Monday, July 5, 2010

'Adik-adik' Dah Siap!!! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Taraaaa...!!! 'Adik-adik' comel ini telah dihasilkan minggu lepas. Bertambahlah populasi di muka bumi ini. =P Yang pasti, sangat berpuas hati setelah melihatkan hasilnya. Cuma Green Gaban agak kurang comel sedikit. Almaklumlah percubaan pertama aku, jahitan kurang kemas. Walau bagaimanapun, Green Gaban dan Grey Devil itu aku jahit dan hasilkan dengan penuh kasih sayang dari aku tau. Hahaha... Poyos! Serius, tak tipu ini. =P

Seronok bukan?! 'Adik-adik' yang dah siap ini telah ku serahkan kepada pemiliknya. Seronok bila berpeluang menyerahkan barang yang telah kita isikan 'full tank' kasih sayang & kesabaran kepada mereka. (^^,) Hehe...

DOB: 30 June 2010
POB: Room 4, KKC 69, Kg. Wai

The Making of Green Gaban

DOB: 01 July 2010
POB: Seat 4B, Coach R4, Train Express Langkawi

Ada lagi sepasang yang belum aku siapkan. Nantilah. Mood menjahit belum datang lagi. 'Adik-adik' yang bakal dihasilkan ini sangat istimewa khas buat insan yang paling istimewa dalam hidup aku. Insan yang telah banyak berkorban untuk aku. Rindu sangat! Hehehe... Mood sentimental sudah datang pagi-pagi ini. Berhenti dahulu sebelum takungan melimpah. Take care semua!


Sayang sokmo,

2 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Ololo sweetnya.Takungan melimpah macam lucah pula.Wakaka.

.:aZu:. said...

Mr. Razi... Mr. Razi... Isk3x... Tiada agenda tersembunyi dgn takungan tu eh... Sila jgn berfikiran senget... Hehehe...