Wednesday, June 23, 2010

Hati Girang (^^,)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"GOOD NIGHT KAKAK SAYA YANG TERSAYANG"


Boleh agak tak siapa yang hantar sms ini pada aku? Hehehe... So sweet! Girangnya hati bila sejak dua menjak ini kerap dapat sms yang sangat sweet daripada mereka-mereka yang aku sayang. Ke'stress'an berada di Perlis ini agak berkurangan dengan kehadiran mereka. (^^,) Terima kasih! Hati tengah berbunga-bunga riang. Bergembiralah sementara tengah ceria ini bukan?!


Sayang sokmo,

Saturday, June 19, 2010

Mereka yang Dirindui Selalu =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Mereka yang aku rindui selalu. (^^,) Sejak kebelakangan ini aku kerap buka FB adik-adik & fail gambar dalam HD. Kangen weyh... Pagi tadi sempat ber'sms' dengan Angah. Di penghujung sms sebelum Angah pergi kerja, sempat berpesan kat aku "jaga diri". Tiba-tiba rasa terharu. Pejam celik sahaja bukan, kita semua dah besar. Begitu pantas masa berlalu. Terasa seperti baru semalam kita bermain Lego bersama, main Teng Teng, main bola sepak, main congkak dan ber'wresting' antara kita... Dan hari ini masing-masing telah mula 'bertaburan'. Menjana dan membina masa hadapan masing-masing. Seorang di Perlis. Seorang di KL. Seorang di Beaufort. Seorang di KK. Yang seorang lagi masih setia berada di Menumbuk. ;-) Biarlah, walau di mana kita berada semoga hubungan kita akan senantiasa erat. Bak pepatah, 'air yang dicincang tak akan putus'. =) Along sayang kamu semua! ("*(",)

Keluarga aZu
(^_^)

Hero & Heroin Ibu Ayah


Sayang sokmo,


Friday, June 18, 2010

Nukilan Gaban =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Dalam kabus pagi
Ku tiba di sini
Taman kenangan
Masih berembun
Di hujung daun
Tangisan semalam
Tiada jawapan
Senyumanmu itu kala kau tinggalkan
Menanti harapan tanpa kepastian
Satu penyiksaaan

Dan di pagi ini
Ku ke sini lagi
Menunggumu walau tak kembali
Engkaukah kembang bunga di taman
Engkaukah senyuman semalam
Menghilanglah embun suci setelah kering air mata

gaban_ace

Ok, madah-madah di atas adalah hasil nukilan Gaban. Jadi, entri kali ini dikredit khas buat Gaban. Semoga semakin kuat ok. Ingat ini, 'dunia perlu diselamatkan dari raksasa.' Hahaha...

** Iklan jap: Gaban ensem... Ok x?! Tengah kipas ni... Hehehe...


Sayang sokmo,

Wednesday, June 16, 2010

[ - - - ]

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Dah banyak bermonolog. Dah banyak berkias. Biarlah aku mengarang pula kali ini. Bukan apa, tak semua yang kita nak luahkan boleh terus diungkapkan. Bila masalah melanda, perlu diluahkan. Mungkin bukan dengan kata-kata di bibir, cukuplah nukilan kata-kata pencurah segalanya. Bila idea datang, jangan dipersiakan. Hehe... Orang lain tak perlu faham. Yang penting hati puas bila menulis. Ok, stop.

Runsing. Lena sebentar tadi selepas makan tengahari. Kantuk yang ditahan dari dalam kelas tadi terbayar sedikit. Dapat panggilan dari Ayah. Aku kembali runsing. Bukan sebab panggilan itu tapi runsing dek masalah yang belum selesai. Terasa diri sangat membebani keluarga di sana. Bagaimana? Aku buntu. Tapi ini impian aku. Arghhhh!!! Kalaulah...

Petang semalam ke Kangar buat medical check up. Pilu hati. Pertama kali pergi berseorangan tanpa Ibu & Ayah hanya bertemankan sahabat. Waktu beginilah sayu menjengah jiwa. Menyapa hati yang telah mengumpul sebenak rindu. Uhhh... Aku rindu. Rindu pada mereka yang disayangi. Bukan tak terbiasa, tapi sejak dua menjak ini aku jadi cengeng. Entahlah. Perlu sentiasa ingatkan diri sendiri agak keraskan hati walau apa pun yang berlaku. Pesan Ayah suatu ketika sewaktu aku masih mentah di Tingkatan 3. Pertama kali ditinggalkan pada jarak yang sangat jauh ketika itu. Hehe... Kenangan.

Ok. Sudah. Terlalu banyak kata-kata untuk hari ini. Tapi kan, aku rasa keliling aku suram la. Mainan perasaan ke ye...? Terasa bahang kesedihan + kekelaman. Kadang-kala terdengar tangisan juga. Tabah ye. Semoga kamu juga kuat untuk menghadapi segalanya.


Sayang sokmo,

Tuesday, June 15, 2010

Menanti

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku hanya akan berada di sini
Tidak akan berganjak
Menanti dan terus menanti
Aku tidak akan pernah menyoal
Jauh sekali mendesakmu
Tiba waktu, kenyataan itu bakal terurai jua bukan?!

Sayang sokmo,

Monday, June 14, 2010

Let It Go

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Just let it go
Don't feel regret
It's doesn't matter how it will feel in the future
The more important is how you feel now

Take it easy
Don't stress out
You still have a long journey to go

It maybe not yours for this times being
In the future, who knows right?!
Neither you nor me don't have the idea

So, just keep up moving!
Cheer up your life and be grateful
=)


** I can smell something fishy just near around me. Just pray that both of you will live happily ever after. Waiting for their relationship confession. We'll see...


Sayang sokmo,

Tuesday, June 1, 2010

P.E.R.G.I

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Perlu pergi membawa diri buat sementara waktu.
Mencari ketenangan + ilham yang telah lari bertempiaran.
=P
Membawa bersama hati yang lara + fikiran yang kusut.
Panjang umur, kita berjumpa kembali.
Maaf andai ada salah silap diri ini.
Sayang kamu semua selalu...!!!
Walau di mana jua kamu semua berada.
Ingat itu...
("*(",)


Sayang sokmo,

M.A.A.F

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Tak mengerti.
Untuk apa hindarkan diri??
Sepi tanpa khabar.
Jauh meninggalkan.

Kamu...
Andai ada kata-kataku mengguris hatimu...
Andai ada tingkahku menjelekkanmu...
Andai ada sikapku mengganggumu...
Ampun darimu kupohon...
Maafkan segala kekhilafan diri ini...

Andai ini yang dipinta...
Aku akur...
Terima kasih untuk segalanya...


Sayang sokmo,

Sunday, May 30, 2010

Belacan =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Hahahaha... Hahahaha... Bagi aku gelak dulu sebelum bercerita ok. ;-) Tadi aku ke kedai beli barang dapur sedikit. Tiba-tiba seorang Pak Cik dengan berhelmet, melambai-lambai tangannya ke arahku memanggil menghampirinya. Di tangannya kelihatan 2 pek belacan. Dalam hati aku, mungkin Pak Cik ini nak minta pendapat aku belacan mana yang bagus dan sedap kot. Hahaha... Sekali meleset daa... Pak Cik tu suruh aku cium semua belacan kat situ. Sambil tangan dok gawang ke arah belacan yang lain, "Yang lain ini semua tak sedap. Yang ini saja sedap. Tengok warna belacan itu, pekat sangat dia letak warna. Yang bagus warna tak pekat sangat. Cokelat-cokelat cair gini. Nampak anak udang lagi." Aku angguk saja. Dalam hati, kalau Pak Cik ini tinggal di Perlis lagi banyak belacan fresh yang boleh dikomen dan di'test'. ;-) Meramahkan diri menyampuk mengiyakan kata-kata Pak Cik itu. Belacan Melaka rupanya. Cap Maz kalau tak silap. So, lepas ini sesiapa yang nak beli belacan lagi, bolehlah cuba jenama ini ye. Direkomenkan oleh "otai belacan". =P

Sekadar gambar hiasan.


Sayang sokmo,

Friday, May 28, 2010

Kuyup

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

.K.U.Y.U.P.

Sejam lebih aku kehujanan petang tadi. Lepas Zuhur tadi aku ke Bukit Jalil sebentar, beli tiket balik ke Perlis Isnin ini. Sesak. Naik 3 public transport - bus Rapid, komuter & LRT baru sampai Bukit Jalil. Sempat lensa kamera aku diklik untuk beberapa foto. Aku ter'miss' satu scene yang aku rasa sangat cantik kalau diambil gambar. Gambar LRT yang baru tiba di Stesen Bukit Jalil. Nantilah, pagi Isnin ini aku gerak awal sikit. Kalau sempat boleh tunggu LRT dan gambarnya. =) Mula-mula tadi ingat nak stay saja tunggu next LRT sebab nak ambil gambar tu. Tapi, tiba-tiba terfikir nanti nak balik orang ramai balik kerja terpaksa berebut-rebut. Sekali orang tak ramai daaa... Hari ini kan cuti Wesak. Waduhhh!!! Macam mana aku boleh terlupa ni.?? It's ok la. Sekurang-kurangnya gambar yang sempat klik tadi dah mengubati hati yang tengah lara ini. ;-)


Sejam lebih tersadai di Komuter Serdang tadi buat hati tiba-tiba dipagut sayu. Dalam kehujanan merenung kembali perjalanan diri. Mampu berdiri teguh sehingga hari ini, sangat bersyukur. Masih larat untuk menapak mengharungi hari-hari, kupanjatkan syukur. Hiba tatkala cuba membandingkan diri dengan insan lain. Tiba -tiba terasa diri keseorangan dan sangat kerdil di muka bumi ini. Cepat-cepat kembali daripada pemikiran itu. Bersyukurlah. Sekurang-kurangnya aku masih ada orang yang boleh disayangi. Itu sudah memadai bukan?! Jauh lebih baik nasibnya daripada mereka yang tak punyai siapa-siapa lagi. Ok, stop. Mata dah berair, masuk habuk (Cover baik punye...=P).

Tatkala aku kuyup disimbah air dari langit, sayu menular. Entah, cuba untuk dibendung perasaan itu namun aku tak mampu. Mula berfikiran, sampai kapankah semuanya bakal berakhir?...



Sayang sokmo,