Friday, November 7, 2008

Pemergian Lagi... Salam Takziah Buat Gorry... =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Yang pergi tetap pergi, yang masih ada teruskan perjuangan. Salam takziah buat sahabatku, Sahrizan yang telah kehilangan bapanya pagi semalam. Aku turut berasa sedih atas kehilangan itu. Semoga diberi keteguhan hati dan iman untuk bertahan. Dan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang mukmin yang soleh dan taqwa. Amiin...

Benar kata Kamalia, sekali berita kematian, akan ada berita kematian lagi seterusnya menyusul pada waktu terdekat. Ya, Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui segala sesuatu. Bulan lepas sahaja, kehilangan arwah Pak Cik Saad, sahabat baik ayahku dan arwah isteri Dr. Badlishah. Awal bulan ini pula, pemergian arwah Prof. Nazri, arwah ibu kpd salah seorang student Computer dan arwah bapa Sahrizan. Semoga semua mereka diampunkan dosa dan dicucuri rahmat.

Kembali ke soal kematian, dulu aku pernah berbicara dengan Wawa sewaktu Tingkatan 5. Hanya kami. Kurang lebih seperti luahan hati kiranya. Dulu, hatiku kuat sangat menyatakan bahawa aku akan pergi dengan kemalangan. Memang benar, aku sangat fobia dengan kemalangan. Semenjak peristiwa Tingkatan 4 dahulu. Mungkin pada waktu itu aku membiarkan hanya perasaan yang berbicara walhal aku mengetahui bahawa nyawa ini milik-Nya. Aku bersalah. Tatkala melihat sendiri kematian di hadapan mataku, aku insaf. Tidak lama setelah perbicaraan kami, arwah Tok kpd Wawa pergi. Aku turut pergi bersama Wawa menziarahi arwah. Sedih, berguguran air mata tatkala membaca Yaasin di sebelah arwah. Biarpun aku tidak pernah mengenali arwah namun ikatan saudara Islam mendekatkan kami. Sesungguhnya masa mereka telah tiba, hanya kita yang tinggal sahaja belum tahu kapan akan bertemu dengan-Nya. Wallahualam...


Sayang sokmo,

No comments: