Monday, June 15, 2009

Cuti-cuti Malaysia 9 Jun 09

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku goreng udang dengan lobak merah dan masak lemak sayur pucuk manis. Aku kopek sampai licin kulit udang sebelum masak dengan tujuan senang nak telan masa makan nanti, tidak perlu susah-susah nak kopek kulit lagi. Tapi, masa nak makan Atok cakap tidak mahu makan udang sebab dah tiada kulit. Atok mahu gigit-gigit kulit udang itu. Huhu... Apa-apalah labu...

First time aku masak masakan yang guna santan. Sebelum ini aku hanya tahu masak tumis, sambal dan asam pedas sahaja tapi hari ini aku kena masak lemak. Hentam sahajalah. Lagipun Mak Lang dah cakap macam mana nak buat malam tadi. Alhamdulillah... Selamat juga masak lemak sayur pucuk manis aku. Ibu pun terkejut aku buat masak lemak. Sebab aku mana pernah masak kalau duduk di rumah. Aku mula rajin memasak sejak masuk praktikal ini. Aku tinggal di rumah sewa PPUKM sekali dengan student PPUKM. Seronok memasak rupanya. Bertambah seronok lagi apabila tengok orang-orang yang kenyang dengan masakan kita. Pertama kali aku masak asam pedas & laksa Penang, merekalah orang pertama yang merasa. =)

** Aku lupa ambil gambar masak lemak pertama aku. Tidak mengapalah, yang penting SEDAP!!! =P


Sayang sokmo,

No comments: