Wednesday, July 14, 2010

Amaran! Dilarang Soal!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Tak cari kerja ke?"
"Dah dapat kerja ke?"
"Kerja di mana sekarang?"
"Tak minta mana-mana ke?"
"Dapat biasiswa apa?"
"Mohon biasiswa apa?"

Ok, soalan-soalan di atas dan seangkatan dengannya adalah sangat annoying buat masa ini. Sila jangan soal berkali-kali mahupun sekali dengan aku. Meluat nak jawab. Dan menyampah. Aku faham kamu semua sangat prihatin dan sangat mengambil berat, namun soalan-soalan tersebut buat aku stress buat masa ini. Ada banyak masalah lain yang perlu aku uruskan. Dan aku harap aku tak akan stress. Hahaha... Poyo! Sungguh! Sila jangan soal ok. Aku lebih sayang kamu semua kalau tak menyoal buat masa ini. Lain masa baru soal ok. Bukan sekarang. (^^,)


Sayang sokmo,

No comments: