Friday, May 28, 2010

Kuyup

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

.K.U.Y.U.P.

Sejam lebih aku kehujanan petang tadi. Lepas Zuhur tadi aku ke Bukit Jalil sebentar, beli tiket balik ke Perlis Isnin ini. Sesak. Naik 3 public transport - bus Rapid, komuter & LRT baru sampai Bukit Jalil. Sempat lensa kamera aku diklik untuk beberapa foto. Aku ter'miss' satu scene yang aku rasa sangat cantik kalau diambil gambar. Gambar LRT yang baru tiba di Stesen Bukit Jalil. Nantilah, pagi Isnin ini aku gerak awal sikit. Kalau sempat boleh tunggu LRT dan gambarnya. =) Mula-mula tadi ingat nak stay saja tunggu next LRT sebab nak ambil gambar tu. Tapi, tiba-tiba terfikir nanti nak balik orang ramai balik kerja terpaksa berebut-rebut. Sekali orang tak ramai daaa... Hari ini kan cuti Wesak. Waduhhh!!! Macam mana aku boleh terlupa ni.?? It's ok la. Sekurang-kurangnya gambar yang sempat klik tadi dah mengubati hati yang tengah lara ini. ;-)


Sejam lebih tersadai di Komuter Serdang tadi buat hati tiba-tiba dipagut sayu. Dalam kehujanan merenung kembali perjalanan diri. Mampu berdiri teguh sehingga hari ini, sangat bersyukur. Masih larat untuk menapak mengharungi hari-hari, kupanjatkan syukur. Hiba tatkala cuba membandingkan diri dengan insan lain. Tiba -tiba terasa diri keseorangan dan sangat kerdil di muka bumi ini. Cepat-cepat kembali daripada pemikiran itu. Bersyukurlah. Sekurang-kurangnya aku masih ada orang yang boleh disayangi. Itu sudah memadai bukan?! Jauh lebih baik nasibnya daripada mereka yang tak punyai siapa-siapa lagi. Ok, stop. Mata dah berair, masuk habuk (Cover baik punye...=P).

Tatkala aku kuyup disimbah air dari langit, sayu menular. Entah, cuba untuk dibendung perasaan itu namun aku tak mampu. Mula berfikiran, sampai kapankah semuanya bakal berakhir?...



Sayang sokmo,

2 comments:

saya Su Natasha said...

semart laa gmbr awak yg byk2 skaligus tu.. hehe.. college style.. ajarkan sy leh? =)

.:aZu:. said...

thanks su...=) xda hal la...gua pun guna photoscape bt gmbr tu...