Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
"Ibu ayah boleh menjaga banyak orang anak, namun belum tentu seorang anak pun boleh jaga ibu ayah."
Tepat kan kata-kata di atas itu. Dulu-dulu masa kecil ibu selalu ingatkan aku tentang ini. Tapi apa aku faham masa dulu, sekadar dengar dan angguk saja. Hari bertambah hari, umur pun semakin meningkat, belajar daripada pengalaman orang dijadikan panduan buat diri sendiri.
Manusia ini hipokrit. Pentingkan diri. Termasuklah aku. Sangat tipulah pada aku jika seseorang itu mengaku dia tak pernah hipokrit dan pentingkan diri. Manusia mana ada yang sempurna bukan?! Mengaku je la yop oiii...

Gambar hiasan
Sumber: Google image
Bila usia semakin lanjut, badan juga dimamah usia, kesihatan diri merosot. Anak-anak, sedarlah tanggungjawabmu terhadap kedua orang tuamu. Insan yang membesar dan mengasuhmu sejak kamu dilahirkan. Bukan mereka pinta, bukan mereka tagih, balasan daripadamu. Tapi tegarkah kamu mengabaikan mereka tika sakit menjelma, tika lenguh tak berubat?!
Anak-anak, jangan keluh kesah. Berkira antara satu sama lain. Berpakatlah. Tak susah. Bekerjasama demi orang tuamu, bukan untuk orang lain pun. Ingatlah, suatu hari nanti kamu jua akan tua dan mungkin sakit seperti mereka. Jika ini yang kamu beri pada hari ni, insyaAllah ini juga yang akan kamu terima di hari tuamu. Tak dinafikan jaga orang sakit ini memang bukan perkara yang senang, namun ini bukanlah alasan untuk kau melepaskan diri.
Lelah itu mungkin boleh bawa kepada keluhan. Nauzubillah. Mohon dijauhkan, ikhlaskan hati dalam segala urusan. Beringat yang hari kita jua akan tiba. Nasib kita belum tentu. Peringatan buat semua, khusus buat diri sendiri.
** Tadi waktu aku google gambar untuk masukkan dalam entri ini, aku terbaca antara entri yang bagus berkaitan ibu bapa. Di sini aku kongsikan untuk bacaan dan amalan kita bersama. Semoga bermanfaat. Sila klik: Hafizatul Qiram
Sayang sokmo,



2 comments:
herm...n3 awk bgus..troskan..
saia da follow awk ye...hehe...sudi la follow saia balik =)
thanks kodox! :)
Post a Comment