Sunday, April 27, 2008

Kata-kata Nasihat Drpd Lecturer :-)

Huhuhu... Baru je habis klinik Bioinstrumentation. Sempat gak berborak dgn Cik Aisyah & En. Megat. Huwaaa... Terharunya... Lecturer2x sayang pd kami. Sgt2x caring. Tgk la, mlm2x pun sanggup dtg utk buat klinik. Last preparation utk exam Isnin ni. Sbg lecturer, depa dah jalankan amanah yg diberi dgn sebaiknya. Dan aku sbg student, adakah amanah yg telah diberi dijalankan dgn sebaiknya? Tepuk dada, tanyalah diri. Rasa bersalah dgn sikapku selama ini. Dah nak exam barulah pulun study. Apa2x pun, aku akan berikan yg terbaik Isnin nanti. Mestilah kwn2x semua begitu gak kan. Semuanya pasti akan lakukan yg terbaik. Kerna ini adalah masa depan sendiri.

Sebahagian kata2x Cik Aisyah td hampir serupa dgn apa yg pernah Wawa katakan padaku. Jangan menyesal di kemudian hari dgn result pd hari ini. Aktiviti2x yg kt join sebenarnya bukan penghalang kejayaan. Tapi jika kita x mampu utk seimbangkan antara akademik dan non-akademik, buatlah pilihan yg tepat. Bukan semua org mampu menyeimbangkan akademik dan non-akademik. Jika kita mmg jenis yg x mampu, jgn dipaksakan diri join gak. Join atas alasan suka2x ke minat ke, x perlu kalau dah sah kita mmg x mampu nak bawa kedua-duanya seiringan. Pilih antara salah satu.

Result yg cemerlang pd hari ini bermula drpd langkah pertama yg kita ambil. Kita berusaha kuat ke arah kejayaan, namun Allah hendak menduga kita dgn kegagalan. Redhailah ia. Apa2x yg kita usahakan selama ini, buatlah dgn bersungguh2x. InsyaAllah akan dipermudahkan. Selebihnya berserahlah kpd-Nya. Redhailah segala keputusan-Nya. Ini nasihat2x drpd Cik Aisyah. Terima kasih Cik Aisyah! Rasa mcm nak nangis je time Cik Aisyah bg nasihat tadi. Sekali-sekala terima nasihat face to face, terharu gak rasa. Emo beb... Tapi, control laa... Kena cool... Owh... Lagi satu Encik Megat & Cik Aisyah nasihat, belajar utk katakan 'JANGAN'. Apa mksd eh? Sat... Kena fikirkan secara mendalam ni. Soalan ni lg susah drpd soalan MicroP hari tu. Haha...

Last but not least, semoga aku akan berjaya cemerlang dalam Bioinstrumentation Isnin nanti. Semoga aku dipermudahkan. Yg penting, semoga ilmu Bioinstrumentation ini bukan hanya berguna tatkala exam shj, malahan biarlah ianya bermanfaat utk membantu umat & agama Islam khasnya dan masyarakat dunia amnya. Shbt2x, doakan kita berjaya bersama2x... Sayang sokmo buat semua lecturer Biomedic!! :P All the BEST aZu... Teruskan usaha.

No comments: