Wednesday, April 30, 2008

Alergik Hari Ke-2 :-(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Akhirnya... Setelah membatalkan perjanjian dgn Papa Jambu pd pg Jumaat yg lalu, pg ini aku bersama-sama Mar telah berjaya 'dating' dgn Papa Jambu. Alhamdulliah... Byk persoalan Biomechanics yg telah terjawab. Soalan cepumas yg telah diberikan pdku. "Kenapalah kamu xdtg tanya sy awal2x lagi?" Huhuhu... X tau nak jwb apa la Papa. Mmg salah kami. Sblm ini dok busy memanjang dgn hal kelab & perkara2x lain yg lagha. Dah nak exam barulah sibuk2x pulun. Bab En. Yusof bg pengiraan dh settle rasanya. Tinggal part yg paling interesting je lagi - MENGHAFAL. Aku ni sebenarnya baru bgn drpd tido. Tghr td lps balik jumpa Papa, g beli nasi kat Bintong dgn Mar.

Lps balik je kat bilik, aku g mendobi baju2x yg dah beberapa hari terendam dlm baldi. Makan selepas solat & sidai baju. & perkara mustahak sekali adalah makan ubat. After mkn, mcm biasalah. Membuta jap. (Lama gak sebenarnya) Masa nak baring tu baru sedar yg byk bintik2x mula menjalar kat muka. Huwaaa.... Tulun...!!! Takutnya tgk bintik2x tu. Dgn segera otak me'refresh' kembali makanan aku td. Rasanya Mar dah larang aku amik lauk2x yg gatal. Aku pun dgn baiknya mematuhi. Hahaha, tiba2x je baru aku teringat yg aku dgn sedapnya dah meratap 3 ekor udang kecil yg dimasak bersama dgn gulai nangka td. Huhuh... Padan la bintik2x naik dgn cepat. Dah mkn benda terlarang rupanya. Hehehe...

Ibu baru je call tanya pasal gatal aku dah hilang ke belum. Aku pun dgn penuh ke'excited'an menceritakan kisah aku & udang. Terkezut gak ibu bila aku ckp aku mkn lauk ikan kembung. Rupa-rupanya ikan kembung pun x bolehlah. Byknya pantang larang skrg ni. Tapi, xpa la. Demi nak baik cpt, aku terima je. X larat dah aku utk bgn setiap malam utk sapu ubat. Even baru 1 malam aku kena bgn tghmalam sapu ubat, cukuplah tersiksa bgku. Malam tadi je 2x aku bgn utk sapukan ubat kat bdn. Pukul 12 & 3 pg. Huhuhu... Dugaan sungguh. Innalillahiwainnailaihirajiun... Pg td bgn dgn muka yg kembang. Keh3x... Kelakar gak tgk muka aku mcm tu. Mcm biasalah, aku makan ubat terus muka kempis mcm sediakala. Hehe... Takut lak aku kang klu g jumpa Papa Jambu, dia terkezut beruk tgk ada student mcm aku ni. Nak kata kuat study x kan la sampai muka kembang2x kan. Kah3x...

Malam ini misi diteruskan dgn Biomechanics part Papa Faizal lak. Kena score gak part En. Faizal ni. Sb soalan 50-50. Setiap soalan gabungan antara Papa Jambu & Papa Faizal. So, ganbatte aZu!! Jgn jadikan alasan kegatalan ini utk kau terus jatuh ok? Kalau OKU pun mampu berjaya, apatah lagi kau sebagai makhluk Allah yg sempurna fizikalnya. Teruskan usaha!


Sayang sokmo,

Tuesday, April 29, 2008

Alergik?! :-(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

9.08 a.m
Sesuatu yg pelik berlaku pg td. Aku sendiri pun x berapa pasti apa puncanya. Alkisah aku msk air pns pg ni, utk mandi pagi. Pagi ini aku terpaksa mandi air garam suam. Badan aku kena gatal2x. Habis merah2x 1 badan. X tau la apa punca jd mcm ni. Masak gak aku nak tido mlm td dok terkerok2x je. Betul2x gatal. Dugaan dunia... Sementara tgu air msk, aku bukak cadar & sarung bantal semuanya. Ingatkan nak rendam & basuh sekali lagi. Kot2x la dah byk hama. Tapi, aku baru je basuh cadar. Time nak bukak ni la aku berpinar. Sakit kepala aku, rasa mcm nak terduduk je bila berdiri tu.
Bila dah bukak, aku bwk garam ke sinki. Air blm masak lagi. Time kat sinki ni la aku x tau apa yg jadi. Aku berpinar lg time tu. Tapi, aku sedar2x je aku tengah terduduk depan sinki. Terduduk sambil menggeletar dgn sgt kuat. & aku mcm merasakan yg diri aku setengah je yg berada dlm bdn. Setengah lagi x tau la kat mana. Hmmm... Xtau nak terangkan mcm mana kat sini. Tapi mmg mcm ni la aku rasa pg td. Aku cuba sedar dgn sedaya upaya aku. Aku bgn, terus jln terhuyung-hayang masuk bilik. Sampai bilik je, aku terus tutup pintu & baring atas katil. Dalam masa 5 min, aku kembali ke alam nyata. Apa sebenarnya yg terjadi ni?! Aku confius. Gatal2x kat bdnku masih x surut. Kalau x baik gak, aku terpaksa g klinik. Huhuhu... Perkara yg paling aku x suka-->Jumpa doktor sb sakit. Aku x gemarlah jumpa doktor. Bknlah sebab takut kena suntik or apa2x sewaktu dgnnya. Tapi, entahlah... Aku mmg x gemar. Ni kes darurat, terpaksa gak jumpa sebab Jumaat ni exam Biomechanics. Aku x dpt study klu terus gatal2x gini.
Huwaaa... Ya Allah, berikanlah aku kekuatan utk menghadapi dugaan ini.

1.21p.m
Baru sahaja balik drpd klinik. Huhuhu... Dah x tahan sgt. Alhamdulllah, rasa kurang la selepas kena suntikan maut td. Hahaha... Nak tau doktor tu suntik kat mana?! Mestilah kat b*****t. Waaa... Segannya den td. Klu blh nak je bungkus balik umah muka den. Ni 1st time kena cucuk kat tmpt2x sensitif slps mumaiyiz. Kah3x... Kenangan yg x dpt dilupakan. Dah la suntik ngan ubat yg paling strong. Huhu... Alamatnya pengsan la lps ni. Tp x pe la, asalkan aku dpt sihat kembali. Aku nak study biomechanics lak ni. Dr smlm tertunda gak. Huhu... Doakan aku cpt sembuh k.

7.12 p.m
Alhamdulillah... Akhirnya aku bgn juga stlh seharian membuta. Gatal2x pun cam dh berkurangan. Tapi semakin habis kesan ubat, gatal tu naik balik. Huhu... Kena guna ubat gak redakan merah2x. Semoga aku akan cepat sembuh. Esok nak g jumpa Papa Jambu. Ngeh3x. Aku blm hbs study lagi. Mlm ni ingatkan nak stay up la memandangkan dah nak dekat 2 hari aku x dpt study apa2x lagi. Tgk la eh, hrp2x ubat tu x menyebabkan aku mengantuk lagi.


Sayang sokmo,

Monday, April 28, 2008

Alhamdulillah-->Biomedical Electronics & Bioinstrumentation :-)

Alhamdulillah... Berakhir sudah paper Bioinstrumentation td. Sesungguhnya kesemua tips yg diberi oleh En. Megat sgt2x la berguna. Dan alhamdulillah aku mampu menjawab dgn lancar dan tenang. Syukur pd nikmat Allah. Terima kasih di atas segala nikmat kemudahan kesihatan fizikal & mental utk menjawab sebentar td. Dengan berakhirnya paper ini, tidaklah bererti berakhirnya ilmu Bioinstrument ini setakat hari ini. InsyaAllah akan berguna pada semester2x akan dtg. Dan juga ketika LI & kerja nanti. Semoga aku akan berjaya dgn cemerlang. Dan semoga kami semuanya berjaya bersama-sama.

Tinggal lagi 2 paper utk aku teruskan perjuangan. Semoga semangatku akan terus membara sehingga akhir paper. (Ehhh, sampai habis paper je smgt membara?... Ngeh3x...) Huwaa... Nak teruskan study Biomechanics. Subjek ini x dapat apa2x tip top pun drpd lecturer. Byk lagi term2x yg kena hafal. InsyaAllah aku mampu. Ok, masa utk boost up my spirit again! Hehehe... aLL d BEST aZu...

Sunday, April 27, 2008

Kata-kata Nasihat Drpd Lecturer :-)

Huhuhu... Baru je habis klinik Bioinstrumentation. Sempat gak berborak dgn Cik Aisyah & En. Megat. Huwaaa... Terharunya... Lecturer2x sayang pd kami. Sgt2x caring. Tgk la, mlm2x pun sanggup dtg utk buat klinik. Last preparation utk exam Isnin ni. Sbg lecturer, depa dah jalankan amanah yg diberi dgn sebaiknya. Dan aku sbg student, adakah amanah yg telah diberi dijalankan dgn sebaiknya? Tepuk dada, tanyalah diri. Rasa bersalah dgn sikapku selama ini. Dah nak exam barulah pulun study. Apa2x pun, aku akan berikan yg terbaik Isnin nanti. Mestilah kwn2x semua begitu gak kan. Semuanya pasti akan lakukan yg terbaik. Kerna ini adalah masa depan sendiri.

Sebahagian kata2x Cik Aisyah td hampir serupa dgn apa yg pernah Wawa katakan padaku. Jangan menyesal di kemudian hari dgn result pd hari ini. Aktiviti2x yg kt join sebenarnya bukan penghalang kejayaan. Tapi jika kita x mampu utk seimbangkan antara akademik dan non-akademik, buatlah pilihan yg tepat. Bukan semua org mampu menyeimbangkan akademik dan non-akademik. Jika kita mmg jenis yg x mampu, jgn dipaksakan diri join gak. Join atas alasan suka2x ke minat ke, x perlu kalau dah sah kita mmg x mampu nak bawa kedua-duanya seiringan. Pilih antara salah satu.

Result yg cemerlang pd hari ini bermula drpd langkah pertama yg kita ambil. Kita berusaha kuat ke arah kejayaan, namun Allah hendak menduga kita dgn kegagalan. Redhailah ia. Apa2x yg kita usahakan selama ini, buatlah dgn bersungguh2x. InsyaAllah akan dipermudahkan. Selebihnya berserahlah kpd-Nya. Redhailah segala keputusan-Nya. Ini nasihat2x drpd Cik Aisyah. Terima kasih Cik Aisyah! Rasa mcm nak nangis je time Cik Aisyah bg nasihat tadi. Sekali-sekala terima nasihat face to face, terharu gak rasa. Emo beb... Tapi, control laa... Kena cool... Owh... Lagi satu Encik Megat & Cik Aisyah nasihat, belajar utk katakan 'JANGAN'. Apa mksd eh? Sat... Kena fikirkan secara mendalam ni. Soalan ni lg susah drpd soalan MicroP hari tu. Haha...

Last but not least, semoga aku akan berjaya cemerlang dalam Bioinstrumentation Isnin nanti. Semoga aku dipermudahkan. Yg penting, semoga ilmu Bioinstrumentation ini bukan hanya berguna tatkala exam shj, malahan biarlah ianya bermanfaat utk membantu umat & agama Islam khasnya dan masyarakat dunia amnya. Shbt2x, doakan kita berjaya bersama2x... Sayang sokmo buat semua lecturer Biomedic!! :P All the BEST aZu... Teruskan usaha.

Saturday, April 26, 2008

Ukhuwah (",)

UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN....BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR...TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA....
-IMAM GHAZALI-

UKHUWAH ITU INDAH JIKA PERTEMUAN DAN PERPISAHANNYA DIPENUHI DENGAN BUNGA-BUNGA KEIMANAN

Ukhuwah. Sejauh mana diriku memahami erti sebuah ukhuwah? "aZu, saya sayangkan ukhuwah yg telah saya jalinkan." someone said that to me in this morning. Yes, I knew it. I love that too. But, that is only my mouth said that. The real meaning of UKHUWAH actually I'm not really know. Sincerely to say that, I'm still too weak in Islam. Many things that I should learn more. If we ask others, what ukhuwah is? Probably the answer is just a relationship. Or more specifically they might said that relationship between muslim. If I'm not mistaken, 'ukhuwah' word is actually from arabic which mean relationship. Correct me if I'm wrong. Huwaaa... I should learn this deeply. I should really understand the meaning of this before I can really apply it into day life. It is because of ukhuwah, we build a relation. From a person becomes many persons. And from many persons, we have our life. Allah did give us this ukhuwah to let us know that inside of this world, we are not alone. We still have an others who to convince us, to advice us, to taught us and etc. Someone save me!!! I still have many things to learn. Waaa... Daifnya diriku... :(

Wahai Hati... :-)

Hati... Bersabarlah engkau. Janganlah dek kerana hal yg sebesar kuman ini akan menjejaskan pehubungan yg telah terbina selama ini goyah. Jangan dek ikutkan perasaan amarah ini, kau kehilangan sesuatu yg amat berharga dalam hidup. Sesungguhnya bersabar itu adalah sebahagian daripada iman. Bersabarlah hati.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kesabaran yg tinggi. Janganlah biarkan aku, insan yg lemah ini bertindak mengikut hawa nafsu. Sesungguhnya hanya Kau yg Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Bantulah hambaMu yg lemah ini. Hamba yg selalu tewas dgn perasaan dan sifat duniawi. Berilah aku kekuatan rohani dan fizikal untuk aku terus mengharungi segala badai dan dugaan sepanjang hayat dikandung badan.

Mulakan hari anda dengan hati yg bersih. Tapi pagi ini hatiku demam. Terkena virus yg tidak disangka-sangka. Huwaaa... Rasa macam nak marah je tadi, tapi nasiblah akal pagi ini mendahului perasaan. Bukan salah dirinya. Allah yg dah tentukan janji kita tidak dapat dipenuhi. Bukan salah dirimu. Dan bukan jua salah diriku. Tiada siapa pun yg bersalah kerana segalanya telah ditentukan olehNya.

Berfikir kembali secara matang dan kritis, kejadian pagi ini adalah untuk menduga kita sebagai hambaNya yg lemah terhadap level kesabaran kita. Andai kata perasaan aku mendahului akal pd pagi ini, besar kemungkinan satu perselisihan telah berlaku. Dan mungkin jua ukhuwah yg telah terbina selama hampir 3 tahun ini akan roboh dalam masa beberapa minit sahaja. Namun segalanya berkat KESABARAN. Terima kasih kepadaNya kerana telah memberi peringatan yg berguna kepada diriku yg leka ini.

Bersabarlah hati. Beristiqamahlah dalam melakukan pekerjaan. Niatkanlah segalanya kerana Allah. Sesuatu pekerjaan yg kecil itu boleh menjadi besar hanya kerana niat dan sesuatu perkara yg besar itu boleh menjadi kecil jua kerana niat. Oleh itu, teruskanlah berusaha. Lagi 4 paper untuk terus berjuang. Jangan lagi kalah pada diri sendiri. Biarkanlah bayang-bayang masa silam pergi, dan usah diratapi. Buktikan kemampuan diri. Segalanya kerana Allah. Bantulah agama Islam, umat Islam, negara Islam dan sewaktu dengannya. "Apa2x yg kamu lakukan, ingatlah pd ibu dan ayah kamu" pesanan Cik Aisyah sewaktu last lecture EM. Apa2x pun, thanks buat semua lecturer yg telah bertungkus-lumus mengajar kami. Berkati dan izinkanlah ilmu yg telah kalian curahkan kepada kami. Semoga doa para pensyarah akan mengiringi kejayaan kami. At last, terima kasih buat lecturer semester ini: En. Yusof yg besh, En. Nasrul yg rock, Cik Aisyah yg comey,En. Faizal yg tegas,En. Megat yg rajin,Dr. Rizon yg sempoi,En. Madi yg baik,En. Shahir yg sweet,Cik Ooi yg terer & Cik Asliza yg understanding. Thanks to all of u... Doakan kejayaan kami!!

Saturday, April 19, 2008

::Final Exam::

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt


::FINAL SEMESTER II 07/08::

21 APRIL 08 : MICROPROCESSOR SYSTEMS

26 APRIL 08 : UNIVERSITY MALAY LANGUAGE

28 APRIL 08 : BIOMEDICAL ELECTRONICS & BIOINSTRUMENTATION

02 MAY 08 : BIOMECHANICS

08 MAY 08 : BIOMEDICAL ELECTROMAGNETIC THEORY


Huhuhu... Inilah jadual final examku utk semester II. Wahai diriku, semoga beroleh kecemerlangan. Utk kwn2x sekalian, bersamalah kita berdoa semoga segala ilmu yang telah kita pelajari diberkati. Dan semoga kita semua dipermudahkan baik dari segi mental mahupun fizikal untuk menjawab soalan kelak. Buat diriku, jangan sia-siakan peluang yang ada lagi. Result semester ini merupakan titik tolak utk diriku berada di ambang pekerjaan kelak. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita. Kejayaan Hak Milik Setiap Insan!!!



Sayang sokmo,

Thursday, April 10, 2008

Sambutan Bday En. Basri :P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Pertemuan terakhir mungkin buat semester ini.
Seronoknya... Walaupun dah menghabiskan RM15.60 dalam 1 malam je, namun aku puas hati. Tali yang mengikatkan kami semakin kukuh. Sambutan bday En. Basri malam ini.


Agak syahdu gak sebenarnya. En. Basri ckp, inilah 1st time dia sambut bday. Ada org sambutkan bday, ada kek... Waaa... Masih ada gak rupanya org yg x sambut bday pd hari eh. Mcm xpercaya je. En. Basri blah awal. Ada kerja katanya. Dia mkn pun ckit je. Xkan segan ngan ktorg kot. Hehehe...

Lepas mkn, ktorg g jln2 kat jeti sat. Seronok... Main botol? Gitulah kalau xsilap namenye. Excited gak, tapi aku adalah org 1st yg terkeluar. Ceh... Xaci la gini... Hehe... Tgh2x main, tiba2x je dpt msg drpd En. Basri. Waaa... Terharunya... Dia ckp terharu dgn sambutan yg ktorg bt. Dia blah awal sb sedih. Huhuhu... Nasib la En. Basri x nangis td, klu x puas gak nk pujuk. Keh3x...
Apa2x pun, masa enjoy kena stop sebentar. Musim final dh nak tiba ni. Kurang drpd 2 miggu je lagi ni. Huwaaa... Nebesnya... aZu... Jia You!!! Hmmm... Hepi... Lalala~


Sayang sokmo,

Sunday, April 6, 2008

Team AJK Mjls Anugerah PPK Mekatronik BEST!!! (",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... Selesai sudah majlis makan malam dan anugerah dekan PPK Mekatronik. Lama perancangan majlis ini dibuat. Pelbagai rintangan dan kerenah birokrasi yang telah dilalui demi sebuah majlis yg hanya berlangsung dalam masa beberapa jam utk suatu malam. Namun pengorbanan yang diperlukan adalah sgt besar. Pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, perasaan (eceh...) dan macam-macam lagi. Hasilnya sgt memuaskan hati. Walaupun terdapat cacat cela pd majlis malam tersebut, lumrahlah manusia... Kita dah cuba buat sehabis baik, namun segalanya hanya DIA yang menentukannya.

Team AJK utk majlis kali ini pun sgt sporting. Best la co-operation yg diberikan.
& kepada mana2x AJK yg rasa2xnya kurang memberikan kerjasama, harap anda berfikirlah dgn matang eh. Itu amanah dan tanggungjawab yg telah diberi. Sendiri mau ingat. Saya hanya mengingatkan kpd yg terlupa. Overall AJK sgt BEST!! Thanks to our boss, Zaki, Ain, Eee, Mar, Sean, Cicak, Amir Mechy, Rafique, Ann, Kak Dayah, Azlan, Wendy, Husna, Nazli, Rafi, Leman, Linda, Razin, Danaraj, Hazriz, Hamdan, dan Theban. Yg x disebut tu, faham2x je la ek. Dan x lupa juga kepada MC yg telah byk membantu dlm perjalanan mjls, Shahir & Wahidah.... Thanks, tanpa korang akak fenin maa... Anyways, thanks to all.

Majlis berlangsung dgn lancar walaupun agak cepat. Lepas majlis, Encik Basri belanja KFC utk semua AJK. Minggu depan birthday En. Basri. Nak sambut utk dia rasanya sb dia dh byk tolong ktorg dlm menjayakan program. Apa2x pun, xkisah la. Yg penting semua hepi. Sampai rumah pun dah kol 1.40 am. Sgt letih. Mata pun sakit. Bayangkanlah, lens pakai selama 16 jam xbukak. Mata kekurangan oksigen. Mmg xsempat nak bukak smlm. Seharian kat dewan. Dalam setengah jam balik rumah mandi & tukar baju, terus pergi dewan. Banyak last preparation kena buat. & alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Setelah segalanya selesai, aku belajar byk perkara baru dlm hidup ini. Semangat kerjasama dlm kumpulan, kasih sayang, persefahaman antara kami, pengorbanan, dan pelbagai ragam manusia yg aku x pernah tahu sekiranya aku hanya berada dlm kepompong sendiri. Thanks di atas segala pengajaran yg telah diberikan. Semoga pengalaman ini akan kubawa bersama utk meneruskan hidup di dunia yg penuh pancaroba ini. Hehehe... HEPINYA!!!


Sayang sokmo,

Monday, March 31, 2008

1 Week After My Bday... (",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Lalala~
Dah seminggu bday aZu berlalu. Apa yg dah berlaku eh sepanjang tempoh berusia 21 tahun seminggu ni eh...?! Apa upgrading dah dah dilakukan...? Huhuhu... Letihnya... Minggu ini kena settlekan lagi pasal kad undangan mlm anugerah yg tertunda. Nampak mcm simple je. Tapi, hanya Allah je tahu betapa lecehnya proses utk menyiapkan 1 kad tu. Drpd design kad, phostostat, potong, tulis nama, hias reben & edarkan. Itu belum termasuk lagi yg silap tulis la, reben tercabut la, gunting reben la. Wahh... Remehnya proses semua ini. At last, hasil daripada kesabaran & ketekunan ini sgt berbaloi. Hasilnya sgt puas hati. Even dah hbskan masa & kudrat utk kad ini shj, aku sgt berpuas hati. Inilah yg dinamakan kepuasan berusaha. Hehehe...

Hidup ini pun mcm tu la gak. Bila kita berusaha dgn gigih, kita akan berpuas hati dgn hasilnya. InsyaAllah Allah x akan menghampakan kita. Tapi kalau hasil yg kita dapat tidak memenuhi kehendak kita, itulah adalah dugaan daripada Allah. Dan dugaan itu adalah bersesuaian dgn kemampuan kita. Oleh itu, kita x perlulah risau atau sedih dgn dugaan itu sebab kita memang layak utk menerimanya. Hanya Allah je yg tahu apa yg terbaik utk diri kita. So, teruskan berusaha.

Kenikmatan selepas berusaha itu sgt indah.
Mungkin kita semua pernah merasainya. Aku pernah gak merasainya. Usaha yg perlu aku tingkatkan skrg ni adalah utk final yg bakal menjelang dlm kurang drpd 1 bulan. Aku teringin nak merasai kenikmatan usaha utk berjaya ke
arah itu.
Semoga aku mempunyai kekuatan semangat & motivasi secara konsisten.
Usaha? Kadangkala kita sekeras-kerasnya menegakkan yg kita dah usaha. Tapi sejauh manakah usaha kita yg dikatakan USAHA...? Oleh itu, tepuk dada tanya selera. Hanya diri kita sendiri yg tahu jwpnnya. Sejauh mana usaha yg benar2x kita lakukan. Bersamalah kita bermuhasabah diri... aZu, ganbatte!!!



Sayang sokmo,