Tuesday, January 20, 2009

Berhijrah Lagi!!! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Famili aku berhijrah lagi. Kali ini ke Kuala Penyu pula. Dah seminggu lebih pindah sana. Tinggal aku & Angah je kat Semenanjung ini. X sabar nak pergi sana. Walaupun ibu cakap tempatnya tidak semaju & secantik Sibu. Tapi, Kuala Penyu Sabah dah dekat dengan Pulau Tiga & Labuan. =) Aku suka!!! Boleh pergi jalan-jalan. Yahoo!!!

Alhamdulillah... Semua negeri di Malaysia telah aku jejak kecuali Sabah. Dengan perpindahan ini, maka akan lengkaplah koleksi lawatan negeri-negeri di Malaysia aku ini! Berpindah & berjauhan bukan lagi perkara asing dalam hidup aku. Dari Form 1 lagi aku dah biasa berjauhan. Famili aku di Air Hitam, aku di Seremban. Tinggal lagi 5 bulan aku nak PMR, famili aku pindah ke Sibu pula. Tinggal aku sebatang kara kat Semenanjung (Hehehe... Tipu je nih. Aku still ada Atok di Serdang = P. X la sebatang kara sgt...)

Kenangan berjauhan yang x pernah aku lupakan, bila aku sambut Hari Raya Aidilfitri tanpa ibu ayah & adik-adik. Masa itu akhir tahun Form 3. Famili kat Sibu x da bajet nak balik Raya. Aku lak kena tunggu result PMR keluar baru boleh pergi Sibu. Aku raya bersama Atok & famili saudara yang lain. Mula-mula, keraskan hati cakap kat diri sendiri jangan menanngis. Tapi, bila tengok famili saudara masing-masing ada ibu ayah semua, aku jadi sebak. Merah gak la mata pagi Raya itu. Hehehe...

Bila aku fly ke Sibu, aku ada problem untuk pertukaran sekolah. Sebulan lebih juga la aku tersadai kat rumah x dapat sekolah. Alhamdulillah, murah rezeki aku dapat tawaran ke Sek Men Sains Miri. Sekali lagi berjauhan dengan famili. Jarak dari Sibu ke Miri 600++ KM kalau aku x silap. Perjalanan dengan bas ambil masa 8 jam. Lebih kurang dari Perlis ke Negeri Sembilan.

2 tahun di Miri. Selepas itu, aku sempat menjalani Latihan Khidmat Negara di Kem Junaco Park Sibu. Kenangan yang amat indah sepanjang latihan itu. Selepas itu, aku dapat tawaran ke Matrikulasi Kedah di Changlun. Nun jauh di Utara. Ayah hantar aku untuk hari pendaftaran. Masa itu beg boleh tahan sikit lagi. Time habis Matrikulasi, aku kena balik sendiri. Bertimbun-timbun beg & kotak. Itu pun setelah ditapis & dibuang separuh note & tutorial aku. Terkedek-kedek aku seret naik bus semua barang. Sampai di Pudu, Pak Long datang ambil aku.

Selesai setahun Matrikulasi, aku dapat tawaran sambung Degree di Universiti Malaysia Perlis pula. Opss... Masa itu Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM). 1st day daftar, aku x ditemani sesiapa. Solo maa... Datang Perlis pun tumpang Mak Mak Su yang nak hantar Ima ke UUM. Alang-alang sekali jalan katanya. Kalau ikutkan aku, naik bus je pun boleh. Malas nak susahkan orang lain. Tapi, dah semua dok suruh aku ikut sekali, aku pun on je.

15 hari aku di Perlis, famili aku di Sibu telah pindah balik ke Perak. So, sempatlah aku hidup sebentar di Perak. Tapi, x lama. 2 tahun 5 bulan sahaja famili aku di sana. Aku pula baru beberapa kali balik saja. Almaklumlah, cuti sem bukannya lama sangat.

Sebulan sebelum famili aku pindah ke Sabah, aku dah tinggal di Cheras untuk latihan industri di PPUKM. Waduh3x... Memang membawa diri betul la aku ni. So, untuk saat dan masa ini, aku berada di Cheras.

Soalan yang aku x suka bila orang soal kat aku : asal mana? orang mana? Kebiasaannya, jawapan yang diberikan mestilah tempat rumah kita kan. Aku ni serba salah untuk jawab. Kalau macam sekarang, kalau aku cakap rumah kat Sabah. Mesti orang akan tanya balik. Orang Sabah ke? Tensi aku. So, jawapan paling selamat, saya lahir di Kajang Selangor. Hahaha... Walaupun agak menyimpang sedikit jawapan daripada soalan yang ditanya, at least fakta ini tidak akan pernah berubah sampai bila-bila. =)


Sayang sokmo,

No comments: