Wednesday, February 8, 2012

Setia Menanti :-P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Saat entri ini mula ditaip, aku berada di Farmasi Daycare, Hospital Serdang. Setia menanti ubat-ubatan. Kesabaran yang lagi nipis daripada kulit bawang dah semakin berlubang dengan besarnya. :D Arghhhhhh!!! Ramainya orang yang tunggu giliran nak ambil ubat ni. :-( Letih + lapar. ;-(

Nak share antara gambar yang sempat aku snap semasa pengembaraan minggu lepas. Dengan harapan kesabaran akan kembali menebal. ;-)

 Fakta: Telapak tangan rubah sangat licin dan halus. 
Oleh itu, ianya sangat sesuai untuk dijadikan rubah sebagai model losyen pelembut tangan. ;-)

 Di mana ada si bunga, di situ ada sang kumbang. 
(Eh, tapi tu bukan kumbang.) :-P

Sengih-sengih keldai. :D
Final shoot di Bukit Tinggi.

* Nantikan entri pengembaraan yang lepas, masih dalam draf. ;-)
** Camera credit: Nad; Photographer belum bertauliah: aZu (Mr. Sony merajuk, tak dapat shoot banyak.)


Sayang sokmo,

Monday, January 30, 2012

Cik Marziana Razali, entri ini untuk anda! (",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 
 
Zaman muda-muda dulu, aku selalu merempit dengan dia. 
Zaman muda-muda dulu, dialah geng jalan-jalan cari makan. 
Zaman muda-muda dulu, dia juga yang bersama ke hulu ke hilir buat program sama-sama. 
Zaman muda-muda dulu, hanya aku dengan dia yang berani menetap di blok Yemen secara haram. ;-)
Zaman muda-muda dulu, bla bla bla...(Beb, banyak nau yang kena list ni. I bagi u fill in the blank je la ek.) :P

Sekarang pun masih zaman muda-muda lagi, insyaAllah lagi banyak kenangan yang akan diukir bersama.

30.01.2012 --> Hari ini dia sambut Jubli Perak. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Cepat-cepat dapat kerja tetap, cepat-cepat kumpul duit, cepat-cepat leh kahwin. :P Beb, selamat hari lahir!




Sayang sokmo,

Wednesday, January 25, 2012

Panic! :P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt 
 

 26 January 2012 --> 'Keramat' date! :P
Wish me all the best. (",)

Sayang sokmo,

Thursday, January 12, 2012

Aku Ingin MencintaiMu - Edcoustic

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Ya Allah, 
Jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu."



Sayang sokmo,

Saturday, December 31, 2011

Kita Ditakdirkan Berpisah - Screen

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Lagu ini ditujukan daripada seorang sahabat maya.
Katanya, sebagai persediaan perpisahan.


Kita bersahabat bukan untuk berpisah.
Kita bersahabat bukan untuk seketika.
Kita bersahabat untuk selamanya.


Sayang sokmo,

Saturday, December 24, 2011

Hanya Peminjam :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Kita,
berkongsi sekeping hamparan langit yang biru bersama.
berkongsi sejalur sinar mentari yang keemasan bersama.
berkongsi sekedap udara yang memenuhi segenap unit bersama.
berkongsi sebutir bumi yang ibarat bola bersama.
 
Kita...
berkongsi segalanya bersama...
 
Mengapa? 
perlu kau bongkak.
perlu kau mendabik dada.
perlu kau meninggi diri.

Mengapa mesti kau meninggikan hidung yang azalinya telah mancung?
Mengapa mesti kau memperlekehkan yang lain sedangkan diri kau juga selekeh? 
Mari...
Ke mari kamu, wahai insan...
Kita bercermin bersama.
Melihat pantulan yang terpapar.
Imej yang kita lihat bersama itu hanya pinjaman kan?!
Adat meminjam, mesti pulangkan kan?! 
Tiba waktunya, ia bakal dipulangkan kepada Penciptanya kan?!
Kita tiada hak untuk menidakkan ini kan?!

Maka...
Wahai insan,
Usah bongkak. 
Usah mendabik dada. 
Usah tinggi diri. 
Usah hidung tinggi. 
Usah lekehkan.

Kita semua sama saja.
Hanya PEMINJAM di bumi ini.
Hanya sementara yang tak mungkin kekal.

 Gambar ihsan: Google Image
** Peringatan bersama buat diri sendiri terutamanya. Dan insan lain umumnya. (",)

Sayang sokmo,

Sunday, December 18, 2011

Si Biru (",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt 

Dia, si biru yang unik.




Kekurangan itu akan dilengkapi dengan kelebihan antara satu sama lain.





Wahai sang hati yang terguris,
sila sembuh cepat. 
:)


Sayang sokmo,

Saturday, November 5, 2011

Bicara 2 Makhluk Mulut Bau Longkang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Makhluk mulut bau longkang I: "yang jaoh2 tak terlibat tapi buat onar sehingga menyusahkan orang -__-"

Makhluk mulut bau longkang II: "tu lgy betul , pstu org yg dekat dekat ni yg susah"

Ok, anda telah baca petikan dialog di atas? Ianya memang berkenaan dengan yang hidup semata-mata tanpa ada kaitan dengan yang telah mati. Huh! Geram! Susahkan orang?! Ohhh, sangat SHIT butir perkataan yang anda telah taip di ruang FB itu! 

Ok, biar aku ulas serba sedikit antara dialog 'makhluk mulut bau longkang' ini:

'Yang jauh tak terlibat'? Ya, secara direct memang mereka tak terlibat. Namun, untuk pengetahuan kalian yang memiliki mulut & hati yang sangat BUSUK, mereka terlibat secara indirect melalui zuriat mereka. Kalian ada?! Hanya mampu mengolah ceritera dongeng & menjaja di tepian kain dalam sahaja! Ohhh!!! Berdekatan pun bukanlah jaminan penglibatan diri, kan?! 

'Menyusahkan orang'?! Ohhhhh... Helloooo... Tumpang tanya eh, kalian yang melontarkan kata-kata di atas ini ke yang disusahkan? Pelik bin ajaib. Sibuk mengomel dan menjaja cerita, tapi HAPRAK sumbangan pun tak ada. Huh!    

'Orang yang dekat ni susah'?! What The Fish! Ohhh... (Ampunkan aku, sangat geram!) 1 soalan aku nak tujukan: "Orang dekat ni susah demi siapa?" Sendiri mau fikir. Pada hemah aku, jika 'orang yang dekat' ini lakukan segalanya dengan penuh keikhlasan, insyaAllah ganjaran-Nya menanti kerana kau berbakti kepada orang yang telah banyak berbakti selama ini pada kau. Jika ini yang kau berkira susah, insyaAllah berlipat kali ganda susah yang kau akan dapat kelak.   

Aku tahu entri kali ini berbau sensitiviti kaum kerabat dan mengguris hati. Namun, suhu yang dingin kala malam yang kelam ini masih tak mampu untuk menstabilkan haba yang membara dari dalam diri tatkala baca statement kalian yang 'sangat best' itu. Aku mohon maaf buat sesiapa yang tak terlibat dan telah membaca nukilan sastera aku di malam hari ini. Aku pun manusia biasa, yang selalu reti marah. Keh Keh Keh! ;-) Fuhhh!  


Sayang sokmo,

Tuesday, October 25, 2011

Rindu Blog Ini!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 

Ohhh.. Rindunya.. Kasihan blog aku, ditinggalkan kesepian selama beberapa bulan. Hahaha.. Kebelakangan ini, aku 'sangat' sibuk. Sibuk dengan marathon drama Korea. Sibuk dengan projek semester akhir. Sibuk dengan kerja-kerja suri rumah. Sibuk dengan melayan konflik dalam diri. Sibuk dating. :-P Haihhh... Banyak nau sibuknya kan. ;-) 

Actually, semua di atas tu alasan belaka. Ekau dah memang malas, mengaku je la. :-P Macam mana ye sahabat-sahabat, penyakit 'M' dah kronik ni. Sila la bagi nasihat untuk aZu yang malas ini. ;-)

Ingat lagi entri butang-butang comel dan felt kraf yang lepas? Hehe, dengan segala hormatnya aku nak jemput sahabat-sahabat untuk melawat ke blog kraf aku - aZu's Lovely Craft World. (",) Blog kraft tu sebenarnya dah establish April lepas, tapi disebabkan kekangan masa aku tak mampu nak touch up & update lagi. Dalam masa yang sama, kumpul semangat, kewangan & market survey sebelum nak ceburi bidang kraft online ni. Alhamdulillah, berkat minat walaupun malas menjengah pasaran awal aku di UPM Bintulu diterima. Terima kasih untuk adik aku, Fadhli - tukang promote kat kawan-kawan. Mantap promotion plan dia kat sana. :-P Sahabat-sahabat, support aku eh! Hehe... TQ! Lap u olsss la... :-* ;-)       


Sayang sokmo,

Wednesday, July 13, 2011

Menyayangi Tak Semestinya Memiliki (",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum wbt 







Andai itu jalan kebahagiaan dan kegembiraan pilihanmu, kejarlah. 
Genggam kukuh agar tidak terlepas lagi. 
Demi kamu-kamu yang disayangi.
Menyayangi tak semestinya memiliki.


Sayang sokmo,