah labu... Memalukan sungguh. Bulan ini sahaja dah 2 kali aku dimalukan oleh binatang ini. Drop my water face sungguh. Sila baca entri ini. Pengalaman pertama yang meng'kantoi'kan aku ini sebenarnya takut tikus. Ok, perlu sambung agenda yang tertangguh tadi sebab nak bangun awal nak meng'edit' sedikit slide FYP.

Hati tikus = penakut
Aku tak mahu ada kaitan langsung dengan binatang ini lagi...!!!
Arghhh...!!!


Sayang sokmo,


Tuesday, November 17, 2009

Kisah (I), (II), (III), (IV) & (V) =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Kisah (I)

All the best...!!! Semoga dipermudahkan untuk menjawab soalan dan diberi ketenangan sepanjang peperiksaan. Dan semoga cemerlang dengan mengaut semua A dalam SPM. =) We pray for you k! Ini adik aku yang ke-3 - Fadhli. Gambar ini masa atas feri balik dari Labuan yang ter'amat'lah lama. Kematu duduk atas feri sementara nak tunggu sampai sana. 2 jam beb!

Kisah (II)

Yeayyy...!!! Tiket balik rumah dah dapat. Seronoknya...!!! =) Aku bangun pagi tadi dengan semangat yang berkobar-kobar untuk beli tiket balik KL sahaja sebenarnya, tiba-tiba Ayah call cakap tiket balik Sabah dah dapat dan suruh aku tunggu faks. Double semangat aku pagi ini. =) Excited sangat pagi tadi sampai nak lintas jalan depan stesen bas pun terlupa nak tengok kanan. Mata aku dok meng'usha' kereta sebelah kiri jalan sahaja. Aku terlupa yang kanan pun ada jalan. Hahaha... Sengal tak. Serius. Dah ditakdirkan Allah nak selamatkan aku. Tayar motor tadi betul-betul hujung kaki aku. Aku pun agak terkezut juga. Apek tu siap 'hoi' kat aku. Aku tergamam juga. Tapi sempat sengih-sengih sambil minta maaf. Serius. Bukan aku sengaja. Aku terlupa sangat. Mungkin juga terover excited. Isk3x... Alhamdulillah selamat. Kalau tak, 'selamat' dah aku.

Kisah (III)

Ke'poyos'an. Aku pergi study jurnal FYP di bilik diskusi perpustakaan tadi (alang-alang dah datang Kangar beli tiket pagi ini) . Duduk solo di ceruk sudut bilik itu membuatkan aku rasa kesepian. Hahaha... Selalunya bilik itu sangat meriah dengan suara manusia-manusia. Tapi hari ini macam hari berkabung di sana. Sepi. Mungkin ramai yang dah habis exam dan pulang ke kampung. Maka populasi manusia dalam bilik itu semakin berkurang (boleh ke kalau aku nak 'relate'kan situasi ini dengan 'carrying capacity' eh...?!) Huhuhu... Cepat sungguh masa berlalu.

Kisah (IV)

Cantik bukan...?! Padi-padi di Perlis tengah menghijau sekarang ini. Sangat cantik permandangannya. Terutama sekali di kawasan sawah berdekatan Wang Ulu dan Taman Aman. Tak lama lagi musim menuai. =) Aku ambil gambar ini dari dalam bus Shuttle ketika perjalanan pulang ke Wang Ulu tengahari tadi.

Kisah (V)

Air sungai di Kangar naik tinggi. Sungai di Bintong juga begitu. Sama juga dengan sungai di Taman Aman. Ringkas kata, paras air di semua sungai seluruh negeri Perlis naik tinggi memandangkan setiap hari hujan agak lebat pada sebelah petang. Maka, kawan-kawan hati-hati. Jangan mandi sungai ye. Bahaya sekarang ini. 2-3 hari lepas ada kes budak perempuan mati lemas hanyut sampai ke Sungai Santan. Al-Fatihah buat arwah. =(


Sayang sokmo,

Monday, November 16, 2009

Sheikh Ahmad & aZu =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku baru lepas merayau-rayau di blog sahabat-sahabat. Tiba-tiba aku terhenti lama di blog sahabat lama aku di Sheikh Ahmad dulu - Shekyn. Dalam entri terbarunya, shekyn gelar aku "azu"?! Kih3x... Nak tergelak sebenarnya. Dah tergelak pun. Hahaha... Bukannya apa, macam tak percaya pula.

Sahabat yang start panggil aku "azu" adalah sejak aku naik Form 4 di Sains Miri. Pertama kali memperkenalkan diri, aku meminta sahabat-sahabat baru memanggil nama penuhku. Aku dah terbiasa selama 3 tahun. Tapi sahabat baru tidak puas hati, mereka meminta juga aku sebut nama yang lebih ringkas. Aku senyap. Almaklumlah pelajar baru, masih segan (Konon...). Tiba-tiba ada suara yang mencadangkan nama "azu". Menurut kisah daripada sahabat baruku, sebelum aku masuk sekolah itu ada seorang pelajar Semenanjung juga yang mereka panggil "azu". So, dari situlah terlekatnya nama "azu" itu pada aku. Dan seterusnya, nama itu terus kekal sampailah sekarang. =)

Whatever laaa... Panggil je sesuka hati kome... As long as kome tak panggil mika dengan nama "ZURA", aku dah memadai. Aku x gemar. Kalau famili aku, dimaafkan. Hehehe...

~NaZuRaH~


Sayang sokmo,


Sunday, November 15, 2009

Sepagi Bercanda di Tepi Pantai Kuala Perlis =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Tempat : Tepi pantai Kuala Perlis
Tarikh : 15 November 2009
Matlamat : Korek siput (Tak tercapai.) & beli belacan (Tercapai!)

Seawal pagi aku telah bangun dengan bantuan 'miscalled' daripada Mar. Bergegas siap dan mengemas. Pagi ini ada plan 'baik punya'. Sebelum 8 pagi dah gerak keluar. Semangat berkobar-kobar untuk meneruskan misi penting. Namun siapa sangka, pasukan mengorek siput telah kelihatan dari jauh tetapi jalan 'kebenaran' menuju ke arah mereka masih tidak dijumpai. Puas sudah kami meneroka masuk beberapa jalan kecil. Walaupun terdapat kediaman di situ, namun sangat sunyi. Sungguh! Sangat menyeramkan walau hari telah terang benderang. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk memandang mereka dari kejauhan dengan doa semoga lain kali mungkin kami berpeluang 'join' pasukan mereka walau sekali pun jadilah. Pengalaman baru katakan.

Tengok! Betapa banyak siput yang 'syahid' di tepi pantai.
'Mereka' berjuang menentang arus ombak yang menggila.

Sebuah kehidupan
Aku kagum!

Masa awal-awal sampai, air masih jauh ketengah.
Lautan ikan belacak tengah main sorok-sorok di sebalik lumpur.

Sejam kemudian, air dah pasang.
Sekejap sahaja cecah mencium hujung jari kakiku.


Pasangan ikan belacak yang tengah berbulan madu.
Bersantai atas ranting kayu merenung ombak yang kian menghampiri pantai sambil merencana masa hadapan.

Nasib air pantai ini kotor.
Kalau tidak, dah lama aku terjah masuk.

Setelah penat bercanda di tepi pantai, tiba pula waktu yang ditunggu-tunggu - MAKAN!!! Di perjalanan pulang, dengan kelajuan 20km/j kami meng'usha' gerai-gerai di tepi jalan. Set! Banyak siput. Sanggup patah balik walaupun dah terlajak gerainya. =) Akhirnya kami memborong 1 kilo kepah dan 1 kilo siput gayam. Mak Cik gerai itu sibuk mem'promote' siput gayam. Katanya sedap. Mari kita rasa! Singgah sebentar di 'Nat' Seriab untuk beli salad, cili, limau dan serai. Dan operasi memasak bermula!

Siput Gayam
Sejenis kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Asaphis
Boleh didapati di Perlis (Malaysia) dan Satun (Thailand)

Salad segar dari 'Nat' Seriab

Kepah

Cencalok
Import dari Melaka

Ngam-ngam habis hujung semester


Licin! 3 perut habiskan makanan dalam sekelip mata. Aku paling 'sedikit' sebab Mar makan bubur - sakit gigi dan Ann makan 'banyak' - diet. Selepas makan, ada kudapan lagi. Chef diterbangkan khas dari B5 untuk cekodok pisang. Terdapat kisah lucu berlaku di sini, antara chef tempatan dan chef 'import'. Untuk mengetahui kisah itu dengan lebih lanjut, sila PM saya. ;-) Kesimpulannya, belilah barangan buatan tempatan. Hehehe... (Jangan marah yee chef 'import'. Gurauan semata-mata.)

Sila perhati dan teliti 'tekstur' dan 'struktur' cekodok pisang di atas
Ada sebarang keraguan...?!
Sila utarakan.

Perbezaan antara 2 darjat
=P



Sayang sokmo,

Saturday, November 14, 2009

Kita yang Semakin Jauh =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt


Makin hari menginjak
Makin sepi antara kita
Mungkinkah ada pemisah di antara kita?!
Aku sentiasa mencari kesalahan sendiri
Menilik jauh akar kepincangan
Tapi aku hanya insan biasa
Senantiasa memandang sesuatu dengan perasaan
Membatasi segalanya dengan hati
Aku lelah...
Sungguh!
Seolah hanya aku yang sedang berusaha mendekatkan kita

Katamu...
'Saya sayang awak'

Kataku...
'Pimpinlah aku bersama menempuh jalan yang sedang kau terokai'

Katamu...
'Kalau tak cari, tak dapat'

Diam sejenak

Sepi

Sunyi


Sahabat...
Niatmu murni...
Sungguh murni!
Menyusur mendekati sang Pencipta

Ahhh, mungkin jua daku yang terlalu beremosi
Mendamba dikau kembali seperti suatu tika dahulu

Sahabat...
Maafkan daku...


Sayang sokmo,

Lagu Tema Semeser 7 =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Kenangan. Hanya ini yang mampu diungkapkan kini. Khas buat sahabat-sahabat yang berjuang bersama sepanjang sebelum, semasa hingga tamat peperiksaaan, yang bersama 'mabuk' kafein, hanya kalian yang mengerti setiap inci di sebalik takbir lagu ini. Semoga ini akan menjadi kenangan kita bersama. =)

Setiap kali mengulangkaji subjek, kami akan cuba mencari 1 lagu tema bagi setiap subjek. Mulanya, lagu ini dinyanyikan aku tika frust namun secara tidak langsung, ianya terus menjadi lagu tema subjek Modeling. Bagi subjek Imaging, aku tak pasti tajuk lagu itu. Tapi, last sekali hanya lagu ini yang meniti di bibir sehingga habis peperiksaan. Kenangan Semester 7! =)

Aku Cinta Kau dan Dia

Hancur hatiku, mengenang dikau
Menjadi keping-keping, setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang,
yang pernah singgah, antara kita
Masihkah ada, sayang itu

[#:]
Memang salahku, yang tak pernah bisa
Meninggalkan dirinya, ‘tuk bersama kamu
Walau ‘tuk t’rus bersama,
‘kan ada hati, yang ‘kan terluka
Dan ku tahu, kau tak mau

[Reff:]
Sekali lagi maafkanlah,
karena aku, cinta kau dan dia
Maafkanlah, ku tak bisa,
tinggalkan dirinya

Mungkin tak mungkin, ‘tuk terus bersama
Jalani semua cinta, yang t’lah dijalani
Tapi bila itu yang,
kau pikir yang ter-baik untukmu
Bahagiaku, untuk dirimu

[Reff]

[Bridge:]
Simpan sisa-sisa, cerita cinta berdua
Walau tak tersisa, cerita cinta berdua

Still I have, in my eyes
Still I have forever

[#] ~~
[Reff] (x2)

Still love her, in my mind
Still love her forever

Harta benda aku!


Sayang sokmo,

Monday, November 2, 2009

Modeling's Last Touch Up =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Hidangan wajib sewaktu ulangkaji.

Sarapan pagi.
Makan secara jemaah sebelum mula ulangkaji.

Pekat.
Sepaket untuk setengah cawan sahaja. =)


"Selamat malam along"
Wah... Psiko sungguh buat aku. Baru pukul 9.25 malam, adik aku dah hantar sms selamat malam. Aku yang x tahan godaan ini telah melayari bahtera setengah jam kemudiannya. =) 3 jam merehatkan mata dan otak, kini aku kembali menatap nota Modeling. Last revision. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk menjawab paper Modeling.

Seperti biasa, aku akan menempelkan Blog aku dengan kata-kata motivasi yang aku suka. =)

"Esok, pelajarku akan menduduki peperiksaan bagi subjekku, ENT 420 Biological System Modeling. Semoga semuanya dapat menjawab sebaik mungkin. Musim peperiksaan ini selalunya banyak dugaannya. Aku faham. Aku pun masih seorang pelajar. Sabarlah, usaha, doa dan tawakal sajalah. Itu sahaja yang mampu aku katakan.

Betullah kata Prof Wan dalam entri aku yang sebelumnya. Bab exam satu hal. Bab nak menanda skrip jawapan satu hal lagi. Perlukan kesabaran tahap tertinggi. Kadang-kadang tergelak. Kadang-kadang tergeleng kepala. Kadang-kadang termenung. Bahagian mana kita boleh bantu. Itulah aku katakan, Panadol jadi ubat wajib selepas menanda, minyak cap kapak menjadi teman di sisi. Pening. Hmm, mudah-mudahan kali ini mereka akan lebih cemerlang. Insya-Allah...."

Minyak angin Cap Kapak ini special untuk En. Yusof.
Sebagai persediaan menanda kertas kami nanti. ;-)

Sumber : Blog En. Yusof

ALL THE BEST!!!


Sayang sokmo,

Sunday, November 1, 2009

Imaging Day =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Sahabat-sahabatku telah 'syahid' sebentar setelah pulun seharian ini. Mata aku cerah lagi. Seharian untuk Imaging sahaja. Esok 1st paper - Modeling. Semoga dipermudahkan untuk menjawab & dapat keputusan cemerlang. =)

5 cawan kopi dalam masa 2 hari untuk study Imaging. Imagine la macam mana kami mampu menghabiskan sebanyak itu dalam masa yang singkat ini. Se'addict' aku pada kopi sebelum ini pun, tak pernah lagi buat rekod minum sebanyak itu. Ini semua penangan study last minit. Salah sendiri, sendiri mau ingat la. =)

Tengahari tadi Ibu telefon. Kebetulan aku tengah membuta lepas makan tengahari. Ibu tanya, tengah study seorang sahaja ke? Aku pun jawablah, dengan sahabat... Tapi, tika itu sahabat pun bersama-sama 'syahid'. ;-) Ibu tergelak sahaja.

Penangan Imaging hari ini sangat hebat. Masing-masing dok pulun sebaik yang mungkin. Kami tiada masa untuk cover Imaging lagi, sebab lepas paper Modeling hanya tinggal kurang daripada 24 jam untuk sessi menghafal dan mengingati segala-galanya. Sungguh menggerunkan bila terfikirkan hal ini. Maka, aku sepatutnya berhenti menulis setakat ini dahulu. Hehehe... Untuk meneruskan sessi revision yang tergendala sebentar tadi. =)

Buat sahabat seperjuangan, selamat menjawab exam. Semoga kita semua dipermudahkan dan berjaya cemerlang. =)

** Teringat semalam aku ke Pameran Broadband & ICT di Dewan 2020. Seorang Mak Cik bagi nasihat supaya tidak perlu study lagi sebab dah dekat nak exam. Takut nanti tension pula. Hehehe... Hanya boleh tersenyum sahaja dengar nasihat Mak Cik itu.


Sayang sokmo,