Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
Sewaktu perjalanan kembali ke Wang Ulu tadi, dalam diam aku menghitung hari. Tiba-tiba sayu menjengah hati. Diam tak diam, dah hampir 4 tahun aku bermastautin di Perlis. Tinggal lebih kurang sebulan lebih saja lagi aku akan berada di sini. Sedih. Sungguh! Inilah perasaan setiap kali aku meninggalkan sesuatu tempat yang telah aku anggap rumahku. Aku tiada negeri tetap juga tiada rumah tetap, maka aku sangat sayang setiap tempat yang pernah aku diami. Almaklumlah 'perantau' macam aku ini hanya akur mengikut hayunan langkah. Jika ke utara langkah aku, ke sinilah. Jika ke selatan, maka tapakku menyusul ke sana. Jika terpaksa meredah Laut China Selatan, maka beradalah aku di Borneo. Ibarat daun yang dibawa oleh hembusan angin.
Banyak perkara yang bakal dirindui tatkala kaki melangkah pergi. Antaranya:
- Rindu dgn kedamaian Wang Ulu nan permai.
- Rindu dgn bus kuning UniMAP.
- Rindu dgn kenakalan kami di Dragon.
- Rindu dgn usikan sahabat-sahabat.
- Rindu dgn kenangan kisah-kisah cinta di sini.
- Rindu dgn para pensyarah & staf yang sgt sporting & best.
- Rindu dgn Laksa beras Kuala Perlis yg sedap.
- Rindu nak usha adik-adik di MPK & Restoran Suhail.
- Rindu nak jalan-jalan cari makan Tom Yam yg murah & sedap.
- Rindu nak jelajah negeri Perlis yg sgt kecil ini.
Ada banyak lagi sebenarnya yang bakal dirindui. Tapi cukuplah setakat ini sahaja yang mampu aku senaraikan dahulu. Nanti entri lain bakal menyusul. InsyaAllah. Sementara waktu yg masih bersisa, hargailah hubungan yg ada, ciptalah kenangan bersama, binalah ikatan yg lebih kukuh, kerna selepas ini masing-masing bakal melangkah pergi dgn haluan sendiri.


3 comments:
yo.. RG2509 jangan lupe ye..
erm begitu juga RE4664 yang kacak itu.
dua-dua pon smart habessss!
BGW 4558 boleh diabaikan coz tak banyak kenangan.
haha
To mar: dasat2x!! abeh smua nombr plat dihapai.. hahaha...
nmbor plat doc ensem tu brapa..? muahahhaaa XD
To azu: saya akan sedih bila nanti saya lalu area dragon, dan korang smua tak dak kat situ.. huhuhu...
pasti akan terkilan hati saya nanti...
p/s: saya sudah ditinggalkan bakal pakwe... siiighhh! ='(
mar: no. plat itu tak akan kulupa...(poyos je ayat i, no tepon pun x blh ingt nk ingt no plat lak...hehehe...) niway,tq so much! =) xoxoxo
su: sy tau awk mmg akan rndu kat sy slalu...muahahaha...jom cr pak we baru! ;-)
Post a Comment