Saturday, December 19, 2009

Perjalanan yang SANGAT seronok ke UTM =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

13 Disember 2009
Perjalanan bermula pada jam 9.30 pagi, aku gerak keluar dari Serdang menuju ke Pudu. Masih awal setibanya aku di Pudu. Melabuhkan punggung di kerusi batu yang 'empuk' itu sambil melangut menonton cerita lucu di skrin tv yang terpapar sementara menunggu sahabat-sahabat. Janji bertemu pukul 12 tapi sengaja aku turun awal, takut terlambat pula.

Gerak membeli tiket bus ke Johor Bahru tatkala Nad & Hajar tiba. Tak sangka, tiket bus ke JB pada hari ini macam pisang goreng panas. Sangat laku. Seperti biasa, kaunter bus pertama yang akan dituju adalah bus favourite aku - Transnasional. Malangnya, hanya tinggal tiket jam 6 petang sahaja untuk hari itu. Cuak katak aku dibuatnya. Aku tak sangka pula tiket laris hari ini. Padan muka, hari itu Nad dah cadangkan beli awal tapi aku cakap "tak apa, bus kerap". Haaa... Amik ko! Setelah menepek di 3 kaunter bus, akhirnya berjaya juga kami dapatkan tiket jam 12 ke JB. Naik bus City Express. Tawakal sahaja la. =)

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke JB. Sepatutnya kami tidak turun di JB pun tapi disebabkan kesengalan driver bus yang buat lawak dengan aku sampai terlupa nak berhenti di Sri Putri menyebabkan kami telah tersasar jauh daripada lokasi matlamat utama. Aku tak tahu di mana Sri Putri sebenarnya, hanya mengharap pada jasa baik driver tersebut untuk memberitahu setelah aku mengingatkan dia di Machap tadi. Namun, segalanya hancus. Kami sesat juga ke JB. Tapi alhamdulillah. Dengan bantuan Luqman, rakan sekelasku akhirnya kami berjaya sampai ke hotel di Taman Universiti.

Kepenatan. Kesengalan seorang brother di hotel itu mencuit hati kami. Overall 'layanan' yang diberikan sangat bagus. Hahaha... Mana tidaknya, asyik telefon bilik kami saja. Letih nak layan lawak dia. Ada ke patut time daftar hotel tadi, dia cakap nak simpan IC aku. Aku dah cuak katak tadi. Kalaulah kena tahan dengan polis malam nanti bila nak keluar, x pasal-pasal cakap aku pendatang tanpa izin pula. Isk3x... Bahaya2x... Puaslah aku pujuk nak gantikan tinggal IC tadi dengan lesen atau matrik kad aku. Hahaha... Rupanya brother tu saja nak kenakan aku. Cisss!!!

Selesai solat jamak dan mandi, kami keluar. Kebetulan hotel yang kami diami ini terletak dekat sahaja dengan Jusco. Lebih kurang 8 minit jalan kaki, kami pun sampai. Agak hampa kerana Jusco cawangan ini kelihatan seperti Tesco sahaja. Tak lama masa diambil untuk pusing Jusco ini, lepas itu kami berjalan pulang ke hotel. Tapi, singgah sebentar di kedai makan untuk mengisi perut yang laparkan nasi. Agak kecewa. Aku cuba nasi ayam penyet yang di'suggest' oleh tuan punya kedai. Malangnya ayam itu sangat masin. Time nak bayar, tuan punya kedai tanya aku macam mana makanan tadi. Aku pun dengan jujurnya menjawab ayam itu tersangatlah masin. Huhuhu... Harap-harap tuan punya kedai itu akan perbaiki rasa ayam itu pada masa depan. Kih3x... Aku ni pandai komen saja. Hahaha... Nasiblah...

Setelah makan, kami bergambar di hadapan hotel. Kalah pelancong lagaknya kami ini. Bermacam-macam sudut diambil. Kebetulan dekorasi hotel yang kami duduki ini agak menarik, banyak 'pot' yang didekorasi seakan-akan kita berada di luar negara. Penat berposing, naik ke bilik menghabiskan masa dengan menonton dan bergambar dalam bilik pula. Aku tak dapat tidur. Mungkin keletihan. Ayu & Nad juga begitu. Kami mula mengacau mereka-mereka yang hampir dilamun mimpi indah. Hahaha... Jahat sungguh! Lebih kurang jam 2 pagi, akhirnya aku melayari bahtera.

Bubur ayam McD pilihan jamahan aku setelah setengah hari berlapar.

Muka-muka budak yang sesat sampai ke JB. ;-)
(Maaflah, gambar gelap sedikit. Aku malas nak edit. Masa ambil gambar ini, aku lupa tukar Auto Mode)

Nasi Ayam Penyet
Nampak indah dan menyelera bukan?!
Jangan tertipu dengan luaran!!!
Sangat masin.

Inilah Restoran yang ada Nasi Ayam Penyet masin itu.
Hati-hati ya!
=p

14 Disember 2009
Masing-masing agak lewat bangun. Sepatutnya kami ada free breakfast tapi disebabkan teramatlah awal kami bangun, maka burn begitu sahajalah. Berkemas-kemas dan bersedia untuk check out. Sebelum keluar, kami sempat lagi berposing bergambar dalam bilik. =) Setelah check out, kami mencari kedai nasi campur untuk lunch. Berdasarkan maklumat daripada akak hotel tadi, kami telah memilih Restoran Pak Ali untuk menjamu selera. Makanan selera selatan semuanya. Sangat berbaloi. Harga pun sangat murah. Masakan pun sedap.

Habis makan, kami gerak kembali ke depan hotel kerna telah janji dengan teksi jam 1 untuk ke UTM. Driver teksi terkezut kami 5 orang nak naik 1 teksi. Mula-mula macam tak nak bagi tapi akhirnya bagi juga. Banyak mulut uncle teksi itu. Dah la sesat dalam UTM. Boleh pula dia bagi alasan sebelum ini x pernah sesat dalam UTM, hari itu sahaja cari tak jumpa bangunan P23. Isk3x... Pusing punya pusing meter tetap berjalan. Akhirnya sampai juga kami di P23 MediTeg.

Ingatkan sampai sahaja di sana kami nak terus ke Surau dahulu memandangkan appointment yang dibuat adalah pada pukul 2 petang tapi terserempak pula dengan warga MediTeg yang kebetulan baru sahaja keluar dari makmal. Sekilas pandang mereka telah tahu kami adalah delegasi dari UniMAP. Lantas mereka terus menjemput kami masuk ke makmal dan sessi bermula. Kami agak terpinga-pinga kerna tidak menyangka akan ada begitu ramai makhluk yang akan menyambut dan membantu kami. Serius. Aku ingatkan hanya dengan En.Ardi.

Selesai sessi ta'ruf ringkas, kami bergegas menunaikan solat. Selepas solat, Dr. Rafiq nak jumpa kami. Eh? Cakap 'he is not available' hari ini masa dalam emel. Isk3x... Kecut juga perut masa nak jumpa. Bila dah jumpa memang kecut pun. Soalan dia bagi kedengaran simple, tapi kami x boleh jawab. Gaya dia bertanya soalan memang ada iras gaya En. Yusof bertanyakan soalan. Isk3x... Sama tapi tak serupa. =)

Kami ditinggal bersama dengan En. Ardi dan staf-staf yang lain. Sessi perbincangan tergendala sebentar bagi memberi laluan untuk perut diisi. Selambak Pizza Hut di atas meja. Isk3x... Kami dah kenyang. Masing-masing makan sekeping sahaja. Kalau x, dah 'selamat'lah Pizza tu kalau kami belum makan tengahari tadi. Setelah menjamu selera, kami dibawa melawat ke Experimental Lab. Tak adalah banyak mesin-mesin besar dan canggih seperti dalam bayangan aku tapi cukup untuk buat aku kagum dengan kelebihan yang ada di UTM ini. =)

Ohh, lupa nak cakap kami hanya datang untuk sehari sahaja. Aku pun tidaklah sangka sebegini mesra dan keterbukaan mereka untuk membantu kami untuk FYP ini. Siap tanya softcopy dan design yang dah dibuat serta problem yang dihadapi. Huhuhu.. Macam supervisor kami pula. Mereka suggest kami supaya stay lama lagi di sana memandangkan kami belum start kuliah tapi memandangkan ada yang dah beli tiket dan plan lain maka kami berjanji akan datang lagi ke sini. Serius. Sangat baik hati kakak-kakak & abang-abang di sana. =) Terima kasih. Siap ajarkan kami SolidWork lagi. Hehehe...

Lebih kurang jam 4.45 petang, kami menamatkan sessi bersama mereka kerna teksi telah menunggu kawan-kawanku. Agak keberatan untuk berpisah kerna banyak ilmu yang ditimba. At least sinar-sinar FYP dah nampak sedikit. Hehehe... Kami berpisah dengan janji akan kembali lagi dan sentiasa keep in touch. =)

Aku ke asrama Syidah manakala rakan-rakanku gerak balik ke destinasi masing-masing. Sengaja aku tak balik petang itu kerna ingin berjumpa sahabat lama aku. Malam itu selepas Maghrib Syidah belanja aku makan nasi ayam penyet. Kali ini sangat best! Thanks Syidah! Setelah kenyang perut, Syidah bawa aku ke Danga Bay. Kecut perut aku naik motor dengan Syidah. Tidaklah laju mana, cuma 90 km/j sahaja tapi disebabkan memandu di jalanraya yang sangat sibuk maka aku dengan automatiknya menjadi cuak. Bayangan lama kembali menjelma. Ohhh... Tidak! Alhamdulillah semuanya selamat. Setelah penat berjalan-jalan menikmati pemandangan malam yang indah, kami singgah sebentar di kedai-kedai yang ada.

Letih. Seharian tidak berehat. Memandangkan dah terlalu lama tidak bertemu, maka bermacam-macam cerita yang hendak dikongsi. Entah jam berapa kami baru terlelap. Bercerita tentang kisah zaman sekolah dahulu, cerita tentang kisah cinta Syidah & tunangnya dan bercerita tentang aku. Ehemm... Pandai Syidah mengorek rahsia hati aku yang selama ini tersimpan kemas. Ecehhh... Hahaha... Siap bagi nasihat dan tips lagi. Hehehe... Akhirnya kami terlelap. =)

Hotel penginapan kami.
Banyak memori tercipta.
;-)

Geng Hip Stem
=P

Geng Acetabular Cup
=P

Terima kasih khas buat Supervisor ksygn kami - En. Yusof kerna risaukan kami & berdoa untuk kami.
=)

Lihat!
Kenit kan?!
Ini adalah 2 contoh Short Hip Stem yang aku dapat dari MediTeg.

Danga Bay!
Ini adalah pertama kali aku ke sini.
Sangat teruja sebenarnya.

Sahabat baru aku.
Seri & Tiqah.
=)


Sayang sokmo,

No comments: