Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
Letih... Penat... Capek... Lei... Tired... Wah3x... Semua bahasa yg aku tahu dah digunakan untuk men'describe'kan keadaan aku sekarang ini. Baru sahaja sampai di bilik sejak keluar awal pagi tadi. Awal-awal pagi dah keluar menghadiri Bengkel Kepimpinan Latihan Industri. Lepas Bengkel petang tadi, terus ke MaiCafe untuk sambut birthday Amir & Mira.
Bengkel hari ke-2 sangat menarik berbanding daripada hari semalam. Perkongsian yang disampaikan oleh wakil dari MCIS Zurich sangat meng'impress'kan aku. Pasal duit kan. Siapa yg x suka. Aku lagi la. Bertambah semangat. Seriously, aku kagum dengan kegigihan dan keberanian En. Yusdi menceburi alam insuran ini. Daripada background seorang engineer, beliau mampu menjadi antara golongan muda yang bergelar jutawan dengan menceburi bidang perunding kewangan. Suatu bidang yang jauh menyimpang daripada apa yang dipelajarinya. Dan aku juga kagum dengan penyakit kronik yang dihadapinya, senyuman dan tawa x pernah lekang di wajahnya. Dengan perwatakan & gaya yang beliau bawakan memang tiada siapa pun yang akan sangka bahawa kedua-dua buah pinggang telah kehilangan fungsi. Semoga pembedahan pemindahan buah pinggang yang bakal dijalankan akan berjalan lancar dan semoga beliau cepat sembuh.
Lepas bengkel, geng study group bergerak ke MaiCafe untuk birthday celebration. Belated birthday untuk Amir & becoming birthday untuk Mira. Hehehe... Aku order black pepper chicken & ice lemon tea. Boleh tahan tapi aku lagi suka western food di Repoh Kopitiam. Actually kitaorang buat surprise birthday buat Mira. Sebab Mira ingatkan just nak celebrate birthday Amir malam ni.

Lepas makan, singgah solat sebentar di Masjid Putra. 1st time masuk masjid tu. Itu pun dok kat kawasan luar sahaja. (Offline maa... =( ) Bergerak ke Dataran Sheikh Ahmad untuk peleraian sedikit salah faham yang berlaku antara certain member. Aku, Mar, Diana, Nad & Shuib yg x berkenaan, pergi round Dataran. Agak fun. Kami jumpa playground. Seronok. Kebetulan tiada makhluk lain yg main time tu. Kembali ke zaman kanak-kanak. Main gelungsur, panjat-panjat & gayut-gayut. Dah lama meninggalkan aktiviti begini. Sekali sekala dapat main balik, sangat seronok! Berpeluh la jugak. Sampai di bilik lebih kurang pukul 10.40 malam. Mandi & mendobi sikit, terus tidur.
Happy Belated to Amir & Happy Becoming Birthday to Mira

No comments:
Post a Comment