Tuesday, December 22, 2009

Menatap Matamu ("*(",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

MENATAP MATAMU - ARIL

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

** Mod jatuh 'cintan'. =P


Sayang sokmo,


Saturday, December 19, 2009

Perjalanan yang SANGAT seronok ke UTM =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

13 Disember 2009
Perjalanan bermula pada jam 9.30 pagi, aku gerak keluar dari Serdang menuju ke Pudu. Masih awal setibanya aku di Pudu. Melabuhkan punggung di kerusi batu yang 'empuk' itu sambil melangut menonton cerita lucu di skrin tv yang terpapar sementara menunggu sahabat-sahabat. Janji bertemu pukul 12 tapi sengaja aku turun awal, takut terlambat pula.

Gerak membeli tiket bus ke Johor Bahru tatkala Nad & Hajar tiba. Tak sangka, tiket bus ke JB pada hari ini macam pisang goreng panas. Sangat laku. Seperti biasa, kaunter bus pertama yang akan dituju adalah bus favourite aku - Transnasional. Malangnya, hanya tinggal tiket jam 6 petang sahaja untuk hari itu. Cuak katak aku dibuatnya. Aku tak sangka pula tiket laris hari ini. Padan muka, hari itu Nad dah cadangkan beli awal tapi aku cakap "tak apa, bus kerap". Haaa... Amik ko! Setelah menepek di 3 kaunter bus, akhirnya berjaya juga kami dapatkan tiket jam 12 ke JB. Naik bus City Express. Tawakal sahaja la. =)

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke JB. Sepatutnya kami tidak turun di JB pun tapi disebabkan kesengalan driver bus yang buat lawak dengan aku sampai terlupa nak berhenti di Sri Putri menyebabkan kami telah tersasar jauh daripada lokasi matlamat utama. Aku tak tahu di mana Sri Putri sebenarnya, hanya mengharap pada jasa baik driver tersebut untuk memberitahu setelah aku mengingatkan dia di Machap tadi. Namun, segalanya hancus. Kami sesat juga ke JB. Tapi alhamdulillah. Dengan bantuan Luqman, rakan sekelasku akhirnya kami berjaya sampai ke hotel di Taman Universiti.

Kepenatan. Kesengalan seorang brother di hotel itu mencuit hati kami. Overall 'layanan' yang diberikan sangat bagus. Hahaha... Mana tidaknya, asyik telefon bilik kami saja. Letih nak layan lawak dia. Ada ke patut time daftar hotel tadi, dia cakap nak simpan IC aku. Aku dah cuak katak tadi. Kalaulah kena tahan dengan polis malam nanti bila nak keluar, x pasal-pasal cakap aku pendatang tanpa izin pula. Isk3x... Bahaya2x... Puaslah aku pujuk nak gantikan tinggal IC tadi dengan lesen atau matrik kad aku. Hahaha... Rupanya brother tu saja nak kenakan aku. Cisss!!!

Selesai solat jamak dan mandi, kami keluar. Kebetulan hotel yang kami diami ini terletak dekat sahaja dengan Jusco. Lebih kurang 8 minit jalan kaki, kami pun sampai. Agak hampa kerana Jusco cawangan ini kelihatan seperti Tesco sahaja. Tak lama masa diambil untuk pusing Jusco ini, lepas itu kami berjalan pulang ke hotel. Tapi, singgah sebentar di kedai makan untuk mengisi perut yang laparkan nasi. Agak kecewa. Aku cuba nasi ayam penyet yang di'suggest' oleh tuan punya kedai. Malangnya ayam itu sangat masin. Time nak bayar, tuan punya kedai tanya aku macam mana makanan tadi. Aku pun dengan jujurnya menjawab ayam itu tersangatlah masin. Huhuhu... Harap-harap tuan punya kedai itu akan perbaiki rasa ayam itu pada masa depan. Kih3x... Aku ni pandai komen saja. Hahaha... Nasiblah...

Setelah makan, kami bergambar di hadapan hotel. Kalah pelancong lagaknya kami ini. Bermacam-macam sudut diambil. Kebetulan dekorasi hotel yang kami duduki ini agak menarik, banyak 'pot' yang didekorasi seakan-akan kita berada di luar negara. Penat berposing, naik ke bilik menghabiskan masa dengan menonton dan bergambar dalam bilik pula. Aku tak dapat tidur. Mungkin keletihan. Ayu & Nad juga begitu. Kami mula mengacau mereka-mereka yang hampir dilamun mimpi indah. Hahaha... Jahat sungguh! Lebih kurang jam 2 pagi, akhirnya aku melayari bahtera.

Bubur ayam McD pilihan jamahan aku setelah setengah hari berlapar.

Muka-muka budak yang sesat sampai ke JB. ;-)
(Maaflah, gambar gelap sedikit. Aku malas nak edit. Masa ambil gambar ini, aku lupa tukar Auto Mode)

Nasi Ayam Penyet
Nampak indah dan menyelera bukan?!
Jangan tertipu dengan luaran!!!
Sangat masin.

Inilah Restoran yang ada Nasi Ayam Penyet masin itu.
Hati-hati ya!
=p

14 Disember 2009
Masing-masing agak lewat bangun. Sepatutnya kami ada free breakfast tapi disebabkan teramatlah awal kami bangun, maka burn begitu sahajalah. Berkemas-kemas dan bersedia untuk check out. Sebelum keluar, kami sempat lagi berposing bergambar dalam bilik. =) Setelah check out, kami mencari kedai nasi campur untuk lunch. Berdasarkan maklumat daripada akak hotel tadi, kami telah memilih Restoran Pak Ali untuk menjamu selera. Makanan selera selatan semuanya. Sangat berbaloi. Harga pun sangat murah. Masakan pun sedap.

Habis makan, kami gerak kembali ke depan hotel kerna telah janji dengan teksi jam 1 untuk ke UTM. Driver teksi terkezut kami 5 orang nak naik 1 teksi. Mula-mula macam tak nak bagi tapi akhirnya bagi juga. Banyak mulut uncle teksi itu. Dah la sesat dalam UTM. Boleh pula dia bagi alasan sebelum ini x pernah sesat dalam UTM, hari itu sahaja cari tak jumpa bangunan P23. Isk3x... Pusing punya pusing meter tetap berjalan. Akhirnya sampai juga kami di P23 MediTeg.

Ingatkan sampai sahaja di sana kami nak terus ke Surau dahulu memandangkan appointment yang dibuat adalah pada pukul 2 petang tapi terserempak pula dengan warga MediTeg yang kebetulan baru sahaja keluar dari makmal. Sekilas pandang mereka telah tahu kami adalah delegasi dari UniMAP. Lantas mereka terus menjemput kami masuk ke makmal dan sessi bermula. Kami agak terpinga-pinga kerna tidak menyangka akan ada begitu ramai makhluk yang akan menyambut dan membantu kami. Serius. Aku ingatkan hanya dengan En.Ardi.

Selesai sessi ta'ruf ringkas, kami bergegas menunaikan solat. Selepas solat, Dr. Rafiq nak jumpa kami. Eh? Cakap 'he is not available' hari ini masa dalam emel. Isk3x... Kecut juga perut masa nak jumpa. Bila dah jumpa memang kecut pun. Soalan dia bagi kedengaran simple, tapi kami x boleh jawab. Gaya dia bertanya soalan memang ada iras gaya En. Yusof bertanyakan soalan. Isk3x... Sama tapi tak serupa. =)

Kami ditinggal bersama dengan En. Ardi dan staf-staf yang lain. Sessi perbincangan tergendala sebentar bagi memberi laluan untuk perut diisi. Selambak Pizza Hut di atas meja. Isk3x... Kami dah kenyang. Masing-masing makan sekeping sahaja. Kalau x, dah 'selamat'lah Pizza tu kalau kami belum makan tengahari tadi. Setelah menjamu selera, kami dibawa melawat ke Experimental Lab. Tak adalah banyak mesin-mesin besar dan canggih seperti dalam bayangan aku tapi cukup untuk buat aku kagum dengan kelebihan yang ada di UTM ini. =)

Ohh, lupa nak cakap kami hanya datang untuk sehari sahaja. Aku pun tidaklah sangka sebegini mesra dan keterbukaan mereka untuk membantu kami untuk FYP ini. Siap tanya softcopy dan design yang dah dibuat serta problem yang dihadapi. Huhuhu.. Macam supervisor kami pula. Mereka suggest kami supaya stay lama lagi di sana memandangkan kami belum start kuliah tapi memandangkan ada yang dah beli tiket dan plan lain maka kami berjanji akan datang lagi ke sini. Serius. Sangat baik hati kakak-kakak & abang-abang di sana. =) Terima kasih. Siap ajarkan kami SolidWork lagi. Hehehe...

Lebih kurang jam 4.45 petang, kami menamatkan sessi bersama mereka kerna teksi telah menunggu kawan-kawanku. Agak keberatan untuk berpisah kerna banyak ilmu yang ditimba. At least sinar-sinar FYP dah nampak sedikit. Hehehe... Kami berpisah dengan janji akan kembali lagi dan sentiasa keep in touch. =)

Aku ke asrama Syidah manakala rakan-rakanku gerak balik ke destinasi masing-masing. Sengaja aku tak balik petang itu kerna ingin berjumpa sahabat lama aku. Malam itu selepas Maghrib Syidah belanja aku makan nasi ayam penyet. Kali ini sangat best! Thanks Syidah! Setelah kenyang perut, Syidah bawa aku ke Danga Bay. Kecut perut aku naik motor dengan Syidah. Tidaklah laju mana, cuma 90 km/j sahaja tapi disebabkan memandu di jalanraya yang sangat sibuk maka aku dengan automatiknya menjadi cuak. Bayangan lama kembali menjelma. Ohhh... Tidak! Alhamdulillah semuanya selamat. Setelah penat berjalan-jalan menikmati pemandangan malam yang indah, kami singgah sebentar di kedai-kedai yang ada.

Letih. Seharian tidak berehat. Memandangkan dah terlalu lama tidak bertemu, maka bermacam-macam cerita yang hendak dikongsi. Entah jam berapa kami baru terlelap. Bercerita tentang kisah zaman sekolah dahulu, cerita tentang kisah cinta Syidah & tunangnya dan bercerita tentang aku. Ehemm... Pandai Syidah mengorek rahsia hati aku yang selama ini tersimpan kemas. Ecehhh... Hahaha... Siap bagi nasihat dan tips lagi. Hehehe... Akhirnya kami terlelap. =)

Hotel penginapan kami.
Banyak memori tercipta.
;-)

Geng Hip Stem
=P

Geng Acetabular Cup
=P

Terima kasih khas buat Supervisor ksygn kami - En. Yusof kerna risaukan kami & berdoa untuk kami.
=)

Lihat!
Kenit kan?!
Ini adalah 2 contoh Short Hip Stem yang aku dapat dari MediTeg.

Danga Bay!
Ini adalah pertama kali aku ke sini.
Sangat teruja sebenarnya.

Sahabat baru aku.
Seri & Tiqah.
=)


Sayang sokmo,

Sunday, December 6, 2009

Selamat Pengantin Baru Lynn!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Baru dapat text dari sahabat lama, Lynn. Sahabat yang aku kenal masa PLKN di Kem Junaco Park dulu. Lynn bakal mendirikan masjid Ahad depan. Kiranya aku dapat jemputan ke kenduri kahwin sahabat la ni. Ehemmm... Kemungkinan aku tidak dapat menghadiri jemputan tersebut kerana akan bertolak ke UTM hari tersebut. Walau apa-apa pun, aku doakan yang terbaik buat sahabatku ini. =)

SELAMAT PENGANTIN BARU LYNN!!!
SEMOGA LOVING SELALU!!!
=)

Cepat bukan masa berlalu. Dah 5 tahun perkenalan. Bermakna dah 5 tahun juga PLKN berlalu. Aku buka balik folder gambar PLKN yang telah discan. Tak banyak, almaklumlah dulu guna kamera yang berfilem, malas nak scan gambar banyak-banyak. Selebihnya ada dalam album katak aku. =) Aku uploadkan di sini antara 2 gambar kenangan aku semasa PLKN. Sebenarnya aku dah circle muka Lynn. Tapi disebabkan circle aku terlalu 'besar', mungkin sedikit masalah untuk melihatnya. =P Layan~~

Company Delta

Semasa latihan berakit untuk pertandingan antara kompeni.
Untuk pengetahuan anda sekalian, dengan bangganya di sini aku mengisytiharkan bahawa Kompeni Delta dapat no. 1 dalam pertandingan berakit. Bukan pertandingan berakit sahaja, malah pertandingan rempuh halangan juga.
Hidup Delta!!!
=)

** Haihhh... Bila lagi ni? Menghitung hari... ;-)


Sayang sokmo,

Saturday, December 5, 2009

Sempurna versi Anugerah Skrin 2009 ;-)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Saja. Tadi aku tengok Anugerah Skrin 2009. Ada persembahan lagu ini. Tiba-tiba aku ter'feeling' menghayati lirik lagu ini. Benarkah begitu sempurna?! Layan~

Sempurna

Kau begitu sempurna, dimata ku kau begitu indah
Kau membuat diri ku, akan s’lalu memuja mu

Disetiap langkah ku, ku ‘kan s’lalu memikirkan, diri mu
Tak bisa ku bayangkan hidup ku tanpa cinta mu

[#:]
Janganlah kau tinggalkan diri ku,
tak ‘kan mampu menghadapi semua
Hanya bersama mu ku akan bisa

[Reff:]
Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku, lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu,
sempurna, sempurna~

Kau genggam tangan ku, saat diri ku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata, dan hapus semua sesal ku

[#] ~~ [Reff]

[#] ~~ [Reff]

Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku, lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu,
Sayangku kau begitu,
sempurna, sempurna~


Sayang sokmo,

Friday, December 4, 2009

Memories of 4 December

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

4 DECEMBER 04

She might be forgot this date. Precious date in our friendship. Never mind. =) Let it be. Whatever it is, just want her to know that she is always in my heart. My dearest friend who had taught me many lessons in life. Miss her so much! Happy 5th Friendship Day! =)


4 DECEMBER 09

I think I should give up on him. It's nearly 2 years but it's remain the same. =( Whatever it is, just live your life happily. =) Life must be go on!


Sayang sokmo,

Sunday, November 29, 2009

Someone =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

That day...
I saw him...

That Mister...

Sometimes,
His face full of ignorance look...

Sometimes,
He has a serious face...

Sometimes,
Arrogance face suit him more...

But...

Whatever it is,
The most important facts are :

That Mister,

Has a very kind heart...
Really helpful person...
Had make big sacrifices for other's happiness...
A good motivator and listener...

=)

** Wrote when I was in KLIA on 26th Nov 09 while waiting for the 12 pm flight to KK. =)


Sayang sokmo,

Friday, November 27, 2009

A Nice Journey =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

25 November 2009
Seawal 7.55 malam aku telah gerak keluar dari rumah Wang Ulu. Buat kali terakhir memandang sayu rumah yang penuh dengan kenangan untuk Semester 7. =) Selamat tinggal rumah! Hehehe... Lebih kurang pukul 8.30 malam baru sampai Kangar. Atas bas tadi, kelihatan ramai muka-muka baru pelajar antarabangsa. Turun sahaja dari bas, 'terborak' sebentar dengan Sultan - pelajar antarabangsa Yemen. Perbualan berkisar tentang pekembangan pelajar Yemen dan percutian. Melalui Sultan, baru aku tahu yang pelajar-pelajar baru tadi dari Somalia. Ramai sungguh!

Setelah lenguh berdiri sambil berborak, aku ke kedai berhampiran untuk reload dan beli sticker P kereta. Hahaha...Tempoh lesen L motor dah nak tamat, tapi aku masih belum habis belajar. Macam mana nih?! Perut berdangdut dari petang tadi minta diisi. Singgah makan di Kedai Abdul Alim. Masuk saja kedai, terus mulut-mulut ramah dalam kedai itu menegur aku. 4 tahun beb aku jadi pelanggan setia nasi kandar Abdul Alim + lauk daging dan sayur kobis. Terangkat wa cakap sama lu! Favourite aku. Tapi malam itu aku pesan mi goreng mamak dan 100 Plus sahaja. Konon nak jaga perut sebab nak jalan jauh tapi aku order mi goreng mamak kasi pedas satu! Apa daaa...

Selesai isi perut, aku terus gerak ke stesen bas. Masih awal. Mulanya aku bercadang untuk lepak di Library sementara menunggu pukul 11 namun aku batalkan niat. Terus menghala ke kerusi di stesen bas sambil meneruskan hobi aku - usha orang. Macam-macam ragam. Stesen bas agak sesak malam ini. Almaklumlah, ramai yang hendak pulang ke kampung halaman untuk Aidiladha. Ada yang baru hendak menaiki bas pulang ke kampung dan tidak kurang juga yang baru sampai dari perantauan ke kampung halaman - Perlis.

Tepat pukul 11 malam, bus Transnasional gerak meninggalkan Bandaraya Perlis yang permai ini. Will miss my Perlis for a month! Yang bernasib baik duduk di sebelah aku adalah seorang perempuan (Agak frust di sini. Mengharapkan jejaka tampan di sebelah. =P) Akak ini lecturer di UITM. Setiap kali HP berbunyi menandakan sms baru masuk, mesti dia baca sambil tergelak kuat-kuat kat sebelah aku sampai mengomel kecil. Kalau sekali sahaja boleh tahan lagi. Ini berkali-kali. Aku naik psycho gamaknya. Haihhh... Tercabar kewibawaan HP aku tanpa sms. Mata tak mengantuk lagi, layan mata menikmati panorama sepanjang perjalanan.

26 November 2009
Entah pukul berapa aku terlelap. Tapi yang pasti bas telah berhenti untuk berehat. Sempat aku mengusha penumpang bas walaupun mamai sebelum sambung tidur kembali. Lebih kurang pukul 6 pagi, aku telah selamat sampai di Pudu. Alhamdulillah. Terus mencari kaunter Star Shuttle. Mengikut emel yang dikirim tempoh hari, kaunternya bernombor 23. Tak jumpa kaunter. Aku terus call kaunter Star Shuttle. Rupanya kaunter di bahagian bawah dekat laluan bas. Berat beb aku kendong beg. Tapi demi makanan, aku rela. Hahaha...

Bus ke KLIA jam 6.45 pagi. Lebih kurang jam 8 pagi aku dah ada di KLIA. Masih awal. Tiada hala tuju. Aku bergerak mengikut langkah kaki. Berehat sebentar di kerusi sambil termenung menghabiskan masa. Konsentrasi diganggu dengan kehadiran aunty cleaner. Aku terus tolak troli cari port lain. Singgah di kerusi di seberang sana. Terdapat 2 warga asing lagi berborak dalam bahasa yang tidak aku fahami. Buat muka selamba sahaja, terus duduk. Dalam enak-enak mengelamun, idea mencurah-curah untuk menulis. Terus capai buku nota dan mula menulis sambil menikmati roti Gardenia bilis pedas sebagai sarapan.

Masa aku mendekati beg untuk minum air, aku perasan warga asing tadi memandang ke arahku. Macam biasa - SENYUM. Dia menegur aku. Perbualan kami pun bermula. Orang Pakistan. Berada 15 hari di Manila sebelum transit di KLIA bagi meneruskan perjalanan balik ke Pakistan. Ramah orangnya. Sangat suka bercerita. Dia membuka cerita tentang dirinya, tentang kerjayanya, tentang isterinya, tentang pengalaman kerjanya dan tentang rakan sekerjanya yang travel bersama. Rupa-rupanya rakan sekerjanya itu sepupu arwah Benazir Bhutto. Mula-mula aku buat muka tidak mempercayai kata-katanya. Tapi dengan segera dia mengeluarkan kad nama syarikat rakannya itu. Nama dia Khalid Bhutto. Dia tidak seramah rakannya yang berborak dengan aku ini. Tak mengapalah. Kami berpisah dengan bertukar senyuman. Aku pun lupa nak bertanyakan nama dia.

KLIA buat sistem baru la pula. Perlu dapatkan boarding pas melalui mesin dahulu sebelum boleh gerak ke kaunter untuk bagasi. Haihhh... Melihatkan aku yang mungkin sedikit teragak-agak, staf-staf di mesin itu menghulurkan bantuan. 3 orang pemuda membantu aku, mungkin semuanya pangkat adik-adik barangkali. Tiket faks aku sedikit bermasalah. Tulisan kurang jelas. Banyak kali key in pun masih salah. Even dah tukar orang yang tilik dan key in data still salah. Last-last mereka dengan baik hatinya membawa tiket aku ke kaunter. Akhirnya berjaya key in juga. =) Terima kasih. Agak lawak mereka ini. Macam-macam soalan ditanya kepada aku. Yang aku nak tergelaknya, bila display sahaja nama aku terus salah seorang daripada mereka berkata : "Eh, nama ayah macam pelakon la. Ayah pelakon tu ke?" Aku gelak saja. Jawapan aku seperti biasa : "Pelakon tu tiada kaitan ye dengan ayah saya."

Di atas flight, aku duduk bersama dengan pasangan Cina. Mula-mula agak diam. Tapi kemudian entah bagaimana mulanya, kami berborak. Macam-macam yang ditanya kepadaku. Dari topik ambil kursus apa hinggalah ke soal famili. Dan akhir sekali menyentuh isu sensitif - BF? "Travel alone? Where is your boyfriend?" Aku dengan cepat menghadiahkan senyuman yang indah kepadanya (konon...). "Is he waiting for you there?" Senyum lagi. Tidak menyangkalkan apa-apa telahan yang telah dibuat. Bro Cina itu bersandar kembali (letih agaknya tengok aku dok senyum). Tapi belum sampai 2 minit, dia duduk tegak kembali bertanyakan aku soalan yang sama lagi. Mungkin tidak puas hati gamaknya. Kali ini aku tersenyum dan menggeleng. Hahaha... Mungkin telah berpuas hati dengan jawapan aku, dia bersandar kembali. =)

Alhamdulillah. Cuaca indah sepanjang penerbangan. 2.35 petang aku telah selamat sampai di Kota Kinabalu. Ayah telah menunggu aku di airport. Lepas ambil bagasi terus keluar. Agak lewat tiba di rumah. Dari KK ke rumah aku sepatutnya mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Tapi disebabkan Ayah menuju ke Sipitang maka perjalanan menjadi semakin lama. Hampir 7.30 baru selamat sampai di muka pintu rumah. Seharian perjalanan! Semalam aku keluar rumah hari dah gelap, hari ini sampai rumah pun hari dah gelap. Syukur, sampai juga di rumah. =)


** Ada hikmah rupanya aku tak dapat tukar masa tiket aku. Aku dah beli tiket 25hb jam 11 malam, ingatkan nak tukar ke jam 10 malam tapi dah penuh. Redha. Rupa-rupanya... Ehemmm... Dekat saja... =)


Sayang sokmo,

Thursday, November 26, 2009

I'm Happy Because I'm Home!!! (^_^)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

I'm home!!!
Yeayyy!!!
Really happy to be in home!!!
Happy Eids to all Muslims!!!
Happy holiday too!!!
=)

** I have a story to tell. A lot. It is all about my journey back to hometown. Wait ok? Wait for my new entry k... Hehehe...


Sayang sokmo,

Tuesday, November 24, 2009

Salam

Testing from Yahoo Mail! =)

Monday, November 23, 2009

Alhamdulillah... Viva Mid FYP =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Sekali lagi suatu nikmat dapat kurasai. Nikmat kebebasan setelah Viva Mid FYP. Syukur. Aku tengok kembali video yang dirakamkan oleh Nad sebentar tadi. Ada banyak kelemahan presentation yang perlu aku perbaiki. Walaupun English aku kurang bagus tapi sekurang-kurangnya aku telah mulai yakin diri untuk bertutur dalam bahasa itu. Ini semua berkat join RPA. Tak rugi. At least ada something yang aku belajar dari program yang telah aku sertai walaupun dapat kritikan 'hebat' daripada orang-orang tertentu. Biarlah. Asalkan aku bahagia. Ada aku kisah...?!

Lagi, banyak "aaa..." "aaa..." "aaa..." yang perlu aku baiki. Aku yakin aku boleh bertutur dengan baik tapi kadangkala ke'nervous'an itu melangkaui segalanya. Untuk elakkan aku kelihatan nervous yang teramat, aku memegang kertas kecil dan sebatang pen tadi. Itu habit aku. Lagi satu yang perlu diperbaiki adalah postur badan. Agaknya aku ini tak boleh berdiri diam agaknya. Banyak sangat pergerakan bila aku tengok kembali video tadi. Apa-apa pun, aku sangat puas hati. Tak kisahlah Prof Naga 'tembak' aku masa slide pertama lagi, yang penting aku jawab semua soalan dan puaskan hati mereka. Alhamdulillah. Semoga markah juga cemerlang. =)

Panel aku : Prof. Naga & Mr. Nasrul

Muka cuak masing-masing sebelum Viva tadi telah bertukar sepenuhnya menjadi muka paling ceria dan penuh kelegaan.

Sahabat-sahabat mulai beransur pulang. Aku masih setia menanti di Wang Ulu. Ada sedikit kesalan menular di hati kerana menukar tarikh Flight hari itu. Hal dah lepas, usah dikenang. Buat sakit hati. Bak kata Mira :" Nabi tak suka umatnya menyesal". Hehehe... Yang penting, aku dah lepas seksaan Viva Mid FYP!!! Terima kasih buat En. Nasrul & Prof. Naga. Even banyak sangat soalan, tapi at least aku tak kantoi masa menjawab. Tiada soalan yang susah tahap dewa. Alhamdulillah. Dan terima kasih juga khas buat Supervisor aku - Papa Jambu yang terpaksa sabar dengan aku yang pemalas ini selama 1 semester. Jangan lupa, ada lagi satu semester perlu bertahan. ;-) Nasiblah labu...


Sayang sokmo,