Sunday, April 6, 2008

Team AJK Mjls Anugerah PPK Mekatronik BEST!!! (",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... Selesai sudah majlis makan malam dan anugerah dekan PPK Mekatronik. Lama perancangan majlis ini dibuat. Pelbagai rintangan dan kerenah birokrasi yang telah dilalui demi sebuah majlis yg hanya berlangsung dalam masa beberapa jam utk suatu malam. Namun pengorbanan yang diperlukan adalah sgt besar. Pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, perasaan (eceh...) dan macam-macam lagi. Hasilnya sgt memuaskan hati. Walaupun terdapat cacat cela pd majlis malam tersebut, lumrahlah manusia... Kita dah cuba buat sehabis baik, namun segalanya hanya DIA yang menentukannya.

Team AJK utk majlis kali ini pun sgt sporting. Best la co-operation yg diberikan.
& kepada mana2x AJK yg rasa2xnya kurang memberikan kerjasama, harap anda berfikirlah dgn matang eh. Itu amanah dan tanggungjawab yg telah diberi. Sendiri mau ingat. Saya hanya mengingatkan kpd yg terlupa. Overall AJK sgt BEST!! Thanks to our boss, Zaki, Ain, Eee, Mar, Sean, Cicak, Amir Mechy, Rafique, Ann, Kak Dayah, Azlan, Wendy, Husna, Nazli, Rafi, Leman, Linda, Razin, Danaraj, Hazriz, Hamdan, dan Theban. Yg x disebut tu, faham2x je la ek. Dan x lupa juga kepada MC yg telah byk membantu dlm perjalanan mjls, Shahir & Wahidah.... Thanks, tanpa korang akak fenin maa... Anyways, thanks to all.

Majlis berlangsung dgn lancar walaupun agak cepat. Lepas majlis, Encik Basri belanja KFC utk semua AJK. Minggu depan birthday En. Basri. Nak sambut utk dia rasanya sb dia dh byk tolong ktorg dlm menjayakan program. Apa2x pun, xkisah la. Yg penting semua hepi. Sampai rumah pun dah kol 1.40 am. Sgt letih. Mata pun sakit. Bayangkanlah, lens pakai selama 16 jam xbukak. Mata kekurangan oksigen. Mmg xsempat nak bukak smlm. Seharian kat dewan. Dalam setengah jam balik rumah mandi & tukar baju, terus pergi dewan. Banyak last preparation kena buat. & alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Setelah segalanya selesai, aku belajar byk perkara baru dlm hidup ini. Semangat kerjasama dlm kumpulan, kasih sayang, persefahaman antara kami, pengorbanan, dan pelbagai ragam manusia yg aku x pernah tahu sekiranya aku hanya berada dlm kepompong sendiri. Thanks di atas segala pengajaran yg telah diberikan. Semoga pengalaman ini akan kubawa bersama utk meneruskan hidup di dunia yg penuh pancaroba ini. Hehehe... HEPINYA!!!


Sayang sokmo,

No comments: