Wednesday, October 29, 2008

Tok Sin & Tok Leha yg Kusayang =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Alng tuk sin msk hosp serdang,kurang gula&gout"

Ya Allah... Betapa cuak & risaunya hatiku tatkala dapat sms ini daripada ibu. Terus aku call ibu utk mengetahui perkembangan Tok Sin. Alhamdulillah Tok Sin tiada apa-apa, tapi masih ditahan wad. Sedihnya aku. Rasa nak terbang balik Serdang sekarang juga. Tok Leha dah terlantar nak dekat 2 tahun, Tok Sin tiba-tiba ditahan wad. Dugaan... Dugaan... Dugaan...

Aku rapat dengan Tok Leha & Tok Sin. Dulu, aku duduk dengan Atok. Masa ibu & ayah dah pindah Sibu, aku stay dengan Atok. Ingat lagi time bacaan Yaasin untuk PMR, aku dah tahu tiada siapa yang akan datang sebab ibu ayah aku dah jauh. Nak harapkan bapa atau mak saudara, masing-masing sibuk dengan keluarga. Aku pun x kisah sebab aku dah mula memahami. Tapi, alhamdulillah... Tok Sin dengan tenaga yang ada, sanggup datang ke Seremban untuk majlis itu bersama Pak Long & Mak Long. Aku agak terharu dengan kehadiran mereka. Kalau tidak, malam itu sebenarnya aku seorang sahaja tiada family yang hadir bersama.

Tok Leha dah terlantar di rumah. Sedih. Dah hampir setengah tahun Tok Leha bergantung pada susu yang disalurkan terus dari hidung ke perut. X mampu bercakap, hanya memandang & bahasa isyarat yang menghubungkan kami. Sayu hatiku. Kalau dulu aku mampu merasai kehangatan pelukan Tok Leha tatkala pulang ke Serdang, namun kini hanya aku yang peluk & cium tanpa balasan. Sedihnya. Air mata menitis lagi. Dahulu, setiap aku balik dari asrama Tok Leha akan masakkan lauk-lauk favouriteku. Masak lemak tempoyak ikan patin, gulai cili api siput sedut, masak lada telur & macam-macam lagi. Kari Tok Leha yang paling x boleh tahan. Meleleh air liur beb! Boleh sampai menjilat periuk tau. Sekarang hanya kenangan.

Sakit itu boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. Aku ingat kata-kata ustazah ketika form 5 dulu. Semoga dugaan yang menimpa Tok Leha & Tok Sin ada hikmah di sebaliknya. Semoga diampunkan segala dosa-dosa. Dan aku amat berharap semoga Tok Leha & Tok Sin akan cepat sembuh. Aku yakin 1 hari nanti senyuman akan kembali menyinari. Sayang Atok!!! ("*(",)


Sayang sokmo,

2 comments:

'suNatasha.M' said...

Assalamualaikum kawan kecik ku =)

Tadi, semasa nak gi ambil ubat, ayah saya pesan..
"Kak, bila Allah timpakn lagi sakit ni, sebab pada sakit itu rahmat dan pada sihat itu nikmat"

"Apa bezanya Ayah..?"

"Sihat itu mengajar kita bersyukur, sakit menghapus dosa-dosa kita"

Saya doakan Tok Sin dan Tok Leha awak semoga cepat sembuh InsyaAllah.

Kita sama-sama berdoa dan bersabar.

.:aZu:. said...

betul...betul...betul...

segala dugaan yg DIA aturkan buat kita adalah bersesuaian dgn kemampuan kita...

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...

=)