Friday, October 24, 2008

Kabel?!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Kali ini aku ingin berkongsi sedikit berkenaan dengan kabel. Ini tiada kena mengena dengan kabel elektrik, kabel telefon, kabel internet atau mana-mana kabel yg sewaktu dengannya. Hihi... Ini berkaitan dengan 'kabel' atau lebih dikenali secara komersial dengan nama 'orang dalam'.

Secara personal, aku tidak suka 'kabel' kerana pada pandangan aku selagi aku mampu menggunakan kudrat yg ada, yg telah diberikan kepada aku, aku akan menggunakan sebaiknya. Bagiku, kepuasan berusaha untuk mendapatkan sesuatu atas usaha sendiri sangat memuaskan hati aku. Dengan cara ini, aku mengetahui yang diri aku diterima adalah kerana aku adalah aku. Bukan disebabkan pengaruh-pengaruh luar.

Aku akui pada zaman sekarang, kalau tiada 'kabel' yang kukuh, kita agak sesak. Namun bagiku, itu bukanlah alasan utama untuk kita terus bergantung harap pada 'kabel'. Pernahkah kita terfikir tatkala kita menggunakan keistimewaan 'kabel' yang kita ada akan merencat dan menyekat rezeki orang lain yang lebih layak dan sepatutnya mendapat hak itu. Tidakkah kita ini zalim?!

Sekadar secebis pandangan daripada diriku yang serba kekurangan ini. Bukan bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa namun inilah hakikat hidup. Mahu atau tidak ianya telah menjadi rencah kehidupan. Aku berdoa semoga diperteguhkan hatiku dan pendirianku serta permudahkanlah segalanya. Sesungguhnya aku jua manusia biasa yang byk kelemahan.


Sayang sokmo,

No comments: