Monday, June 15, 2009

Cuti-cuti Malaysia 11 Jun 09

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Menu hari ini adalah ikan ‘jaket’ goreng, sayur campur goreng dan sambal kentang & ikan bilis.

Sambal kentang dan ikan bilis (Tidak macam sambal bukan?!) Hehehe...

Ikan ’jaket’ goreng. Nampak macam dah rentung kan?! Tapi belum lagi, aku sempat selamatkan. Hehehe... =)

Sayur campur goreng

Sedap-sedap aku membuta petang tadi, tiba-tiba En. Aedy telefon. Aku ingatkan tengah dalam mimpi. Sekali realiti daa... Hehehe... Almaklumlah, tengah tidur kemudian bangun terkejut memang mamailah jawabnya. Nasib masa jawab telefon tadi aku sedar apa yang aku cakap kalau tidak, naya sahaja. =)

Terus ke dapur mencari makanan yang boleh dikunyah petang-petang begini. Last-last buat air Quakes cicah dengan biskut 4 segi. Bedal sahajalah. Lepas makan, aku ‘on’kan plug charger laptop. Terkena lagi! Ini kali ke-2 aku kena mild electric shock daripada extension plug kipas Tok Husin. Tidak boleh jadi ini. Berbahaya untuk kesihatan aku. (Sebab aku sahaja yang duduk menepek dekat dengan extension plug ini. Hehehe...) Naik atas selongkar mesin jahit Mak Lang cari test pen. Tidak jumpa tapi dapat screw driver Philips pun bolehlah. Gunting dah memang ada atas almari, sebat sahaja. =)

Dah lama tidak menjalankan operasi plug. Masa praktikal dulu, asal ada alat yang rosak sahaja, perkara pertama yang dibuat adalah men’check’ sambungan wayar plug dan fius plug. Itu adalah perkara wajib. =) Masalah plug ini apabila wayar tidak dipasang dengan kemas dan pada live wire terdapat kesan belahan yang mengakibatkan current telah mengalir keluar dan meng’shock’kan aku. =) Maka, operasi dimulakan.

Kemaskan?! 2 kali aku buka & pasang balik sebab salah bajet panjang wayar untuk diskru.

Alhamdulillah... Functioning WELL!!! Well Done! =)

Alat-alat McGyver aZu =P


Sayang sokmo,

Cuti-cuti Malaysia 10 Jun 09

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Pendaftaran subjek semester 1 Final Year aku telah dibuka hari ini. Mar tolong aku daftarkan. Aku ada masalah untuk log in portal. Nasib baik Mar & Nad sudi hulurkan bantuan untuk mendaftarkan subjek bagiku. Tq!

Semalaman aku berfikir. Akhirnya aku membuat keputusan berdasarkan kata hati dan rasional kepala otak aku sahaja. Aku ingin buat solat istikharah tapi aku tengah ’offline’ sekarang. InsyaAllah bila ’online’ nanti, aku akan teruskan niat. Aku perlukan kepastian tentang pilihan yang aku buat. Ini masa depan aku. Lagipun aku tidak berkesempatan lagi untuk pergi cari maklumat di Internet memandangkan di rumah Atok tiada Internet. Aku belum sempat ke CyberCafe. =)

Masakan asam pedas ikan ’jaket’ aku hari ini sangat laris. Belum sampai pukul 3, telah licin asam pedas. Memandangkan Mak Lang dah beli pajeri nenas malam tadi untuk juadah tengahari ini, aku hanya panaskan sahaja. Senang kerja memasak aku hari ini. =)


Sayang sokmo,

Cuti-cuti Malaysia 9 Jun 09

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku goreng udang dengan lobak merah dan masak lemak sayur pucuk manis. Aku kopek sampai licin kulit udang sebelum masak dengan tujuan senang nak telan masa makan nanti, tidak perlu susah-susah nak kopek kulit lagi. Tapi, masa nak makan Atok cakap tidak mahu makan udang sebab dah tiada kulit. Atok mahu gigit-gigit kulit udang itu. Huhu... Apa-apalah labu...

First time aku masak masakan yang guna santan. Sebelum ini aku hanya tahu masak tumis, sambal dan asam pedas sahaja tapi hari ini aku kena masak lemak. Hentam sahajalah. Lagipun Mak Lang dah cakap macam mana nak buat malam tadi. Alhamdulillah... Selamat juga masak lemak sayur pucuk manis aku. Ibu pun terkejut aku buat masak lemak. Sebab aku mana pernah masak kalau duduk di rumah. Aku mula rajin memasak sejak masuk praktikal ini. Aku tinggal di rumah sewa PPUKM sekali dengan student PPUKM. Seronok memasak rupanya. Bertambah seronok lagi apabila tengok orang-orang yang kenyang dengan masakan kita. Pertama kali aku masak asam pedas & laksa Penang, merekalah orang pertama yang merasa. =)

** Aku lupa ambil gambar masak lemak pertama aku. Tidak mengapalah, yang penting SEDAP!!! =P


Sayang sokmo,

Cuti-cuti Malaysia 8 Jun 09

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku : ”Kenapa jalan lambat sangat? Sakit ke pakai kasut tinggi itu?”
Iffah : ”Iyalah... Iffah pakai kasut tinggi. Nanti boleh kahwin.”

Wah3x... Bijak sungguh jawapan adik sepupu aku. Baru berusia 4 tahun 3 bulan. Tidak tersangka jawapannya sebegitu. Begin with the end in mind. Hehehe... Aku belum pernah pakai kasut tumit tinggi lagi. Setakat main-main try di shopping complex adalah. Adakah aku belum boleh kahwin lagi selagi aku tidak pakai kasut tumit tinggi…?! Hehehe… Huh! Macam-macam. Aku nak pakai kasut tumit tinggi cepat-cepatlah nampaknya. =P

Antara kasut tumit tinggi yang pernah aku cuba.
Adakah aku akan stabil dengan kasut ini?! =)


Iffah : ”Kasihan Bibik, tidak ada suami.”
Aku : ”Aik? Mana Iffah tahu? Suami Bibik kan di Indon. Iffah tahu ke suami itu apa?”
Iffah : “ Entah… Iffah tidak tahu.”

Macam-macam sungguh pemikiran budak-budak ini bukan? Aku tahu, sedikit sebanyak Iffah get the idea maksud suami itu tapi mungkin dia tidak tahu untuk meng’explain’kan apa yang difahaminya. Tidak mengapalah. Dimaafkan. =)

Inilah Nur Iffah Qasrina Shawaludin. =)


Sayang sokmo,

Sunday, May 31, 2009

Selamat Pengantin Baru Buat En. Megat & Pn. Aisyah =)

Dengan nama Alah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Tarikh 30 & 31 Mei menjadi sejarah dalam hidup kedua-dua pensyarah aku - En. Megat & Pn. Aisyah. Semoga kalian berbahagia selalu. Pandai ye simpan rahsia. =P Tup tup jemputan kahwin. Terkezut kami. Walau apa pun, kalian memang pensyarah kami yang best!

Aku & Nad berharap semoga kami tidak salah rumah. =) Hehehe...

Juadah masakan kampung. Cukup membuat aku kecur liur. =)

Bergambar kenangan bersama sempena hari bahagia pasangan lecturer kami. =)
Sama ayu, sama kacak. Sangat sepadan. =) Suka sangat!
Mahal beb gambar ini. Puas aku minta izin utk upload dlm blog, so korang beruntung sebab dah dapat tengok. =)

** En. Hanafi, bila lagi...?! Nanti jgn lupa jemput sudah... =)
** Aku cakap pada Nad sebelum ambil gambar bersama pengantin : "Nad, bertambahlah motivasi saya untuk kahwin cepat ni.Hehehe..." =)


Sayang sokmo,

Saturday, May 30, 2009

Marathon Movies =)

Dengan nama Allah yang Maha Pmurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Semalam aku marathon 2 movie sekaligus. Hahaha... Mulanya plan dengan Wawa & Kim nak tgk Terminator sahaja. Tapi ptg semalam tiba-tiba Kak Ida ajak tgk Syurga Cinta. Pantang diajak, ok saja. Hehehe...

Pukul 5 lebih gerak dari PPUKM naik kereta En. Aedy sekali dengan Kak Ida, Kak Ina & En. Zam. Sampai sana terus beli tiket & aku terus beli tiket utk Terminator malam nanti. Terminator cuma aku, Kak Ida, Wawa & Yana sahaja yang tengok. Yang lain dah gerak balik.

Syurga Cinta
Boleh laaa... Lebih dihidupkan dengan lawak watak adik Ikhmal. Terselit banyak pengajaran Islamic dari segi pergaulan & berpasangan.

Terminator Salvation
BEST!!! Hahahaha... Antara mesin & manusia. X reti nak describe macam mana. Yang penting, x rugi tengok.


Sayang sokmo,

Mdm Lim Restaurant =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

I forgot the name of this dish. Got 6 pieces actually but we already ate the other 4 pieces. Hehehe... We eat this while waiting for the heavy dishes. Very hungry looo... =)

Here are our dishes :
Kak Ida's Choice -

Char Key Teow

Lychee

aZu's Choice -

Melaka Fried Char Mee

Assam Boi Lime Juice

TQ to Kak Ida for this treat! Actually we were going to Jusco Maluri yesterday and having a lunch at Mdm Lim Restaurant if I'm not mistaken. =)


Sayang sokmo,

Friday, May 29, 2009

Aku Yang Gembira =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt


Ini sepatutnya entri semalam. Tapi memandangkan mood yang kurang baik & aku yang berada dalam ke'blur'an maka sesi penulisan terpaksa ditangguhkan sehari. Hehehe... Kenapa mood aku kurang baik semalam?! Hmmm... Banyak sebab sebenarnya, antaranya perut yang teramatlah lapar. Dan sebab yang lain-lain...?! Biarlah rahsia... Hehehe... Yang penting, aku tengah bahagia & gembira sekarang ini. =)


Sayang sokmo,

Wednesday, May 27, 2009

Laksa Penang =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Percubaan pertama masak Laksa Penang akhirnya berjaya. Dah berbulan-bulan aku teringin nak makan Laksa air tangan ibu. Tapi, almaklum sahajalah... Dah jauh-jauh macam ini, entah bila agaknya kesampaian hajat aku. =( Last-last ambil inisiatif masak sendiri lagi bagus. Hehehe...

2 minggu lepas, aku pergi makan Laksa di Laksa Shack. Bunyi macam sedap kan?! Tapi bagi aku, sangat tidak berbaloi makan di situ. Dahlah mahal, tidak sedap pula (Nasib bukan aku yang bayar. =) TQ gewe Kak Ida!). Aku paling pantang kalau kuah Laksa guna ikan selain daripada ikan kembung segar. Dari kecil lagi dah biasa Tok Leha & Ibu masak guna ikan kembung. Paling tidak pun guna ikan sardin segar. Yang pasti bukan guna mana-mana ikan dlm tin. =P Biarlah... Apa-apa pun, percubaan aku kali pertama telah berjaya. =)

Kuah Laksa.
Aku guna 4 ekor ikan kembung yg dibeli time nak balik rumah ptg smlm. =)

Laksa
Proses merebus laksa setelah direndam hampir 5 jam. Laksa jenama ini agak liat sedikit, so kena rendam lama. Aku tambahkan sedikit minyak untuk mengelakkan Laksa daripada melekat.

Panaskan kuah dan celur Laksa untuk persediaan sessi santapan tengahari. =)

Last proses - MAKAN!!!

Shikin & Yana cakap kuah Laksa aku sedikit masam. Tapi still ummppphhh... Hehehe... Lain kali aku kena perbaiki lagi tahap masakan aku. =) Terima kasih untuk Ibu juga! Ibu yang ajar aku pagi tadi time dalam telefon.


Sayang sokmo,

Tuesday, May 26, 2009

Teh 'O' Limau =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Teh 'O' Limau

Segelas air untuk merehatkn minda yg tengah sesak dgn Final Report LI. =)
Siapa mahu?! Angkat kening... =P


Sayang sokmo,