Thursday, February 19, 2009

Hadiah Teristimewa Buat Diriku =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

T Series - DSC-T2/W [Discontinued]




The generous 4GB internal memory turns the Cyber-shot T2 into a digital photo album, allowing you to store and share your pictures on the go. To help you organise these photos, it comes with a state-of-the-art Automatic Images Management System.

Features :

- 4GB Internal Memory
- Photo Album & Scrapbook
- Smile Shutter
- Face Detection Technology
- 8.1 Mega Pixels with Super HAD CCD
- 2.7" Touch Screen LCD
- Carl Zeiss® Vario-Tessar Lens with 3x Optical Zoom
- BIONZ Image Processing Engine
- Super SteadyShot
- HD Slide Show with Select Music Playback
- 1 cm Macro Mode
- High Definition Output (for still image)

Retrieved from : http://www.sony.com.my/product/dsc-t2/sku/dsc-t2_w++++e32

Hadiah paling istimewa untuk diriku. Terima kasih Ayah! Sesekali me'reward'kan diri sempena sesuatu pencapaian, apa salahnya kan?! Semoga aku akan terus berusaha lebih gigih untuk masa depan. =)


Sayang sokmo,

Monday, February 16, 2009

Iffah =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Adik sepupu aku - Nur Iffah Qasrina

Muka tepung koma'

Zoom in hantu tepung =P

Entri kali ini adalah entri kerinduan untuk mengepos blog. Saja nak melepaskan gian untuk menulis. =) Macam-macam yang nak diceritakan sampaikan aku sendiri pun blurr nak mulakan dari mana. Yang penting sekarang, aku menghadapi masalah. Masalah hati & perasaan. Hahaha... (Tolonglah jangan percaya... =P)


Sayang sokmo,

Monday, February 9, 2009

Low Yatt & Mid Valley 17 Jan 09 =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Background laptop aku. =) Inspirasi untuk aku setiap kali on laptop.

Nyum3x... Sedapnya... Inilah juadah kami setelah penat merayau di Low Yatt. Singgah di Mid Valley utk meneruskan pengembaraan. =)


Dumpling Keteow Soup - Mine

Hot Plate Chicken Mushroom Noodles - Mar

Hot Plate Rice with Chicken - Ann

Fried Tauhu

Huwaaa... Tinggilah aZu dgn high heel ini. =) Boleh tersembam aku pakai kasut ini.

Mesti mau testing semua kasut di Jusco. Haha...



Sayang sokmo,

Monday, February 2, 2009

Kerinduan... ("*(",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"will-miss-my-students-biomed-good-
luck-to-all-of-you-c-u-in-six-months"

Baru aku perasan wujudnya ayat-ayat ini dalam blog lecturer aku yg kiut-miut ini - En. Hanafi.
Hehehe... Tulisannya agak kecil dan warna kelabu untuk teknik penyamaran. Tapi, akhirnya berjaya juga dikesan oleh student 'McGiver' ini.

Rindu bangat sama para pensyarahku. Tapi, aku still segan untuk contact mereka. Sebab aku x dapat A untuk subjek AO & Safety. Segan terutama sekali dengan En. Yusof. Hehehe... Tapi, aku memang merindui mereka. Rindu juga pada junior-juniorku. =)


Sayang sokmo,

Tuesday, January 27, 2009

Borosnya aZu... =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Jeng jeng! Aku merayap lagi minggu lepas. Bukan saja-saja keluar tapi sebab laptop kesayangan aku buat hal. Terpaksalah aku g Low Yat repair. Sambil menyelam, minum air. Jgn lupa itu. Hehehe...

Buku idaman aku!!! Akhirnya dapat juga aku beli. Sementara duit masih ada, baik aku laburkan untuk diri sendiri. Ini hadiah birthday dr aku utk aku tahun ini. Hehe... Walaupun birthday aku belum sampai lagi, tapi x kisah lah. Yang penting HAPPY!!!

Siapa tahu jam apa ini?! Inilah jam KFC Zinger Tower. Aku g mkn KFC dgn Angah. Sebenarnya aku dlm mood memboikot tapi disebabkan dah hampir meleleh air liur aku sebab dah lama sgt teringin nak makan Zinger Tower ini, maka aku beri kelonggaran untuk diri aku buat kali ini sahaja. Hehehe... Dgr ni aZu... Sekali ini sahaja tau...

Repair laptop = RM150 The Present = RM 37.90 USB Cable Printer = RM 7 Zinger Tower KFC = RM 15.90
Waduh3x... sehari keluar sahaja dah nak dekat RM 250 habis. Termasuk tambang & makan. Isk3x... Padanlah Angah cakap, kalau keluar dengan Along, duit banyak habis. Hahaha... Angah terjangkit penyakit boros Along. =)

Petang Isnin aku g Kajang. Bersihkan rumah famili di sana. Kat Kajang pun sempat shopping. Hahaha... Murah tau brg pasaraya sana. 2 hari jalan, duit habis RM400++ aZu... aZu... Lepas ini kena puasa la nampaknya. =)

Makanan kucing ini untuk kucing hitam yang selalu jadi penunggu tangga. Aku selalu tengok kucing ini time nak pergi & balik kerja. Kesian. Mak kucing rasanya. Selalu buat muka sedih tau. Aku rasa mak kucing ini ada tekanan perasaan la. Sebab selalu sahaja murung. Hehehe...

Antara barang yang sempat aku beli & belah di Kajang. =)



Sayang sokmo,

Thursday, January 22, 2009

Malas Mode =(

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Tiba-tiba hari ini rasa malas sangat nak LI. Mungkin sebab aku pun dah terjangkit mood bercuti para technician. Hahaha... En. Khairul cuti sampai CNY. Lepas CNY pula En. Irwan sambung cuti. Waduh3x... Memang musim bercuti kembali la ni lepas hujung tahun lepas. Aku bila lagi nak cuti panjang nih?! Kih3x...

Setelah beberapa kali aku bangun & lelap dalam bengkel, akhirnya aku berjaya meloloskan diri g melepak T & C En. Azreen punya barang Lab. Teruklah pembekal barang ini. Aku tanya Class & Type pun, depa x tahu. Sepatutnya mereka kena tahu, sebab aku x tahu. Haha... Tapi serius, memang mereka kena tahu, sebab mereka yang membekalkan alatan tersebut.

En. Shazuan cadangkan aku untuk present pasal Class & Type of MD. It's means that I MUST know the class & type of ALL medical devices available in PPUKM. Wow! It's a challenge for me to tackle on this topic. I want to take it! Tapi, aku rasa macam nak jugak present 1 alat pasal spina atau saraf. InsyaAllah kalau sempat, aku akan buat juga. =) Aku plan nak present Class & Type of MD & 1 medical equipment. InsyaAllah. Doakan aku berjaya ye... =)

** Malam esok ada Malam Demimu Palestin. Aku teringin sangat nak pergi!!! Jijah nak g gak, tapi disebabkan majlis itu malam, bab kate Jijah, bahaya tau! Tapi, aku on je kalau ada member yg nak g skali. Huhu... Sadisnyeee... ='( Sape nak temankan aku g sane, angkat tangan...?! =)


Sayang sokmo,

Tuesday, January 20, 2009

Berhijrah Lagi!!! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Famili aku berhijrah lagi. Kali ini ke Kuala Penyu pula. Dah seminggu lebih pindah sana. Tinggal aku & Angah je kat Semenanjung ini. X sabar nak pergi sana. Walaupun ibu cakap tempatnya tidak semaju & secantik Sibu. Tapi, Kuala Penyu Sabah dah dekat dengan Pulau Tiga & Labuan. =) Aku suka!!! Boleh pergi jalan-jalan. Yahoo!!!

Alhamdulillah... Semua negeri di Malaysia telah aku jejak kecuali Sabah. Dengan perpindahan ini, maka akan lengkaplah koleksi lawatan negeri-negeri di Malaysia aku ini! Berpindah & berjauhan bukan lagi perkara asing dalam hidup aku. Dari Form 1 lagi aku dah biasa berjauhan. Famili aku di Air Hitam, aku di Seremban. Tinggal lagi 5 bulan aku nak PMR, famili aku pindah ke Sibu pula. Tinggal aku sebatang kara kat Semenanjung (Hehehe... Tipu je nih. Aku still ada Atok di Serdang = P. X la sebatang kara sgt...)

Kenangan berjauhan yang x pernah aku lupakan, bila aku sambut Hari Raya Aidilfitri tanpa ibu ayah & adik-adik. Masa itu akhir tahun Form 3. Famili kat Sibu x da bajet nak balik Raya. Aku lak kena tunggu result PMR keluar baru boleh pergi Sibu. Aku raya bersama Atok & famili saudara yang lain. Mula-mula, keraskan hati cakap kat diri sendiri jangan menanngis. Tapi, bila tengok famili saudara masing-masing ada ibu ayah semua, aku jadi sebak. Merah gak la mata pagi Raya itu. Hehehe...

Bila aku fly ke Sibu, aku ada problem untuk pertukaran sekolah. Sebulan lebih juga la aku tersadai kat rumah x dapat sekolah. Alhamdulillah, murah rezeki aku dapat tawaran ke Sek Men Sains Miri. Sekali lagi berjauhan dengan famili. Jarak dari Sibu ke Miri 600++ KM kalau aku x silap. Perjalanan dengan bas ambil masa 8 jam. Lebih kurang dari Perlis ke Negeri Sembilan.

2 tahun di Miri. Selepas itu, aku sempat menjalani Latihan Khidmat Negara di Kem Junaco Park Sibu. Kenangan yang amat indah sepanjang latihan itu. Selepas itu, aku dapat tawaran ke Matrikulasi Kedah di Changlun. Nun jauh di Utara. Ayah hantar aku untuk hari pendaftaran. Masa itu beg boleh tahan sikit lagi. Time habis Matrikulasi, aku kena balik sendiri. Bertimbun-timbun beg & kotak. Itu pun setelah ditapis & dibuang separuh note & tutorial aku. Terkedek-kedek aku seret naik bus semua barang. Sampai di Pudu, Pak Long datang ambil aku.

Selesai setahun Matrikulasi, aku dapat tawaran sambung Degree di Universiti Malaysia Perlis pula. Opss... Masa itu Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM). 1st day daftar, aku x ditemani sesiapa. Solo maa... Datang Perlis pun tumpang Mak Mak Su yang nak hantar Ima ke UUM. Alang-alang sekali jalan katanya. Kalau ikutkan aku, naik bus je pun boleh. Malas nak susahkan orang lain. Tapi, dah semua dok suruh aku ikut sekali, aku pun on je.

15 hari aku di Perlis, famili aku di Sibu telah pindah balik ke Perak. So, sempatlah aku hidup sebentar di Perak. Tapi, x lama. 2 tahun 5 bulan sahaja famili aku di sana. Aku pula baru beberapa kali balik saja. Almaklumlah, cuti sem bukannya lama sangat.

Sebulan sebelum famili aku pindah ke Sabah, aku dah tinggal di Cheras untuk latihan industri di PPUKM. Waduh3x... Memang membawa diri betul la aku ni. So, untuk saat dan masa ini, aku berada di Cheras.

Soalan yang aku x suka bila orang soal kat aku : asal mana? orang mana? Kebiasaannya, jawapan yang diberikan mestilah tempat rumah kita kan. Aku ni serba salah untuk jawab. Kalau macam sekarang, kalau aku cakap rumah kat Sabah. Mesti orang akan tanya balik. Orang Sabah ke? Tensi aku. So, jawapan paling selamat, saya lahir di Kajang Selangor. Hahaha... Walaupun agak menyimpang sedikit jawapan daripada soalan yang ditanya, at least fakta ini tidak akan pernah berubah sampai bila-bila. =)


Sayang sokmo,

Tuesday, January 13, 2009

Ucapan Palestin Kepada Kita

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan.
Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua.
Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua.
Kami tidak akan memaafkannya.
Doa orang yang teraniaya amat makbul.
"Ya Allah!!! Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu, Ya Allah... Turunkanlah bantuan-Mu kali ini kepada orang-orang Islam di GAZA, hancurkanlah rejim zionis"
Amin...

**Sahabat-sahabat marilah kita bersama mendoakan keselamatan & kemenangan orang-orang Islam Palestin. Mereka berjihad mempertahankan maruah agama, bangsa & diri sendiri. Apakah sumbangan kita sebagai saudara seagama...?! Marilah bersama berusaha, kita prihatin dengan penderitaan mereka. Semoga orang Islam Palestin akan beroleh kemengan dengan izin Allah dan terus diperkukuhkan iman.


Sayang sokmo,

Thursday, January 8, 2009

Azu's Lovely Family ("*(",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

::Ibuku Sayang & Ayahku Sayang::

3 Hero & 2 Heroin =)

::Nazurah::Muhamad Asyraf::Muhamad Fadhli::Muhamad Syafiq::Najihah::

Entri kali ini istimewa buat keluargaku. Gambar ini diambil waktu Hari Raya Aidilfitri tahun 2005 di rumah kami pada ketika itu di 6B, Lorong Nan Sang, Sibu Sarawak.


Sayang sokmo,

Wednesday, January 7, 2009

Bulan Muharram & Hari Asyura =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Dalil tentang berpuasa pada Hari Asyura ialah :

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a
Maksudnya :
Bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a
Maksudnya :
Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.

Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram 1430 bersamaan dengan hari Rabu 7 Januari 2009)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri
Fadhilat : Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat : Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
Fadhilat : Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat : Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat : Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya

6. Bersedekah
Fadhilat : Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat : Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan

8. Mandi Sunat
Fadhilat : Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala

9. Bercelak
Fadhilat : Tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat : Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat : Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya
Lafaz niat : Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
Fadhilat : Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat : Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa

14. Puasa sunat
Fadhilat : Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
Niat : Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala

Peristiwa Bulan Muharram
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.


** Salam Muharram buat semua. Dalam kita berada di situasi aman ini, jangan berhenti untuk terus berdoa kesejahteraan umat Islam Palestin. Semoga mereka diberikan kekuatan hati & iman daalm menempuh dugaan. Dan semoga kejayaan akan berpihak kepada umat Islam Palestin.


Sayang sokmo,