Monday, March 29, 2010

Memori Itu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
Sewaktu perjalanan kembali ke Wang Ulu tadi, dalam diam aku menghitung hari. Tiba-tiba sayu menjengah hati. Diam tak diam, dah hampir 4 tahun aku bermastautin di Perlis. Tinggal lebih kurang sebulan lebih saja lagi aku akan berada di sini. Sedih. Sungguh! Inilah perasaan setiap kali aku meninggalkan sesuatu tempat yang telah aku anggap rumahku. Aku tiada negeri tetap juga tiada rumah tetap, maka aku sangat sayang setiap tempat yang pernah aku diami. Almaklumlah 'perantau' macam aku ini hanya akur mengikut hayunan langkah. Jika ke utara langkah aku, ke sinilah. Jika ke selatan, maka tapakku menyusul ke sana. Jika terpaksa meredah Laut China Selatan, maka beradalah aku di Borneo. Ibarat daun yang dibawa oleh hembusan angin.
Banyak perkara yang bakal dirindui tatkala kaki melangkah pergi. Antaranya:
- Rindu dgn kedamaian Wang Ulu nan permai.
- Rindu dgn bus kuning UniMAP.
- Rindu dgn kenakalan kami di Dragon.
- Rindu dgn usikan sahabat-sahabat.
- Rindu dgn kenangan kisah-kisah cinta di sini.
- Rindu dgn para pensyarah & staf yang sgt sporting & best.
- Rindu dgn Laksa beras Kuala Perlis yg sedap.
- Rindu nak usha adik-adik di MPK & Restoran Suhail.
- Rindu nak jalan-jalan cari makan Tom Yam yg murah & sedap.
- Rindu nak jelajah negeri Perlis yg sgt kecil ini.
Ada banyak lagi sebenarnya yang bakal dirindui. Tapi cukuplah setakat ini sahaja yang mampu aku senaraikan dahulu. Nanti entri lain bakal menyusul. InsyaAllah. Sementara waktu yg masih bersisa, hargailah hubungan yg ada, ciptalah kenangan bersama, binalah ikatan yg lebih kukuh, kerna selepas ini masing-masing bakal melangkah pergi dgn haluan sendiri.

Sunday, March 21, 2010

Special Birthday Dedication for IBU =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

SPECIAL DEDICATED THIS SPECIAL ENTRY FOR A VERY SPECIAL PERSON
 
IBU, HAPPY BIRTHDAY!!!
 
LOVE YOU!!!
 
HUGS AND KISSES FROM PERLIS TO SABAH
XOXO~~
 
 
WITH LOVE,
~ALONG~

Tuesday, March 16, 2010

Akuarium Aku! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Anda tahu bagaimana perasaan rindu berpanjangan yang terlerai...?! Hah! Aku dah merasainya. Baru saja ini. Lebih kurang hampir 3 minggu kami berselisihan pendapat. Dan selama itu juga masing-masing menyepi. Ego! Iya, masing-masing mempertahankan ego sendiri. Tapi bak kata pepatah "air yang dicincang tak akan putus". Bak kata aku pula "jarak yang semakin jauh buatkan kita belajar menghargai". Ok lah, yang penting segalanya telah kembali normal. Suka! =)

Akuarium aku!

Credit to Mr. Adam for anti-chlorine solution, bubble machine & aquarium decoration!

Thanks!

Sayang sokmo,

Monday, March 15, 2010

R.I.N.D.U. + S.T.R.E.S.S.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

R.I.N.D.U yang M.E.N.G.G.I.L.A kepada keluargaku nun jauh di sana~~
A.K.U.S.T.R.E.S.S

** Kalau dekat, dah cabut balik rumah. Nasiblah badan. Tabahlah wahai hati~~


Sayang sokmo,

Saturday, March 13, 2010

Muhasabah Cinta - EdCoustic

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Back to Reff:

** Wahhh... Makin suntuk nak hantar Draft Report, makin rajin pula aku meng'post' entri-entri dalam blog. Apa nak nak jadi ni?! ;-) Lol~

Sayang sokmo,

Friday, March 12, 2010

Tension ke Aku?!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Baru bangun dari tidur. Letih! Pagi tadi bangun agak awal walaupun malam tadi dah tidur lewat. Test punya pasal, semua boleh jadi. Mata berpinar-pinar, otak pening-pening lalat, hati masih gundah dek FYP Report yang tak siap-siap lagi. Lepas kelas petang tadi terus pergi makan. Sampai di bilik pun dah Maghrib. Lelap sebentar lepas solat tadi. Bangun-bangun terus duduk depan laptop dengan niat tekad untuk buat Report. Sikat-sikat rambut, ikat pokok kelapa dulu sambil ambil feel sebelum mula kerja. Dayah a.k.a roomate aku tegur tadi.

D: "Akak OK ke?"
A: (Sambil sengih-sengih kerang busuk.) "Kalau akak tak OK, nak tolong buatkan kerja akak tak?"
D: (Tersengih dengar jawapan akak yang sengal ini.) "Nampak macam TENSION saja."
A: "..."


Tension ke aku?! Mungkin. Tapi mungkin belum mencapai tahap kritikal lagi sekarang ini. Masih dalam kawalan. Heee... Sahabat-sahabat, semoga kita dipermudahkan untuk buat Report ye... Ciao dulu. Bertemu di entri lepas ini. *wink* *wink*


Sayang sokmo,

Thursday, March 11, 2010

.M.A.L.A.S. =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

.M.A.L.A.S.

Tolong...!!! Tolong...!!! Tolong...!!!
Penyakit kronik ini dah menyerang aku!!!
;-)

Malas sungguh aku nak buat kerja yang berlambak-lambak ini:-

|12 Mac - Test Law|
|15 Mac - Lab Report 4 Biochemistry|
|16 Mac - 1st Draft FYP Report & Technical Report & Test KU|
|19 Mac - Management Assignment|
|26 Mac - Biochemistry Assignment & Business Plan KU|
|29 Mac - Final FYP Report|


Sayang sokmo,

Wednesday, March 10, 2010

Restoran Sawaddi =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Tarikh : 09 Mac 2010
Lokasi : Restoran Sawaddi, Seriab

Selepas solat Maghrib, rombongan 3 sekawan menuju laju ke Restoran untuk berbuka puasa. Plan asal adalah makan Mumtaj di Restoran Abdul Alim tetapi memandangkan ahli rombongan lain yang terpaksa menarik diri di saat-saat akhir, maka kami tukar plan untuk jalan-jalan cari makan di Restoran Sawaddi, Seriab.

Seawal 8 malam kami tiba di Restoran, agak sepi. Hanya kami dan lebih kurang 5 makhluk lain sahaja yang ada. Pelbagai telahan kurang enak bermain-main di benak. Namun, lebih kurang setengah jam kemudian Restoran ini mula dipenuhi makhluk-makhluk sehinggakan ada yang terpaksa duduk bersila di lantai (Ini dah masuk kes menipu. Sila jgn percaya.). Rata-rata yang mengunjungi kedai ini adalah mereka yang berkeluarga. Masing-masing pakat bawa anak-anak, isteri, ibu ayah & seangkatan dengannya. Hanya kami yang datang dengan title bujang. ;-)

Bg aku, biasa sahaja makanan di sini. Yang menarik hanya dekorasi Restoran & tawaran set BBQ yang ada di sini. Yang lain, biasa-biasa saja. Lain orang lain citarasa. Nak tahu lagi, berkunjunglah sendiri! =)

Jalan-jalan cari makan. ;-)

Juadah berbuka puasa aku.
Nasi putih + Tom Yam + Nescafe tarik + Air kosong

Sangat comel mangkuk Maggi Tomyam Mar! =P


Sayang sokmo,

Saturday, March 6, 2010

Hari ke-100

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

~Hari ke-100~
~23 Mac~
~Suratan atau kebetulan?~

=)



Sayang sokmo,

Kita Lupa...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Apabila bersila di atas kerusi emas, maka kita lupa kerusi usang yang saban hari menemani sebelum ini.

Apabila kilauan jongkong emas mengulit hidup, maka kita lupa daun duit-duit suatu ketika dahulu.

Apabila berada di puncak gunung, maka kita lupa untuk menunduk memerhati ke bawah lurah.

Apabila semuanya dalam genggaman, maka kita lupa apa yang pernah tercicir dahulu.



Sayang sokmo,