Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
Tempat : Tepi pantai Kuala Perlis
Tarikh : 15 November 2009
Matlamat : Korek siput (Tak tercapai.) & beli belacan (Tercapai!)
Tarikh : 15 November 2009
Matlamat : Korek siput (Tak tercapai.) & beli belacan (Tercapai!)
Seawal pagi aku telah bangun dengan bantuan 'miscalled' daripada Mar. Bergegas siap dan mengemas. Pagi ini ada plan 'baik punya'. Sebelum 8 pagi dah gerak keluar. Semangat berkobar-kobar untuk meneruskan misi penting. Namun siapa sangka, pasukan mengorek siput telah kelihatan dari jauh tetapi jalan 'kebenaran' menuju ke arah mereka masih tidak dijumpai. Puas sudah kami meneroka masuk beberapa jalan kecil. Walaupun terdapat kediaman di situ, namun sangat sunyi. Sungguh! Sangat menyeramkan walau hari telah terang benderang. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk memandang mereka dari kejauhan dengan doa semoga lain kali mungkin kami berpeluang 'join' pasukan mereka walau sekali pun jadilah. Pengalaman baru katakan.
'Mereka' berjuang menentang arus ombak yang menggila.
Aku kagum!
Lautan ikan belacak tengah main sorok-sorok di sebalik lumpur.
Sekejap sahaja cecah mencium hujung jari kakiku.
Bersantai atas ranting kayu merenung ombak yang kian menghampiri pantai sambil merencana masa hadapan.
Nasib air pantai ini kotor.
Kalau tidak, dah lama aku terjah masuk.
Kalau tidak, dah lama aku terjah masuk.
Setelah penat bercanda di tepi pantai, tiba pula waktu yang ditunggu-tunggu - MAKAN!!! Di perjalanan pulang, dengan kelajuan 20km/j kami meng'usha' gerai-gerai di tepi jalan. Set! Banyak siput. Sanggup patah balik walaupun dah terlajak gerainya. =) Akhirnya kami memborong 1 kilo kepah dan 1 kilo siput gayam. Mak Cik gerai itu sibuk mem'promote' siput gayam. Katanya sedap. Mari kita rasa! Singgah sebentar di 'Nat' Seriab untuk beli salad, cili, limau dan serai. Dan operasi memasak bermula!
Siput Gayam
Sejenis kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Asaphis
Boleh didapati di Perlis (Malaysia) dan Satun (Thailand)
Salad segar dari 'Nat' Seriab
Boleh didapati di Perlis (Malaysia) dan Satun (Thailand)
Import dari Melaka
Ngam-ngam habis hujung semester
Licin! 3 perut habiskan makanan dalam sekelip mata. Aku paling 'sedikit' sebab Mar makan bubur - sakit gigi dan Ann makan 'banyak' - diet. Selepas makan, ada kudapan lagi. Chef diterbangkan khas dari B5 untuk cekodok pisang. Terdapat kisah lucu berlaku di sini, antara chef tempatan dan chef 'import'. Untuk mengetahui kisah itu dengan lebih lanjut, sila PM saya. ;-) Kesimpulannya, belilah barangan buatan tempatan. Hehehe... (Jangan marah yee chef 'import'. Gurauan semata-mata.)
Ada sebarang keraguan...?!
Sila utarakan.
=P
Sayang sokmo,




6 comments:
hehe..biasela..chef import kn terrer sgt msk..hehe..xpe2,nnt chef import abis exam,chef import nk tunjuk kepakaran memasak..nantikan ye..hehe..doakan chef import bjaya mjawab vibration!!!..=)
hahaha...
akhirnya 'chef import' menonjolkan diri walaupun identiti masih samar...
smg berjaya cemerlang yee chef import...
study vibration tu rajin2x...
jgn study movie lak...
;-)
hye cik kak..sejak ble ade syg sokmo ni??hehe..jgn marah ye..wa tgh tension ni..aiyooo..ble la exam nk abis..huhu..
hehehe...
mst la wa bru edit...
kasi cntek sama wa punye entry...
ehehehe...
lu blajo rjn2...
jgn dok rndu2 kat wa lak smpai x leh blajo...
ahaksss...
sok paper kan...?
all d best yeee...
=)
boley tolong simpan kn kulit2 kepah tuh..nk wat FYP project..bg ahli nujum adam ni sumpahkan kulit2 kepah tu jadi tulang..haha
hahaha...
kulit kepah tu dh selamat masuk lam tong sampah la...
try ah gune kulit siput gayam tu bt tulang...
cntek ooo corak kulit siput tu...
=)
Post a Comment