Monday, June 15, 2009

Cuti-cuti Malaysia 8 Jun 09

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku : ”Kenapa jalan lambat sangat? Sakit ke pakai kasut tinggi itu?”
Iffah : ”Iyalah... Iffah pakai kasut tinggi. Nanti boleh kahwin.”

Wah3x... Bijak sungguh jawapan adik sepupu aku. Baru berusia 4 tahun 3 bulan. Tidak tersangka jawapannya sebegitu. Begin with the end in mind. Hehehe... Aku belum pernah pakai kasut tumit tinggi lagi. Setakat main-main try di shopping complex adalah. Adakah aku belum boleh kahwin lagi selagi aku tidak pakai kasut tumit tinggi…?! Hehehe… Huh! Macam-macam. Aku nak pakai kasut tumit tinggi cepat-cepatlah nampaknya. =P

Antara kasut tumit tinggi yang pernah aku cuba.
Adakah aku akan stabil dengan kasut ini?! =)


Iffah : ”Kasihan Bibik, tidak ada suami.”
Aku : ”Aik? Mana Iffah tahu? Suami Bibik kan di Indon. Iffah tahu ke suami itu apa?”
Iffah : “ Entah… Iffah tidak tahu.”

Macam-macam sungguh pemikiran budak-budak ini bukan? Aku tahu, sedikit sebanyak Iffah get the idea maksud suami itu tapi mungkin dia tidak tahu untuk meng’explain’kan apa yang difahaminya. Tidak mengapalah. Dimaafkan. =)

Inilah Nur Iffah Qasrina Shawaludin. =)


Sayang sokmo,

2 comments:

nanad said...

Ape lagi azu....
Pkai la kasut tumit tinggi!!!!
Msti cun punyer...
Kompem ar ad Dato' nak kt ko!!!
hahaha=P

.:aZu:. said...

nad...
hahaha...
sy takut tersembam je nt...
hehehe...

armouris...
tq for the info...=)