Wednesday, March 10, 2010

Restoran Sawaddi =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Tarikh : 09 Mac 2010
Lokasi : Restoran Sawaddi, Seriab

Selepas solat Maghrib, rombongan 3 sekawan menuju laju ke Restoran untuk berbuka puasa. Plan asal adalah makan Mumtaj di Restoran Abdul Alim tetapi memandangkan ahli rombongan lain yang terpaksa menarik diri di saat-saat akhir, maka kami tukar plan untuk jalan-jalan cari makan di Restoran Sawaddi, Seriab.

Seawal 8 malam kami tiba di Restoran, agak sepi. Hanya kami dan lebih kurang 5 makhluk lain sahaja yang ada. Pelbagai telahan kurang enak bermain-main di benak. Namun, lebih kurang setengah jam kemudian Restoran ini mula dipenuhi makhluk-makhluk sehinggakan ada yang terpaksa duduk bersila di lantai (Ini dah masuk kes menipu. Sila jgn percaya.). Rata-rata yang mengunjungi kedai ini adalah mereka yang berkeluarga. Masing-masing pakat bawa anak-anak, isteri, ibu ayah & seangkatan dengannya. Hanya kami yang datang dengan title bujang. ;-)

Bg aku, biasa sahaja makanan di sini. Yang menarik hanya dekorasi Restoran & tawaran set BBQ yang ada di sini. Yang lain, biasa-biasa saja. Lain orang lain citarasa. Nak tahu lagi, berkunjunglah sendiri! =)

Jalan-jalan cari makan. ;-)

Juadah berbuka puasa aku.
Nasi putih + Tom Yam + Nescafe tarik + Air kosong

Sangat comel mangkuk Maggi Tomyam Mar! =P


Sayang sokmo,

2 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

tue la...ponteng puasa lagi.kan dah kena ganti.wakakaka

.:aZu:. said...

Isk3x...bkn sengaja mau ponteng la Mr. Razi...tu cuti peristiwa...ni kena ganti balik la...cam kat sekolah dulu...hehehe...