Wednesday, January 7, 2009

Bulan Muharram & Hari Asyura =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Dalil tentang berpuasa pada Hari Asyura ialah :

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a
Maksudnya :
Bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a
Maksudnya :
Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.

Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram 1430 bersamaan dengan hari Rabu 7 Januari 2009)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri
Fadhilat : Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat : Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
Fadhilat : Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat : Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat : Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya

6. Bersedekah
Fadhilat : Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat : Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan

8. Mandi Sunat
Fadhilat : Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala

9. Bercelak
Fadhilat : Tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat : Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat : Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya
Lafaz niat : Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
Fadhilat : Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat : Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa

14. Puasa sunat
Fadhilat : Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
Niat : Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala

Peristiwa Bulan Muharram
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.


** Salam Muharram buat semua. Dalam kita berada di situasi aman ini, jangan berhenti untuk terus berdoa kesejahteraan umat Islam Palestin. Semoga mereka diberikan kekuatan hati & iman daalm menempuh dugaan. Dan semoga kejayaan akan berpihak kepada umat Islam Palestin.


Sayang sokmo,

No comments: