Thursday, October 9, 2008

Yang Hidup & Yang Mati

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Dah lama rasa x meng'update' blog. Banyak yg nak diluahkan sampaikan dah x terluah lagi. Hari ini dah 9 Syawal. Sekejap sahaja masa berlalu pergi. Puasa 6 belum mula lagi. Kwn2x ramai yg dah mula. Minggu lepas Raya ini sangat busy. Berderet lab report, assignment & presentation menanti. Jadual final exam pun dah keluar. Huhu... Aku kekurangan motivasi la sejak balik dari rumah hari itu. Hati & fikiran masih tertinggal kat rumah. Ini yg kena suruh ibu poskan semangat aku ke Perlis balik ini. Hahaha...

Masih terkenang arwah Pak Cik Saad yg telah jauh meninggal kita semua. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang muslim yg soleh. Ajal maut di tangan DIA. Macam baru semalam arwah menyambut aku di airport Kuching. 1st time aku bertemu dgn arwah sewaktu menghadiri temuduga Petronas. Arwah sahabat baik ayah sejak aku belum wujud lagi. Arwah memang seorang yg komited dalam kerja. Mungkin sebab ini juga, ayah & arwah sangat kamceng dari dulu hingga ke saat akhir nafas arwah. Aku sempat ziarah arwah ptg sekembalinya aku dari Serdang. Time itu arwah dah nazak. Simpati aku tengok anak arwah yg bongsu. Duduk mengaji di kepala ayahnya. Betapa anak ini menghadapi dugaan yg besar dikala umur yg masih muda. Baru berusia 12 tahun telah kehilangan bapa yg selalunya memanjakan dirinya. Sedih rasa hati. Tapi inilah ketentuan yg telah dibuat oleh-Nya. Aku membisikkan kepada anak bongsu arwah agar menyebutkan kalimah 'tiada Tuhan melainkan Allah' ke telinga arwah sebagai peringatan untuk arwah. Kerana setahu aku, waktu nazak ini syaitan2x akan menghasut anak Adam untuk mengikuti mereka. Just sebagai peringatan kita bersama. Ajal arwah telah ditentukan untuk kembali menghadap Penciptanya pada 4 Syawal 1429 @ 3 Oktober 08 jam 9.40 malam. Semoga arwah tenang berada di sana. Al-Fatihah...


Sayang sokmo,

No comments: