Saturday, October 18, 2008

Selamat Pengantin Baru!!! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Selamat Pengantin Baru Cik Adilah! Eh, silap la... Selamat Pengantin Baru Puan Adilah bersama suami! Semoga berkekalan. Wah3x... Daripada Cik Adilah yg kami kenal sejak 1st year telah menjadi Pn. Adilah kala kami 3rd year. Tahniah! X sangka kami sempat untuk menghadiri majlis perkahwinan lecturer yg telah bersama kami sejak kami mula masuk.

Aku, Su, Ain, Izzah, Azi, Ida, Sarah, Tini, Nad, Kak Dayah, Kak Zura, Kak Nab, Kak Aqma, Mama Aisyah, Kak Naemah, Cik Ooi, Papa Megat, Papa Hanafi & Papa Hamzah (wahhh... semua aku senaraikan ni.) konvoi 5 kereta ke rumah Pn. Adilah. Sangat best! Bertolak dari Wang Ulu pukul 11.30, singgah di Kangar keluarkan duit, isi minyak & beli hadiah then terus berkumpul di Dragon untuk menunggu ketibaan yang amat berhorma Mama2x & Papa2x sekalian. Hehehe... Agak lama. Sempat gak berposing bergambar dan bermakeup.

Setelah semua selesai bermake-up, terus bertolak ke rumah pengantin. Perjalanan mengambil masa sejam lebih. Pukul 2, singgah sebentar untuk solat Zuhur. Masjid tu pun dah dekat dengan rumah Pn. Adilah. Seronok kenduri suasana kampung. Rindunya kat Ayer Hitam! Belakang rumah kenduri ada sungai. Air naik agak tinggi. Kedengaran jua kebimbangan yang disuarakan oleh mak cik seorang ini. Mak Cik ini cerita yg tahun lepas ada kenduri kahwin yg x sempat buat, air dah naik. Kasihannya... Alhamdulillah Pn. Adilah dah selamat semuanya.

Kami dihidangkan dengan gulai pisang muda, gulai daging, rojak sayur & daging masak kicap. Semuanya lauk-pauk kampung. Bestnya! Selesai makan, serbu Pn. Adilah untuk bergambar. Seperti kebiasaannya, kehadiran kami adalah yang paling kecoh. Jangan tak tahu, ke mana sahaja ada kami, pasti kecoh. Hahaha... Setelah puas bergambar di pelamin, bergerak ke bilik pengantin pula. Cantik! Tema putih & pink. Masing2x pun berposing sakan la dengan Pn. Adilah kat katil pengantin. (Sabaq na Pn. Adilah...) Sempat terserempak dengan Dr. Yusoff bersama isteri & anak2x sewaktu kami bergerak pulang.

Singgah sebentar di Tasik Darul Aman. Cantik! Tenang! Memandangkan aku seorang sahaja yang bersemangat lebih utk kayuh angsa, nampaknya terpaksalah aku simpan balik hasrat tu. Hampanya... Habis bergambar, bergerak ke rumah nenek Ida pula.

Aku tertidur (Bukan tertidur, memang nak tidur) Bangun2x je dah sampai rumah nenek Ida. Lepak kat sana sampai lepas Maghrib, cukup pakej la mandi & makan semua. Tengok nenek Ida, teringat kat Tok Leha. Sedihnya... Rindu kat Atok! Bergerak balik ke Wang Ulu. Singgah sebentar di Tesco. Dalam perjalanan, hujan lebat sangat. Ain yang drive. Agak menakutkan. (Hehehe... Ain, jgn mare) Kat Tesco, lepak kat popular sat. Sukenyeee... Nak beli buku. Tapi duit limited dah. Lagipun hari itu beli buku belum khatam lagi. Impian aku nak ada 1 library kecil koleksi buku2x yg aku beli sendiri, yg org hadiahkan, yg aku suka... Seronoknya... Tunggu aku kerja nanti, aku borong habis sume buku yg aku suke. Hehehe...

Hari ini menghabiskan masa dengan berjalan sakan. Hari esok siapakah tahu apa yg akan terjadi bukan?! Presentation daripada students Master, lab test Control dan assignment 4 Control beratur menunggu. Get ready!!!

Berposing dulu di Dragon sementara menunggu mama2x & papa2x bermake-up

Setelah kekenyangan makan masakan kampung

Konvoi dari UniMAP bergambar kenangan bersama pengantin di pelamin

Pakat serbu bilik pengantin!

Macam adik & kakak! =P

Bak kata Tini : "Posing macam masuk Miss World je."

Tini pun x nak kalah juga. Miss World la katakan... =)

Aku & Nad berposing di tepi tasik

Blue gitu...

Kat rumah Tok Ida bersama sepupunya


Sayang sokmo,

2 comments:

'suNatasha.M' said...

saya menyampaikan marah ain.. hahahhaa.. tapi kan nasib bek dia bwak 40 jer..

.:aZu:. said...

huhu...even 40 je,tetap kecut gak perut sy hr tu...klu la dpt teropong usus2x sy,sume mst tgh tbelit tsirat2x time tu...hahaha...kecut perot punye pasal la...kih3x...