Showing posts with label ~Let's Masak-masak~. Show all posts
Showing posts with label ~Let's Masak-masak~. Show all posts

Friday, July 16, 2010

Resipi 'Kerang Meletup' Daripada Chef Aiman (^^,)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Credit to Mr. Aiman! (^^,) Chef import dari Slim River. Resipi 'kerang meletup' tengahari ini. Tapi aku rasa macam tak meletup pun. Macam sambal kerang biasa saja. Hehehe... Sepatutnya sambal tu lagi kering, tapi entah. Mungkin aku tak pro. Niway, thanks!

Recipe credit to Mr. Aiman!


Sayang sokmo,

Thursday, July 15, 2010

Kari Ikan Kerisi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Percubaan kali pertama masak kari. Hehehe... Agak kelakar. Telefon Ibu bertanyakan cara memasak hari Selasa lepas lagi. Memandangkan tiba-tiba bapa saudara datang membawa kari ikan sembilang yang dah siap dimasak, maka percubaan aku tak menjadi pada hari itu. Hari ini dengan semangat yang berkobar-kobar aku meneruskan misi tergendala.

Aku tahu masak kari sebenarnya sebab dah selalu tengok Ibu masak. Ingat cara-cara tapi disebabkan tak pernah masak sendiri maka boleh dikira tak tahu la. Hehehe... Senang saja. Tumis bawang kecil dan bawang putih. Dah garing sedikit, masukkan bancuhan 3 sudu serbuk kari bersama 1 sudu susu tepung (Baik untuk kesihatan.). Tumiskan sehingga bancuhan tadi agak kering kemudian masuk air asam. Jangan banyak sangat asamnya, pesan Ibu bertalu-talu; nanti masam kuah kari Along. Disebabkan aku guna ikan kerisi untuk kari ini maka tak boleh letak lama takut nanti isinya hancur. Aku masuk ikan sekali dengan bendi dan cili hijau.

Part yang aku tak boleh blah masa masak tadi, aku dah masukkan ikan, bendi dan cili hijau. Lepas itu aku rasa kuahnya sedikit. Rasa kari! Pekat sangat. Aku dah cuak. Ingatkan bancuhan kari tadi tak masak betul. Aku pun keluarkanlah balik ikan, bendi dan cili hijau, letak dalam bekas lain. Aku tambahkan sedikit air lagi dan renehkan kuah dalam 5 minit lagi. Lepas 5 minit, aku rasa. Sama saja, cuma kurang sedikit pekatnya. Terus aku masukkan ikan, bendi dan cili hijau tadi kembali. Dalam 4 minit saja, aku terus tutup api. Puas hati! Hehehe... Ohh, sebelum terlupa nak bagitahu, aku letakkan daun pandan sedikit bagi wangi kari aku; resipi Ibu ok.

Maka, siaplah kari ikan kerisi aku. Telefon Ibu nak show off. Ibu gelak dengar cerita aku keluarkan ikan sebab kari rasa kari. Hehehe... Biasalah Ibu kata, masak sendiri memang ada perasaan macam itu. Selama ini kan dok makan yang dah siap masak. Opsss... Kena sekali.

Tadaaa... Inilah kari aku. (^^,)

Percubaan kali pertama
Kari Ikan Kerisi



Sayang sokmo,

Friday, May 28, 2010

Show Off =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt


Ok. Saja nak tayang. Hahaha... Menu hari ini, semalam dan kelmarin. Memandangkan aku hanya mampu jadi tukang masak sementara selama seminggu sahaja, maka aku terpaksa menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Dah lama tak turun dapur, baru kupas sebiji bawang saja mata dah bertakung. Buat drama air mata pula di dapur. Haha... Ok, tempahan tak diterima lagi. =P Aku dah nak balik Perlis Isnin depan.


Sayang sokmo,

Wednesday, October 7, 2009

Juadah Berbuka Puasa =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Juadah berbuka puasa hari ini :

Kerang Rebus

Air Asam. Terangkat beb!

Sayur Campur Kobis + Cendawan

Terliur aku dari tengahari tadi. Bau kerang rebus menusuk hidung. Terpaksa masak awal sebab kelas hari ini sampai pukul 6. Lepas kelas pula ada sedikit hal Kelab perlu diuruskan jadi sampai rumah pun dah lewat. Hanya sempat duduk bersila tunggu azan. Hehehe... (Hiperbola sangat. Penipu besar ini.)

Simple sahaja juadah berbuka hari ini. Aku handle kerang rebus + air asam & Mar handle sayur. Walaupun air asam kurang sedap sebab aku x biasa guna asam jawa Perlis tapi almaklum sahajalah kalau dah lapar, semua balun. Jadilah beb! Yang penting perut diisi. =) Tambah 2x nasi. Hehehe... (Jangan komen apa-apa, aku nak membesar cepat ini.) =P


Sayang sokmo,

Wednesday, May 27, 2009

Laksa Penang =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Percubaan pertama masak Laksa Penang akhirnya berjaya. Dah berbulan-bulan aku teringin nak makan Laksa air tangan ibu. Tapi, almaklum sahajalah... Dah jauh-jauh macam ini, entah bila agaknya kesampaian hajat aku. =( Last-last ambil inisiatif masak sendiri lagi bagus. Hehehe...

2 minggu lepas, aku pergi makan Laksa di Laksa Shack. Bunyi macam sedap kan?! Tapi bagi aku, sangat tidak berbaloi makan di situ. Dahlah mahal, tidak sedap pula (Nasib bukan aku yang bayar. =) TQ gewe Kak Ida!). Aku paling pantang kalau kuah Laksa guna ikan selain daripada ikan kembung segar. Dari kecil lagi dah biasa Tok Leha & Ibu masak guna ikan kembung. Paling tidak pun guna ikan sardin segar. Yang pasti bukan guna mana-mana ikan dlm tin. =P Biarlah... Apa-apa pun, percubaan aku kali pertama telah berjaya. =)

Kuah Laksa.
Aku guna 4 ekor ikan kembung yg dibeli time nak balik rumah ptg smlm. =)

Laksa
Proses merebus laksa setelah direndam hampir 5 jam. Laksa jenama ini agak liat sedikit, so kena rendam lama. Aku tambahkan sedikit minyak untuk mengelakkan Laksa daripada melekat.

Panaskan kuah dan celur Laksa untuk persediaan sessi santapan tengahari. =)

Last proses - MAKAN!!!

Shikin & Yana cakap kuah Laksa aku sedikit masam. Tapi still ummppphhh... Hehehe... Lain kali aku kena perbaiki lagi tahap masakan aku. =) Terima kasih untuk Ibu juga! Ibu yang ajar aku pagi tadi time dalam telefon.


Sayang sokmo,